Pertandingan Dewi Cilik Bintang Kecil 2023 yang dianjurkan oleh Bintang Kecil baru-baru ini berjaya melakarkan sejarahnya yang tersendiri. Apa tidaknya bermula daripada sesi pencarian Dewi Cilik Bintang Kecil 2023 yang telah diadakan sejak bulan Julai yang lalu, berjaya menarik perhatian hingga 200 orang kanak-kanak untuk turut serta dalam ujibakat tersebut.
Barisan finalis Top 10 Dewi Cilik Bintang Kecil 2023
Pun begitu diacara kemuncak pertandingan Dewi Cilik Bintang Kecil 2023, hanya 10 peserta sahaja yang bertuah dan layak sampai ke pentas final yang berlangsung di Plaza Shah Alam. Mereka adalah adik Puteri Raisya Eva Ryanna binti Budiman,8, Nur Zara Aamily Binti Nazri,10, Heidi Nur Aleesya,9, Syazwina Bt Mohd Taib,12, Putri Diana Ellysa,12, Nur Syasya Ardini Bt Muhammad Afandi,12, Putri Nur Nariesya Eizeanies, 12,Ainul Masmardhiah,8, Malaeka Humaira Bt Saiful Rizal,8 dan Nur Farisha Dania, 11.
Penganjuran yang julung-julung kalinya ini memperlihatkan gaya anak-anak kecil ini yang berusia di bawah 13 tahun beraksi di pentas peragaan bak sang puteri. Cukup memukau!
Barisan juri pertandingan Dewi Cilik Bintang Kecil 2023
Bahkan Dewi Cilik Bintang Kecil 2023 tidak hanya mempamerkan kecantikan semata-mata tetapi turut dinilai melalui keberanian, kelincahan dan kebijaksanaan di atas pentas oleh barisan juri yang professional iaitu Puan Norfarhati Binti Abdul Hakim pengasas Mewah Rose, Encik Faizal Hamid, Senior Lecturer, Fashion Department dari UITM Shah Alam dan Cik Shaza Bae, Dewi Remaja 2019/2020.
Kesemua finalis telah diuji melalui catwalk mereka serta keyakinan mereka. Untuk cabaran pertama kesemua finalis diadili melalui peragaan busana tradisional. Kesemua peserta tampil anggun dengan fesyen tersendiri.
Tampil anggun persis seorang puteriManis bergaya dengan persalinan rona biru
Selain itu, mereka turut melalui cabaran Tiktok di mana mereka perlu menari apabila mendengar lagu viral di aplikasi itu yang dimainkan secara rawak.
Penuh yakin menari tarian viral di TikTokComel dengan aksi lincah menari
Selain tampil berbusana tradisional, para peserta juga diminta untuk menggayakan fesyen tutu skirt mengikut kreativiti masing-masing.
Barisan Top 5 Dewi Cilik Bintang Kecil 2023
Kecil-kecil Cili Padi
Ads
Akhirnya tanggal 19 Ogos 2023, teka teki siapakah pemenang Dewi Cilik Bintang Kecil 2023 terjawab sudah apabila nama adik Farisha diumumkan diikuti dengan sorakan meriah oleh pengunjung Plaza Shah Alam yang turut meraikan kejayaan anak kecil ini menyandang gelaran Dewi Cilik Bintang Kecil 2023.
Farisha, wajah pertama Dewi Cilik Bintang Kecil 2023. Tahniah!
Kecil-kecil cili padi, meskipun kecil namun keberaniannya di pentas peragaan cukup hebat. Sekali gus melayakkan adik Nur Farisha Dania membawa pulang wang tunai bernilai RM1500 sumbangan Plaza Masalam, jam tangan Ice Watch, bunga tajaan Mewah Rose serta hadiah sampingan lain.
Begitu juga tidak kurang gamat sorakan yang diterima apabila diumumkan nama adik Nur Zara Aamily Binti Nazri sebagai pemenang tempat ke dua Dewi Cilik Bintang Kecil 2023 yang membolehkan membawa pulang wang tunai bernilai RM1000 sumbangan Plaza Shah Alam berserta jam tangan Ice Watch serta hadiah sampingan lain.
Ads
Manakala tempat ke tiga pula jatuh kepada adik Syazwina Bt Mohd Taib, menerima wang tunai bernilai RM500 sumbangan Plaza Shah Alam berserta jam tangan Ice Watch serta hadiah sampingan lain.
Tahniah buat semua yang berjaya
Di atas pentas pertandingan ini juga menyaksikan adik Putri Nur Nariesya Eizeanies memenangi cabaran photo Dewi Cilik Bintang Kecil 2023, dengan membawa pulang wang tunai bernilai RM200 tajaan Plaza Shah Alam berserta jam tangan Ice Watch dan hadiah sampingan lain.
Manakala adik Putri Diana Ellysa pula dinobatkan sebagai Dewi Aktif sekali gus layak menerima wang tunai bernilai RM200 sumbangan Plaza Shah Alam berserta jam tangan Ice Watch serta hadiah sampingan.
Tahniah kepada semua pemenang Dewi Cilik Bintang Kecil 2023 kerana anda adalah wajah pertama Dewi Cilik Bintang Kecil!
Ads
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Resipi Nasi Ayam yang viral secara tiba-tiba di media sosial dua tahun lalu sebenarnya banyak membantu ibu-ibu untuk menghasilkan nasi ayam yang sedap untuk keluarga.
Bukanlah tidak berjaya menghasilkan Nasi Ayam yang enak tetapi mencuba resipi baru yang rasanya lebih enak dan sedikit berbeza pastinya buat semua ibu-ibu teruja untuk mencuba. Lebih-lebih lagi anak-anak suka makan Nasi Ayam yang mudah dan berkhasiat.
Sempena bulan Syawal ini, anda pastinya menerima kunjungan tetamu setiap minggu. Tidak salah jika anda mengeluarkan semula resipi hebat ini, khusus untuk tetamu istimewa anda. Anak-anak dan seisi keluarga juga boleh sekali tumpang merasa.
Tahun lalu, perkongsian Puan Rafiza Idayu di facebooknya mendapat sambutan yang cukup luar biasa. Dia yang menggunakan resipi perapan ayam yang diadaptasi daripada resepi masterchef yang pernah berkhidmat di Istana Buckingham, berkongsi langkah demi langkah kepada semua. Berikut merupakan petua dan rahsia yang diberikan olehnya.
RESIPI NASI
BAHAN-BAHAN:
Beras
2 ulas bawang putih
1 inci halia
Kiub pati ayam
Bay leaf (atau daun pandan) – untuk wangi
Lemak ayam
Air rebusan ayam
Serbuk kunyit
CARA MEMASAK:
1. Asingkan isi ayam dan lemak ayam. Lemak ayam inilah sebenarnya ‘the ultimate secret’ dalam pembuatan nasi ayam. (Lebih mujarab, gunakan lemak di bahagian bontot ayam.
2. Panaskan lemak ini dalam periuk nasi hingga keluar minyaknya. Asingkan lemak ayam untuk proses seterusnya.
3. Buang lemak yang tertinggal dan masukkan bawang putih dan halia yang telah ditumbuk halus.
4. Masukkan bay leaf dan kiub pati ayam.
5. Masukkan beras, biarkan masak sebentar dan kemudian masukkan air rebusan ayam.
6. Biarkan nasi hingga masak.
RESEPI PERAPAN AYAM
BAHAN-BAHAN:
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
3 sudu makan madu
2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan minyak bijan
Sedikit lada sulah
RESIPI SAMBAL
BAHAN-BAHAN:
6 biji cili merah
2 ulas bawang putih
1 sudu makan jus limau nipis
Sedikit halia (anggaan 1 ruas jari kelingking)
4 sudu makan gula
1 sudu kecil garam
Air rebusan ayam 3/4 cawan (200ml)
1 sudu kecil tepung jagung yang dilarutkan dengan 2 sudu air
Rahsia Mendapatkan Ayam ‘Juicy’
1. Masak air hingga mendidih.
2. Apabila mendidih, barulah dimasukkan ayam.
3. Tutup periuk (wajib) dan masak hingga 5 ke 6 minit.
4. Guna api yang besar.
* Air rebusan ini akan digunakan untuk membuat sup ayam dan masak nasi. Tujuan kita menggunakan air mendidih sebab kita nak perangkap jus ayam kekal di dalam daging ayam tersebut. Pastikan air yang banyak hingga tenggelam ayam.
Anak-anak yang membesar memang kreatif cara mereka berfikir. Bukan hanya otak yang sedang aktif tetapi tangan dan kaki juga seiring. Aktif lagi kreatif. Menconteng adalah perkara biasa bagi si kecil yang sedang membesar.
Kalau dinding baru sahaja dicat baru dan pasang kertas dinding yang mahal, angin juga rasanya bila si kecil mula menunjukkan bakat terpendam mereka di dinding kita. Jangan mudah melatah dan marah-marah anak, sebaliknya cubalah cara ini untuk hilangkan kesan contengan ini. Tak susahpun, guna bahan di rumah sahaja.
Lemon
Lemon yang bersifat asid memang bagus untuk menanggalkan kotoran. Potong buah lemon kemudian gosokkan buah lemon pada permukaan dinding yang kotor sehingga bersih. Tidak perlu dibilas dengan air, anda hanya perlu mengelap ia menggunakan kain bersih supaya bau lemon kekal mengharumkan segenap ruang.
Ubat Gigi
Selain mampu membersih serta memutihkan gigi anda, ubat gigi juga boleh digunakan sebagai bahan untuk menanggalkan kotoran pada dinding. Ubat gigi mampu menanggalkan kotoran jenis crayon serta dakwat pen pada dinding. Calitkan sedikit ubat gigi pada kain kemudian gosokkan pada kotoran permukaan dinding. Kemudian anda perlu membilas kotoran itu dengan kain basah.
Bedak
Bedak juga mempunyai kandungan bahan kimia yang boleh digunakan untuk menanggalkan kesan kotoran pada dinding. Caranya sapukan bedak pada permukaan dinding, kemudian ambil kain bersih dan cuci kesan contengan hingga bersih.
Baking Powder
Bersihkan kotoran pada permukaan dinding menggunakan baking powder. Campur sedikit baking powder dengan air kemudian sapukan pada kotoran permukaan dinding.
Cuka
Kegunaan cuka sebenarnya amat banyak selain dijadikan sebagai bahan masakan. Untuk membersihkan kotoran dinding menggunakan cuka, anda perlu menuang cuka pada kapas bersih kemudian sapukan pada kotoran.
Losyen Kulit
Sangat mudah untuk tanggalkan kotoran pada dinding, calitkan sahaja losyen kulit pada dinding kemudian lapkan ia menggunakan kain bersih.
Alkohol
Alkohol bukan sahaja terkandung dalam minuman, malah terdapat juga dalam minyak wangi. Jadi anda semburkan sahaja minyak wangi anda pada kotoran dinding kemudian sapukan menggunakan kertas tisu.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Memetik artikel yang pernah disiarkan oleh Sinar Harian tentang khasiat kacang Murungai, siapa sangka tumbuhan ini punyai keistimewaannya yang tersendiri. Terasa rugi pula jika tidak dimakan dan setusnya eloklah dijadikan amalan dalam penjagaan kesihatan kita seisi keluarga.
Mungkin ramai yang tidak tahu selain kacang morungai ini, daunnya juga boleh dimakan dan pelbagai resipi. Dan di sini melalui 3 perkongsian cara memasaknya dapatlah kiranya memberi idea untuk ibu-ibu mencuba rasa keenakan hidangan berasaskan murungai ini. Jom semak.
TELUR DADAR DAUN MURUNGGAI
sumber : Echah Seamstress via MAHN
Lain pula cara Encik Zaid Azizy menikmati keenakan rasa daun murungai ini.
“Minum potang lu …daun munggai colup topung bestari ..sodappp….den bona eah nk mkn keledek goreng…tp poie bongkar bateh keledek.tak do lak keledek eah ..kor Cik Ra dah rembat dulu….semlm Cik Ra da rembat duo bijik jambu batu den…huhu… Nasib la ado daun munggai ni haa…buleh gak la buek kudapan di potang hari…tajuk menu potang ni…daun munggai colup topung pun vuley la…..kah kah kah..”–Zaid Azizy Yaakob
Dan, ini pula yang dikongsikan oleh Nirumala untuk kita cuba.
“Ramai yg tktau nak masak apa dgn daun kelor (moringa)nie kan..lebih2 lagi sayur nie tgh famous skrg sebab banyak khasiat…nie resipi dari mak saya”–Nirumala Citambaram
BAHAN-BAHAN:
Bawang besar sebiji
Bawang putih 5 ulas (cincang halus)
Cili kering (potong kecil)
Ikan bilis (goreng ketepikan dulu)
Telur sebiji (kalau tak nak letak telur. Letak kelapa parut pun boleh ye)
Sedikit garam
Cara penyediaan :
Tumiskan bawang merah,bawang putih dan cili kering.
kemudian masukkan daun kelor (moringa) tak payah masak.
lama2 tau. dalam 5 6 minit dah masak dah daun tu.
Letak telur di tengh-tengah dan kacau.
Akhir sekali masukkan ikan bilis dan angkat. Jangan lupa letak garam ye.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di