Hukum mudah sesetengah masyarakat kononnya pelajar mendapat semua A adalah bijak sudah menjadi fahaman dan pegangan sesetengah ibu bapa sejak sekian lama. Tidak hairanlah ada ibu bapa yang berlumba-lumba mahukan anak mereka terbaik. Tanpa sedar, mereka ini melahirkan anak-anak bersifat robot, tiada jiwa dalam segenap ilmu yang dipelajarinya. Itu belum bab silibus yang serba menekan.
Bayangkan, anak-anak yang baru memasuki darjah 1 sudah ditekan untuk berfikir yang bukan ditahap pemikiran mereka. Tekanan demi tekanan bahkan silibus bertukar membuatkan anak-anak ibarat tikus makmal yang dijadikan bahan uji kaji.
Justeru, perubahan yang berlaku di dalam sistem pemerintahan baru ini dilihat mungkin menjadi pemangkin dalam mengatasi hal yang kian kronik ini. Tidak hanya ibu bapa, bahkan rata-rata warga pendidik turut mengharapkan Menteri Pendidikan yang baru dilantik, Dr Mazlee Malik berupaya mengubah sistem pendidikan sesuai dengan keperluan pelajar.
Hal ini turut dikongsikan oleh ZF Zamir menerui laman facebooknya. Zamir menerima sms dari seorang teman yang menyatakan tekanan diterima pelajar ketika menjawab soalan peperiksaan yang terlalu tinggi tahap pemikirannya. Sehinggakan ada pelajar yang menangis kerana tidak boleh menjawab soalan tersebut.
Ini antara butiran sms tersebut:
Ads
“Mir, agak-agak Dr Maszlee akan ubah tak silibus melampau aras tinggi untuk anak di sekolah? Plus agak-agak dia tau tak perangai Bahagian Perkembangan Kurikulum (BPK) & Lembaga Peperiksaan yang tak seiring sejalan? Plus dia tau tak pegawai kat MOE selalu kondem Cikgu saja tanpa mahu mendengar keperluan sebenar murid-murid kat sekolah?
Aku tengok soalan Tahun 1 exam tadi, ada anak menangis tak boleh jawab, aku rasa down sebab aku tengok soalan memang susah, format sama macam tahun 6, cuma direndahkan aras dan dikurangkan panjang petikan.
Aku tak faham kenapa dari Tahun 1 sibuk nak ikut format ni? Zaman kita dulu jawab soalan Bahasa Melayu darjah 1 seronok je mewarna, suai, isi tempat kosong, sambung ayat. Ini dah jawab petikan. Cuba tengok buku teks dan buku aktiviti tahun 1 – tahun 3,tinggi aras soalan, anak baru terkial-terkial nak baca dan eja, dah suruh faham petikan dan jawab soalan pemahaman.
Ada anak memang boleh buat, ramai pun. Cikgu nak ajar memang seksalah, tapi Cikgu biasanya okay je, akan cari jalan. Tapi kalau begitulah bentuknya dari tahun 1 hingga ke tahun 6, ya Allah betapa bosannya.
Ads
Kalau cakap kat MOE, kat BPK, ingat diorang nak terima ke? Balik-balik Cikgu juga yang salah, sebab dia cakap cikgu juga yg gubal silibus. Cuma yang kita tak tahu, Cikgu yang macam mana yang diorang ambil ni? Background macam mana? Jelas tak konsep perkembangan kanak-kanak?
Aku tak tau nak cakap kat sapa, aku down sangat tengok budak stress jawab soalan. Tahun 1 kot, panjang lagi perjalanan hidup dia. Satu yang aku rasa diorang tak faham, nak jadikan anak cerdik bukan dengan jadikan silibus susah, soalan susah, nak jadikan anak cerdik kena banyak beri dia peluang, beri pendedahan, cuba gunakan semua deria dalam kelas, beri ruang dia berkembang, bukan tekan dengan benda yang bukan tahap dia,”
Ads
Dr Mazlee perlu dapat informasi yang betul
Tidak pasti apa Dr Maszlee akan jawab, tapi bagi Zamir yang penting Dr Mazlee perlu dapat informasi yang betul.
Iaitu dari orang yang melaksanakan di bawah. Bukan dari orang atas yang selama ni dalam semua laporan tak tulis satu pun keburukan MOE ni sebab nak puaskan hati orang atas.
Dr Mazlee Malik
Aku rasa ini cabaran baru. Untuk bekerja bersama-sama birokrat dalam MOE serta yang paling penting adalah untuk cakap kepada Menteri perkara-perkara yang menyakitkan macam ni.
Untuk ubah mindset birokrat termasuk Ketua Jabatan di setiap lapisan tu satu hal. Untuk belajar turun dan terima realiti – supaya perubahan boleh dilaksanakan tu satu hal lain.
Aku cuma jawab ke Cikgu atas ni aku tak boleh janji apa. Tapi aku boleh cuba sampaikan. Dan minta doa semua. Terutama untuk Dr Maszlee yang akan angkat sumpah sekejap lagi jam 5.30 petang (Nota ini ditulis pada 21/5/2018), supaya kita semua boleh bekerja sama-sama untuk buat perubahan ni.
Tiada angin tiada ribut, aktres terkenal Haliza Misbun, 48, selamat bergelar isteri kepada jejaka British, Matthew John Rodgers, 48, yang berlangsung di Masjid Ar-Rahah, Kampung Kerinchi. Sekali gus melenyapkan spekulasi kononnya aktres ini sudah berkahwin.
Dalam majlis ringkas itu, Haliza menerima mas kahwin RM80, serta wang hantaran berupa sebuah rumah sebagai simbolik perkahwinan.
Pasangan itu dinikahkan Penolong Pendaftar Nikah Cerai Masjid Ar-Rahah, Kampung Kerinchi, Ustaz Mohd Lazim Khairudin.
Memilih duda anak satu yang juga perunding teknologi maklumat di sebuah syarikat antarabangsa itu sekali gus melenyapkan teka-teki status sebenar pelakon mencipta populariti menerusi drama Cinderella pada 1990-an itu.
Upacara akad nikah Haliza dan suami berlangsung dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan hanya dihadiri 50 tetamu sahaja.
“Ini adalah perkahwinan pertama saya. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Selama ini, saya tahu ada yang sangsi dan berteka-teki dengan status saya. Ada juga yang menyangka saya sudah berkahwin.
“Namun, saya bersyukur apa yang dinantikan sekian lama sudah dimakbulkan. Kehadiran suami melengkapi hidup saya, insya-Allah,” katanya kepada BH Online.
“Suami sudah menetap di Malaysia, sejak sembilan tahun lalu. Kami berkenalan menerusi kawan. Bertemu di sebuah restoran di Damansara Heights ketika saya bersama rakan menjadi detik awal perkenalan.
“Saya akui, suamilah lelaki pertama yang saya berani membawanya bertemu keluarga selepas setahun menjalin hubungan cinta. Saya yakin dengan kesungguhannya untuk menjalinkan hubungan serius. Kami juga terbuka dalam pelbagai aspek.
“Barangkali, disebabkan usia sebaya menjadi faktor keserasian dan saling memahami,” katanya yang mengenakan busana rekaan teman baik, Sutex dan adiknya, Rozana Misbun menjadi pengapit.
Sejurus selesai upacara akad nikah, pasangan mempelai diraikan di sebuah dewan di lokasi yang sama.
Haliza berkata, suaminya melakukan rakaman secara langsung menerusi laman Facebook untuk berkongsi detik sejarah bersama keluarga dan kenalan rapat di England.
“Keluarga dan kenalan rapat suami tidak dapat hadir disebabkan sempadan negara tidak dibuka dan pandemik COVID-19. Namun, suami mahu juga ahli keluarga melihat secara virtual,” katanya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tanggal 16 November genap 100 hari usia Ayash Affan, anak keempatnya kepada penyanyi Shuib dan Siti Sarah. Malah, tarikh tersebut juga genap 100 hari Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia akibat covid-19.Dalam perkongsian terbaru di Instagram milik Allahyarham, satu majlis cukur jambul dan aqiqah buat Ayash serta tahlil buat arwah telah diadakan.
Dalam majlis malam ini, Shuib dan anak-anaknya memakai baju serba putih. Apa yang mencuri tumpuan ramai adalah gelagat Ayash Affan kelihatan sangat comel dan tersenyum tatkala majlis cukur jambul sedang berlangsung.
Rata-rata meluahkan rasa sayu melihat majlis tersebut berlangsung tanpa kehadiran Siti Sarah. Malah, tak kurang yang tersentuh hati melihat senyuman yang diberikan Ayash seolah-olah merasai ‘kehadiran’ ibunya Di Dalam majlis tersebut.
cikda94_MashAllah comelnya..pandainya senyum kat spe tu😍😍
norfazlinmohdsenyum Ayash seperti ibu ada bersama😢😍😍😍semoga Ayash membesar dgn sihat
nurhazwaniabhamidMasyaallah Tabarakallah. Anak soleh senyum dkt sape tu? Cute dooh. Moga jadi anak yg hebat dunia akhirat. Sentiasa dibawah lindungan Allah S.W.T😍😍
surayahafizAyash nampak ibu…sebelah daddy…tu yang ayash senyum….. moga jadi anak yang soleh….berjaya dunia dan akhirat…
Dalam diam, rupanya sudah 5 hari pelakon jelita, Diana Danielle berangkat ke tanah suci bagi menunaikan umrah bersama suaminya yang juga pelakon, Farid Kamil disertai dua anak mereka, Muhammad dan Nur Aurora.
Diana berkata, suami menjadi antara pendorong terbesar selain menyifatkan keberadaannya di sana adalah sebagai proses untuk menjadi insan yang lebih baik.
“Pengalaman pertama saya dan anak-anak, tetapi ini umrah kedua buat Farid. Sudah pasti apa yang membuatkan saya rasa teruja adalah apabila kita bawa anak-anak bersama ke Tanah Suci. Malah untuk saya sendiri adalah untuk insafi diri, alhamdulillah.
“Farid memberikan motivasi kepada saya sebenarnya. Jujurnya dia melihat saya dan anak- anak sudah banyak pergi serata destinasi tetapi katanya, saya masih lagi belum ke sebuah tempat yang terbaik di dunia.
“Sebelum kita berikan pendedahan yang lebih lagi kepada anak-anak kepada dunia, apa kata kita bawa mereka bersama ke rumah Allah. Bagi mereka mengenali siapa diri dan tahu kita hidup untuk apa.
“Saya menyukainya sementelah anak saya pun sudah berusia 10 dan lapan tahun. Rasanya ini masa sesuai. Untuk mereka raih pengalaman bermakna sambil kita sebagai penjaga ada kudrat yang masih kuat ini” katanya kepada MH.
Ditanya mengenai perasaan anak-anak sejurus mengetahui mereka turut berpeluang melakukan umrah pada usia yang muda, mereka menyambutnya dengan baik.
“Muhammad sangat teruja. Mungkin ada kanak kanak yang masih belum memahami keberadaan mereka di sana, tapi ia berbeza untuk anak sulung saya. Sebelum ini pun anak-anak banyak tonton video jemaah yang sedang tunaikan haji dan umrah.
“Pada sama sama sebelum berangkat, kita semua ada hadiri kelas umrah juga. Penting bagi mereka juga untuk jaga diri dan berdisiplin sepanjang berada di sana. Tak adalah nanti ia menyulitkan kita untuk buat ibadah,” katanya lagi.
Selain mahu memberi fokus kepada ibadah, Diana juga tidak menafikan ini masa terbaik untuknya menitipkan doa yang baik-baik untuk keluarga di depan Kaabah.
“Saya mendoakan agar dikurniakan keluarga yang sihat, bahagia dan apa segala jenis ujian yang Allah SWT berikan, semoga kita kuat untuk hadapi.
“Saya tidak boleh menjanjikan kita akan jalani sebuah kehidupan yang sempurna. Tapi apa yang saya cuba untuk doakan ialah, walau pun ia sukar, insyaAllah kita boleh harungi bersama-sama.
“Lagi satu, saya berdoa semoga kerjaya suami saya makin bersinar dan berjalan dengan baik, insyaAllah,” katanya lagi.
Sumber : Media Hiburan
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di