Masalah minyak menjadi hitam dengan cepat apabila mengoreng ikan dengan bahan kisar. Biasanya masalah ini berlaku apabila memasak lauk ikan cencaru sumbat.
Apabila menggunakan minyak banyak kali pastinya hasil gorengkan ikan tak kelihatan cantik.
Namun sebagaimana perkongsian puan Ariza Kak Chik yang menggunakan air bancuhan tepung jagung untuk mengurang minyak menjadi terlalu hitam. Katanya petua ini di didapati daripada TikTok yang menggunakan nama Richard Is Cooking.
Tukang masak ini Richard bersama pengacara rancangan Jalan-Jalan Cari Makan, Nazrudin Rahman
Ikuti petua yang telah dicuba oleh wanita ini. Memang menjadi!
Guna bancuhan jagung kurangkan warna hitam minyak masak
Pernah jadi masalah mcm ni tak bila goreng ikan cencaru sumbat? Kadang2 untuk goreng ikan seterusnya kita terpaksa tukar minyak baru. Petua untuk jimatkan minyak dan tak payah tukar baru ialah dgn guna 3-4 sudu besar tepung jagung yg ditambah dgn air. Kemudian tuang air tepung jagung dalam minyak yg hitam tadi.Nanti minyak akan jernih semula dan dpt grg ikan yg seterusnya.
Pelawak dari kumpulan Sepahtu, Shuib bakal kembali menjadi penyampai di sebuah stesen radio popular.
Menurut sumber Harian Metro, Shuib, 38, atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad bakal memulakan tugas dalam waktu terdekat selepas stesen radio itu berjaya memberikan tawaran menarik kepadanya.
Difahamkan, stesen radio itu mula mencari penyampai baharu selepas terdapat kekosongan ekoran penyampai sebelum ini yang berhenti.
Pihak stesen radio itu juga perlu mencari pengganti yang berkelayakan berdasarkan populariti dan pengalaman dimiliki.
Siapa sahaja yang tidak merasa bangga bila dapat tahu ada dua sekolah harian di Malaysia boleh tersenarai di dalam top 10 sekolah terbaik di dunia.
Bahkan buat angkasawan negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor turut merakamkan rasa bangga dan terujanya di atas pencapaian tersebut. Apa tidaknya, dua sekolah yang berjaya disenarai pendek dalam 10 kategori terbaik itu adalah SMK Kampong Jawa yang terletak di Klang, Selangor dan satu lagi sebuah sekolah yang terletak di Pahang iaitu SMK Kempadang, Kuantan.
Menurut Dr Sheikh Muszaphar, pada awalnya dia sangkakan sekolah terpilih di antara yang terbaik itu pastinya daripada sekolah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) atau jika tidak pun sekolah elit.
“Setinggi-tinggi Tahniah. Saya sangka MRSM atau sekolah Elit lain akan disenarai pendek,” ujarnya menerusi hantaran di Instagram miliknya.
Malah bapa kepada enam cahaya mata itu mahu datang melawat dua sekolah terbaik itu. Pada masa yang sama, beliau turut memberikan penghargaan kepada guru-guru yang berkhidmat di dua sekolah tersebut dan semua pelajarnya.
“Tak pernah dengar nama sekolah-sekolah itu. Nampaknya saya perlu melawat sekolah itu sendiri untuk melihat apakah yang membuatkan sekolah tersebut sangat bagus.
“Kepada cikgu-cikgu dan semua pelajar, tahniah,” ujarnya.
Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya terutamanya bekas pelajar dua sekolah tersebut meluahkan rasa bangga mereka apabila dua sekolah biasa berjaya mengharumkan nama negara.
Meninjau diruangan komen, nyata warganet turut merakamkan ucapan tahniah dan bangga dengan pencapaian dua buah sekolah tersebut.
“Alhamdulillah, bangga dapat menjadi sebahagian daripada #smkkj”
“Sekolah yang hebat datang daripada cikgu yang hebat.”
“Tahniah! Saya sekolah kampung je, tak pernah merasa masuk sekolah best macam mana”
“Tahniah SMK Kampung Jawa, sekolah anak saya”
“Sekolah top di Malaysia dikuasai oleh SBP tapi rezeki SMK jadi sekolah terbaik”
“Persaingan yang sihat antara sekolah-sekolah di Malaysia”
Baca juga di SINI berkaitan dua sekolah tersebut yang menjadi kebanggan kita rakyat Malaysia.
Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!
Sebagai ibu ayah sejujurnya kita mengharapkan anak-anak yang menuntut ilmu akan berjaya memperolehi keputusan yang cemerlang dalam setiap peringkat atau sesi pembelajaran mereka.
Sama ada ketika di peringkat sekolah rendah hinggalah ke universiti, setiap kecemerlangan yang diraih oleh setiap anak pasti akan membuatkan ibu ayah rasa bahagia dan tumpang bangga. Sekali gus menjadi inspirasi buat yang lainnya.
Memetik kisah hebat keluarga yang dilaporkan di Sinar Harian ini umpamanya, seorang hafizah yang dikenali sebagai Dr Hanah Alam Faizli, 27 yang berasal dari Shah Alam menerima pelbagai anugerah kecemerlangan Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Pengkalan Chepa di sini pada Ahad lalu, dianggap cukup luar biasa.
Difahamkan daripada pencapaian kecemerlangan yang diperolehi telah melayakkan Dr Hannah membawa pulang wang tunai keseluruhannya berjumlah RM11,250, sijil dan trofi.
Pencapaian yang diraih adalah Anugerah Kijang Emas (RM5,000), Anugerah Terbaik Projek Tahun Akhir (RM2,000), Anugerah Terbaik Paraklinik (RM1,500), Anugerah Terbaik Latihan Klinikal (RM1,000) Anugerah Kepimpinan (RM1,000) dan Anugerah Kecemerlangan Hill’s Pet Nutrition – Terbaik Peperiksaan Komprehensif (RM750).
Amal Baca Al Quran
Berkongsi rahsia kejayaannya, Dr Hannah berkata, membaca al-Quran pada setiap hari menjadi amalannya di samping memberi tumpuan 100 peratus ketika pembelajaran berlangsung sama ada secara bersemuka atau dalam talian.
Katanya, kejayaan itu bukan sesuatu yang mudah kerana menuntut pengorbanan selama lima tahun atau 10 semesta tempoh pengajian dalam keadaan kekangan
ketika pandemik Covid-19.
“Cuma, amalan saya akan fokus sepenuhnya kepada pensyarah yang ketika mereka mengajar dan mengamalkan bacaan satu juzuk al-Quran pada setiap hari.
“Sesibuk manapun saya akan tetap akan berusaha mencari waktu dan mengaji al-Quran selain berpuasa pada hari peperiksaan berlangsung serta mengamalkan memakan kismis,” katanya ketika ditemui di UMK pada Ahad.
Hadir sama, ibu bapa Dr Hannah yang merupakan, pasangan bekas pensyarah universiti awam, Rohani Abdul Rahman, 62, dan Alam Faizli Mohd Zain,63.
Dr Hannah sebelum itu menerima kesemua penganugerahan itu pada Majlis Ikrar dan Pendaftaran Ikhtisas Kedoktoran Veterinar Fakulti Perubatan Veterinar, UMK di Kampus Kota, Pengkalan Chepa di sini.
Anak kelapan daripada 10 beradik itu sebelum ini turut dinobatkan sebagai penerima Anugerah Pelajaran Diraja UMK dengan pencapaian Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.94 pada Istiadat Konvokesyen UMK kali ke-10 dan 11 di UMK Bachok pada 20 November lalu.
Hannah juga adalah hafizah yang mendapat pendidikan di Maahad Tahfiz Quran Hira, Jeram, Selangor ketika berusia 16 dan 17 tahun pada tahun 2010 serta 2011.
“Ibu bapa adalah pendorong kuat dan tulang belakang yang sentiasa bersama saya semasa berdepan kesukaran dalam pelajaran melengkapkan Ijazah Sarjana Muda Doktor Perubatan Veterinar di UMK.
“Selainnya, dua lagi abang adalah hafiz yang turut membantu serta tujuh lagi adik-beradik berjaya dalam pelajaran turut menjadi pembakar semangat,” katanya.
Minat Haiwan
Mengulas berkait minat terhadap haiwan terutama binatang buas bermula ketika berada di sekolah menengah dan kerap kali menjadi sukarelawan di Zoo Negara Malaysia, Ampang, Selangor.
“Ketika itu, saya dapat mendekati banyak binatang buas untuk memberikan makanan dan sempat memperoleh pengalaman merawat seekor harimau belang betina bernama Pia yang mengalami muntah.
“Saya juga sangat teruja melakukan pemeriksaan kesihatan terhadap singa serta menyimpan hasrat membuka sebuah klinik haiwan pada masa depan,” katanya.
Fedtri Yahya tegur sikap anak yang terlalu bergantung kepada ibu bapa untuk menjaga cucu. Pesanan beliau mengenai tanggungjawab membesarkan anak dan hak ibu bapa menikmati usia emas mendapat perhatian ramai.