Pelakon Ozlynn Wati memuat naik berita duka mengenai kepulangan ibu tersayang ke Rahmatullah.
Dalam perkongsian tersebut, Ozlynn turut berkongsi gambar arwah ibunya, Rozidah Jumari bersama ahli keluarga yang diambil pada awal ramadan yang lalu.
Kepada yg mengenali ibunda kami, Rozidah binti Jumari.. Beliau telah pun kembali ke Rahmatullah dan semoga meninggalnya khusnul khatimah.. Jika ada sesiapa yg pernah terasa hati dgn beliau harap ampunkan dosa2 ibunda kami.
Ads
“Jika ada yg berhutang dgn ibunda, kami percaya telah dihalalkan kerana itu adalah sifat beliau, tetapi jika ibunda kami ada terhutang pada kalian sila hubungi kami.
“Dan yang pasti gambar bahagia itu di ambil pada awal ramadhan tahun ni sblm pkp dan pasti bkn gambar terakhir ibunda berjemaah dgn kami.
Ads
Biarpun sedih dengan kehilangan tersebut, namun Ozlynn reda dan berterima kasihkepada semua yang menitipkan doa buat mereka sekeluarga.
Ya Allah, kami redha atas pemergian ibunda tercinta dan tempatkanlah beliau di sisi hambamu yg beriman.. Terima kasih pada semua yg x henti2 call text doakan ada yg x kenal pon.. yg dm x henti2 doakan utk ibunda kami.. SubhanAllah Alhamdulillah AllahuAkbar.. hanya Allah yg mampu membalas jasa kalian..
Isteri adalah anugerah dan nikmat istimewa yang diberikan oleh Allah untuk lelaki. Kebanyakan kita apabila bercinta amat romantik namun apabila sudah berkahwin, sifat romantic tersebut semakin padam dan hampir lenyap. Semaikan semula perasaan cinta anda agar hidup suami isteri bertambah dengan nikmat dan kebahagiaan.
Berikut adalah Tips untuk Suami.
1. Berikan bunga atau hadiah istimewa.
Boleh dilakukan pada awal bulan setiap kali menerima gaji. Hantarkannya semasa dia bekerja atau dirumah. Luahkan kasih saying anda. Hadiah dan bunga tidak perlu mahal.
2. Berikan Kad, Surat, Text atau FB message.
Tulis sesuatu yang indah untuk isteri seperti betapa cantiknya dia, rindukan masakannya (walaupun maggi) atau sekadar ucapan terima kasih kerana menjaga dan mendidik zuriat anda.
3. Ringankan beban isteri.
Cinta tidak perlu diluahkan dengan kata-kata. Ia amat bermakna apabila dipraktikkan. Tolong Isteri dengan kerja rumah yang begitu membebankan. Mengambil giliran menjaga anak atau dengan memberikannya sedikit masa (Time Out) masa untuk rehat seketika dari membuat kerja rumah (bagi surirumah sepenuh masa)
4. Luahkan kasih sayang.
Bilakah kali terakhir anda mengucapkan cinta anda kepada isteri? Ucapan ini amat bermakna. Ia sbenarnya memberikan maksud yang luas. Dengan mengucapkan cinta, anda seperti memberikan harapan dan keyakinan kepada isteri dan menguatkan semangat untuknya dalam menghadapi dunia yang penuh dugaan ini.
5. Bawa dia keluar.
Gunakan masa yang ada untuk membawa isteri anda keluar bersiar. Jika ada peluang, lakukan aktiviti bersama-sama seperti menaiki basikal, berjogging, melawat museum atau pameran atau sekadar jalan jalan cari makan.
Sesungguhnya setiap rezeki kita atas muka bumi telah ditulis dan ditentukan oleh Allah sejak azali lagi, tinggal kita berusaha hendak mendapatkannya dengan jalan yang diredai Allah S.W.T.
Begitulah yang dilalui oleh seorang nelayan yang tidak menyangka mendapat seekor ikan besar berharga ribu ringgit.
Abd Hadi Sulaiman, 47, dari Kampung Chegar Perah, Lipis Pahang, memperoleh ikan kelah merah atau nama saintifiknya, Tor putitora, satu-satunya spesies liar di sungai yang paling mahal di pasaran.
Menceritkan detik berjaya menangkap ikan berkenaan, katanya kesempatan air sungai surut dua hari lalu, dia memasang jaring sambil berharap pada tuah untuk memperoleh ikan liar.
Abd Hadi berkata, banjir yang melanda kampung tersebut bulan ini membawa tuah di sebalik menanggung kesusahan susulan Sungai Tanum melimpah masuk ke rumah.
Berkat doa
Berdoa berharap jaring yang dipasang dapat menangkap ikan yang besar akhirnya berbaloi.
“Semalam pada 6.30 patang, saya turun memasang jaring di sungai Tanum berdekatan rumah sambil berdoa serta mengharap ada rezeki ikan liar terperangkap dalam jaring ini.
“Apabila turun ke sungai ini pada 7 pagi tadi untuk melihat jaring yang dipasang ternampak jaring bergoyang dengan kuat seolah-olah seekor ikan besar tersangkut di samping menggelepar sehingga air berkocak di permukaan sungai,” katanya.
Tak sangka
Meluahkan rasa syukur, hajatnya untuk mendapat ikan bersaiz besar berjaya mendapat ikan kelah merah bersaiz besar yang tidak pernah ditangkap sejak dia bekerja sebagai nelayan Sungai Tanum, 20 tahun lalu.
“Saya menarik jaring perlahan-lahan ke atas bot gentian kaca bimbang sekiranya rezeki ikan kelah ini yang kuat menggelepar ini terlepas ke sungai semula.
“Apabila sudah naik ke darat dan dibawa pulang ke rumah, saya terus menimbang ikan ini seberat 12.4 kilogram menyebabkan saya terpegun seketika sambil membayangkan jumlah pendapatan hari ini,” katanya.
Sukar ditemui
Mengakui ikan berkenaan sukar diperolehi kerana berada di hulu sungai. Mungkin terperangkap akibat dihanyutkan arus deras ketika banjir.
Sehubungan itu, siapa sangka ikan kelah merah besar itu dianggarkan bernilai RM3,100 berasaskan harga sekilogram ikan kelah merah di pasaran hari ini iaitu RM250 sekilogram.
“Oleh kerana saya sangat perlukan wang selepas musibah banjir untuk perbelanjaan peralatan rumah yang rosak, keperluan dapur dan persiapan persekolahan tahun depan, ikan ini dijual terus kepada pengusaha restoran di bandar Kuala Lipis dengan nilai tersebut.
“Saya bersyukur memperoleh rezeki ini dan bercadang untuk memasang jaring ini semula di tempat yang sama pada petang ini sambil berharap ada lagi ikan kelah merah atau spesies liar lain tersangkut pada jaring untuk juadah keluarga pula,” katanya.
Pelakon Izara Aishah telah selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.9 kilogram hari ni. Khabar gembira itu dikongsikan ibu mentuanya, Datin Seri Tengku Zawiyah menerusi Instagram Stories.
“Alhamdulillah dan tahniah kepada kami. Cucu kami telah selamat dilahirkan hari ini.
“Semoga Allah merahmati puteri kesayangan kami dan saya pasti Izara akan menjadi ibu yang terbaik,” tulis Zawiyah.
“Alhamdulillah… makin bertambah ahli keluarga kita,” tulis Siti ringkas.
Izara telah mendirikan rumah tangga bersama Adib Khalid pada 17 November 2017 dan mengumumkan hamil enam bulan pada 1 Januari 2020.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.