Keenakan rasa tempe walau digoreng begitu sahaja sudah cukup membuatkan penggemarnya makan dengan berselera.
Pun begitu, buat anda yang mahukan tempe yangdigoreng mempunyai rasa rangup diluar dan terasa lembut di bahagian dalam, boleh mencuba teknik yang dikongsikan oleh Norizam Salina untuk dicuba.
GORENG TEMPE DALAM LEMBUT
Kalau tempe nak sedap.Goreng taknak keras…
Cara-caranya :
1. Rendam air garam dan kunyit serbuk. Garam tak perlu banyak. Secubit dah cukup untuk naikkan rasa lemak dia (rendam 30 minit atau 1 jam boleh je)
2. Nanti goreng macam biasa. Tapi dalam dia lembut… Sedap sangat macam kacang rebus. Luar garing dalam lembut.
Manakala Nurafad Annuar pula berkongsi cara masak tempe yang menarik juga untuk dicuba, iaitu Masak Tempe Berlado tetapi bukan macam biasa. Cara masakannya unik dan nampak menyelerakan.
Ini perkongsiannya
“Saya tak makan tempe, tapi anak dan suami suka sangat masakan nie..Kalau ada yang minat juga boleh cuba buat.. bahan dan cara ada di setiap gambar.”
Step 1 : Tempe perasa dengan garam kunyit dan digoreng dulu
Siapa yang tak rindu bila terpaksa berjauhan dengan orang tersayang. lebih-lebih lagi apabila tiba hari istimewa dan tidak dapat meraikan bersama-sama seperti selalu.
Demikian juga dengan penyanyi dan pelakon Mark Adam meluahkan rasa rindu pada ibunya, Florinda Macaraig Echivarre, 60, bersempena ulang tahun kelahiran wanita itu pada hari ini.
Menerusi laman sosial Instagram tadi, Mark berkongsi sebuah video berpelukan bersama ibunya ketika berada di lapangan terbang.
“Happy birthday syurga. Setiap kali birthday mak ada je benda baik yang berlaku dalam hidup saya, saya sangat bersyukur.
“Semoga sihat selalu mak, we miss you, stay safe, we will see you first thing after the pandemic Insya-Allah,” ungkap Mark menerusi ruangan kapsyen.
Perkongsian tersebut mendapat reaksi dari orang ramai. Rata-rata meluahkan rasa sebak dan meminta Mark supaya bersabar dan mendoakan semoga dipermudahkan segala urusan Mark dan juga ibunya untuk kembali bertemu kelak.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Masak sardin tin, telur dadar, nasi panas memang ngam kan! Selalu keluarkan sardin dalam tin, terus masak ikut resipi sendiri nak tambah itu ini untuk hilangkan hanyir ikan itu.
Tapi pernah tak rasa nak buat sendiri je sardin tin tu? Haa yang mana teringin dan rajin nak buat sendiri sardin sebijik rasa macam dalam tin tu, boleh cuba resipi ni.
Rasa instant tapi sebenarnya air tangan sendiri tau! Barulah bebas bahan diproses, lebih sedap dan lebih sihat. Nak tahu buat macam mana, tengok bawah ini!
SARDIN HOMEMADE
Bahan-bahannya :-
1 kilo ikan sardin
4 biji bawang besar
4 ulas bawang merah kecik
4 ulas bawang putih
1/2 inci halia ~xyah letak banyak2
3 sudi besar cili kering blender
Sebiji tomato dadu
5 biji cili belah 2
4 sudu besar cili sos & sedikit sos tomato
1/2 tin tomato puree
Garam
2sudu besar gula
1 sudu besar sos tiram
2 cawan air ~ikut kepekatan
limau nipis 2 biji utk perap
Cara-caranya :-
1) Ikan dipotong ekor n kepala.. bersihkan…pastu perap 10 minit dgn 1/2sb garam n 2 biji limau nipis atau kasturi…dah perap basuh semula n toskan air…ketepikan…
2) Blender semua bawang dan halia dan sepotong dua tomato..tumis hingga wangi dalam minyak yg banyak sikit lebih kurang suku cawan
3) Dah garing n wangi masukkan cili blender dan tumis hingga betul2 garing n pecah minyak
4) Masukkan pati kiub…sos tiram…tomato puree…tomato potong…dan bahan lain kecuali air kacau lagi bagi sebati…rasa la masin manis n masamnya..kalau dah ok tambah 2 cawan air…xyah banyak2 sangat…kacau sebati…masuk ikan
5) tutup periuk tekanan n setkan masa dalam 80 minit lebih kurang…..tulang dah agak lembut
6) Bila dah cukup masa..lepaskan wap tekanan…ikut arahan pressure cooker masing2 la ye…kaknon guna periuk ajaib tu je…stir fry sikit dlm 2 minit bagi kuah pekat…sedia di hidangkan.
Mama tak marah anak, boleh ke? Kalau tak marah macam mana nak dengar kata? Jom ikuti perkongsian ini!
Nak tahu cara mudah uruskan kewangan keluarga? Semak sini!
Yang mana adik adik ada masalah mata, jangan takut bagitau ibu ayah ye, macam BK squad ni!
Tayang bahagia di social media, realiti ke fantasi? Nak tahu, jom tengok!
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Menjandakan isteri sendiri untuk menikahi janda lain tanpa sebab kukuh adalah satu tindakan yang ralat. Demikian tulis Dr Syahr Musafir ketika mengulas mengenai luahan sorang isteri yang diceraikan oleh suaminya ketika perut tengah memboyot.
Ditambah dengan isteri itu isteri yang baik, dan keadaannya sedang mengandungkan anak dari benih si suami itu sendiri. Sampai hati kamu, wahai lelaki…..
Jika benar kisah yang diceritakan oleh wanita yang sedang hamil itu tentang dirimu, maka tersebarlah segala aibmu ke seluruh dunia. Nak campak muka ke mana lagi?
Jika benar kisah kau menceraikan isterimu yang sedang hamil kerana kau mahu mengahwini wanita lain tanpa alasan yang solid dan boleh diterima akal, nama-nama PU lain pun akan sedikit-sebanyak tercemar sekali walaupun kau seorang saja yang berbuat onar. Kes kau jadi bola tanggung bagi pembenci-pembenci agamawan dan Islam.
Jika wanita itu menipu dan kau teraniaya, atau kau betul-betul menipu dan dia teraniaya, moga Allah rendahkan martabat si pesalah dan tinggikan martabat si mangsa.
Isteri bukan hak milik, tetapi amanah. Suami bukan pemilik, tetapi pemegang amanah.
ISTERI BUKAN BARANG PAKAI BUANG!!!!!!!!
Dan perempuan-perempuan, dah tahu lelaki tu suami wanita lain, TOLONGLAH JANGAN MENYONDOL!!!!!!!
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.