Ads

“Good Investment!” Tak Bazirkan Duit Raya Untuk Bukan-Bukan, Adik Ini Beli Emas Raih Pujian Ramai

Bila tiba hari raya, yang paling tak sabar nak beraya semestinya anak-anak, kononnya nak kumpul duit raya. Jangan cakap lah anak-anak, kita dulu pun begitu gayanya siap pusing 1 kampung demi sampul yang berisi wang tersebut! Hehe

Bila dah dapat duit itu, mulalah ada sahaja nak dibelinya. Nak beli mainan lah, jajanlah, ada yang jenis fikir masa depan, akan pilih untuk menabung! Tapi lain sikit dengan adik ini, dia lebih memilih untuk membeli emas! Hebat kan?

Bakar Biskut Guna Airfyer, Boleh Ke?

Menerusi perkongsian diyanarazip2 di laman TikTok, dia seakan-akan tidak percaya selepas mendengarkan hasrat si kecil yang ingin membeli emas. Malah, mereka juga dilihat sudah berada di kedai untuk memilih barang kemas yang diingini.

Ads

Berdasarkan klip berdurasi 14 saat itu, budak kecil berkenaan pada awalnya dilihat gigih memilih sambil berbual dengan peniaga tersebut. Tidak lama kemudian, dia dengan selamba membayar dengan menggunakan simpanan duit rayanya. Walaupun masih kecil, namun perilakunya yang meminati emas persis seperti seorang dewasa.

@diyanarazip2Kecik2 dah pandai nak beli emas budak ni 😅

♬ Raya Raya Raya – DOLLA

Ads

Meninjau di komen, rata-rata netizen turut berasa teruja melihat kepandaian budak kecil itu dalam membeli emas. Pada masa sama, mereka turut memuji si ibu kerana bijak mendidik anak untuk ‘melabur’ awal demi masa hadapan.

"Good Investment!" Tak Bazirkan Duit Raya Untuk Bukan-Bukan, Adik Ini Beli Emas Raih Pujian Ramai "Good Investment!" Tak Bazirkan Duit Raya Untuk Bukan-Bukan, Adik Ini Beli Emas Raih Pujian Ramai

Ads

Jangan Membazir Allah Benci | Hikayat 1001 Malam | BINTANG KECIL

Sumber : Diyanarazip

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Keluarga Lain

Liza Hanim Bangga Anak Raih Subjek Terbaik English, “Doa Ayah Mama...

Anak Liza Hanim, Marissa Qaireen raih Subjek Terbaik – English selepas menamatkan Majlis Graduasi MRSM Alor Gajah sebelum fokus menghadapi SPM.