Fauziah Latiff belum bersedia buka pintu hati, nak jaga ibu yang dah lanjut usia. Penyanyi tersohor, Fauziah Latiff masih belum bersedia untuk menerima kehadiran lelaki baru dalam hidupnya selepas melalui dua kali kegagalan rumah tangga.

Fauziah Latiff Nak Jaga Ibu Yang Dah Lanjut Usia, Belum Bersedia Buka Pintu Hati

Fauziah, atau nama penuhnya Siti Fauziah Sheikh Abdul Latiff menyatakan fokus utamanya kini adalah untuk menjaga ibunya yang sudah lanjut usia.

“Alhamdulillah, saya selesa dengan kehidupan saya sekarang. Kalau diri sendiri tak terjaga, macam mana nak jaga orang lain?

“SEKARANG, SAYA GEMBIRA DAN BERSYUKUR DAPAT MENJAGA MAK. ITU ADALAH TANGGUNGJAWAB SAYA SEBAGAI ANAK KERANA MAK ADALAH NADI KEHIDUPAN SAYA.

“Ini masa saya balas jasa dia. Bab lain, saya ketepikan dulu sebab belum sampai masanya,” katanya selepas menghadiri Konsert JessC X Fauziah Latiff di Arena of Stars malam tadi.

Menurut Fauziah, dia kini lebih memilih aktiviti yang memberi ketenangan dan peluang untuk memperbaiki diri.

Fauziah Latiff Nak Jaga Ibu Yang Dah Lanjut Usia, Belum Bersedia Buka Pintu Hati
Persembahan Fauziah Latiff bersama JessC di Arena of Stars.

“Saya sedar masih banyak yang perlu diperbaiki, termasuk mengenali diri dan persekitaran. Tambahan pula, kita sudah berada di penghujung zaman.

“Apa sahaja yang boleh membawa ketenangan jiwa, saya utamakan. Macam sekarang, menjaga ibu sangat bermakna bagi saya. Dia adalah segalanya dan penyelamat dalam hidup saya,” katanya yang kini berusia 55 tahun.

Ads

Fauziah juga memandang fasa hidupnya ini sebagai peluang untuk lebih menghargai diri sendiri, sambil berharap orang ramai mendoakan yang terbaik untuknya.

“Kita tak tahu berapa lama usia kita. Jadi, setiap hari adalah pengingat untuk lebih hargai diri dan kehidupan.

“Saya juga harap orang luar mendoakan yang baik kerana hidup penuh cabaran. Ramai anak muda sekarang berdepan dengan pelbagai isu kerana sukar menyesuaikan diri dengan realiti semasa.

@latifffauziah 🕯️ . . Congratulations dear JessC @JessC 钟洁希 for your malay debut Album and Thank you for inviting me for your duet song #takterpisah . https://youtu.be/qK4N-cIQ0ac?si=jczz4B7R3p97L2fN . Salam semua, sebuah lagu duet sebagai tanda persahabatan buat semua. . . #jessc #fauziahlatiff . . TAK TERPISAH – #boshstudios Fl make up by @Epie Temerloh ♬ original sound – FAUZIAH LATIFF

Ads

“Kekuatan psikologi amat penting. Semua orang pernah buat kesilapan, tapi dari situ kita belajar apa yang perlu dielakkan,” ujarnya.

Untuk rekod, Fauziah pernah berkahwin dengan Syed Budriz Putra Syed Amir Zainal Abidin Jamalullail pada 1992 dan bercerai selepas tiga tahun.

Lima tahun kemudian, dia bernikah kali kedua dengan ahli perniagaan Johan Indot di London, tetapi perkahwinan itu juga berakhir dengan perceraian pada 2007.

Dari perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua anak lelaki iaitu Jeffri Joaquim, 26, dan Jeremy Jay, 24.

Ads

Sementara itu, kemunculan Fauziah dalam Konsert JessC X Fauziah Latiff disambut dengan meriah oleh peminat.

Dia dan Sekilas Senyumanmu antara lagu yang dipersembahkan dan memperlihatkan kehebatan vokal lunaknya yang masih memukau.

Sumber: Harian Metro

Kredit foto: TikTok 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI