Jad Haris Sabaruddin, seorang anak kecil berusia 13 tahun namun punya kepandaian luar biasa dalam subjek Matematik. Merupakan permata hati buat pasangan suami isteri, Doktor Roslin Mohd Taha, 43 dan Doktor Sabaruddin Abdullah, 43 tahun.
Namanya pernah terpapar di dada-dada akhbar, menjadi antara dua pelajar Malaysia pertama yang berjaya memenangi pingat emas di Pertandingan Matematik Peringkat Sedunia kaedah Sakamoto di Filipina tahun lalu. Pencapaian ini cukup membanggakan bukan sahaja buat diri dan ahli keluarganya malah seluruh rakyat Malaysia umumnya
Kenal Matematik Sejak Dalam Kandungan
Mengimbau kembali memori seorang ibu sepanjang tempoh kehamilannya mengandung buat kali ke dua, menurutnya tiada apa yang istimewa. Cuma ada satu perkara yang berlaku dan ini menjadikan pengalaman mengandung Jad punya kisahnya yang tersendiri.
“Sepanjang tempoh mengandung, saya tiada amalan tertentu cuma berbezanya ketika kehamilan tersebut saya jadi susah untuk tidur malam. Bila berjaga sorang-sorang tu, saya buka telefon dan ‘melayan’ pelbagai games yang berkaitan nombor dan penyelesaian masalah. Boleh dikatakan ada waktu sahaja, saya suka main games matematik dan juga bermain puzzle.
Ads
“Mungkin dari sini juga minat Jad dipupuk sejak dalam kendungan lagi. Alhamdulillah, Jad memang suka mengira dan sejak umur 5 tahun lagi dia sudah boleh menyelesaikan permasalahan matematik dengan pantas dan tepat.
“Ketika itu saya dan suami telah nampak keupayaan dan kelebihan Jad dalam subjek matematik. Sebagai ibu bapa kami rai setiap potensi anak-anak. Anak sulung Nur Alyssa, 14 tahun kini di Kolej PERMATApintar Negara, manakala Umar Jawwad, 5 tahun lebih kepada bidang seni dan yang paling bongsu adalah Jada Ayesha, 3 tahun.
Ads
“Setiap antara mereka punyai kecenderungan yang berbeza-beza. Sebagai ibu bapa, kami berikan galakan atas setiap potensi, kelebihan dan bakat anak-anak kami. Selebihnya saya sekeluarga cukup berterima kasih dengan pihak sekolah yang telah menggilap bakat dan kebolehan anak-anak kami hingga sampai ke tahap ini” ujar Dr Roslin di awal bicaranya.
Rutin harian Jad Haris
“Saya mula melibatkan diri dalam bidang ini sekitar tahun 2014 iaitu ketika berada di tahun 3. Namun begitu, saya berhenti seketika pada tahun 2016 dan menyertainya semula pada tahun 2017.
Ads
“Saya berasa sangat gembira dan teruja dengan pencapaian yang diterima di Pertandingan Matematik Peringkat Sedunia kaedah Sakamoto di Filipina yang lalu apabila dianugerahkan dengan pingat emas. Oleh itu, saya berhasrat untuk terus menceburkan diri dalam Sakamoto dan berusaha sebaiknya untuk meningkatkan lagi prestasi saya pada masa akan datang.
“Saya juga seperti kanak-kanak yang lain, setiap waktu diisi dengan penuh kegembiraan dengan bermain dan bukan hanya tertumpu pada pembelajaran semata-mata. Antara aktiviti yang selalu saya lakukan ialah beriadah dan bersiar-siar bersama keluarga. Selain itu, pada masa lapang saya suka bermain permainan video serta melakukan aktiviti menguji minda seperti Sudoku dan menjawab soalan berbentuk kuiz dan IQ Test daripada buku-buku yang dibeli ibu bapa saya,” jelas Jad Haris yang juga bercita-cita untuk menjadi seorang jurutera bila dewasa nanti.
5 tip untuk hebat subjek matematik dari Jad Haris
Perlu ada minat yang mendalam terhadap matematik.
Fokus serta mengikuti pembelajaran matematik sebaiknya.
Belajar matematik dengan bersungguh-sungguh.
Berusaha memahami dan mendalami pembelajaran matematik.
Membuat banyak latihan dan mengikuti kelas tambahan matematik .
Menganggap pembelajaran matematik mudah supaya tidak berasa tertekan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Menyaksikan sendiri insan tersayang berperang dengan penyakit digeruni cukup membuatkan hati penyanyi Nizam Laksamana seolah-olah disiat-siat.
Itulah fasa yang cukup memilukan sebagai seorang suami tatkala sabg isteri, Salwati Zulkifli disahkan menghidap kanser payudara.
Akui Nizam, banyak hal melibatkan emosi yang harus ditempuhi ketika itu. Begitupun dia memanjat rasa syukur setelah isterinya kini sudah kembali pulih dan dapat menjalani kehidupan sama seperti individu normal lain.
“Isteri saya pernah menghidap kanser payudara dan penyakit itu berlanjutan sekitar setahun lebih. Namun alhamdulillah, kanser dia dah hilang.
“Dia wanita yang hebat. Dia tahan sakit dan melalui proses kemoterapi sebanyak enam kali. Bukan semua orang boleh menahan sakit ketika proses berkenaan. Tanyalah Elyana.
“Bila sampai rawatan keempat dan seterusnya, rambut mula gugur. Atas permintaan isteri, saya botakkan kepalanya. Saya juga turut botakkan kepala tanda memberi sokongan,” katanya seperti yang dikongsikan bersama portal Gempak.
Dalam pada itu, Nizam berkata, ujian yang diterima oleh isteri telah menerbitkan rasa kesabaran yang tinggi dalam dirinya.
“Jujurnya, saya bukanlah jenis orang yang sabar. Tapi saya berdoa pada Allah agar diberikan kekuatan untuk terus menjaga isteri ketika dia memerlukan saya.
“Apabila berada dalam kesakitan, emosinya terganggu. Jadi saya kena banyak sabar. Saya jaga keperluan hariannya seperti menyuapkan makanan dan menukarkan baju. Saya pastikan saya sentiasa berada di sisinya.
“Ada juga rakan wartawan yang nak bantu saya dan isteri dengan mengadakan tabung kutipan. Tetapi saya menolak. Saya kata doakan sahaja. Alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya dan isteri saya kini sudah kembali sihat sepenuhnya,” katanya lagi.
Tahun lalu, media pernah melaporkan Salwati terpaksa dimasukkan ke hospital kerana masalah kemurungan, ketika sedang menjalani rawatan bagi memulihkan dirinya daripada kanser payudara.
Apabila sudah lama berkahwin kadang kala perlu ada kejutan agar suami isteri yang kekal bahagia, kasih mengasihi dan sayang menyayangi hingga ke hujung nyawa.
Jadi, untuk memastikan hubungan suami isteri kekal mewangi selamanya adalah lebih baik sekiranya pasangan sering melakukan “surprise” atau dengan kata lainnya “kejutan” terutamanya pada hari-hari istimewanya.
Tidak perlu hadiah mahal atau sebaliknya, apa yang pasti, ia adalah untuk menghargai pasangan.
Begitulah yang dilakukan oleh seorang suami kepada isterinya. Bukan nilai hadiah itu yang ingin ditonjolkan, tetapi kasih sayang seorang suami yang ingin melihat isterinya bahagia. Bagi isteri pula, apa sahaja hadiah yang diberi, kejutan istimewa itu sudah cukup memberikan kebahagiaan buat dirinya. Boleh mengalir air mata lah!
Ikuti perkongsian ini.
Dah 3 bulan tak guna. hari ni baru nak guna tengok2 ada surprise dari encin husb allahu 😭. tanya dia bila lagi letak rupa nya dah dua bulan dia letak dalam tu dia tunggu sampai saya buka..
TAPI INI RESPON NETIZEN. SWEET!
Melalui komen yang dipaparkan melalui grup Resepi Air Fryer [Malaysia] masing-masing memberikan komen yang positif dan berharap suami mereka juga melakukan perkara yang sama.
Ter ‘tag’ suami!
Sweet!
Apa yang pasti, kejutan itu tidak semestinya barang berharga tinggi, asalkan ada kejutan yang sweet untuk isteri.
Kredit: Aien Suraya
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Setiap pasangan yang berkahwin inginkan zuriat sebagai penyeri rumah tangga. Kelahiran anak itu memberi seribu makna dalan kehidupan mereka.
Namun bagi yang belum dikurniakan zuriat pula terus berusaha menantikan kehadiran cahayamata.
Nyata dugaan hidup bukan sahaja masalah kewangan tetapi menantikan anak yang akan menjadi pewaris keturunan.
Begitulah yang dilalui oleh pasangan suami isteri ini yang masih belum dikurniakan cahayamata.
Menerusi perkongsian di akaun tiktok pemilik akaun, cttimohFatimah menghidap Sindrom Ovari Polisistik (PCOS) pada usia 15 tahun.
Bagaimana pun, ia bukan alasan untuk mereka pasrah. Menerusi perkongsian video menjelaskan bahawa mereka melakukan usaha untuk mendapatkan zuriat melalui proses permanian beradas (IUI) dan Persenyawaan In Vitro (IVF).
Difahamkan, rawatan itu adalah kali ketiga Fatimah membuat IUI, ujian tersebut adalah positif. Akan tetapi, dia telah disahkan ectopic iaitu kehamilan luar rahim.
Selepas enam kali gagal mendapatkan zuriat melalui proses IUI, Fatimah dan suami membuat keputusan untuk menjalankan kaedah IVF sebaik sahaja mereka mempunyai wang yang mencukupi.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
INFO: APA ITU PCOS
Sindrom polikistik ovarium atau polycystic ovarian syndrome (PCOS) adalah gangguan hormon yang terjadi pada wanita di usia subur. PCOS ditandai dengan gangguan menstruasi dan kadar hormon maskulin (hormon androgen) yang berlebihan. Hormon androgen yang berlebihan pada penderita PCOS dapat mengakibatkan ovarium atau indung telur memproduksi banyak kantong-kantong berisi cairan. Kondisi ini menyebabkan sel-sel telur tidak berkembang dengan sempurna dan gagal dilepaskan secara teratur. Polycystic ovarian syndrome juga dapat menyebabkan penderitanya tidak subur (mandul), dan lebih rentan terkena diabetes dan tekanan darah tinggi.
IVF TIDAK MENJADI, KEMBALI KUMPUL DUIT UNTUK LAIN CUBAAN
Bagaimanapun, apa yang menyayat hati adalah Fatimah telah melakukan IVF sebanyak dua kali namun, rezeki untuk menimang cahaya mata tidak berpihak kepada mereka memandangkan proses tersebut tidak berjaya.
Akur dengan takdir Allah yang menentukan segalanya, Fatimah dan suami rehat sebentar dan mahu mengumpul kembali wang mereka bagi menjalankan IVF meskipun sudah sembilan tahun menanti kehadiran malaikat kecil.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata respon wargamaya memberikan kata-kata semangat dan ada yang menitipkan doa buat pasangan ini supaya tahun 2023 mereka dikurniakan zuriat.