Ads

Tengku Natasya & Tengku Arif Bendahara Timang Puteri Sulung, Tengku Nadine Amina Zahra Penyeri Keluarga Diraja

Khabar gembira menyelubungi keluarga Diraja Pahang apabila Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan isteri, Tengku Puan Bendahara Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan selamat dikurniakan cahaya mata sulung.

Pasangan diraja itu selamat menerima seorang bayi perempuan pada 2 Julai lalu, sekali gus menambah seri dalam keluarga besar Diraja Pahang.

Menerusi kenyataan Majlis Kesultanan Pahang, bayi perempuan berkenaan dilahirkan pada jam 3.35 petang di sebuah hospital di Kuala Lumpur dalam keadaan sihat dan selamat.

Tengku Natasya & Tengku Arif Bendahara Timang Puteri Sulung, Tengku Nadine Amina Zahra Penyeri Keluarga Diraja

Tengku Nadine Amina Zahra Penyeri Keluarga Diraja

Cucunda diraja berkenaan merupakan puteri kepada Yang Amat Mulia Tengku Arif Bendahara dan Yang Hormat Mulia Tengku Puan Bendahara. Lebih manis, puteri kecil itu diberikan nama indah, Tengku Nadine Amina Zahra.

Keputeraan Tengku Nadine Amina Zahra pastinya menjadi detik cukup bermakna buat Tengku Arif Bendahara dan Tengku Puan Bendahara yang kini melangkah ke fasa baharu sebagai ibu dan bapa.

Ads

Kehadiran Tengku Nadine Amina Zahra juga menjadi penyeri buat Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang yang menerima kehadiran cucunda puteri baharu dalam keluarga baginda.

Tengku Natasya & Tengku Arif Bendahara Timang Puteri Sulung, Tengku Nadine Amina Zahra Penyeri Keluarga Diraja

Doa Buat Tengku Nadine Amina Zahra

Sempena berita gembira itu, seluruh warga Majlis Kesultanan Pahang merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Sultan Pahang dan Tengku Ampuan Pahang atas keputeraan cucunda puteri baginda.

Ads

Dalam masa sama, rasa syukur turut dizahirkan atas kelahiran Tengku Nadine Amina Zahra. Doa turut dipanjatkan agar puteri kecil itu dikurniakan kesihatan yang baik, kesejahteraan, keberkatan serta sentiasa berada dalam perlindungan Allah SWT.

Mereka turut mendoakan agar segala urusan Tengku Arif Bendahara dan Tengku Puan Bendahara dipermudahkan dalam menjalankan amanah sebagai ibu bapa. Semoga pasangan diraja ini dikurniakan kekuatan, kesabaran dan kebijaksanaan dalam membesarkan puteri sulung mereka dengan penuh kasih sayang serta didikan terbaik.

Mula Fasa Baharu Sebagai Ibu Bapa

Terdahulu, Tengku Muhammad Iskandar selamat diijabkabulkan dengan Tengku Natasya Puteri dalam istiadat perkahwinan diraja yang berlangsung di Balai Mahkota, Istana Abdulaziz, Kuantan pada 24 Oktober 2024.

Ads

Kini, kehadiran cahaya mata sulung pastinya melengkapkan lagi kebahagiaan rumah tangga pasangan diraja ini. Perjalanan baharu sebagai ibu bapa bukan sahaja membawa kebahagiaan, malah hadir bersama amanah besar dalam membentuk generasi yang berakhlak mulia dan berilmu.

Semoga Tengku Nadine Amina Zahra membesar dalam limpahan kasih sayang keluarga, menjadi penyejuk hati kedua-dua ayahanda dan bonda, serta membawa keberkatan kepada Institusi Kesultanan Pahang. Diharapkan juga puteri kecil ini membesar sebagai seorang insan yang beriman, berakhlak mulia dan sentiasa menjadi kebanggaan keluarga serta rakyat pada masa hadapan.

BACA LAGI : Sama Cantik Sama Padan, Pasangan Diraja Tengku Muhammad Dan Tengku Natasya Puteri Selamat Diijabkabul!

Sumber: Facebook Kesultanan Pahang

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Keluarga Lain

“Hingga Ke Syurga….”, Ucapan Isteri Tomok Sempena Anniversary Ke-15 Buat Ramai...

Tomok & Ayu sambut ulang tahun perkahwinan ke-15 dengan penuh kesyukuran selepas menunaikan haji. Ucapan dan doa Ayu buat suami tercinta hingga ke syurga menyentuh hati ramai.