Fattah Amin dan Amira Othman umum nikah 14 September ini. Spekulasi mengenai hubungan antara penyanyi dan pelakon, Amira Othman dengan aktor popular, Fattah Amin akhirnya terjawab apabila kedua-duanya tampil mengesahkan ikatan cinta mereka.
Fattah Amin Dan Amira Othman Umum Nikah 14 September Ini
Fattah, atau nama penuhnya Abdul Fattah Mohd Amin, 35, membuat kejutan di majlis pelancaran single terbaharu Amira bersama adiknya, Irfan Haris yang berjudul Rasa & Takdir.
Ketika Amira, 32, yang juga dikenali dengan nama penuh Nadia Amira Othman sedang berduet dengan Irfan, suasana dewan berubah riuh apabila hero filem Pendekar Awang itu muncul dari pintu belakang dan berjalan menuju ke arah pentas.
Di hujung persembahan, Irfan menyerahkan simbolik ‘kunci’ kepada Fattah. Pelakon tersebut kemudian mengambil mikrofon dan membuat pengumuman rasmi mengenai hubungan istimewa mereka berdua.
Selepas meluahkan hasratnya, Fattah mengembalikan simbolik ‘kunci’ itu kepada Amira, sekali gus melambangkan ikatan yang telah dimeterai secara terbuka.
Momen bersejarah itu turut disaksikan kedua ibu bapa Amira, iaitu Othman Abdul Kadir, 62, dan Nora Arshad, 58. Usai majlis, pasangan tersebut beredar dari lokasi acara.
Difahamkan, Fattah dan Amira akan melangsungkan pernikahan pada 14 September ini di sebuah hotel di Johor Bahru, yang juga merupakan tarikh kelahiran aktor tersebut.
Ads
Sebelum pengumuman rasmi ini, media sosial pernah digemparkan dengan dakwaan bahawa Fattah bakal menamatkan zaman dudanya dalam masa terdekat.
Desas-desus tersebut pertama kali tular di aplikasi Threads menerusi pengguna bernama Kimchikims_ yang mendakwa menerima maklumat itu daripada sumber yang boleh dipercayai.
Sebagai rekod, Fattah pernah berkahwin dengan aktres Fazura pada 27 November 2017, namun rumah tangga itu berakhir dengan perceraian pada 7 Oktober tahun lalu.
Hasil perkahwinan berkenaan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.
Masih ingatkah kita dengan seorang kanak-kanak 12 tahun yang terjatuh di dalam bilik janakuasa elektrik TNB ketika mengambil bola dan melecur satu badan di Bayan Lepas, Pulau Pinang tahun lalu?
Hari ini, Mohd Darwisy Zarif Mohd Khairi yang kini berusia 13 tahun sudah pun dapat kembali ke sekolah selepas hampir setahun kejadian itu berlaku.
Perkembangan terbaru kanak-kanak itu dikongsikan oleh ibu saudaranya, Asyifa Ghazali di laman TikToknya yang turut meluahkan rasa syukur apabila Darwisy sudah memulakan sesi persekolahan sebagai pelajar tingkatan 1, baru-baru ini.
“Alhamdulillah selepas 336 hari adik Darwisy hari ini mula bersekolah.
“Kepada tuan puan yang selalu tanya tentang adik Darwisy, tnya khabar adik Darwisy terima kasih banyak-banyak ya tuan puan semua,” ujar Asyifa.
Menerusi video yang dikongsikan itu, Darwisy dilihat cukup tenang dan semakin sihat berjalan ke sekolahnya.
Kanak-kanak itu sebelum ini pernah mengalami lecur sehingga 50 peratus pada badannya dan menggunakan alat bantuan pernafasan ketika menerima rawatan.
Malah, Darwisy yang ketika itu berusia 12 tahun terpaksa ditidurkan kerana kritikal akibat daripada kejadian tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa syukur dan kagum apabila melihat Darwisy bersemangat ke sekolah walaupun terpaksa memakai sarung tangan bagi melindungi serta memulihkan kesan lecur.
Kemelut rumah tangga kahwin cerai biasanyaa setelah kes curang. Namun ada juga disebabkan faktor lain penceraian itu berlaku antaranya tiada pemberian nafkah dan persefahaman.
Menjalani kehidupan berumahtangga memang bukan perkara yang mudah. Ia menjadi lebih mencabar apabila pasangan memiliki personaliti yang bertentangan, di mana seorang bersifat dominan, manakala yang satu lagi lebih lembut dan berkompromi.
Menarik perkongsian aktivis Mona Din di laman Facebook miliknya, di mana beliau membincangkan isu perceraian secara umum yang sering berlaku dalam kalangan masyarakat.
“Menjadi Isteri Yang Berkuasa?
“Alam rumahtangga itu sesungguhnya tidak mudah. Tambah sukar, apabila pasangan sangat berlainan karekter, sorang dominan dan sorang lagi pelembut.
Menambah ribut, jika yang dominan itu wanita atau isteri, dan yang serba cool dan calm itu lelaki, si suami.”
“Wanita seperti ini, berpersonaliti keras, selalunya juga sangat kuat bekerja, tegas, bersuara lantang, lasak dan sering mempunyai misi dan visi yang jelas dalam hidup. Mereka ini golongan kaum hawa yang sering set the target, and always work hard to make things happen.”
“To the opposite, suami terkadang lebih santai, lebih slow, tidak suka gopoh-gopoh, tidak mahu kecoh-kecoh, lebih rela menerima keadaan seadanya, lebih prefer yang tenang dari serabut, yang terkadang kelihatan seperti tidak work hard enough to change / achieve something.”
ISTERI ANGGAP TULANG BELAKANG KELUARGA HINGGA LUAH UNGKAPAN AIBKAN SUAMI
Beliau juga dikenali sebagai seorang aktivis yang memperjuangkan nasib remaja Sindrom Down dikenali Bella, turut memberi nasihat bahawa kemelut rumah tangga berlaku apabila isteri beranggapan menjadi tulang belakang kejayaan keluarga.
Sering terjadi, apabila target dicapai, sang isteri seronok mendabik dada, merasakan beliau lah menjadi tunggak jaya, beliau lah yang bekerja kuat, beliaulah yang make things happened, beliau lah yang banyak menafkahi keluarga, kerana mostly wang yang di curah di dalam keluarga, banyaknya dari keringat dia.
Maka keluarlah ungkapanungkapan sebegini, baju-baju raya saya yang beli, kuih-kuih raya saya yang order, ganti langsir dan carpet setiap tahun saya yang buat, juadah ketupat rendang untuk keluarga awak pun saya yang tempah, kalau harap awak, kita masih tinggal di rumah pangsa.
Maka sangat pentinglah peranan sang isteri, berbanding dengan si suami yang sepertinya dianggap tidak functioning.
Mengukur betapa tidak bergunanya sang suami, mungkin akan terbit kata-kata ini, hatta kueh raya pun awak tidak membeli!
SUAMI ANGGAP ISTERI CUKUP SEMPURNA TETAPI AKHIRNYA ‘MAKAN DIRI’
Kata Mona lagi, kemampuan isteri untuk melakukan semua perkara membuatkan suami menggunakan pendekatan menuruti sahaja tanpa halangan.
Ya, si isteri melakukan itu semua kerana dia rasa dia mampu, dia lebih banyak duit, dia yang layak membeli dan memberi. Maka dia yang memilih dan menentukan, berapa banyaknya baju2 raya, kueh2, duit raya segala. Si suami pula, merasakan isteri sudah cukup sempurna melaksana, beliau memilih untuk hanya menurut sahaja. Senangkan isteri, katanya.
Dan kala si-isteri ‘bertugas’ sebagai ketua, menentukan segala, si suami merelakan, membenarkn isteri berkuasa, sebagai tanda support, bangga dengan keupayaan seorang wanita.
Terkadang, tanpa suami sedar, kerelaan dan support itu, satu hari nanti mungkin menjadi senjata yang bakal menoreh berdarah akan dirinya.
Kerana suami mungkin tidak menyangka, bahawa isteri boleh terlupa, atau tidak perasan, kala isteri sebok bertugas di luar, si suami lah yang sedang sebok berkhidmat di rumah, melayani anak-anak, menemani mengulangkaji dan mendodoi mereka tidur, mengisi kelopongan tugasan yang ditinggalkn oleh seorang ibu.
Mungkin juga si isteri tidak teringat, kejayaannya ke hulu ke hilir mengejar dunia, adalah atas izin seorang suami, yang merelakan dirinya terlihat kurang gagah, dek mahu si isteri mengecap jaya.
Sehingga mungkin si suami membuat khilaf, tidak menghulur perbelanjaan keluarga seperti selayaknya, mungkin kerana menganggap, tak apalah, isteri saya sudah memberi, kerana wang dia, adalah juga wang saya, kerana kami bekerja bersama…
Tambah sulit, apabila bertelingkah, si suami lebih memilih untuk berdiam diri, dan si isteri merasa si suami kurang bersungguh memujuk rayu dalam berusaha memulihkan kembali, sedang suami pula sebenarnya kalah dalam mencari arah, akibat sikap isteri yang sukar ditembusi.
SUAMI MEMILIH BERSIKAP TENANG
Dalam pada itu, Mona juga memberi peringatan bahawa sikap lelaki yang memilih untuk tenang dan berdiam diri sebenarnya menjadi ‘barah’ buat wanita itu.
Dan being lelaki yang suka memilih tenang. Beliau mungkin merasakan, kita diam saja dulu, time will heal all wounds. Juga being a man, para lelaki yang sering di anggap kurang sensitif, mungkin tidak sedar yang berdiam diri membiarkan masa merawat luka itu sangat menyakitkan buat si isteri, sering menjadi kudis yang boleh merebak sehingga bernanah.
Maka dari sini-lah, small things boleh trigger menjadi benda besar, terkadang menjadi gunung berapi yang tiba-tiba meletus. Salah siapa? Wallahualam.
BELAJAR MENGHARGAI, DUA INSAN TIDAK PERNAH SEMPURNA
Katanya lagi, menjalani kehidupan berumahtangga sememangnya bukan satu perkara yang mudah. Jadi belajar untuk menghargai dengan pasangang yang tidak pernah sempurna.
Saya sendiri melalui pengalaman melayari hidup berumahtangga dalam suasana pasangan yang mempunyai karektar berbeza ini. Saya dengan sifat strong character. Mr hubby pula, cukup sekadar memandang wajahnya, semua orang akan berkata, dia seorang lelaki yang baik!
Memang benar. Saya akui hakikat itu. Dan berlaku jujur dengan diri sendiri ; mengakui suami kita memang seorang lelaki yang baik, sebab memang terbukti beliau benar2 baik, kita sebagai isteri bersaksi sepanjang perkahwinan, tidak pernah kita di caci-maki, tidak pernah kita di sentuh di pukul hatta hujung jari sekalipun, tidak pernah dia berskandal hingga membawa kepada hubungan gelap dan zina, tidak pernah berjudi, tidak pernah melupakan tanggungjawabnya menafkahi keluarga (walau mungkin tidak sebanyak wang kita) maka semua itu, itu lah yang menjadi benteng untuk kita berpaut kepadanya. Berpaut lah. Berpaut lah di dalam sebuah rumahtangga yang pasti tidak akan pernah sempurna.
TIDAK PERNAH. Pilihlah untuk terus teguh mencinta, walaupun ada ketika, kita mungkin merasa benci akan dirinya. Selalu ingat, ada perkara kita tidak berpuas hati tentang dirinya, dan sudah tentu, ada perkara tentang diri kita, yang juga sangat tidak disukainya.
Namun mereka para suami memilih untuk berdiam diri, menerima, bukan kerana mereka suka, tetapi kerana mereka redha, sesungguhnya takdir itu yang telah meletakkan kita ini, jodoh mereka.
Lalu mari kita para isteri, belajar menghargai. Kita harus akur, perkahwinan yang sempurna itu, adalah tentang dua insan yang tidak pernah sempurna, yang perlu berusaha menerima kekurangan each other, dan tidak mudah menyerah kalah.
Kerana sesungguhnya, perkahwinan itu adalah sebuah ikatan, yang memerlukan kerja keras untuk menjayakan, selalu memerlukan pengorbanan. Berkorban lah, selagi mana suami kita itu, masih menjadi seorang lelaki yang baik. Dia mungkin tidak segagah kita, namun di dalam kelembutannya, itulah tempat paling indah buat kita seorang isteri.
Tulisan ini buat diri saya sendiri, mengambil iktibar dari kejadian insan-insan lain, sebagai pedoman. Buat Mr Hubby, terimakasih sentiasa teguh berdiri di sisi saya, dalam segala keadaan.
Terimakasih sering bersabar dengan saya, isteri strong character yang sentiasa mahu menang setiap kali kita bersengketa. Terimakasih sentiasa memberi peluang, again and again, untuk kita sama2 memperbaiki apa jua yang kurang sempurna.
Terimakasih masih kekal mencintai saya, despite all weaknesses i have. Terimakasih Ya Allah, sering mengingatkan saya untuk terus bersyukur, walau ada keadaan saya hampir lupa diri, kerana saya juga adalah seorang wanita yang lebih sering mengikut perasaan & emosi berbanding akal.
Teruskan Ya Allah, berikan saya kemampuan berfikir, bahawa di dalam hidup berumahtangga ini, bukan sahaja tentang kita suami-isteri, tetapi ada hak hati dan perasaan anak-anak, yang perlu kita fikirkan, kita jagai. Jangan kerana perkara yang boleh kita atasi, kita memilih untuk mengikut hati, akibatnya ia menjadi tragedi sedih di dalam kehidupan anakcucu, yang mungkin menghantui mereka sepanjang hayat.
Kita ini, ibubapa, adalah sandaran untuk anak-anak, menantu-menantu, cucu cicit kita. Marilah kita berusaha menjadi contoh yang baik. Walau kita insan biasa yang tidak pernah sempurna, sentiasalah cuba berbuat sesuatu yang baik, buat lah dengan baik, demi untuk mendapat hasil yang terbaik. Semoga segala yang baik2 sahaja menjadi landasan hidup kita, dalam mencari redha Allah, agar Dia sudi memberi yang terbaik dalam hidup kita semua, dunia dan akhirat Amiin
Terkini, Pelakon dan bekas model, Zahnita Wilson kelihatan memadam segala hantaran terdahulu dalam akaun Instagramnya. Kelihatan hanya sebuah video buat tatapan umum.
Dalam video pendek yang dikongsi, Zahnita tampil memakai ‘hoodie’ dan berkaca mata, sambil terlihat sebak sebelum memberikan isyarat ‘mini love’.
Menerusi kapsyen ringkas tetapi penuh makna, Zahnita menzahirkan tanda terima kasih atas ucapan dan sokongan diberikan pengikut dalam media sosial.
“Assalamualaikum, terima kasih atas ucapan dan sokongan semua. Saya akan bersama dengan anda sedikit masa saja lagi.”
Dalam pada itu, pelakon filem Kuliah Cinta ini juga memutuskan untuk menyerahkan urusan perniagaan pai yang diusahakan kepada dua kenalannya buat sementara waktu.
Sehingga kini, hantaran berkenaan menerima hampir 24000 tanda suka sambil dususuli dengan pelbagai komen warganet.
Wargamaya menitipkan doa dan menyampaikan kata-kata semangat kepada Zahnita atas apa yang sedang dilaluinya dalam kehidupan.
Sebelum ini, wanita berusia 39 tahun ini mendedahkan dirinya menjadi mangsa keganasan rumah tangga, sekali gus menarik perhatian ramai.
Beberapa hari lalu, Zahnita berkongsi di Instagram tentang penderitaan yang dialaminya dalam rumah tangga dengan memuat naik gambar keadaan matanya yang lebam.
Semalam, Mahkamah Majistret Kuantan membenarkan perintah reman tiga hari terhadap suami Zahnita.
Isu bawa anak naik stroller di tempat sesak mencetuskan perdebatan hangat di media sosial apabila ada yang mengecam tindakan ibu bapa, namun ramai tampil mempertahankan mereka.