Pengarah dan Youtuber popular, Syahmi Sazli berkongsi berita mengenai situasi isterinya, Anissa Faizul yang menerima rawatan di KPJ Penang Specialist Hospital.
Menurut doktor, terdapat jangkitan kuman pada air kencing Annisa. Perkhabaran tersebut dikongsikanPengarah filem Mael Totey The Movie menerusi laman Instagramnya.Tambahnya lagi, dia mendapat berita tersebut ketika sedang menjalani sesi pengambaran filem terbarunya yang berjudul 35mm.
“Mi tengah shoot filem 35mm tadi dapat berita dari doktor yang Nissa kena masuk air dan ada jangkitan kuman dalam air kencing.
“Get well soon, my wife. Doakan Nissa ye,” tulisnya.
Annisa kini terpaksa dimasukkan air dan harus berehat buat sementara waktu di hospital.
Justeru bapa kepada seorang cahaya mata ini memohon semua pihak menitipkan doa dan diberikan kesembuhan buat isterinya.
Ads
Menerusi perkongsian di laman Instagram sebelum ini, Nissa memaklumkan dirinya kini sedang hamil anak kedua.
Untuk rekod, Syahmi dan Nissa telah pun mendirikan rumah tangga mereka pada Februari 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Ainul Mardhiah.
Suci, bersih dan kosong. Perumpamaan yang boleh diertikan buat anak kita yang baru dilahirkan. Bila semakin membesar, anak mula mempelajari daripada apa yang dilihatnya. Pemerhatian yang tajam juga dididik dengan arahan mak ayah setiap hari. Itulah yang dilalui mereka.
Namun bila semakin punya akal untuk berfikir, anak mula menunjukkan perangainya sendiri. Ketika itulah ibu ayah mula naik hantu dan sesekali bertukar jadi ‘singa’ bila berdepan dengan keletah anak-anak yang semakin bijak.
Tahu tak sebenarnya dalam kita mendidik anak-anak, ada beberapa kesalahan yang kita lakukan. Perkongsian seorang sahabat mengenai perbandingan anaknya ini buat kita buka mata.
“Orang kita ni kerap sangat ugut anak perkara yang dia takkan buat pun, contohnya nak buang mainan, letak dalam hutan dan sebagainya.”
“Apa yang anak kau akan rasa, bila kerap ugut perkara yang kau takkan buat pun? Mak ayah selalu rasa anak ni terlalu kecil untuk faham.
Ini silap besar kita. Anak-anak kecil kita sangat bijak sebenarnya. Bila kita kerap ugut macam tu tapi tak buat pun, dari hari ke hari, anak-anak akan anggap kita ni cakap tak serupa bikin.”
“Setiap kali mak ayah buat macam tu, sikit demi sikit anak akan hilang rasa hormat dan kurang takut pada apa kita cakap. Dalam fikiran anak, buat apa takut, mak ayah dia bukan akan buat pun. Gertak je lebih, tapi habuk pun tarak!”
“Ugut anak kata, pergi kemas mainan, kalau tak, mama tak bawa pergi McD. Tup tup, anak dia tak kemas, tapi petang tu mama dia bawa juga pergi McD tu. Anak-anak akan fikir yang buat apa depa nak ikut cakap, sebab kalau tak ikut pun, dapat juga apa dia nak!”
Tapi bawah ni aku ringkaskan apa nasihat dia pada ibu bapa yang nak anak-anak yang dengar cakap.
1. Tak perlu jadi pemarah, cukup jadi tegas. Ada beza antara marah dan tegas. Ibu bapa sekarang ramai suka marah tapi tak tegas. Bab jerit no 1, tapi cakap selalu tak serupa bikin.
2. Jangan suka ugut anak dengan perkara yang kita tahu kita takkan buat pun. Kalau nak ajar anak pasal consequences pun, pastikan cakap apa yang kita akan buat saja.
Contoh, ‘Pergi mandi sayang, kalau tak nanti mama tak bawa pergi taman petang ni’. Kalau dia tak buat, tak perlu marah, tak perlu jerit. Tapi bila sampai petang, jangan bawa pergi taman. Walaupun dia menangis jerit masa tu.
Biar anak kita tahu, kita bukan pemarah tapi kita tegas. Setiap apa kita cakap, kita buat. Dia akan mula hormat dengan apa yang kita cakapkan. Walaupun tanpa menjerit.
3. Katakan anak kita cuba merayu minta maaf kata dia tak buat lagi. Dia janji. Lepas tu dia minta bawa pergi taman hari yang sama dia buat salah tu juga, jangan bawa. Walaupun dia dah minta maaf.
Kata pada dia, “hari ni sayang dah buat salah, mama tak bawa pergi taman. Kita tengok esok, kalau sayang dengar kata, kita pergi esok.”
Esoknya bila kita suruh mandi, dia akan mula teringat, semalam mama papa dia betul-betul tak bawa pergi taman. Hari ni kena dengar cakap.
4. Bila anak dengar kata, berikan reward. Jangan hanya tahu nak ugut bila dia tak dengar kata tapi tak berikan reward bila dia dengar kata.
5. Jangan lupa berdoa pada Allah swt. Usaha kita ni asbab saja, yang bagi rezeki anak dengar kata tu, Allah swt. Bukan kita sendiri.
Saya kongsikan ni sebab saya masih nampak ramai ibu bapa yang masih buat kesilapan ni, tanpa kita sedar pun.
Terima kasih sahabat. Pada ibu bapa di luar sana, jom share post ini supaya lebih ramai dari kita dapat perbaiki diri kita.
Pengorbanan seorang isteri. Demi untuk keluarga tersayangs egala kepayahan ditanggung tanpa keluhan. Demikianlah juga dengan pengasas Rina Salleh Clothing yang terpaksa memikul tanggung jawab sebagai ketua keluarga buat sementara waktu selepas suaminya menjalani pembedahan di kedua-dua bahagian lututnya.
Ketabahan dan semangat kental yang ada dalam diri Rina Salleh itu menarik perhatian pengikutnya. Sementelah dia kini sedang berbadan dua.
Baru-baru ini menerusi laman instagramnya, Rina memuat naik perkongsian tentang keadaan suaminya yang baru menjalani pembedahan lutut dan kini sedang berehat sambil menjalani rawatan fisio sepenuhnya. “Dah lebih sebulan suami operation dua-dua lutut. AlhamdulILLAH Thumma AlhamdulILLAH sekarang semakin baik namun masih dalam rawatan fisio sepenuhnya.
“Cepat sangat semuanya sampai tak sempat nak fikir macam mana lepas ni. Kak Rina ambil alih tugas-tugas suami sementara suami dalam proses rawatan. Jadual memang penuh setiap hari dari pagi sampai ke malam.
“Urus anak-anak sekolah, urusan rumah, masak, kemas, grocery shopping, sesekali suami ikut juga di kereta nak ambil angin luar. Dengan urusan @rinasallehclothing lagi. Lepas tu bersambung PKPB pula di Selangor ni. Urusan lain memang Kak Rina pause kejap. InshaALLAH lepas ni kita usahakan.
Akui Rina lagi, dia seolah-olah tidak percaya dapat menguruskan segala-galanya sendiri, sementelah diri sedang berbadan dua dan alahan yang teruk.
Penat? Rasa macam tak percaya dapat buat semua ni. Sampai terlupa kadang yang diri sendiri tengah pregnant. Cabaran pregnant kali ni lain pula. Alahan alergi yang SubhanALLAH hebat.
.
AlhamdulILLAH banyak ALLAH mudahkan. ALLAH bagi peluang Kak Rina nak khidmat untuk suami dan keluarga. Walau tak sempurna namun tanggungjawab yang lopong-lopong sebelum ni dapat juga topup dengan sediakan keperluan dan teman suami..
Ps: masa di hospital dapat khabar gembira YM ABUYA ABU ASWAD IBNU ZAKARIA ALKUBRA buat kejutan. Tiba-tiba bagitau nak datang. MasyaALLAH dari Kelantan datang untuk ziarah, bagi nasihat dan kata semangat. Tersenyum lebar @afiqiskandar1 sampai hari ni. Berkat doa seorang guru, insiden ni dapat kami ambil kekuatan dan hikmah luar biasa darinya,” tulisnya dikapsyen.
Personaliti media sosial, Aisyah Hijanah mendedahkan dirinya kini hamil anak menerusi perkongsiannya di Tik Tok, baru-baru ini.
Menerusi perkongsian itu, Aisyah juga turut memuat naik sebuah video memaparkan ujian alat kehamilan yang mengesahkan kehamilannya.
Aisyah menerusi perkongsian video itu turut sama berdoa agar bayi keempatnya bersama suami sentiasa dipelihara oleh Allah SWT.
“Semoga anak keempat ini ikut muka Aisyah, dah beranak tiga semua muka Alif je.
“Semoga Allah pelihara keluarga kecil kami,” kongsi Aisyah menerusi kapsyennya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut namun mendoakan agar kehamilan itu dipermudahkan kelak hingga detik melahirkan anak nanti.
Terdahulu, Aisyah dan Alif Teega atau nama sebenarnya, Mohd Hazalif Mohd Hazani berkahwin pada 25 November 2017. Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata, Khadeejah Hijanah, Muhammad Hassan Syarif, dan Safiyyah Hijanah.
Sumber: TikTok @Aisyah Hijanah
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di