Apabila tibanya musim tengkujuh, kita sering melihat beberapa negeri di Malaysia akan mengalami bencana banjir yang teruk sehingga menjejaskan kediaman serta harta benda penduduk setempat.
Penduduk yang terlibat terpaksa menganggung kerugian apabila perabot, barangan hiasan rumah serta perkakasan elektrik mengalami kerosakan teruk dan diselaputi dengan selut atau lumpur.
Peralatan elektrik seperti laptop adalah salah satu gajet yang sering rosak mengalami kerosakan teruk akibat bencana banjir dan ia akan menjejaskan pelajaran anak-anak serta kerjaya anda apabila fail-fail yang terkandung didalamnya tidak dapat diselamatkan.
Adakah ia masih boleh dibaiki atau perlu dibuang begitu sahaja?
Di sini kami senaraikan beberapa tip untuk anda menyelamatkan gajet seperti komputer daripada terus rosak. Ikuti tip di bawah.
1) Bertindak pantas kepada cakera keras komputer yang terkena air
Segera keluarkan cakera keras daripada komputer. Semakin lama cakera keras ditenggelami air, bahagian cakera yang kering boleh rosak. Jika cakera keras dihidupkan, matikan ia dengan serta-merta.
2) Jangan cuba pasang cakera keras
Dilarang sama sekali memasang atau menghidupkan cakera keras untuk melihat sama ada ia masih berfungsi atau tidak. Tindakan pemasangan dan menghidupkannya boleh memburukkan lagi keadaan.
Ads
Memasang cakera keras yang rosak disebabkan air bukan sahaja boleh menyebabkan kerosakan berlarutan pada cakera tersebut tetapi juga pada komputer anda atau peranti lain.
Jika cakera keras rosak akibat air dan dihidupkan, adalah mustahil untuk anda mendapatkan semula semua data.
Seterusnya, jangan keringkan cakera keras dengan pengering rambut atau di bawah sinaran matahari. Ini kerana haba yang berlebihan boleh merosakkan cakera dengan lebih teruk.
3) Bilas perlahan-lahan dengan air bersih kemudian simpan di dalam beg ziploc
Bilas cakera keras secara perlahan-lahan dengan air bersih. Kemudian simpan dalam beg ziploc atau bekas lain yang tertutup untuk memastikan ia tidak kering. Tindakan pertama anda mungkin untuk mengeringkan cakera keras, tetapi sebenarnya yang terbaik adalah membiarkannya basah.
Ads
4) Berikan cakera keras kepada pakar pemulihan data
Bukan semua pakar mampu mengendalikan pemulihan data dan bukan setiap kedai membaik pulih komputer mempunyai peralatan atau bilik bersih yang akan memberikan hasil yang terbaik.
Anda disarankan membawa cakera keras yang rosak akibat air kepada pakar pemulihan data.
Jika berkesempatan, hantar cakera keras dalam masa 24 jam. Ini boleh mengurangkan risiko komponen cakera keras rosak.
Bagi komputer riba yang terkena air hujan pula, jangan sesekali cuba untuk menghidupkannya bagi memastikan ia masih berfungsi atau tidak.
Ads
Apabila anda lakukan juga semasa masih dalam keadaan basah, ia akan membuat peranti tersebut mengalami konsleting elektrik.
Untuk menggelakkan komputer riba daripada rosak, mohon pengguna ikuti langkah ini.
Keluarkan atau cabut bateri agar tiada aliran elektrik.
Cabut semua peranti yang bersambung pada komputer riba seperti tetikus, speaker dan sebagainya.
Gunakan kain lembut atau pembersih vakum dengan penyedut kecil untuk menyedut cecair terutama pada lubang sambungan kuasa, port usb dan lain-lain.
Terbalikkan komputer riba dengan kedudukan papan kekunci berada di bawah serta letakkan kain tebal atau tuala yang dapat menyerap air dengan efektif dan cepat di atas tempat berkenaan.
Gunakan kapas atau kain lembut untuk mengeringkan di kawasan yang agak sukar seperti mainboard/motherboard.
Dalam keadaan komputer riba yang terbuka, keringkan dengan cara lap, angin-anginkan atau kipaskan menggunakan surat khabar bagi membantu mempercepatkan proses pengeringan.
Setelah pasti komputer riba sudah kering, pasang semula komponen yang dipisahkan tadi dengan kemas dan dalam keadaan yang baik kemudian nyalakan (on) seperti biasa.
Di aplikasi TikTok, seorang pemuda turut berkongsi cara untuk menyelamatkan laptop anda selepas ditimpa bencana banjir.
Prihatin dengan nasib mangsa banjir yang pastinya tidak sempat menyelamatkan harta benda mereka, seorang pengguna TikTok @amanjamadi berkongsi tips apabila komputer riba dimasuki air akibat banjir.
Berikut adalah tips yang anda boleh ikuti:
1. Lap semua permukaan komputer riba sehingga kering.
2. Elak daripada menggunakan pengering rambut untuk mengeringkan komponen dalaman komputer riba.
3. Cabut bateri jika boleh dicabut. Sekiranya tak boleh, biarkan sahaja.
4. Jangan terus pasang menggunakan kabel komputer riba.
5. Jangan terus hidupkan komputer riba tersebut.
6. Hantar ke kedai untuk pemeriksaan selanjutnya dan lakukan pembersihan mendalam (deep cleaning).
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang memandu kereta Toyota Corolla bersama kawannya bernasib baik kerana terselamat selepas melanggar kenderaan yang diparkir di bahu jalan semalam.
Kanak-kanak itu difahamkan memandu kereta milik keluarganya sekitar jam 9.30 malam di Jalan Arowana 2, Taman Arowana Impian, Seremban.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, kanak-kanak terbabit bersama seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun namun tidak mengalami kecederaan.
“Siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku apabila sebuah kereta jenis Toyota Corolla dipandu oleh kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun bersama kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun yang merupakan jirannya.
“Kereta itu dari arah Apartment Arowana Impian menuju ke arah Taman Arowana Impian,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, semasa melalui satu selekoh, kereta dipandu terbabas dan melanggar sebuah van jenis Toyota yang diparkir di bahu kiri jalan.
Tambahnya, kejadian itu telah menyebabkan van itu menggelongsor ke hadapan dan melanggar kereta jenis Perodua Kancil yang diparkir di hadapannya.
“Semua pihak dinasihatkan mematuhi peraturan jalan raya dan ibu bapa atau penjaga perlu memerhati serta memantau tindakan anak-anak di bawah jagaan.
“Ia bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku dan tindakan tegas akan diambil kepada pemandu yang melakukan kesalahan, jika pesalah adalah kanak-kanak, ibu bapa atau penjaga juga akan dikenakan tindakan,” katanya.
Bagi kanak-kanak adalah menjadi satu kegembiraan apabila mendapat mainan yang baru. Tidak kisahlah mainan apa pun, pasti akan di sambut dengan tawa gembira.
Namun lain pula dengan ibu bapa, mereka akan berasa sedih apabila berasa tidak mampu untuk memberikan apa yang disuaki atau kehendak anak-anak.
Sebagai gantinya, mereka akan cuba mengantikan dengan apa yang mereka mampu berikan demi untuk melihat anak-anak gembira.
Disebabkan itulah, ada sesetengah ibu bapa sanggup bekerja lebih masa, ada yang terpaksa tinggal jauh dari keluarga, bekerja offshaw umpamanya demi untuk meningkatkan tahap ekonomi keluarga untuk kehidupan yang lebih baik.
Begitulah yang telah dilakukan oleh seorang bapa ini yang bertindak membeli plastik untuk anak-anaknya. Bagaimana plastik boleh dibuat mainan?
Mungkin ianya agak janggal bagi sesetengah orang, namun itulah hakikatnya. Masih ada lagi kanak-kanak yang gembira dengan hanya bermain plastik sebagai alat permainan mereka.
Melalui satu video yang telah dikongsikan di laman Tiktok, pemilik akaun berkenaan @ainuntazrie, dalam dilihat seorang lelaki berkongsi hasratnya untuk membeli alat permainan untuk anak-anaknya dirumah.
Tetapi, mungkin kerana belum berkemampuan, dia akhirnya masuk ke sebuah kedai dan pergi ke bahagian jualan pelbagai jenis plastik untuk dibeli sebagai hadiah mainan anak.
Menurut lelaki itu, dia membeli plastik sebagai ganti kepada alat permainan anak-anaknya dengan harapan agak anak-anaknya itu akan gembira dengan permainan baru mereka.
Apa yang membuatkan kita semakin sebak apabila melihat kedua-dua anak yang menerima hadiah plastik itu dilihat cukup gembira seperti mendapat hadiah permainan baru itu. Mereka seronok bermain plastik bersama-sama.
Rata-rata netizen sangat tersentuh melihat video tersebut, ramai juga yang telah memuji akan anak-anak lelaki ini menyatakan walaupun si bapa hanya membelikan plastik untuk dibuat permainan, namun anak-anak ini langsung tidak kisah dan gembira bermain dengannya.
Bekas isteri Safee Sali syukur dapat hak penjagaan Anak, selesai dengan persetujuan bersama. Perasaan syukur dan kelegaan menyelubungi Fitria Elfina Maharip, 44, apabila mahkamah memutuskan hak penjagaan anak diberikan kepadanya.