Masalah minyak menjadi hitam dengan cepat apabila mengoreng ikan dengan bahan kisar. Biasanya masalah ini berlaku apabila memasak lauk ikan cencaru sumbat.
Apabila menggunakan minyak banyak kali pastinya hasil gorengkan ikan tak kelihatan cantik.
Namun sebagaimana perkongsian puan Ariza Kak Chik yang menggunakan air bancuhan tepung jagung untuk mengurang minyak menjadi terlalu hitam. Katanya petua ini di didapati daripada TikTok yang menggunakan nama Richard Is Cooking.
Ikuti petua yang telah dicuba oleh wanita ini. Memang menjadi!
Pernah jadi masalah mcm ni tak bila goreng ikan cencaru sumbat? Kadang2 untuk goreng ikan seterusnya kita terpaksa tukar minyak baru. Petua untuk jimatkan minyak dan tak payah tukar baru ialah dgn guna 3-4 sudu besar tepung jagung yg ditambah dgn air. Kemudian tuang air tepung jagung dalam minyak yg hitam tadi.Nanti minyak akan jernih semula dan dpt grg ikan yg seterusnya.
Umum mengetahui akan Datuk Seri Siti Nurhaliza bakal menimang cahaya mata kedua tidak lagi lagi. Dalam satu temu bual, Penyanyi nombor satu negara ini berkongsi beberapa perkara mengenai kehamilannya kali ini.
“Syukur sangat bila dapat tahu saya hamil sekali lagi, hanya Allah sahaja tahu bagaimana perasaan saya. Sebenarnya saya tertanya-tanya juga, adakah Allah akan berikan lagi saya zuriat selepas saya temui banyak kegagalan ketika melakukan proses IVF sebelum mendapatkan Aafiyah. Namun ternyata Allah terlalu baik dan saya diberi peluang hamil lagi.
Menurut Siti, terdapat perbezaan hamil bayi lelaki berbanding sewaktu beliau hamilkan Siti Aafiyah dahulu.
“Saya tiada mengidam macam-macam kerana saya tidak boleh mengambil makanan pedas. Agak sedih sedikit lah kerana saya memang peminat makanan pedas.
“Jadi kebanyakan makanan saya hanya lah sup dan masakan kampung yang ringkas.
“Saya akan mengalami ‘heart burn’ yang teruk jika mengambil makanan pedas jadi terpaksa elak makanan sebegitu.
“Hamil anak lelaki ni pula bezanya saya lebih penat dan banyak simptom ibu hamil saya lebih terasa kini.
“Selain itu, perut saya kini juga lebih besar dan berat naik agak banyak berbanding hamilkan Aafiyah dahulu,” kongsinya kepada Astro Gempak.
Tambah Siti lagi sejak hamil dia jarang masuk ke dapur kerana simptom seperti loya dan mudah penat.
“Saya jarang sangat masuk dapur lebih-lebih lagi ketika hamil trimester pertama. Saya akan loya bila bau minyak atau masakan bergoreng.
“Mengandung kali ini, saya lebih penat untuk kehamilan kali ini, mungkin juga faktor usia kerana saya akan mencecah 42 tahun.
“Selain itu, kali ini saya perasan saya lebih emosi dan mudah menangis lebih-lebih lagi jika menonton drama sedih atau membaca kisah-kisah sedih di laman sosial, ujar Tokti yang dijangka bersalin pada April tahun hadapan.
“Tapi Alhamdulilah, kini dah masuk trimester ketiga ni saya sudah mula masuk dapur untuk sediakan makanan Aafiyah atau masak untuk suami jika dia teringin nak makan masakan saya sekali sekala,”ujarnya lagi.
Mencipta ruangan kediaman yang selesa dan cantik dari masa ke semasa, umumnya kita sebagai suami isteri akan melakukan perubahan dan ubah suai mengikut bajet tertentu. Malah jika mahukan lebih berjimat, ramai juga antara kita akan lakukan sendiri proses ubahsuai tersebut.
Ini sebagaimana apa yang dilakukan oleh pasangan suami isteri ini, melakukan projek ubahsuai bilik air ketika musim pkp yang lalu.
Nyata hasilnya cukup luar jangka dan bolehlah dijadikan inspirasi buat yang lain untuk memiliki ruang bilik air yang sempurna dengan melakukan ubahsuai pada bajet yang rendah.
Difahamkan kos yang digunakan tidak melebihi RM 500. Jadi buat anda yang ingin mengetahui lanjut, ini perkongsiannya.
Jom baca sebelum anda pula dapat memulakan projek ubahsuai bilik air seperti ini.
”Projek kami suami isteri time pkp, dh siap”- Laila Salleh
Bahan-bahan yang digunakan :
Total lebih kurang RM500 untuk,
– cat kapur oren (Nippon dalam
Cod cheetah spots)
– epoxy hitam 5L
epoxy putih 5L
-Coating
– dan lain-lain
Cat cukup untuk digunakan pada 3
tandas, termasuklah 2 tandas lain
yang kami cat putih dan hitam
keseluruhannya.
Langkah demi langkah
step 1 – sanding (kertas pasir grade 320)
step 2 – primer coating 2 layer(Nippon paint protective coating)
step 3 – Epoxy floor paint (2 layers KTH, white)
step 4 – buat corak (diecut hard plastic cover, KTH epoxy floor paint, black)
step 5 – Epoxy Clear Finish (2layers Nippon)
Tips:
Guna 4″ sponge roller refill utk buat cop cop je, xyah guna batang roller.
Cermin, shower dan towel holder tu spray guna black matte.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.