Perkongsian daripada Puan Normaliza Mahadi yang juga merupakan seorang Kaunselor Keluarga dan Perkahwinan ini elok juga difahami.
Kali ini beliau menyentuh tentang pasangan suami isteri yang tinggal berjauhan di antara satu sama lain.
Jom semak artikel penuh daripadanya.
Jangan tinggal PJJ dengan suami/isteri. Jika keadaan memerlukan PJJ, maka satu pihak perlu berhenti kerja dan mengikut pasangan yang lebih stabil. Tak kira sama ada suami/isteri.
Makanya, sewaktu nak kahwin pastikan hidup mencukupi jika hanya ada satu sumber pendapatan sahaja. Jadi jika kena tukar atau tak dapat tukar atau perlu ikut pasangan sangat mudah. Kerana hanya seorang sahaja yang perlu bekerja untuk menanggung keluarga.
Ads
Tapi tapi … kalau pasangan tinggalkan saya, macamana? Saya dah tak kerja!!
Rezeki daripada Allah. Allah tahu nak bagi rezeki macamana. Itu kerja Allah tak payah fikirkan.
Ads
Pasangan yang dah berakad perlu tinggal bersama. Jauh-jauh sampai berpuluh tahun kenapa? Kahwin hari itu untuk bersatu membina kehidupan dan keluarga kan? Jadi, tinggallah sekali.
Hiduplah seadanya aje. Jangan berhutang keliling pinggang. Pantang ada benda boleh beli secara hutang, semuanya nak! Sampai kukus pun nak berhutang.
Hidup kejap aje tak berbaloi kejar macam nak tercabut nyawa.
Dah kahwin, duduk sekali. Susahlah sama-sama. Kalau kena naik motor sebab memang tak cukup nak beli kereta, so naiklah motor. Motor lagi romantik. 3 jam perjalanan, 3 jam berpeluk!
Saya menentang perkahwinan jarak jauh. Say NO to PJJ.
Sabar itu mudah diucap namun tidak mudah ditanggung. Syukur itu juga mudah diucap namun tidak mudah juga untuk ditunjukkan.
Selagi hidup di dunia ini kita pasti akan terus diuji bahkan ada juga yang mengatakan bila diuji menjadikan seseorang lebih matang.
Namun ujian mahu pun musibah yang datang bukan senang untuk ditempuh.
Berkongsi tip berkenaan itu, ustazah Asma’ Harun senaraikan 3 tips bagi mendepani musibah sebagai peringatan untuk diri kita semua.
Ini perkongsiannya.
3 TIPS DALAM MENDEPANI MUSIBAH
“Ustazah, memang mudah nak pesan supaya sabar, tapi orang tak tahu apa yang saya rasa dan lalui…”
Kerap kali saya dengar luahan orang sekeliling yang hadapi musibah dalam hidup.
Benar Tuan Puan, mudah di mata orang belum tentu mudah di bahu kita 😢.
Namun, suka atau tidak, murka atau redha, proses kehidupan akan tetap berjalan sehingga akhir waktu.
Allah SWT hiasi roda kehidupan ini dengan jatuh bangun, susah senang, musibah dan nikmat. Semuanya supaya kita kembali mencintai Dia yang Maha Cemburu apabila kita mula leka dengan nikmat dunia sementara, agar kita mendapat nikmat Syurga yang kekal. SubhanAllah.
Oleh itu, di sini saya ingin kongsikan 3 tips mendepani musibah, sebagai peringatan untuk diri dan sahabat semua.
Semoga selepas ini kita lebih kuat dalam menghadapi apa jua cabaran dengan keimanan yang teguh kepada Allah SWT.
Maksudnya: “Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata “Inna lillahi wa inna ilaihi raji‘un” (sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya lah kami kembali).
(Surah al-Baqarah 2: 156)
Apabila sesuatu musibah itu terasa amat berat untuk ditanggung, kadang kita hilang pertimbangan sehingga ada yang menyalahkan takdir serta mempersoalkan qada’ dan qadar. Maka ucapkanlah kalimah Tarji’ ini supaya kita sedar bahawa segalanya datang daripada Allah dan akan kembali juga kepada Allah.
2. Bersangka Baik dengan Allah SWT.
Sahabat, lihatlah musibah dengan pandangan hikmah, agar kita nampak keindahan ujian dalam menyedarkan kita akan hakikat abdi (hamba) kepada Ilahi. InsyaAllah hati akan lebih lapang dan tenang. ❤️🌹
Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda bahawa Allah SWT berfirman di dalam sebuah hadis Qudsi:
Maksudnya: “Sesungguhnya Aku menurut sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku. Jika dia bersangka baik maka dia akan mendapat kebaikan dan jika dia bersangka buruk maka dia akan mendapat keburukan.”
(HR Ahmad, hadis sahih)
3. Muhasabah dan Perbaiki Diri.
Boleh jadi sesuatu musibah itu hadir disebabkan dosa maksiat yang kita pernah lakukan sama ada secara terbuka atau tersembunyi. Oleh itu, muhasabah ini sangat baik dalam membantu kita perbaiki diri menjadi lebih baik di masa akan datang, InsyaAllah.
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap orang perhatikan apa yang telah dibuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertakwalah kepada Allah. Sungguh, Allah Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan.”
(Surah al-Hasyr 59: 18)
Semoga terus kuat dalam menghadapi musibah yang mendatang, kerana sebagai Muslim kita wajib yakin ia bukan untuk memberi lelah, tetapi sebagai asbab hidayah. ✊
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Isteri cantik juga lambang sikap seorang suami. Kerana itu, masa, modal dan moral support suami cukup penting. Jangan sayang isteri hanya waktu cantik sahaja.
Juga, jangan sesekali meletakkan rupa paras sebagai penanda aras dan jaminan kebahagiaan dalam rumah tangga.
Hakikatnya, bahagia itu lahir dari keikhlasan dan kasih sayang yang dicurahkan oleh suami isteri.
*************************************
Bila Isterimu Sudah Tidak Cantik Lagi
“Bini aku ni, masa bercinta kemain cantik. Pakai make up semua. Bila dah kahwin, dah tak reti nak cantik dah”.
“Kenapa eh perempuan bila dah kahwin tak reti nak pakai cantik-cantik?”
Itu antara soalan biasa saya dengar perbualan dengan rakan-rakan.
Semua orang suka akan keindahan dan kecantikan. Tafsiran cantik itu adalah subjektif. Terpulang kepada setiap individu yang menilai.
Setiap suami pasti mahu sentiasa melihat isterinya nampak cantik. Kadangkala perempuan ni, sebelum kahwin bukan main cantik. Touch up sana sini. Tapi lepas kahwin, dah ada anak, tudung pun senget benget dah.
Peranan suami sangat penting. Jangan nak kecam je isteri tu tak cantik la, nampak buruk la. Kecil hati isteri. Sebagai suami, kau yang patut menegur isteri. Tanya diri kau, apa yang kau dah buat untuk bagi isteri kau nampak cantik. Kalau takde apa-apa, jangan nak tau merungut sahaja.
Fahamilah isteri kau. Dahla dia penat bekerja, balik rumah masak untuk kau dan anak-anak lagi. Kadang-kadang sampai terlupa nak uruskan diri sendiri. Ada yang sampai tertidur dengan baju kerja sambil susukan anak
Isteri meletakkan keluarga, anak-anak lebih daripada persiapan diri dia. Nak make up cantik-cantik pun tak sempat sebab nak buat sarapan lagi, nak kemas beg sekolah anak lagi. Kau duk buat apa? Tunggu dalam kereta duk hon hon bini suh cepat sikit?
Jadi, apa peranan kau sebagai suami? Kalau kau nak isteri kau sentiasa nampak cantik, tak selebeh sana-sini, kau mestilah buat sesuatu. Misalnya bawa dia pergi beli pakaian baru atau alat make up yang dia suka ke. Mesti dia akan rasa terharu dan hargai kau. Barulah dia semangat nak menghias diri. Janganlah kedekut nak laburkan duit untuk isteri sendiri. Besar pahalanya.
Kau juga cubalah bagi masa untuk diri dia sendiri. Bagi isteri kau ruang nak ke salon ke, spa ke. Bukannya selalu. Time tu kau tolonglah jaga anak, masak ke. Sanggup?
Sentisa puji dan bagi sokongan pada isteri. Contohnya, “Isteri abang ni cantik. Sama macam kita mula-mula kahwin dulu. Kalau sayang pakai lipstick sikit, mesti lagi cantik.” Mesti isteri kau suka dan dia akan buat seperti apa yang kau cakap.
Jangan bandingkan isteri kau dengan perempuan lain sama macam kau tak suka kalau isteri kau bandingkan kau dengan lelaki lain. Jangan puji perempuan lain lagi cantik daripada isteri kau. Itu akan buat dia rasa lagi down dan sakit hati.
Misalnya, “Cuba tengok isteri Aikal tu, cantik je. Selalu pakai baju cantik-cantik, muka pun pandai berhias. Bukan macam awak, baju zaman bila entah. Bedak pun tak pakai.” Ataupun “Cantikkan Ili ni. Dah la badan solid, pandai bergaya pulak tu. Bertuah siapa dapat dia.” Tanpa kau sedar, isteri kau menahan rasa je dengan apa yang kau cakap tu.
Tidak dinafikan, suami mesti sentiasa nak nampak isteri dia cantik. Tapi ingatlah, cantik itu bukan terletak pada baju yang dipakai, muka yang dihias tebal. Pengertian cantik itu luas. Buka sikit minda kau tu. Kalau nak isteri sentiasa nampak cantik, kau sebagai suami kena la main peranan. Jangan 100% nak letak atas isteri.
Kadang-kadang perempuan berubah lepas kahwin. Berubah macam mana? Dari segi fizikal selalunya. Tambahan pula lepas bersalin. Tambah-tambah bila dah ada 3, 4 orang anak.
Sebagai suami, support la isteri. Belikan isteri jamu, atau set bersalin untuk jaga semula badan isteri. Bagi isteri masa dan ruang untuk pergi spa. Isteri pun kena pandai juga badan lepastu. Ada orang yang jenis cepat naik badan lepas bersalin. Ada orang tak. Jadi, pandai-pandailah jaga diri.
***
Point saya di sini ialah, kau duk tengok orang lain lawa, cantik. Kos dia pun tinggi. Baju dia mahal, make up dia pun mahal. Kalau kau tak bagi duit untuk bini kau untuk bergaya tak payah cakap kenapa bini kau selekeh dah la.
Sebagai ketua keluarga, kau kena bijak memainkan peranan. Kalau isteri dan anak-anak buat salah, tegurlah. Bukannya menengking. Kalau isteri tak cantik lepas kahwin, tegur dan bimbing. Bukannya cari lain. Kah!
Pelawak dan penyanyi, Achey baru-baru ini berkongsi video pendek aktivitinya mengemop lantai di rumah. Namun, apa yang mencuit hati adalah komen yang diterima oleh sahabatnya yang juga pelakon, Hairul Azreen.
Hairul dengan komen beraninya menyatakan tentang ketua keluarga dan disamping mengatakan bahawa dirinya tidak pernah siang sotong apatah lagi kemas rumah.
Dalam video lain, Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah mengatakan kehairanan apabila kebanyakan suami yang mop lantai menyebut atau tag namanya.
Namun yang lebih melucukan bila komen tersebut nama isteri pelakon PASKAL itu di tag.
Achey menerusi perkongsian tersebut memuat naik satu video yang mana menunjukkan Hairul Azreen perlu mengemop lantai sambil dirakam Hanis Zalikha.
Ternyata gelagat suami yang kononnya ‘tegas’ tersebut mengundang gelak ramai melihat telatah selebriti popular itu.
Dalam pada masa yang sama, gelagat Achey dan Hairul Azreen yang melakukan kerja rumah itu membuatkan mereka cukup terhibur kerana tegas akhirnya tewas.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.