Syawal terus berlalu bersama begitu banyak momen indah tercipta saat meraikan lebaran bersama sanak saudara dan rakan taulan.

Menyemarakkan lagi kehadiran Syawal tentunya kita tidak mahu melepaskan untuk merebut pahala dengan berpuasa enam.

Gabungkan Puasa Enam, Mungkin Ada Yang Masih Keliru!

Pun begitu, ketahui dulu penerangan berkenaan menggabungkan puasa enam dengan puasa ganti daripada mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin . Jom fahaminya.

GABUNG PUASA SUNAT DENGAN PUASA WAJIB?

Seseorang berkata : Saya ada cara yang tersendiri untuk mengaut pahala yang banyak tanpa perlu melakukan ibadah seperti orang lain. Bagaimana? Kata beliau : Saya pilih Bulan Ramadhan untuk saya bermusafir ke luar negara bagi urusan bisnes saya. Orang musafir boleh buka puasa dan ganti selepas Ramadhan. Bila Bulan Syawal saya ganti dan niat puasa enam Syawal sekali. Pahalanya kata ustaz sama seperti pahala orang puasa enam. Jadi, kalau orang lain berpuasa sebulan campur enam hari baru dapat pahala bagaikan setahun puasa, sedangkan saya hanya puasa Ramadhan termasuk ganti, dapat pahala yang sama.

IKLAN

Saya tersenyum kepadanya. Saya kata: Walaupun saya tahu ada ulama yang berpendapat sedemikian, namun saya percaya Allah Maha Bijaksana lagi Adil tidak akan menyamakan antara dua amalan yang ternyata berbeza. Saya akur ada perbezaan pendapat namun saya tidak bersama dengan pendapat seperti itu. Saya percaya bahawa ajaran Islam itu penuh dengan lojik dan munasabah yang kuat. Allah itu Maha Halus penilaianNYA lagi Adil. Jika tidak, ramai yang akan mencari ruang keizinan (rukhsah) berbuka puasa pada Bulan Ramadan dan diganti enam hari pada Bulan Syawal. Atas alasan pahalanya sama seperti puasa setahun tanpa perlu berpuasa sebulan dan enam hari.

Saya bertanya kepadanya: Bolehkah saudara membayar hutang kepada pihak yang saudara berhutang dengan niat sedekah sekali kepadanya, padahal jumlahnya sebanyak jumlah hutang sahaja? Munasabahkah begitu?!!

Dia diam.

Bukan semua boleh digabungkan.

IKLAN

Bolehkah saudara gabung solat sunat Subuh dua rakaat dengan solat fardu Subuh itu sendiri? Niat aje solat sunat bersekali dengan solat fardu macam puasa enam diniatkan gabung dengan puasa wajib. Dapat pahala sama? Maka dua rakaat fardu Subuh dapat pahala sunat Subuh sekali tanpa perlu lagi solat sunat subuh?!

Begitu? Mudah sekali. Maka banyaklah nanti yang akan digabungkan. Pastinya tidak semudah itu.

Saya kata, apatah lagi apabila kita lihat riwayat secara jelas menyatakan Nabi s.a.w bersabda

IKLAN

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ، كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ
“Sesiapa yang berpuasa ramadhan, kemudian dia susulinya dengan enam hari dari Bulan Syawwal, maka ia bagaikan puasa sepanjang masa (tahun)” (Riwayat Muslim, Ahmad, Abu Daud, al-Tirmizi, Ibn Majah dll).

Ertinya puasa Ramadan dahulu kemudian diikuti dengan enam hari pada Bulan Syawal.

Ibadah memerlukan kesungguhan dan bukan andaian.

Saya tidak bersama dengan pendapat itu, namun terpulang kepada saudara. Akhirnya, ia antara saudara dengan Allah jua.

Sumber : DrMAZA.com

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI