Pertandingan Dewi Cilik Bintang Kecil 2023 yang dianjurkan oleh Bintang Kecil baru-baru ini berjaya melakarkan sejarahnya yang tersendiri. Apa tidaknya bermula daripada sesi pencarian Dewi Cilik Bintang Kecil 2023  yang telah diadakan sejak bulan Julai yang lalu, berjaya menarik perhatian hingga 200 orang kanak-kanak  untuk turut serta dalam ujibakat tersebut.

Farisha, Wajah Pertama Dewi Cilik Bintang Kecil!
Barisan finalis Top 10 Dewi Cilik Bintang Kecil 2023

Pun begitu diacara kemuncak pertandingan Dewi Cilik Bintang Kecil 2023,  hanya 10 peserta sahaja yang bertuah dan layak sampai ke pentas final yang berlangsung di Plaza Shah Alam. Mereka adalah adik Puteri Raisya Eva Ryanna binti Budiman,8, Nur Zara Aamily Binti Nazri,10, Heidi Nur Aleesya,9, Syazwina Bt Mohd Taib,12, Putri Diana Ellysa,12, Nur Syasya Ardini Bt Muhammad Afandi,12, Putri Nur Nariesya Eizeanies, 12, Ainul Masmardhiah,8, Malaeka Humaira Bt Saiful Rizal,8 dan Nur Farisha Dania, 11.

Penganjuran yang julung-julung kalinya ini memperlihatkan gaya anak-anak kecil ini yang berusia di bawah 13 tahun beraksi di pentas peragaan bak sang puteri. Cukup memukau!

Farisha, Wajah Pertama Dewi Cilik Bintang Kecil!
Barisan juri pertandingan Dewi Cilik Bintang Kecil 2023

Bahkan Dewi Cilik Bintang Kecil 2023 tidak hanya mempamerkan kecantikan semata-mata tetapi turut dinilai melalui keberanian, kelincahan dan kebijaksanaan di atas pentas oleh barisan juri yang professional iaitu Puan Norfarhati Binti Abdul Hakim pengasas Mewah Rose, Encik Faizal Hamid, Senior Lecturer, Fashion Department dari UITM Shah Alam dan Cik Shaza Bae, Dewi Remaja 2019/2020.

Kesemua finalis telah diuji melalui catwalk mereka serta keyakinan mereka. Untuk cabaran pertama kesemua finalis diadili melalui peragaan busana tradisional. Kesemua peserta tampil anggun dengan fesyen tersendiri.

Farisha, Wajah Pertama Dewi Cilik Bintang Kecil!
Tampil anggun persis seorang puteri
Farisha, Wajah Pertama Dewi Cilik Bintang Kecil!
Manis bergaya dengan persalinan rona biru

Selain itu, mereka turut melalui cabaran Tiktok di mana mereka perlu menari apabila mendengar lagu viral di aplikasi itu yang dimainkan secara rawak.

Farisha, Wajah Pertama Dewi Cilik Bintang Kecil!
Penuh yakin menari tarian viral di TikTok
Farisha, Wajah Pertama Dewi Cilik Bintang Kecil!
Comel dengan aksi lincah menari

Selain tampil berbusana tradisional, para peserta juga diminta untuk menggayakan fesyen tutu skirt mengikut kreativiti masing-masing.

Farisha, Wajah Pertama Dewi Cilik Bintang Kecil!
Barisan Top 5 Dewi Cilik Bintang Kecil 2023

Kecil-kecil Cili Padi

IKLAN

Akhirnya tanggal 19 Ogos 2023, teka teki siapakah pemenang Dewi Cilik Bintang Kecil 2023 terjawab sudah apabila nama adik Farisha diumumkan diikuti dengan sorakan meriah oleh pengunjung Plaza Shah Alam yang turut meraikan kejayaan anak kecil ini menyandang gelaran Dewi Cilik Bintang Kecil 2023.

Farisha, Wajah Pertama Dewi Cilik Bintang Kecil!
Farisha, wajah pertama Dewi Cilik Bintang Kecil 2023. Tahniah!

Kecil-kecil cili padi, meskipun kecil namun keberaniannya di pentas peragaan cukup hebat. Sekali gus melayakkan adik Nur Farisha Dania membawa pulang wang tunai bernilai RM1500 sumbangan Plaza Masalam, jam tangan Ice Watch, bunga tajaan Mewah Rose serta hadiah sampingan lain.

Begitu juga tidak kurang gamat sorakan yang diterima apabila diumumkan nama adik Nur Zara Aamily Binti Nazri sebagai pemenang tempat ke dua Dewi Cilik Bintang Kecil 2023 yang membolehkan membawa pulang wang tunai bernilai RM1000 sumbangan Plaza Shah Alam berserta jam tangan Ice Watch serta hadiah sampingan lain.

Farisha, Wajah Pertama Dewi Cilik Bintang Kecil!

IKLAN

Manakala tempat ke tiga pula jatuh kepada adik Syazwina Bt Mohd Taib, menerima wang tunai bernilai RM500 sumbangan Plaza Shah Alam berserta jam tangan Ice Watch serta hadiah sampingan lain.

Farisha, Wajah Pertama Dewi Cilik Bintang Kecil!
Tahniah buat semua yang berjaya

Di atas pentas pertandingan ini juga menyaksikan adik Putri Nur Nariesya Eizeanies memenangi cabaran photo Dewi Cilik Bintang Kecil 2023, dengan membawa pulang wang tunai bernilai RM200 tajaan Plaza Shah Alam berserta jam tangan Ice Watch dan hadiah sampingan lain.

Manakala adik Putri Diana Ellysa pula dinobatkan sebagai Dewi Aktif sekali gus layak menerima wang tunai bernilai RM200 sumbangan Plaza Shah Alam berserta jam tangan Ice Watch serta hadiah sampingan.

Tahniah kepada semua pemenang Dewi Cilik Bintang Kecil 2023 kerana anda adalah wajah pertama Dewi Cilik Bintang Kecil!

IKLAN

Farisha, Wajah Pertama Dewi Cilik Bintang Kecil!

 

 

 

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI