Terkini, Pelakon dan bekas model, Zahnita Wilson kelihatan memadam segala hantaran terdahulu dalam akaun Instagramnya. Kelihatan hanya sebuah video buat tatapan umum.
Dalam video pendek yang dikongsi, Zahnita tampil memakai ‘hoodie’ dan berkaca mata, sambil terlihat sebak sebelum memberikan isyarat ‘mini love’.
Menerusi kapsyen ringkas tetapi penuh makna, Zahnita menzahirkan tanda terima kasih atas ucapan dan sokongan diberikan pengikut dalam media sosial.
“Assalamualaikum, terima kasih atas ucapan dan sokongan semua. Saya akan bersama dengan anda sedikit masa saja lagi.”
Ads
Dalam pada itu, pelakon filem Kuliah Cinta ini juga memutuskan untuk menyerahkan urusan perniagaan pai yang diusahakan kepada dua kenalannya buat sementara waktu.
Sehingga kini, hantaran berkenaan menerima hampir 24000 tanda suka sambil dususuli dengan pelbagai komen warganet.
Ads
Wargamaya menitipkan doa dan menyampaikan kata-kata semangat kepada Zahnita atas apa yang sedang dilaluinya dalam kehidupan.
Sebelum ini, wanita berusia 39 tahun ini mendedahkan dirinya menjadi mangsa keganasan rumah tangga, sekali gus menarik perhatian ramai.
Beberapa hari lalu, Zahnita berkongsi di Instagram tentang penderitaan yang dialaminya dalam rumah tangga dengan memuat naik gambar keadaan matanya yang lebam.
Ads
Semalam, Mahkamah Majistret Kuantan membenarkan perintah reman tiga hari terhadap suami Zahnita.
Bedah siasat sahkan punca kematian murid Tahun Empat akibat tekanan pada leher. Bedah siasat ke atas murid lelaki Tahun Empat yang ditemui tidak sedarkan diri di dalam tandas sebuah sekolah rendah di Senawang pada Rabu mengesahkan punca kematian berpunca daripada tekanan pada bahagian leher.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, pemeriksaan lanjut pada Khamis mendapati tiada kecederaan lain ditemui pada tubuh pelajar berusia 10 tahun itu.
Beliau memaklumkan sehingga kini, seramai 27 individu sudah dipanggil bagi membantu siasatan.
“Siasatan menyeluruh sedang dijalankan termasuk bagi mengenal pasti punca tindakan sebelum kejadian serta keadaan semasa mangsa ditemui di dalam tandas.
“Polis menggesa agar diberikan ruang untuk menjalankan siasatan secara telus dan dengan mengambil kira pematuhan terhadap sensitiviti kanak-kanak yang dilindungi di bawah peruntukan Akta Kanak-Kanak 2001 memandangkan siasatan turut melibatkan saksi kanak-kanak,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Dalam masa sama, beliau mengingatkan masyarakat supaya tidak membuat andaian atau menyebarkan spekulasi yang boleh mengganggu kelancaran siasatan pihak berkuasa.
Sebelum ini, polis mengesahkan kes berkenaan masih disiasat di bawah Seksyen 507C Kanun Keseksaan dan siasatan terperinci sedang diteruskan untuk mengetahui punca sebenar tragedi tersebut.
Pada Rabu, media melaporkan murid terbabit ditemui tidak sedarkan diri di tandas sekolah sebelum guru disiplin membawanya ke sebuah klinik swasta. Namun, dia disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.
Pelakon terkenal Fattah Amin sekali lagi mencuri perhatian peminat apabila beliau berkongsi momen istimewa bersama keluarganya sebelum berangkat ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan ibadah Umrah.
Dalam hantaran terbaru di Instagram, Fattah meluahkan rasa syukur atas peluang ini dan memohon doa daripada para pengikutnya.
Beliau menulis:
“Assalamualaikum semua..doakan perjalanan kami sekeluarga menjalani ibadah umrah di permudahkan, di lindungi serta mendapat umrah yang mabrur Insha Allah. ”
Perkongsian itu dihiasi dengan foto sederhana Fattah bersama keluarganya, yang memancarkan ketenangan dan kegembiraan dalam menjalani ibadah penuh keberkatan ini.
Langkah ini jelas menunjukkan bahawa Fattah mencari ketenangan jiwa dan kekuatan spiritual melalui ibadah. Perjalanan ke Tanah Suci ini bukan sahaja menjadi medan muhasabah diri tetapi juga satu bentuk penghargaan terhadap rahmat dan peluang yang Allah berikan.
Semoga Fattah Amin terus tabah menghadapi setiap cabaran, dan perjalanan ibadah ini membawa ketenangan serta kekuatan baru dalam dirinya. Ini juga menjadi inspirasi buat kita semua, bahawa setiap dugaan adalah peluang untuk kita kembali kepada-Nya.
Terdahulu, Fattah menjadi bualan hangat ramai apabila dilantik sebagai Ketua Eksekutif Pemasaran bagi jenama daging perap terkenal, Pak Mat Western yang sudah berkuatkuasa sejak 20 November lalu.
Tindakan Fattah ini mendapat respon positif daripada peminat yang membanjiri ruangan komen.
Sekadar info, Fattah dan Fazura bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari di Shah Alam selepas lebih tujuh tahun mendirikan rumah tangga.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya.
Suami isteri maut, Ford Mustang terbabas di Jalan Segamat-Kuantan selamat dikebumikan dalam satu liang lahad. Pemergian pasangan suami isteri yang juga pemilik kedai emas, Allahyarham Mohd Izuddin Harmaini, 51, dan isterinya Nur Syamimi Rosli, 36, akibat kemalangan jalan raya pada Isnin lalu memberi kesan yang amat mendalam bukan sahaja kepada ahli keluarga, malah kepada golongan yang pernah menerima bantuan daripada mereka.
Menurut bapa kepada Allahyarhamah Nur Syamimi, iaitu Rosli Ramli, 61, pasangan itu sangat pemurah dan tidak lokek untuk menghulurkan bantuan kepada sesiapa yang memerlukan. Malah katanya, mereka sangat mudah tersentuh melihat penderitaan insan lain.
“Mungkin asbab daripada sifat pemurah mereka, ALLAH permudahkan urusan perniagaan barang kemas diusahakan hingga berjaya membuka dua kedai emas termasuk di Pekan.
“Dulu dia (Nur Syamimi) menjual barang kemas termasuk barang perhiasan suasa dan perak secara kecil-kecilan termasuk di pekan sehari.
“Berkat usaha mereka, perniagaan barang kemas yang diusahakan lebih 10 tahun lalu itu semakin maju dan boleh dibanggakan,” katanya ketika ditemui selepas pengebumian jenazah di Tanah Perkuburan Islam Kampung Jambu pada Selasa.
Rosli yang merupakan pesara guru turut berkongsi bahawa pasangan itu sering bergerak bersama setiap kali menghantar barang kemas kepada pelanggan. Malah, pertemuan terakhir mereka berlaku dua hari sebelum kejadian, ketika pasangan itu menghantar anak ketiga untuk bermalam di rumahnya.
“Saya cuma dapat tahu mereka ke Segamat semalam (Isnin) untuk bertemu pelanggan sebelum menerima khabar mengejutkan ini,” ujarnya.
Beliau menerima berita kemalangan yang meragut nyawa anak dan menantunya sekitar jam 3 petang daripada anak bongsunya.
“Masa terima panggilan saya baru hendak makan tengah hari.
“Anak beritahu kakak dia dan suami kemalangan dan kedua-duanya maut di tempat kejadian,” katanya lagi.
Rosli menyifatkan kehilangan mereka sebagai satu tamparan hebat kerana perniagaan yang diusahakan bersama kini sedang berkembang pesat.
“Mereka pergi waktu perniagaan sedang maju tapi ALLAH lebih sayangkan mereka,” katanya, sambil mengenang kembali tragedi kehilangan anak keduanya, Allahyarham Mohd Shazwan, dalam kemalangan pada tahun 2011.
Pasangan ini meninggalkan empat orang anak perempuan berusia antara dua hingga 11 tahun, iaitu Nur Izzara Eryna (11), Nur Airaa Eryna (7), Nur Naura Eryna (4), dan Nur Qairaa Eryna (2).
Adik bongsu Nur Syamimi, iaitu Nur Izzah Ezani Rosli, 26, turut berkongsi bahawa kakak dan abang iparnya sangat baik dengan pekerja mereka dan tidak pernah berkira.
“Pada Jumaat lalu mereka sempat belanja kek untuk pekerja kedai emas di Pekan.
“Pada pagi Isnin, mereka singgah di kedai untuk ambil barang kemas yang dipesan pelanggan.
“Masa itu hanya abang ipar yang turun ambil barang manakala kakak hanya tunggu dalam kereta,” katanya.
Berita tentang kemalangan tragis yang menimpa kakak dan abang iparnya itu sangat mengejutkan seluruh ahli keluarga.
Jenazah pasangan ini selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Jambu pada kira-kira jam 10.45 pagi, Selasa. Sebelum itu, jenazah dibawa dari kediaman keluarga di Taman Syahbandar menaiki dua van jenazah dan tiba di Masjid Tengku Panglima Perang Tengku Muhamad, Pekan pada jam 9 pagi untuk disolatkan.
Terdahulu, media melaporkan bahawa Mohd Izuddin dan Nur Syamimi maut selepas kereta Ford Mustang yang mereka naiki terbabas di Kilometer 13, Jalan Segamat-Kuantan berhampiran simpang Felda Pemanis, Segamat. Kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 2 petang ketika mereka dalam perjalanan dari Kuantan ke Segamat. Kedua-dua mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.