German Cookies ni antara Biskut Raya paling senang nak buat. Selain bahan yang digunakan sedikit, cara mengadunnya juga mudah. Hanya gentel-gentel, bakar dan siap. Mudah kan!
Paling best biskut ini yang mudah cair di dalam mulut. Gerenti anak-anak suka. Untuk ibu-ibu yang nak cuba, boleh gunakan resipi yang dikongsikan oleh Azura Felulaini.
Cara penyediannya:
1- Satukan tepung kentang dan tepung gandum, ayak dan ketepikan. Putar mentega dengan gula aising hingga sebati, masukkan garam. Perlahan kelajuan dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut. Rehat kan sekejap. bahagikan kepada 7 bahagian dan masukkan warna yg disukai
2- Ambil sedikit adunan, kemudian bulat-bulatkan dan susuh atas dulang pembakar. guna garfu dan tekan atas bebola tadi hingga sedikit leper dan membentuk corak. Buat hingga siap.
3-. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 20 minit. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bagi ibu-ibu yang suka membeli dalam kuantiti yang banyak, pasti ini mendatangkan masalah kan. Lebih -lebih lagi bagi yang nak jimatkan ruang. Misalnya, sayuran atau barang basah yang disimpan dalam peti sejuk, lama-lama akan menyebabkan ia layu dan berbau.
Sebenarnya ada cara untuk atasi masalah ini dengan menggunakan plastik kedap Perkongsian ini dimuat naik oleh Tisam Ibrahim
Memanjangkan pahala ahli MAHN yg sudi ajar cara simpan barang basah dapur. Cara ni sy dah praktik spnjg PKP dan mmg terbukti dpt jimat duit, tak perlu pergi pasar byk kali dan menjimatkan ruang peti sejuk.
Ni rahsia dia. Ziplock bag. Berbaloi melabur beli ni. Perlu ada at least 2 size. Sy ada 3 saiz. Yg xde dlm gambar saiz L. Lupa nak ambik gambar. Dulu2 sy guna mangkuk aiskrim, mangkuk plastik jernih, bekas Ikea. Semua tak efisien sbb byk makan space. Pakai ziplock jimat ruang. Boleh basuh, lap, guna semula. Hanya buang bila dah bocor. Spjg PKP ni sy br buang 2 helai sbb kene sirip ikan.
Rahsia kedua; sapu tangan. Sapu tgn murah2 je kat kedai Mr DIY/Eco tu. Wajib guna utk alas dlm ziplock sayur2. Tujuannya utk serap lembapan. Air tu yg rosakkan sayur kita. Dulu2 sy guna tisu/kitchen towel tp tidak cost effective. Pakai sapu tgn boleh basuh dan guna semula. Yg ni sy pakai ziplock L.
Broccoli, celery, cauliflower potong2 dulu utk muatkan dlm ziplock. Jgn basuh. Kalau nak basuh pun, lap dulu sayur2 baru masuk ziplock. Tp sy x rajin. Nanti nak masak baru cuci sayur tu. Dlm gambar ni, broccoli dan celery tu dah seminggu lebih dlm fridge. Ni ziplock M.
Sayur berdaun pun sama. Petik2/potong2 dulu. Buang akar. Jgn basuh. Alas sapu tgn dlm ziplock dan simpan sayur. Sy dah buat dgn kangkung, bayam, sawi. Pernah sy simpan hampir 2 minggu. Masih elok tak rosak. Sayur berdaun sesuai dlm ziplock saiz L.
Kedai acheh jual pandan serumpun. Serumpun tu jugak boleh masuk dlm ziplock L. Senang. Jgn lupa alas sapu tgn juga.
Ni petua sy dpt dr group MAHN utk bg cili masak dan cili api tak kecut.
1. Buang tangkai cili.
2. Letak 3-4 ulas bwg putih
Mmg berkesan. Cili2 ni dah 2 minggu lebih bertahan.
Pantang tomato ialah jgn dibiarkan bergolek2. Alas dgn sapu tangan baru simpan tomato. Boleh guna cara ini utk limau dan lemon.
Daun sup, daun bawang, daun kari, daun limau purut, daun ketumbar dan daun kunyit yg kita paling membazir tiap kali memasak sbb kene beli byk tp guna sikit je. Boleh simpan lps ni. Berbeza dgn sayur2 sblm ni, yg ni kene cuci dulu. Cuci bersih2, potong, masuk ziplock S dan masuk FREEZER. Tak perlu alas sapu tangan.
Semua kacang2 masuk dlm ziplock. Yg ini org dah biasa buat.
Tips utk makanan basah; guna ziplock yg agk tebal. Ada ziplock khas utk freeze tp mahal. Guna yg biasa pun boleh cuma cari yg tebal. Tos dulu makanan basah baru masuk ziplock. Tak payah sapu tgn ye
Sama jugak. Dah guna nanti, basuh ziplock dgn sabun bersih2, lap dan guna semula selagi tidak bocor.
Cara susun
Susun semua ziplock secara menegak utk jimat ruang dan senang utk cari bahan masak.
Susun ziplock dlm freezer secara menegak. Bila dah keras, baru baringkan dan stack up. Jimat ruang.
Apa2 sayur akar/rhizome, cuci bersih dan rendam dlm air. Simpan dlm botol air/jar mcm ni. Tiap kali ambil utk guna sikit, ganti air. Yg kunyit tu dah 3 minggu lebih. Serai pulak dlm 2 minggu.
Susun ziplock secara mendatar dulu. Bila makanan dah beku, baru tegakkan. Jimat space dlm freezer.
Selepas disimpan
Dah lebih 2 minggu dlm freezer.
Dah lebih 3 minggu dlm freezer. Masih elok. Bila ditumis keluar bau kari mcm biasa.
Rumahku syurgaku. Itu adalah satu ungkapan indah dan manis buat pasangan yang ingin sama-sama membina bahagia. Namun, impian itu takkan berkekalan andai ada salah seorang dari anda tidak jujur dalam perkahwinan. Memang susah untuk diterima dan sangat menyakitkan lebih-lebih lagi oleh orang yang paling kita percayai.
Harga sebuah kemaafan tidaklah boleh sampai memaksa pasangan kita untuk menerima kebohongan kita ‘membabi buta’. Tidak dinafikan, isteri ni ada kelebihan deria keenam dalam merasai apa yang tersirat di hati jika pasangan cuba menipu atau berbohong.
Jika anda merasakan bahawa suami anda sedang menyembunyikan sesuatu dari anda, selidik terlebih dahulu. Usaha membabi buta menuduh tanpa usul periksa. Cari punca kenapa ia berlaku dan cari jalan supaya hubungan anda tidak keruh dek kerana masalah tersebut.
Baca perkongsian dari saudara Ariff Ismail mengenai isu ini.
JANGAN TIPU WANITA
” Yang abang balik lambat, p tengok bola dengan member “
Bila kita cakap macam ni, jawapan isteri :
” okay abang, jangan balik lambat sangat “
Jika kita dalam sutuasi ini, nak teruskan dengan niat atau batal kan saja niat kita? Kalau betul nak p tengok bola, teruskan. Kalau nak kelain batal kan saja niat kita tu brother.
Kaum hawa ni, dia ada kelebihan yang kita kaum adam tak ada. Kita kalau buat salah belakang dia, mesti peratusan nak kantoi tu sangat tinggi. Panca indera kaum hawa ni padu, kalah kuasa Thanos.
Cuba kita buat muslihat sikit, kata nak p tengok bola tapi p tengok wayang, paling paling dia dapat kesan lokasi kita. Tak pon dia akan keluar ayat ” tengok bola kat mana tu, bukan musim bola dah habis ke?”.
Ehh macam mana kaum hawa ni boleh tahu, untuk pengetahuan kaum adam sekalian, untuk memastikan kejujuran kita, mereka sanggup google dan kaji semua perkara berkaitan apa yang kita buat.
Hobi kita boleh jadi hobi depa juga. Tapi cuba kita kaum adam ni, kita sukar untuk sama sama kaji hobi mereka. Nak ikut depa buat hobi depa pon kita boleh bagi 1001 alasan. Sebab tu lah kaum hawa ni Super Power bab mencari ketidak jujuran lelaki.
Perempuan ni satu je, kalau kita dah kantoi sekali menipu, memang sampai kiamat lah depa tak percaya dah. Baru jadi “nightmare” kat kaum adam. Mereka ni bukan nak menyibuk, tapi mereka ni bab bab kejujuran ni asas utama.
Lagi satu dengan kaum hawa ni, tak perlu tipu pon, cuba kena guna bahasa dan cara yang betul untuk jelas kan pada mereka. Inshaallah mereka akan faham dan beri kerjasama.
Kesimpulan nya, jujur itu lebih baik dari menipu atau berkata dusta. Kunci kebahagian kita terletak pada kejujuran. Inshaallah cinta Adam Dan Hawa akan mekar ke syurga.
Anak-anak yang membesar perlukan didikan yang tepat bagi membolehkan mereka menjadi anak yang lebih bertanggungjawab dan lebih prihatin apabila membesar.
Anak-anak kita sebenarnya boleh mengikut karektor dan sikap mereka sendiri jika tidak dibendung.
Salah satu cara didikan yang mudah adalah dengan mengajarkan kemahiran berumah tangga kepada mereka sebagai persediaan kepada tanggungjawab pada diri
sendiri. Jika mereka punya rasa tanggungjawab pada diri, seterusnya pastilah pada keluarga mereka sendiri kelak.
Bukan hanya pada anak perempuan, anak bujang kita juga wajib buat perkara ini supaya lebih rasa tanggungjawab. Jom ikut tip mudah ini.
1. Periksa Barang Dapur
Minta anak perempuan jadi pemeriksa kita setiap kali barang dapur habis bekalannya. Ajar dia untuk periksa peti ais dan stok bekalan basah seperti ikan dan sebagainya setiap minggu atau setiap hari. Biar dia tahu peranannya besar dalam rumah kita. Lama kelamaan dia akan rasa lebih bertanggungjawab pada amalan yang satu ini.
2. Periksa Stok Beras
Ini merupakan amalan yang dilakukan oleh Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki kepada anak lelakinya. Setiap kali beras habis, dia akan minta ibu dan ayah belikan dengan segera tanpa menunggu hari esok. Cara ini bagi membiasakan diri anak lelaki dengan selok belok dapur. Nampak remeh tapi sebenarnya ia mengajar anak lelaki kita lebih bertanggungjawab.
3. Kunci Pintu
Sebelum hendak masuk tidur, amanahkan seorang anak-anak kita untuk periksa pintu rumah, samada sudah dikunci ataupun tidak. Selain rasa tanggungjawab pada
keluarga yang lain, ia juga mendorang anak kita jadi lebih berani.
4. Bayar Di Kaunter
Latih anak kita bayar makanan yang dia beli di kaunter sendiri. Cara ini bukan hanya latih anak lebih berani tetapi mesti bertanggungjawab pada barangan yang diambilnya. Amanah pada diri sendiri, itu penting.
5. Susun Kasut
Bagi tugas mudah ini pada si bongsu anda yang masih kecil. Latih dia untuk susun kasut setiap ahli rumah sebelum melangkah masuk ke rumah. Persoalkan dia jika kasut tidak disusun dalam keadaan baik. Cara ini bukan hanya buat anak lebih menjaga kebersihan tetapi disiplin diri yang tinggi.
6. Kemas Katil
Ajar kesemua anak kita baik lelaki mahupun perempuan untuk kemaskan katil sendiri apabila bangun tidur. Ini penting bagi mendidik mereka menjadi seorang yang lebih bertanggungjawab pada diri sendiri dan selebihnya pada keluarga. Kalau kita biasakan mereka, lama-lama pasti jadi tabiat terpuji.
7. Ajar Anak Sedekah
Kalau ke surau atau juga ada peminta sedekah yang datang ke meja kita ketika makan, ajar anak-anak bersedekah sendiri dengan tangan mereka. Selain mengajar rasa simpati kepada golongan susah, kita juga mendidik anak untuk bersedekah. Setiap kali dapat duit kecil, minta dia asingkan untuk bersedekah.
8. Tolong Angkat Barang
Nampak macam mendera anak tapi sebenarnya ia satu proses mendidik. Minta anak-anak angkatkan kesemua barang yang kita beli ke dalam kereta seterusnya ke dalam rumah. Nampak remeh tapi ia mengajar anak bertanggungjawab dan rasa hormat.
9. Pilih Ikan Di Pasar
Ini aktiviti yang menyeronokkan. Minta anak pilih sendiri ikan yang mereka suka di pasar. Selain berkongsi ilmu, ia juga bagi membiasakan mereka dengan ilmu rumah tangga.
10. Ajar Masak
Tak kira samada anak lelaki atau perempuan, ajar mereka untuk tolong memasak di dapur. Seawal usia 5 tahun lagi mintalah mereka turut serta. Anak lelaki terutamanya, ajar mereka memasak dengan cara yang betul supaya ilmu ini boleh dibawa mereka ke mana-mana terutama selepas berkahwin. Penting!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.