Apabila anak-anak semakin membesar tentu pelbagai gelagat yang mencuit hati ibu bapa. Perkembangan buat anak-anak itu pastinya meninggalkan momen yang indah.
Buat selebriti Nur Fazura dan pasangannya, Fattah Amin, kelahiran cahaya mata, Nur Fatima Aisya sudah tentu memberi impak yang besar dalam kehidupan mereka.
Fatima yang kini berusia empat bulan, semakin aktif meneroka dipersekitarannya. Terbaharu, menerusi instastory milik Fazura, memberi tahu anaknya tidak sabar untuk menjamah hidangan ketika menikmati masakan ibu tersayang.
Menerusi Instagram fattzuralovelife, turut memaparkan gelagat Fatima memegang pinggan seakan ingin menjamah hidangan. Fazura dan fattah pun terkejut dengan gelagat puteri sulungnya itu.
Kesiannya anak mommy, tak sabarnya nak makan nasi.
Eyra Hazali mencuri perhatian apabila berkongsi kisah lucu mengenai suaminya, Haziq Nadzli, yang dikatakan sering menerima mesej peribadi daripada wanita di media sosial. Kalau dah namanya suami “goalkeeper negara”, bukan setakat bola di padang saja yang perlu ditepis, DM di media sosial pun nampaknya kena jaga sekali!
Itulah yang dikongsikan pelakon ini mengenai suaminya yang dikatakan sering menerima mesej peribadi daripada wanita, termasuk daripada “peminat” di luar kawasan.
Menurut Eyra Hazali, dia sendiri tidak menafikan ramai wanita di luar sana cantik-cantik belaka. Namun, apa yang mencuit hati, ada juga yang berani “shoot shot” menerusi DM suaminya.
Malah, ada yang terus mengajak Haziq berjumpa apabila mengetahui suaminya berada di lokasi tertentu.
“Orang Sarawak cantik-cantik! Bukan setakat cantik, masuk DM suami kita lagi… siap ajak jumpa,” katanya berseloroh.
Namun, apa yang membuatkan Eyra Hazali lebih tenang adalah sikap Haziq sendiri. Ujarnya, suaminya bukan jenis lelaki yang melayan mesej-mesej sebegitu.
Lebih melegakan hati seorang isteri, Haziq turut berkongsi kata laluan akaun media sosial dengannya. Jadi, setiap notifikasi yang masuk juga boleh diketahui Eyra.
Pendek kata, tiada apa yang mahu disorokkan antara mereka suami isteri.
Dalam nada berseloroh, Eyra turut mendedahkan tangan Haziq juga bukan biasa-biasa kerana rajin menekan butang ‘block’. Katanya, jika dilihat senarai akaun yang telah disekat, memang ramai juga wanita yang pernah cuba nasib mendekati suaminya.
Bagi Eyra, selagi perkara itu tidak melampaui batas dan suaminya tidak melayan, dia memilih untuk tidak membesarkan isu tersebut.
Walaupun begitu, Eyra mengakui ada juga rasa “gatal tangan” mahu membalas mesej berkenaan. Namun, apabila melihat suaminya sendiri tidak melayan, dia juga memilih untuk tidak melayan perkara tersebut.
“Tapi suami kita pun tak layan, buat apa kita nak layan,” katanya santai.
Dalam masa sama, Eyra turut berseloroh bahawa dia sendiri tidak berasa insecure dengan situasi itu.
Eyra Hazali juga sempat berkongsi pandangannya mengapa lelaki berstatus suami orang sering menjadi perhatian. Katanya, ramai wanita tertarik apabila melihat lelaki yang berjaya serta cara mereka melayan isteri dan anak-anak.
Pendek kata, aura seorang lelaki yang sayangkan keluarga itu barangkali menjadi daya tarikan tersendiri.
Apa pun, Eyra sempat menitipkan ‘amaran manja’ kepada mana-mana wanita yang cuba mendekati suaminya.
“Pada wanita yang nak try Haziq, ingatlah saya Eyra Hazali tahu. Saya cantik tahu, anak saya comel… elok sangat!” katanya sambil ketawa.
Alahai, lain macam sungguh cara Eyra menjaga kawasan! Dalam berseloroh, tetap nampak keyakinan seorang isteri yang percaya kepada suaminya.
Apa yang penting, sikap Haziq yang tidak melayan DM sebegitu wajar dipuji. Dalam rumah tangga, kepercayaan dan keterbukaan antara suami isteri sangat penting.
Bila pasangan sendiri tahu menjaga batas, perkara luar tidak mudah menggugat keharmonian keluarga.
Benarlah, bukan semua perkara perlu dibalas. Kadang-kadang, cara paling tenang untuk menjaga bahagia rumah tangga ialah tidak melayan, terus tekan butang sekat dan fokus kepada keluarga sendiri.
Kisah Eyra Hazali ini juga menjadi peringatan bahawa hubungan yang sihat bukan hanya bergantung pada rasa cinta, tetapi juga pada kejujuran, batas pergaulan dan rasa hormat terhadap pasangan.
Tahniah diucapkan buat pengacara dan pelakon, Imran Aqil yang berkongsi berita gembira isterinya, Dahlia Rizal yang kini sedang hamil anak pertama mereka.
Imran atau nama lengkapnya Muhammad Imran Aqil Mohd Salehuddin berkata, Dahlia berada dalam keadaan yang baik meskipun dimasukkan ke hospital baru-baru ini selepas pengsan di sebuah restoran.
“Alhamdulillah, Dahlia bertambah sihat cuma baru-baru ini, dia dimasukkan ke hospital selama dua malam kerana kekurangan gula dalam badan dan tekanan darah rendah sehingga pengsan di sebuah restoran.
“Alhamdulillah, kandungan juga okay.
“Saya juga banyak nasihatkan dia untuk ambil ‘job’ yang tidak terlalu berat,” ujarnya berkongsi.
Syukur isteri tak ada alahan
Berkongsi kisah kehamilan isterinya itu, akui bekas peserta program Hero Remaja ini lagi, dia dan isteri teramat bersyukur dengan rezeki hebat itu.
Malah kata Imran Aqil lagi, dia lega kerana isterinya itu tidak mengalami alahan teruk sepanjang kehamilan.
“Alhamdulillah, setakat ini Dahlia tiada sebarang alahan bahkan dia juga tidak ada alahan dengan saya.
“Itu pun saya takut juga sebab sesetengah orang ada alahan tak boleh bau suami tapi Alhamdulillah tak ada. Cuma makin ‘clingy’ itu adalah,” kongsinya lagi.
Akui Imran lagi, dia kini banyak mempelajari ilmu keibubapaan melalui ibunya namun berniat untuk mendaftar kelas antenatal sebagai persediaan menyambut bayi sulung mereka.
“Kalau persediaan bergelar bapa, saya ada juga nak daftar kelas tapi mak saya sendiri kata, ‘Biar dia yang ajar’,” ceritanya.
Terdahulu, ramai yang mendakwa Dahlia Rizal kini hamil anak pertama selepas bentuk badannya kelihatan berisi sewaktu menghadiri sebuah majlis bersama Imran.
Imran dan Dahlia telah selamat mendirikan rumah tangga dalam satu majlis tertutup yang diadakan di Villa Istana Ayer Keroh Melaka, pada September tahun lalu
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tidak dinafikan apabila sesuatu dokumen itu disimpan terlalu lama, ada yang ingin memastikan dokumen itu kekal selamat dan tidak koyak akan meletakkan dalam sebuah fail.
Malah, ada juga pergi ke kedai ‘frame’ kan atau laminate dokumen supaya lebih kemas.
Namun hakikatnya, ramai yang tak tahu bahawa cara laminate adalah cara yang salah yang mengakibatkan geran itu tidak sah.
Sebagaimana perkongsian ini.
_______________________________________
Jangan Laminate geran korang. Pejabat tanah akan declare geran tu rosak.
Baru terkena. Target kes settle 2 bulan, jadi 9 bulan sebab kena buat geran baru.
Laminate sebab taknak bagi geran rosak. Pejabat tanah pula kata kalau laminate, geran diisytihar rosak.
Info ni dimaklumkan oleh Urban Hartanah, war-warkan kepada makcik, pakcik, mak, ayah sebab selalu mereka buat.