Melihat ikan keli yang terhidang di restoran nampak begitu menyelerakan sama ada dimasak sambal, gulai mahu pun digoreng.
Bahkan keadaan ikan keli yang terlihat ‘lurus’ terhidang di dalam pinggan menarik juga untuk diketahui apakah tipsnya. Agar kita juga boleh memasak ikan tersebut elok keadaannya.
Jom semak perkongsian ini.
Semalam ada ternampak post “bagaimana nak elak goreng ikan keli badan nya tak bengkok?” Soalan yang bagus sebenarnya
tapi kan…amboi … komen lawak-lawak semuanya ada komen yarabbiii macam takley bawa bincang.. boleh bawa bergaduh choiii..
Oklah ini serious…nak share sikit sebab hakak ni supply ikan keli goreng cili dekat cafe hampir setiap hari, masak sambil pejam mata aje tau..
Ads
tipsnya:
– pilih saiz ikan keli yang sederhana sebab kalau goreng bila mkn krap krup krap rangup! kalau yang besar sangat kureng sikit
– tips nak ikan keli rangup dan tak melekat sesama sendiri bila goreng
**sebelum masuk kan ikan goreng kan dulu asam keping dalam 2,3 pcs, ia juga boleh mengelak kan dari MINYaK MELETUP & MELEKAT, kalau takut juga pakai lah HELMET
** lumurkan ikan dengan garam, serbuk kunyit dan TEPUNG JAGUNG, bahan tepung jagung lah yang menyedap/merangupkan ikan
Ads
✅ guna kuali yang besar, dan minyak yang banyak serta minyak kena betul2 panas
✅ semasa goreng jangan terlalu ramai sangat letak keli tu, nanti lambat ikan nak masak sebab depa banyak “membawang” dlm tu, satu kuali dalam 4-5 ekor cukup susun bagi badan masing2 tegak lepas tu jerit kuat2
“kowang duduk diam2 kat situ!!”
Ads
✅ jika ikan tu ada yang melekat sikit jangan lah ditarik terus acik oi , nanti isi2 ikan terkoyak sekali, guna lah gunting untuk memisahkan nya, baru cantik.
Yang membuat kan ikan tu goreng jadi bengkok adalah sebab
-ikan masih half beku lagi dah goreng
-kuali kecik nau….
-minyak tak panas,dah tak menyabo nak letak ikan, mcm lah ikan tu nak lari!
-atau ikan tu memang dilahirkan semulajadi oku mempunyai masalah tulang bengkok, siann tak dapatlah nak nolong…
ikut je tips ni pasti berjaya, kau jangan asyik nak bangkang, jangan durhaka, goreng ikan je pun! sekian.
Terbayang rasanya yang rangup dan rapuh memang sedap sangat. Sebenarnya nak buat resipi ini bukanlah susah mana pun. Tak perlu pakai mixer, gaul guna spatula pun dan menjadi.
Banyak barangan menarik di SINI Terima Kasih yang share Resepi Cookies ni..
Menjadi Sedap Tak berapa Manis
Terbaik
Resepi tengah Viral
Resepi Biskut Chocolate Chip Ala Famous Amos ‘Confirm’ Jadi!
“Bila lalu je sebelah kedai jual biskut Famous Amos ni, mesti teringin. Bau dahlah wangi, teringat-ingat dekat rasanya yang rangup dan rapuh.”
Kalau ikut resepi ni, memang senang sangat. Semuanya pakai gaul macam tu je. Tak perlu mixer pun. Tapi hasilnya tentu puas hati. Rasa rangup, lembut, manisnya sedang-sedang dan ada juga pahit-pahit cip coklat yang lazat.
Jom kita tengok cara membuatnya di bawah.
RESEPI BISKUT CHOC CHIP ALA FAMOUS AMOS 1. Bahan A: Kacau Rata
Semua bahan ini hanya perlu dikacau sebati saja.
ya
250 gram Butter
1 1/4 cawan brown sugar
1 sudu kecil esen vanila
1 biji telur
Bila dah kacau, masukkan pula bahan B seperti bawah.
2. Tambahkan Bahan B
2 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
6 sudu besar minyak
*2 cawan cip coklat (masukkan akhir sekali)
Gaulkan lagi dan kacau rata semua bahan di atas kecuali cip coklat. Bila dah sebati, baru tambahkan pula 2 cawan cip coklat.
Belian barangan murah di SINI 3. Sejukkan Adunan
Bila dah menjadi adunan, masukkan ke dalam peti sejuk sekejap dalam setengah jam. 4. Sedia Dibakar
Lepas setengah jam, bolehlah keluarkan adunan dan sedia untuk membakar. Adunannya memang lembik sikit ya.
Masa susun atas loyang, jarakkan jauh sikit antara satu sama lain untuk bagi ruang pada biskut untuk mengembang. 5. Masukkan Dalam Oven
Bakar 20 minit suhu 150 darjah guna api atas bawah atau ikut kepanasan oven masing-masing.
Belian barangan murah di SINI SIAP! Bila nampak biskut dah mengembang dan baunya dah harum semerbak, itu tandanya biskut dah hampir masak. Yang dalam gambar di bawah ni saya saja letak topping almond. Kalau kosong saja pun tak apa. Dah cukup sedap dah.
Bila dah masak, beginilah hasilnya… Nampak sedap kan! Rasa terus nak baham. Sabar, biarkan sejuk sikit. Nanti bolehlah makan atau simpan dalam bekas kedap udara.
Mudah rupanya nak buat biskut Famous Amos ni. Lain kali tak payah beli lagi. Dahlah jimat, dapat pula rasa air tangan sendiri. Memang special!
Memandangkan ramai yang suka membuat kek, tentu pelbagai resipi telah dibuka. Namun masalahnya, walaupun telah mengikut resipi yang disediakan, tetap tak menjadi. Selalunya masalah kek tak jadi dihidapi oleh newbie-niewbie yang baru nak ‘berkecimpung’ dalam dunia kek.
Memang kita akan merasa sangat hampa jika mendapati kek tidak menjadi dengan baik setelah menghabiskan masa dan belanja yang banyak untuk membuatnya!
Laziamnya masalah yang dihadapi adalah masalah kek menjadi bantat, kek tidak sekata atau tidak naik, kek tidak cukup kering dan kek merekah.
Namun, dengan 29 petua ni, boleh dijadikan rujukan termasuk yang baru nak belajar membuat kek. Jom tengok!
Membakar atau menghasilkan kek sudah pasti mengharapkan sesuatu hasil kek yang sempurna.Tetapi bila ada beberapa tanda yang dibakar itu adakalanya ,kek menjadi bantat, kek menjadi tidak sekata atau tidak naik, kek tidak cukup kering,permukaan kek merekah berderai dan macam-macam lagi.
InsyaAllah di sini sedikit panduan untuk punca kek tidak menjadi yang sering anda hadapi dan tips untuk membantu mengetahui apakah punca dan sebab kek itu tidak menjadi.
Kek Mentega (Butter Cake) yang tidak menjadi.
1.Kek itu tenggelam dan bantat dibahagian tengah setelah dikeluarkan dari oven. Puncanya :- Kek anda belum masak betul.
2.Sewaktu membakar bahagian tengah kek tenggelam. Puncanya :- Adunan kek dipaksa untuk naik dengan cepat akibat suhu oven yang terlalu panas dan ia akan menghasilkan kek yang tenggelam dibahagian tengah.
3.Kerak yang bergula pada keliling kek. Puncanya :-Mentega dan gula tidak dipukul dengan sempurna.
4.Tompok-tompok putih pada permukaan kek. Puncanya :- Gula yang tidak larut betul atau gula tidak dipukul dengan sempurna. Sebaiknya jika untuk resipi kek mentega yang ringan, gunakan gula kaster agar ia mudah larut dan cepat sebati dengan mentega.
5.Kek anda tenggelam terus atau kek menjadi bantat Puncanya :- Suhu oven anda terlalu panas dan kek terlalu lama dibakar, dan cara memukul tadi tidak cukup kembang.
6.Kek berderai bila dipotong. Puncanya :- Mentega dan gula dipukul keterlaluan atau telur dimasukkan terlalu cepat dimana adunan mentega dan gula belum sebati.
7.Kek melekat pada loyong pembakar. Puncanya :- Terlalu banyak gula atau bahan manisan yang lain dalam resipi. Jika resipi menggunakan madu atau sirap kencana (golden syrup), ataupun anda mengguna loyang pembakar yang baru. *Sebaiknya sapu dasar dan keliling loyang pembakar dengan mentega ataupun alas dengan kertas kuih.
8.Kek naik kemudian retak di tengah permukaan. Puncanya :- Loyang pembakar terlalu kecil atau suhu oven terlalu panas. Selalu kek yang dibakar dengan loyang loaf atau loyang ring, atau acuan berbentuk love mudah retak pada permukaan disebabkan loyang yang agak kecil.
9.Keliling kek keras. Puncanya :-Adunan dipukul terlalu lama apabila memasukkan tepung ke dalam adunan mentega, sebenanrya kaup balikkan tepung hingga ia sebati sahaja. Memukul terlalu lama akan menarik struktur gluten pada tepinya dan menyebabkan kek keras.
10.Kek pucat pada bahagian permukaan dan coklat pada tepi dan bahagian bawah. Punca kek tidak menjadi :- Loyang yang besar telah digunakan atau sekeliling loyang telah diletak kertas kuih yang tinggi.
11.Warna yang tidak serata pada permukaan kek. Puncanya :- Adunan kek tidak dibancuh dengan sempurna. Sewaktu menggaul tepung tepi mangkuk adunan tidak dibersihkan supaya adunan dapat digaul dengan sebati.
12.Kek naik tidak serata. Puncanya :- Adunan kek tidak diratakan sebelum dibakar. Kek yang telah dibakar berlubang.
13.Kek telah masak berkerak dan hampir hangus tapi masih tidak masak dibahagian tengah. Puncanya :- Kek telah dibakar terlalu lama ataupun pada suhu oven yang terlalu panas. Puncanya :- Anda mungkin menggunakan loyang yang kecil mengakibatkan permukaan kek cepat masak sementara bahagian dalam masih mentah.
Kek Buah-Buahan yang dihasilkan tidak sempurna
14.Buah-buahan tenggelam pada dasar kek. Punca kek tidak menjadi :- Buah-buahan telah dibasuh dan tidak dikeringkan dengan sempurna. Puncanya :- Adunan kek terlalu lembut untuk menampung berat buah-buahan; ini akibat dari adunan mentega dan gula terlalu dipukul. Puncanya :- Resipi menggunakan tepung naik sendiri dari tepung gandum. Puncanya :- Buah-buahan boleh dicincang kecil supaya adunan kek dapat menampung berat buah-buahan dengan lebih mudah.
15.Bahagian tengah kek masih rasa mentah. Punca kek tidak menjadi :- Kek dibakar dengan suhu oven yang rendah dan tidak dibakar dengan masa yang sepatutnya sehingga ia masak. Dasar kek hangus. Puncanya :- Kek dibakar pada suhu yang terlalu tinggi. Puncanya :- Kek buah-buahan yang dibakar memerlukan masa yang lama dan rendah untuk dibakar. Puncanya :- Kek dengan ukuran 22cm atau kecil memerlukan tiga helai kertas kuih yang dialas pada dasar loyang pembakar berbanding dengan ukuran kek yang besar yang hanya memerlukan satu atau dua helai kertas kuih.
16.Kek merekah diatas pada permukaan. Punca kek tidak menjadi :- Kek dibakar pada suhu yang terlalu tinggi. Puncanya :-Ketuhan terlampau panas atau acuan kek tidak diletakkan di tengah tengah ketuhar. Puncanya :-Kekurangan cecair. Puncanya :-Acuan tin terlalu kecil.
17.Kek tidak rata pada permukaan. Puncanya :- Rak oven tidak seimbang ataupun adunan tidak diratakan sebelum dibakar.
18.Kek tenggelam pada bahagian tengah. Puncanya :- Tepung naik sendiri digunakan atau terlalu banyak soda bikarbonat digunakan. Selalunya untuk Kek Buah-Buahan yang dibakar hanya menggunakan tepung gandum dan ditambah dengan sedikit tepung naik sendiri. Puncanya :- Kek mungkin tidak dibakar dengan sempurna. Puncanya :- Gunakan lidi pengguji dan jika keluar bersih bermakna kek telah pun masak.
19.Kek yang Mendap di Tengahnya Puncanya :- Ukuran acuan tin tidak betul.Puncanya :- Sukatan bahan tidak tepat.Puncanya :- Sukatan bahan tidak tepat Puncanya :- Ketuhar terlalu panas, terlalu sejuk atau dibakar dalam jangka masa singkat. Puncanya :- Pintu ketuhar dibuka terlalu awal.
20.Kek Terlalu Lembap dan Leper Punca kek tidak menjadi :-Terlampau banyak cecair. Puncanya :-Bahan penaik tidak mencukupi atau sudah luput tarikh penggunaannya. Puncanya :-Lemak dan gula tidak dipukul secukupnya. Puncanya :-Adunan mentega berketul-ketul dan tidak halus.
Kek Span (Sponge Cake) yang dihasilkan tidak sempurna
21.Tompok putih pada permukaan kek Puncanya :- Gula tidak larut sewaktu adunan kek disediakan.
22.Kek tenggelam sewaktu dibakar. Puncanya :- Kek dibakar pada suhu yang terlalu panas.
23.Kek berkedut dan kecut selepas membakar. Puncanya:-Kek tidak dibakar dengan sempurna ataupun kek disejukkan secara mendadak.
24.Kek liat dan mampat Punca kek tidak menjadi :- Adunan tepung dan cecair tidak digaul dengan betul. Sewaktu masukkan tepung anda harus menggunakan senduk kayu dan gaul adunan dengan perlahan dan dalam satu pusingan.
25.Kek pucat dan melekit pada bahagian permukaan Puncanya :- Kek telah dibakar pada suhu oven yang rendah. Kek berkerak pada bahagian luar Puncanya :- Kek telah dibakar pada suhu yang terlalu tinggi ataupun telah menggunakan loyang yang kecil.
26.Kek tenggelam pada bahagian tengah Puncanya :- Loyang pembakar yang kecil telah digunakan mengakibatkan kek naik terlalu cepat dan kemudian tenggelam ditengah.
27.Warna kek yang pucat tidak serata dipermukaan. Puncanya :- Adunan tidak digaul dengan sempurna.
28.Kek span naik terlalu cepat. Puncanya :- Suhu oven terlalu panas.
29.Kek span tidak masak dengan sempurna. Puncanya :- Sewaktu kek dibakar pada separuh masa membakar, pintu oven telah dibuka.
Ok inilah punca kek tidak menjadi dan tip-tip penting untuk membuat kek dan jadikan kek idaman anda berhasil.Tidak ada lagi kenapa kek tak jadi, kenapa kek tak naik ,kek tenggelam, dan sebagainya. Semoga persoalan kenapa kek tak menjadi terjawab buat peminat kek.