Merancangan kewangan adalah suatu keperluan buat semua orang. Jika tidak kisah mengenai hal itu, kita akan berbelanja secara boros. Cara ini gaji banyaknya tetap habis.
Setiap cara belanja dan berjimat adalah mengikut gaya hidup seseorang itu. Biar gaji sikit tetap hidup tetap harus diteruskan.
Apa yang pasti, kita tahu tahap limit untuk kita menyimpan dan berbelanja.
Gaji RM1,200 tak cukup. Gaji RM5,000 pun tak cukup. Surprisingly, ada orang bergaji RM20,000 pun mengeluh tak cukup tau. Apa tak nya, bayar kereta RM5K, rumah RM5K, bagi isteri RM2K. Then, keperluan anak-anak RM2K, belanja dapur RM1K, makan luar dan Foodpanda RM1K, hiburan RM1K, takaful dan medical card RM1K.
Ada la baki beberapa ribu. Erm.. Belum campur lagi duit belanja kepada parent dan mertua mungkin RM2K dan juga simpanan wajib. Gaji kita tak pernah cukup selagi kita punya lifestyle dan belanja lebih daripada apa yang kita dapat. Belanja bawah kemampuan, simpan 10% gaji.
Ads
Kita rakyat marhein ni mesti pernah merasa hidup susah dan ikat perut dengan gaji RM1,200. Alhamdulillah kita masih hidup sampai hari ni. Allah yang mencukupkan.
Perbelanjaan kita ada limit. Iya gaji kita adalah limit untuk kita berbelanja. Nak berjimat pun ada limit, hidup tetap perlu dinikmati walau sikit. Tapi pendapatan tiada limit. Maka tambahlah pendapatan.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual! Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Ads
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Biasa orang kaitkan serunding halia, bawang putih dan bawang merah ini dengan ibu dalam pantang. Sebenarnya orang yang tak berpantang pun boleh amalkan.
Lebih-lebih lagi yang ada masalah angin dalam badan. Nak tahu cara buatnya, jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Rozita Daud.
Serunding halia, bawang putih n bawang merah. Bagus untuk buang angin dalam badan n orang bersalin, semua bahan saya hiris nipis2 jgn tny jual ke x.try lah buat.
Memasak pasta dengan sempurna dan enak rasanya, sebenarnya ada cara dan tip yang tersendiri. Bukan sekadar direbus hingga lembut namun menurut perkongsian Wan Muhammad Hafiz Satar ada cara yang betul dan jika dipraktikkan hasilnya nanti masakan pasta bukan sahaja sempurna malah lebih enak.
Nak tahu lebih detail ikuti perkongsiannya ini.
CARA YANG BETUL MEREBUS PASTA
Pernah tak terfikir selama ini kita merebus pasta betul atau tidak caranya? Mungkin sesetengah orang beranggapan merebus pasta sekadar didihkan air dalam periuk, masukan pasta…biarkan dalam 20 minit, check pasta dah lembut ke tidak dan kalau lembut blehlah angkat pasta tu kan hehehehe.
Ada yg kreatif lagi time merebus gi letak minyak kononnya taknak bagi pasta melekat time merebus. Hmmm.. kalau itulah caranya yang kita buat selama ini maka tidak betul lah jawabnya… tapi bukan salah cara macam tu cuma kita tak dapat menghasilkan pasta yang sedap lagi enak.. Fuhh tak caya try buat pasni ikut seperti cara di bawah.
Sebenarnya penting untuk kita tahu teknik merebus pasta dengan betul kerana teknik yg betul akan mengekalkan kesedapan pasta yg kita makan. Jom kita baca kat bawah ni teknik yg betul merebus pasta.
1. Gunakan Periuk yang besar untuk merebus pasta.
Kenapa kita kena gunakan periuk yang besar? Sebab yang pertama – pasta perlukan air yang banyak supaya boleh masak dengan sempurna dan sekata. Anggaran penggunaan air lebih kurang 3.8 liter bagi 450 gram pasta. Bila kurang air, air rebusan akan berwarna keruh disebabkan kandungan kanji (starch) yang berlebihan. Ini akan menyebabkan pasta melekit. Starch memang diperlukan dan merupakan special ingredient yang ada dalam sesuatu pasta. Tapi, bila berlebihan boleh menjejaskan pasta.
Sebab kedua – Ruang yang terhad menyebabkan pasta tak cukup masak dan mudah melekat. Dah tentulah keenakkannya juga kurang jika tak direbus dengan betul.
2. Masukkan garam ke dalam air rebusan.
Mungkin kita pun letak garam gak.. tapi kita cuma secubit dua sajalah kan. Cara ni salah sebenarnya. Rupa-rupanya pasta memerlukan garam secukupnya untuk masak dengan sempurna. Jangan suka-suka hati je campakkan garam tu without clear reasons.
Anggaran garam yang diperlukan – 1 sudu teh garam untuk setiap 1 liter air rebusan. Maknanya kalau kita gunakan 3 liter air, kenalah masukkan 3 sudu teh garam. Pastikan kita masukkan garam masa air rebusan dah mendidih. Walaupun kandungan garam agak banyak tapi pasta tak akan rasa masin sebab pasta tak menyerap garam. Infact garam ini akan membuatkan pasta rasa lebih yummy. Barulah finger licking good namanya!
3. Tidak perlu masukkan minyak.
All this while memanglah kita biass masukkan beberapa titik minyak bila rebus pasta. Konon-kononnya tak nak pasta tu melekat. Cara ni pun salah rupa-rupanya! Minyak yang dititiskan tu akan menyebabkan pasta disaluti oleh lapisan minyak dan menyebabkan sos yang kita tuangkan nanti tak lekat pada pasta. Jadi, dah tentulah rasa masakan pun kurang mengancam. Mulai dari saat ini, no minyak bila rebus pasta!
4. Masukkan pasta ke dalam air yang mendidih.
Pasta perlulah dimasak menggunakan air yang mendidih. Ingat ya… jangan masukkan pasta dalam air biasa. Didihkan air dan masukkan pasta ke dalam periuk hanya bila air dah betul-betul menggelegak.
5. Kacau-kacaukan pasta.
Tips yang kelima ni memang penting untuk elakkan pasta dari melekat. Pastikan kita kacau-kacaukan pasta dalam periuk terutama sekali pada minit pertama- kedua selepas dimasukkan ke dalam air yang dah mendidih. Cara ni juga dapat memastikan pasta masak dengan sekata.
6. Masa merebus pasta.
Pasta yang perfectly cooked dipanggil ‘al dente’… kenyal tapi tak liat. Boleh refer masa merebus yang disarankan pada bungkusan untuk pastikan pasta kita tak undercook atau overcook. Pasta yang kurang masak biasanya agak keras. Bila digigit ada rasa sesuatu. Tekstur pasta yang overcooked pulak agak lembik lemah gemalai tak bermaya gitu. Macam spaghetti yang overcooked tu contohnya, kalau dibuat spaghetti goreng tak sedap… kalau nak buat Laksa Johor pun tak sedap. Pendek kata, memang rasa lari lintang-pukang habis!
7. Tidak perlu basuh/bilas pasta yang sudah siap direbus.
Mungkin ramai yang basuh pasta dengan air sejuk/ panas selepas direbus. Cara ini salah ya. Eish, banyak ajaran sesat yang kita buat rupa-rupanya. Pasta yang dimasak sehingga al dente tak perlu dibilas untuk mengelakkan kehilangan starch/ kanji yang ada. Lagipun starch yang ada inilah yang menyebabkan pasta lebih enak kerana sos lebih mudah diserap. Jika dibilas, maka hilangkan starch ini.
8. Toskan Pasta.
Toskan pasta menggunakan penapis (colander) yang sesuai. Masukkan sedikit-sedikit dalam colander, toskan dan *curahkan sos di atasnya. Ini untuk spaghetti bolognese/ carbonara yang berkuah.
Jangan tos dengan mencurahkan terus satu periuk pasta dalam penapis dan dibuang air rebusannya. Ambil sedikit air rebusan yang sudah bercampur dengan starch dan masukkan ke dalam sos untuk memekatkannya dan memberikan extra ummpphh kepada masakan kita.
Mendidik anak bukannya mudah. Jika salah didikan tentu akang mengakibatkan kesan negatif kepada perbuatannya. Termasuk menjadi seorang pembuli,murung, suka poteng sekolah atau pemarah.
Mengendalikan kes-kes remaja yang mengalami masalah emosi dan tingkahlaku di klinik psikiatri kanak-kanak merupakan antara pengalaman berharga yang saya kutip dalam kehidupan seharian sebagai pakar psikiatri. Lebih berharga lagi, ia jadi bekal saya membina diri sebagai seorang bapa.
Saban hari berurusan dengan remaja yang mengalami masalah emosi, berbincang dengan ibubapa mereka, mencuba sedaya upaya membina kepercayaan dan seterusnya membantu mereka membuat saya makin percaya, mengendalikan ‘seorang anak bergelar remaja’ adalah seperti suatu pelaburan yang sangat perlahan untungnya tetapi berbaloi untuk dilaburkan.
Kebanyakkan masalah remaja adalah ‘produk akhir’ kepada proses panjang yang telah bermula lama. Sebutlah masalah apa – murung, risau, marah, tak nak ke sekolah, kawan budak nakal, menipu, ponteng, seksual, sosial, ketagihan, buli dan seangkatan dengannya – semua ini produk akhir. Di awalnya mesti banyak cerita latar yang menyumbang kepada terjadinya masalah ini.
Saham terbesar yang menyumbang kepada hasil akhir pelaburan ini ialah cara kita mendidik anak-anak (parenting styles). Kerana itulah saya yakin, antara kaedah terbaik pencegahan kepada masalah emosi dan tinglahlaku anak-anak remaja adalah dengan memperbaiki kaedah parenting kita dari awal. The best treatment is to prevent it from happening. Mengubah kaedah kita, setelah terbukti bermasalah untuk mereka, setelah 15 tahun mereka hidup, semestinya bukan kaedah terbaik untuk memperbaiki keadaan.
Mengharapkan anak remaja membesar dengan emosi, psikologi dan tingkahlaku yang positif mesti bermula dengan menanam saham (deposit) sedikit demi sedikit dari awal. Barulah berbelas tahun kemudiannya kita boleh ‘withdraw’ keuntungan kita. Kalau kita tak pernah deposit apa-apa, jangan mengharap dalam akaun ada ‘baki’ yang menguntungkan.
Bagaimana deposit emosi pada anak-anak dari awal?
1. Cuba sebaik mungkin faham sudut pandang dia. Jangan terlalu mementingkan diri dengan menganggap apa sahaja sudut pandang kita, itulah yang betul dan tepat baginya. Cuba buat dia percaya apa yang penting bagi dia, penting juga bagi kita. Apa yang penting bagi dia? – itu yang kita kena cuba duduk dan cari jalan untuk faham. Jadi pendengar yang baik. Zaman ‘I am always right, you better listen to me!’ sudah berakhir. Perubahan zaman menjadikan kaedah ‘abah dulu atuk kau buat camni je..’ tidak semestinya berkesan.
2. Tolong perkara yang kecil, buat kebaikan yang sedikit, hormati dia walaupun kecil. Inilah antara saham-saham kecil yang biasanya keuntungannya membiak dengan cepat. Jangan jadi ayah atau ibu yang sekadar memnuhi keperluan asas. Jangan anggap cukup duit, cukup makan – ‘settle!’. Duduk dengan anak buat kerjas ekolah bersama, ajar dia tanam pokok, ajar dia baiki basikal, tolong buatkan minuman waktu dia belajar, tolong jahitkan tali beg yang koyak, dukung dia waktu dia demam…semua ini kecil pada kita, tapi jika kena gaya, masa dan keadaannya, inilah memori yang akan kekal dalam mindanya sampai bila-bila. Kebaikan ayah dan ibu yang menjadi penolak kepadanya untuk mendoakan kita bila kita tiada.
3. Disiplin dengan komitmen kita. Jangan berjanji apa yang kita tahu kita tidak akan mampu penuhi. Jangan berbohong dan jangan mungkir janji. Kecil pada kita, mungkin besar pada kita.
4. Pastikan ‘expectation’ kita jelas pada mereka. Setiap kali kita mahukan merepa penuhi sesuatu permintaan, jelaskan apa yang kita harapkan – ‘clear dan explicit’. Generasi ini, generasi yang sukar memahami falsafah dan metafora. Itu hakikat yang kita kena terima.
5. Jujur dan tunjukkan kejujuran kita. Jangan bermuka-muda, jangan double-standard dan tunjukkan integriti kita sebagai seorang dewasa. Prinsip ‘do what I tell, not what I do’ adalah pelaburan yang pasti rugi. Anak-anak belajar dengan melihat dan memerhati kita.
6. Mohon maaf jika salah. Ketidak sempurnaan kita adalah sebahagian proses menjadi ibubapa yang terbaik untuk anak-anak. Jika salah, akui kesilapan dan perbetulkan keadaan.
7. Bonding, bonding dan terus berbonding. Bina memori eksklusif dia bersama anda. Memori itu tidak semestinya mahal. Apa yang penting membina makna yang mengesani. Biarpun ia sekadar duduk bersama mencungkil tanah.
Bila 7 pelaburan kecil ini kita lakukan secara berterusan, insyaAllah bila tiba masa kita nak ‘withdraw’ kebaikan dari anak-anak kita mudah. Nak minta mereka lakukan perkara yang sama pada kita dan orang lain juga mudah.