Gigih Basuh Tudung Kesan Minyak, Peluh Tapi Tak Tanggal. Cuba Cara Ni Confirm Jadi!

Share

Pernah tak hadapi situasi bila tudung yang dipakai terkena kesan minyak atau mekap yang dipakai sepanjang hari? Punya lah susah payah tanggalkan, masih lagi tak hilang! Kan?

Waktu tu, memang simpan rapi lah tudungnya tu! Nak dipakai semula, tak confident dek ada kesan kotor. Setuju? Haaa lepas ni tidak lagi! Boleh ikut cara ini. Mudah dan semestinya kotoran degil tadi hilang! Nak tahu caranya? Meh tengok di bawah ini!

Bahan-bahannya :-

Bedak serbuk – tak kisah jenama apa
sabun mandian – tidak kisah jenama apa
air untuk basuh

Cara-caranya :-

Tabur bedak pada kesan berminyak tersebut, gosok-gosok dan biarkan seketika sebelum basuh.

Ambil sedikit mandian tak kisah jenis apa, gosok di kawasan yang berminyak. Kemudian bilas dengan air.

Setelah siap bilas, jemur sampai kering. Lihatlah hasilnya! Hilang dah kesan tompok minyak tadi tu. Hebat kan?

@zuriaty_musa Ada dua cara nak hilangkan kesan peluh/ minyak kat tudung. Ini cara yg pertama #kaktysukashare #tudung #toturialtudungshawl ♬ Baru Betul – Akar

Melalui ruangan komen, ramai yang rupanya akui tips tersebut benar-benar berkesan memandangkan mereka pernah mencuba cara sama. Selain itu, ada juga yang berkongsikan penggunaan sabun mandi jenis buku juga memberikan kesan sama.

Sumber : Puan Zuriaty Musa

IKLAN