Gara-Gara belacan, wanita ini hampir kena tahan polis. Kisahnya seorang wanita ini yang baru sahaja nak lepaskan gian dengan makanan Malaysia. Namun siapa sangka dia kena ‘tahan’ dengan polis di Perancis.
Kisah ini tular di laman Twitter setelah seorang lelaki memuat naik pengalaman yang dialami oleh kawan kepada isterinya yang menetap di negara Perancis.
Menurut pengguna @thezulfo, wanita itu sangat gembira mendapat belacan. Lantas dia memilih untuk membakar belacan tersebut.
Ikut tips orang dulu-dulu, kalau nak sedap, kena bakar belacan itu dulu, baru sambal belacan jadi lebih ‘umph’!
Tapi belum sempat merasa belacan, wanita itu didatangi lalu disoal siasat oleh polis di negara itu gara-gara menerima laporan dari jiran bahawa terdapat bau mayat dirumahnya.
Tweet yang cukup simple itu terus menular dan ramai yang memberi komen berkenaan hal tersebut.
Ads
Walau bagaimanapun, @thezulfo telah memberi penjelasan tentang apa sebenarnya yang berlaku kepada kawan kepada isterinya itu. Kedengaran pelik tetapi lucu sebenarnya. Mujurlah wanita tersebut tidak menerima sebarang hukuman.
Ads
Gambar sekadar hiasan
Dalam pada itu, ada juga yang berkongsi pengalaman kawan ibunya yang mengalami masalah yang sama. Cuma kesnya ini adalah menggoreng ikan masin.
Air halba yang viral sedikit masa dulu bukan hanya sekadar viral tetapi sememangnya ia patut dikongsikan sebagai minuman yang baik untuk kesihatan. Gabungan air halba bersama kurma sememangnya cukup berkhasiat. Awet muda?
Bukan hanya awet muda bahkan air dengan halba ini dikatakan baik untuk ibu menyusu kerana mampu memperbanyakkan susu ibu. Paling best, katanya air yang mengandungi halba juga berpotensi menegangkan apa jua yang kendur. Jadi isteri-isteri wajib ikut saranan yang dikongsikan Dr Malinda ini.
” First time saya minum masa ziarah rumah saudara tempoh hari. Serius sedap dan menyegarkan! Khasiat kurma dah tidak dapat disangkal lagi dan rasanya ramai dah tahu.
Berbeza dgn halba, biasanya kita gunakan sebagai masakan tetapi tak sangka pula bila direbus dengan kurma, rasanya seakan-akan air mata kucing. Memang sedap!
Saya kongsikan sikit kebaikan Halba ataupun Fenugreek yang telah terbukti melalu pelbagai kajian sains, antaranya 7 kebaikannya ialah :
1. Anti keradangan atau Anti-Inflammasi.
Inflammasi kronik adalah penyebab berlakunya banyak penyakit kronik seperti Kanser, Penyakit Jantung, Diabetes, Darah Tinggi, Arthritis dll.
2. Membantu sistem pencernaan – kembung dan ulser.
3. Mengurangan sembelit
4. Menurunkan paras kolestrol
Satu kajian di India mendapati pengambilan 2.5grm Halba, 2 kali sehari selama 3 bulan dapat membantu pesakit Diabetes menurunkan paras kolestrol jahat, LDL dan Trigeliserida tanpa mengurangkan jumlah kolestrol baik.
5. Meningkatkan sensitiviti insulin dan mengawal tahap gula dalam darah.
6. Baik untuk kesihatan lelaki – Improve libido dan masalah Erectile dysfunction.
7. Memperbanyakkan susu ibu. Ada juga kawan-kawan yang berkongsi pengalaman, minum halba ni membantu membesar dan menegangkan apa yang dah mula kendur ??
Simple je cara membuatnya:
Bahan-bahan:
1 sudu halba (Fenugreek)
7 biji kurma (saya prefer guna Kurma Mariami sebab tak manis, kalu tak just guna kurma biasa yang tak manis )
Air – setengah cerek
Caranya:
1. Masukkan air dalam cerek untuk merebus.
2. Masukkan halba dan kurma tadi.
3. Rebus sampai warna air kelihatan seperti teh.
4. Siap! Ambil airnya dan minum seperti teh biasa.
Anda tak perlu tambah gula sebab manisan dari kurma tu dah cukup. Minum 2 kali sehari untuk kesihatan yang lebih baik.
– Dr Malinda
Selamat Mencuba!
Sumber: Dr Malinda Health & Beauty Academy
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Gajet dan kanak-kanak pada masa kini ibarat irama dan lagu tak dapat dipisahkan. Celik mata sahaja itu lah yang dicari terlebih dahulu.
Akibat daripada terlalu kerap dan fanatik mengundang masalah kesihatan. Inilah yang dikongsikan di Facebook milik puan Farhah Amir. Kisah yang cukup memilukan tapi wajar dijadikan pengajaran buat ibu bapa yang lain.
My pretty baby. Mama cried inside. Pray for baby. Dia ni tak macam abang Ariq. Apa-apa tak bagitahu mama. Independent konon. Mungkin hari ini dah empat hari kena bell’s palsy. Baru 4 tahun.
Sebenarnya, lebih rasa bersalah. Mama sibuk kerja lepastu tinggal dia dekat rumah siap bagi tab. She addicted with tiktok. Selalu tidur lewat sebab tengok tiktok.
Sebelum ada Aniq, kami tidur bergelap. Bila tutup semua lampu, dia orang dah faham yang tak boleh telefon atau tab. Kena baca doa dan tidur.
Tapi sejak ada Aniq, memang satu lampu depan toilet akan terpasang. Baby akan tengok tab atau telefon mama hala dekat lampu tu. Dah masuk empat bulan la macam ni.
Tuptup Allah nak tunjuk kali ni, mama lupa yang biasa buat tiap-tiap malam dengan abang dan baby sebelum tidur. Mama biar abang dengan baby tidur sendiri. Mama biar abang dengan baby mandi sendiri.
Alhamdulillah, syukur Allah tegur awal-awal. Semoga baby diberikan kesembuhan. Mama sedih sebab macam-macam baca dekat Google. Mama kena kuat.
Alhamdulillah. Semua yang positif dari doktor. Doktor cakap nasib mama datang cepat. Ada parents yang sanggup pegi ngurut dekat luar sebab percaya yang bells palsy ni stroke macam dewasa.
Dari explanation doc tadi, within 72hr masih boleh diberi ubat dan bells palsy ni berlaku sebab radang di salah satu saraf kat muka.
Today update..
Early morning dah terpacak kat hospital Serdang utk jpe pakar peads.. Alhamdulillah.. Semua yg positif dr doc.. Doc ckp nasib mama dtg cepat.. Ade parents yg sggup pegi ngurut kat luar sbb percaya yg bells palsy ní stroke mcm Dewasa 2.. Dr explanation doc td, within 72hr msh boleh diberi ubat dan bells palsy ní berlaku sebab radang di salah satu saraf kat muka..
Mama tnye doc, punca berlaku ni sebab tgk tab dlm tempoh yg lame ke? Doc ckp Bergantung pd Kanak2.. Tp bells palsy ní sbb saraf.. Aware dgn kecederaan ank terutama bhagian telinga dan wajah.. So, doc on steroid utk sebulan, Dan refer pd klinik pakat máta…
Bile nak amik date utk appt kat klinik máta, doc 2 suruh je masuk terus jpe doc pakar.. Baby mmg sporting dgn doc2.. Ikut arahan bile doc suruh..
Jpe doc pakar máta… Check máta baby, alhamdulillah skali lg doc ckp máta dia ok cume dh nak kering.. Ade 2 jenis ubat doc bagi.. Yg cecair utk drop / titik.. Yg 1 lg jenis gel..
Mama tanya doc, punca berlaku ni sebab tengok tab dalam tempoh yang lama ke? Doc cakap bergantung pada kanak-kanak. Tapi bells palsy ni sebab saraf. Aware dengan kecederaan anak terutama bahagian telinga dan wajah. So, docon steroid untuk sebulan dan refer pada klinik pakar mata.
Allah menegur dalam banyak cara. Kite je jangan lalai. Allah tegur sebab Allah sayang kita. Bersangka baik dengan teguran Allah. Moga boleh dijadikan pengajaran buat ibu bapa di luar sana.
Di kala ramai ibubapa menggunakan platform media sosial untuk memuatnaik gambar dan video anak-anak yang bijak, keletah, kreatif, inovatif, cergas, tangkas, kritis, dan positif, ada juga ibubapa yang memuatnaik gambar dan video yang membuka aib anak dan menjatuhkan maruah dan harga diri anak kononnya kerana hendak mendidik anak.
Seorang ibu dari Alaska yang dikenali sebagai ‘hot sauce mom’ telah dibawa ke muka pengadilan kerana telah memuat naik video dirinya yang sedang menuangkan sos pedas ke dalam mulut anak sebagai hukuman kepada anak yang berbohong kepadanya.
Dia juga memuat naik video menghukum anak dengan memaksa anak berdiri di bawah pancutan (shower) air sejuk. Tindakannya memalukan anak dengan mempertontonkannya kepada umum telah menerima kecaman yang hebat.
Adakah kaedah menghukum dan menyiarkan (punish and broadcast) ini efektif dalam mengubah tingkah laku anak?
Nor Afidah Abu Bakar dari Parent Connect Consultancy berkongsi pandangan mengenai isu ini.
MENGHUKUM ANAK ‘ONLINE’. Antara mendidik dan meraih populariti.
Apakah benar semua ini dilakukan atas nama disiplin dan kasih sayang ataupun adakah ia dilakukan kerana ayah atau ibu tersebut inginkan perhatian?
Fenomena ‘child shaming’ atau membuka aib anak ini ternyata semakin mendapat perhatian. Terdapat lebih 30 000 klip video yang memaparkan bagaimana kanak-kanak dimalukan di media sosial oleh ibubapa sendiri atas nama disiplin. Saya lihat ‘trend’ ini juga sudah menular di kalangan ibubapa di negara kita. ‘Trend’ baru ini hangat diperdebatkan kerana ia melibatkan jiwa anak-anak yang masih memerlukan bimbingan dan perlindungan daripada orang dewasa terutamanya ibubapa.
Kesilapan, kenakalan dan kedegilan anak adalah aibnya. Tidak ada manusia yang waras mahu aibnya disebarkan. Cara untuk membimbing kesilapan anak bukanlah dengan mempertontonkan hukuman ke atas anak kepada orang ramai, sebaliknya dengan nasihatinya dan membimbingnya secara tertutup peringkat demi peringkat sehinggalah dia berupaya untuk memperbaiki dirinya.
‘Shaming’ meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri kanak-kanak. Kaedah ini mungkin berkesan untuk jangkamasa yang pendek selama mana ibubapa masih ‘memegang kuasa’. Walau bagaimanapun luka yang dipendam anak boleh menghakis kepercayaan anak kepada ibubapa sedikit demi sedikit sehingga terhakisnya hormat.
Ibubapa adalah satu-satunya insan yang dipercayai anak sejak dia lahir. Walaupun satu dunia berpaling tadah, kita tahu ibubapa kita tetap akan mempercayai dan menyokong kita. Jika kepercayaan itu hilang dari dalam jiwa anak disebabkan sikap ibubapa yang gemar membuka aib anak untuk dipertontonkan kepada umum, bagaimanakah rasanya kepercayaan anak itu terhadap nilai dirinya sendiri?
‘Shaming’ bukannya kaedah yang kreatif untuk mendisiplinkan anak, sebaliknya ia merupakan satu kaedah yang destruktif. Anak yang merasa terhina akan memekakkan telinga kepada sebarang perubahan yang diharapkan.
‘Shaming’ menjadi kitaran penderaan (abusive cycle) yang akan diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi, terutamanya apabila ayah atau ibu yang memalukan anak itu berkata “ Abah lakukan (memalukan kamu) semua ini kerana sayangkan kamu.”
Hakikatnya, kasih sayang sebenar akan mendorong ibubapa untuk menutup dan menjaga aib dan harga diri anak-anak. Kasih sayang seharusnya menjadikan kita ibubapa yang melindungi anak, bukannya ibubapa yang memberi ruang kepada mereka yang tidak mengetahui duduk perkara sebenar untuk mengecam dan mengeji anak kita.
Walaupun mungkin kaedah membuka aib anak ini menjadi amalan sejak turun temurun tetapi media sosial memberi impak negatif yang lebih besar kepada anak kerana aibnya ditonton oleh ramai orang termasuk yang langsung tidak mengenali si anak.
Kesan memalukan anak di media sosial berbeza dari kesan menceritakan ‘kenakalan’ anak kepada Mak Piah atau Pak Usop sebelah rumah yang kita percayai untuk meminta nasihat. Penceritaan kepada Mak Piah dan Pak Usop mungkin mencapai capaian hingga tangga rumah sahaja tetapi capaian media sosial merentasi hingga hujung benua, dari kutub utara ke kutub selatan.
Di mana anak mahu meletakkan mukanya?
Anak kecil juga mempunyai maruah dan harga diri.
Kawan-kawan mengejek dan orang sekeliling memandang sinis kepadanya.
Aib ini akan timbul kembali dari masa ke semasa seumur hidup anak kerana ia sudahpun menjadi ‘digital footprint’ anak yang tidak akan boleh dipadamkan lagi.
Tidakkah kita kisah?
Kadang-kadang dalam kita beria-ia membuka aib anak, dalam kita teruja memperolehi banyak ‘like’ dan ‘share’ di media sosial, dalam kita berbangga kerana kita dianggap oleh segelintir pihak sebagai ibubapa yang berjaya mendidik anak kerana menghukum anak, kita tidak sedar yang kita sebenarnya membuka aib diri kita sendiri kepada mata dunia.
Jika ibubapa perlu bergantung kepada kaedah membuka aib anak di media sosial supaya diadili oleh orang asing, itu bermakna ibubapa itu sendiri tidak pandai menguruskan anak-anak dan keluarga hingga menyebabkan anak menjadi susah dikawal.
Kenapa harus dipertontonkan aib kita, anak-anak kita dan keluarga kita secara sukarela kepada orang ramai sedangkan Allah SWT sentiasa menutup aib kita.
Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.