“5 tahun lalu kita kursus kahwin, hari ni kursus Umrah.
Syukur Alhamdulillah.”
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
KURSUS UMRAH SELEPAS 5 TAHUN BERKAHWIN
Ads
Pelakon berusia 38 tahun ini memberitahu bahawa dia dan suaminya mengikuti kurus umrah setelah 5 tahun berkahwin. Riak wajah pasangan ini yang sentiasa mengukir senyuman, Fasya meluahkan rasa syukur dengan kebahagiaan yang dinikmatinya.
PEMINAT TITIP DOA FASHA BERHIJAB
Apa yang meraih perhatian, Fasha yang mengikuti kursus umrah kelihatan mengadakan bertudung litup. Penampilannya yang manis dan sederhana telah mendapat respon daripada peminatnya. Ada yang mendoakan dia terus memakai hijab dan mendoakan pasangan ini bahagia.
Tampil Berkebaya Serta Berkasut Sukan Di Pusat Penamaan Calon, Nurul Izzah Raih Perhatian
Suasana hari Penamaan Calon mendapat perhatian seluruh negara. Masing-masing tampil dengan cara yang tersendiri termasuk calon Pakatan Harapan (PH) kerusi Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar.
Apa yang meraih perhatian Nurul Izzah Anwar tampil di pusat penamaan calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN), di sini dengan mengenakan kebaya dan berkasut sukan.
Gaya yang bersahaja dan penuh yakin melangkah membuatkan ramai memuji gaya Naib Presiden PKR ini.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Sambil melontarkan senyuman, anak sulung Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim itu mengenakan kebaya berwarna biru ‘turquoise’ dan kain corak batik, sedondon dengan seorang pencadangnya.
Sementelaah, calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Said tiba kira-kira pukul 9 pagi dengan diiringi lebih 300 penyokong manakala calon Perikatan Nasional (PN) daripada Pas, Muhammad Fawwaz Mat Jan tiba di pusat penamaan calon berkenaan pukul 9.05 pagi.
Muhammad Fawwaz yang berbaju Melayu berwarna biru diiringi lebih 200 penyokong yang melaungkan takbir sebelum bergerak ke dewan utama.
Pada PRU15 kali ini, Parlimen Permatang Pauh bakal menyaksikan pertembungan empat penjuru dengan masing-masing terdiri daripada calon parti BN; PN, PH dan Gerakan Tanah Air (GTA).
Murid PASTI meninggal dunia, sayu hati tengok rakan-rakan keliling jenazah, beri penghormatan terakhir. Tular di media sosial video menyayat hati yang memperlihatkan detik terakhir seorang murid tadika sebelum dikebumikan.
Allahyarham Muhammad Yusuf Ali Amin, berusia enam tahun dan merupakan pelajar di Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Aqliah, Temerloh, Pahang, menerima penghormatan terakhir daripada rakan-rakan sekelasnya yang turut hadir memberikan ucapan perpisahan.
Momen mengharukan ini mencuri perhatian ramai apabila kelihatan jasad si kecil dikelilingi oleh rakan-rakan sepermainan yang berdiri di sisinya buat kali terakhir. Video yang dimuat naik oleh guru mereka di laman TikTok menunjukkan murid-murid tersebut, yang mungkin belum mengerti sepenuhnya makna kehilangan, berdiri penuh sayu di sisi jenazah yang sedang diuruskan di masjid.
Ahli Parlimen Temerloh, Cikgu Salamiah Mohd Noor, memaklumkan bahawa kanak-kanak tersebut menghembuskan nafas terakhir akibat jangkitan kuman di paru-paru.
“Salam takziah buat keluarga Muhammad Yusuf Al-Amin Bin Mohd Zaki Al-Jihadi. Semoga roh arwah ditempatkan bersama golongan yang beriman dan soleh. Moga keluarga diberikan kekuatan dalam menghadapi dugaan ini. Al-Fatihah,” katanya dalam satu hantaran.
Sementara itu, pihak pengurusan PASTI Malaysia turut menzahirkan ucapan takziah dan menjelaskan bahawa arwah telah menunjukkan tanda-tanda masalah pernafasan sebulan yang lalu.
“Seluruh Ahli Lembaga Pengarah PASTI Malaysia merakamkan ucapan takziah atas pemergian adik Muhammad Yusuf Al-Amin dari PASTI Aqliah, Temerloh, yang telah kembali ke rahmatullah di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur.
“Arwah mula menunjukkan simptom gangguan pernafasan sekitar sebulan lalu dan telah menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh selama hampir sebulan sebelum dipindahkan ke PPUM pada hari ketiga Syawal bagi rawatan susulan.
“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati arwah mengalami jangkitan kuman di paru-paru,” menurut kenyataan tersebut.
Video yang telah meraih lebih 1.4 juta tontonan itu menyentuh hati ramai warganet. Kebanyakan mereka meluahkan rasa sebak melihat keakraban rakan-rakan kecil arwah yang setia bersama sehingga ke detik akhir perpisahan.
Izara Aishah hamil anak ketiga dan bakal menimang bayi perempuan lagi – namun kehamilan kali ini hadir dengan cabaran tersendiri apabila beliau mudah pening dan terpaksa tinggal puasa kerana kesihatan yang sedikit terjejas. Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh pelakon jelita berusia 33 tahun ini yang kini sedang melalui trimester ketiga dengan penuh berhati-hati.
Walaupun kelihatan berseri-seri seperti kebiasaannya, Izara mengakui kehamilan kali ini lebih mencabar berbanding dua pengalaman terdahulu. Namun sebagai ibu, dia tetap bersyukur kerana hasil pemeriksaan doktor menunjukkan keadaan dirinya dan bayi dalam kandungan berada dalam keadaan baik.
Menurut Izara, pada awalnya dia menyangka bakal memperoleh anak lelaki kerana perubahan minat yang dirasai kali ini agak berbeza daripada dua kehamilan sebelum ini.
“Dua kehamilan sebelum ini saya rasa sangat feminin. Tapi kali ketiga ini lain sedikit. Saya ingatkan lelaki sebab sekarang suka tengok sukan lasak, UFC, MMA, boxing… saya memang minat sangat Khabib. Rupanya girl juga,” katanya berseloroh.
Walaupun begitu, Izara dan suami menerima rezeki tersebut dengan hati terbuka. Malah dua puteri kesayangannya, Irisa Alaia dan Amara Amina, sudah tidak sabar menanti kehadiran adik perempuan baharu dalam keluarga mereka.
Antara cabaran utama sepanjang fasa Izara Aishah hamil anak ketiga adalah rasa pening sehingga hampir pitam, terutama apabila berdiri terlalu lama.
“Saya memang tak boleh berdiri lama. Rasa macam nak pengsan. Puasa pun sempat beberapa hari sahaja. Bukan tak nak, tapi memang tak larat. Doktor beritahu bayi sedang menyerap protein daripada saya. Kadang-kadang sampai terduduk. Jadi kalau rasa tak kuat, saya kena minum dan rehat,” kongsinya jujur.
Keadaan ini sebenarnya biasa dialami ibu hamil apabila tubuh memerlukan lebih banyak nutrien dan tenaga untuk menyokong perkembangan bayi. Kekurangan zat besi atau tekanan darah rendah juga boleh menyebabkan rasa pening dan lemah, terutamanya ketika memasuki trimester ketiga.
Sepanjang tempoh Izara Aishah hamil anak ketiga, beliau turut mendedahkan berat badannya kini meningkat kira-kira 10 kilogram. Namun begitu, dia memilih untuk tidak terlalu tertekan memikirkan soal perubahan fizikal, sebaliknya memberi fokus kepada kesihatan kandungan.
Menariknya, sepanjang tiga kehamilan, Izara tidak pernah mengalami alahan atau morning sickness. Perubahan paling ketara baginya adalah dari segi emosi.
“Saya memang jenis serius bila bekerja dan sangat profesional. Tapi bila orang ambil mudah atau kerja lambat sedangkan benda itu penting, memang saya cepat ‘trigger’,” jelasnya.
Perubahan hormon ketika hamil memang boleh mempengaruhi kestabilan emosi. Justeru sokongan suami dan keluarga amat penting bagi membantu ibu melalui fasa ini dengan lebih tenang dan positif.
Kini memasuki usia kandungan tujuh bulan, Izara Aishah hamil anak ketiga dan dijangka melahirkan bayi sekitar April, berkemungkinan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri. Dia berharap dapat bersalin secara normal seperti dua kelahiran sebelum ini sekiranya tiada sebarang komplikasi.
“Insya-ALLAH saya harap semuanya dipermudahkan. Setakat ini doktor maklumkan keadaan saya dan bayi baik. Cuma saya doa agar segala urusan sehingga hari kelahiran berjalan lancar,” katanya.
Untuk Aidilfitri nanti, Izara merancang menyambutnya di Kuala Lumpur sebelum pulang ke Pulau Pinang pada hari raya kedua.
Sebagai rekod, Izara mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Adib Khalid pada 17 November 2017. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini telah dikurniakan dua cahaya mata perempuan dan kini bakal menerima kehadiran puteri ketiga yang pastinya menambah seri keluarga mereka.
Semoga segala urusan Izara Aishah hamil anak ketiga ini dipermudahkan dan kehadiran si kecil nanti membawa lebih kebahagiaan buat seluruh keluarga tercinta.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.