Bila dah kahwin, soal perbelanjaan setiap bulan kenalah dirancang dan dicatatkan dengan terperinci supaya barulah nampak perbelanjaan tiap bulan.
Bukan apa, takut tersasar atau terlebih guna. Jika dulu pen dan nota kecil jadi keutamaan tapi tip yang dikongsikan oleh saudara kita ni, Nik Mohd Fahmi memang best. Jom ikut caranya. Mudah!
Senang je nak rekod perbelanjaan setiap hari tanpa bawa pen dan kertas. Saya belajar dari Azizi Ali bahawa pentingnya kita rekodkan belanja setiap hari.
Azizi Ali namakannya Money Tracker. Mula-mula tu macam agak susah untuk saya nak buat sebab masa kita berbelanja, mana sempat nak tulis. Tapi saya dapat idea sendiri, sangat mudah. Idea ni menyebabkan saya dan Aimi Nazihah berjaya amalkan sampai hari ni.
Ads
Caranya macam ni, kita semua kan selalu pegang handphone. Macam dah keperluan jadinya. Mana-mana pun tengok handphone. Jadi, buat satu group whatsapp. Ahlinya suami dan isteri sahaja. Letak nama group Money Tracker. Tiap kali lepas makan, beli atau belanja apa-apa, tulis dalam group whatsapp tu :
Makan tengahari -8.00
Minyak kereta -50.00
Parking -1.00
Bil letrik -78.00
Econsave -45.50
Laptop -1450.00
Ali bayar hutang +300.00
Bonus +500.00
Simbol ( – ) adalah sebagai perbelanjaan atau duit keluar. Simbol ( + ) adalah sebagai pendapatan atau duit masuk.
Ads
Dalam whatsapp kan ada tarikh bila kita tulis. Jadi, hujung bulan kita boleh semak balik perkara berikut :
1. Berapa duit kita dah belanja
2. Bila tarikh kita belanja
3. Apa yang kita belanja
4. Belanja lebih bajet atau tak
5. Apa yang terlebih bajet
Ads
Kesannya, kita akan tahu belanja setiap bulan terlebih kat mana supaya lebih beringat dan perbaiki cara perbelanjaan ke arah yang lebih berhemah.
Tips ni pun boleh buat untuk benda lain juga. Kalau nak simpan resepi, location, nak buat senarai tugasan, senarai barang nak beli, cuma buat group whatsapp suami isteri dan tulis la apa saja dalam group whatsapp tu untuk simpanan.
Semoga bermanfaat.
Hebat kan?
Kredit: Nik Mohd Fahmi
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Selepas melahirkan anak, semua wanita mahu lekas kembali langsing dan memiliki perut yang rata. Pun begitu bukannya mudah untuk dapatkan perut rata seperti zaman anak dara.
Bukan hanya mengambil masa namun aturan pemakanan dan cara berpantang juga harus tepat. Namun ini yang boleh wanita berpantang lakukan ketika sedang menjalani proses berpantang.
Jangan sesekali abaikan pantang dan ikut rutin wajibnya. Petua tradisional ini harus anda cuba untuk membantu anda kembali langsing.
Santan Kelapa
Tanak santan kelapa hingga menjadi minyak. Setelah sejuk, sapukan pada perut dan biarkan selama 10 minit. Lakukan setiap hari sehingga menampakkan hasilnya.
Jadam
Didihkan jadam dengan sedikit air asam jawa sehingga pekat. Apabila suam, lumurkan pada perut sebelum memakai bengkung.Bagi yang tidak tahu, jadam merupakan satu bahan yang diproses dari daun lidah buaya. Biasanya dalam setiap ubat periuk dimasukkan jadam tetapi kerana rasanya yang pahit dan tak disukai, jadam tidak lagi digunakan.
Nasi Tanpa Air
Sekiranya anda makan nasi, jangan disulami dengan air. Minum air setelah selesai makan dan sebaik-baiknya minum ½ jam hingga 3 jam kemudiannya.
Campuran Herba
Ambil segenggam cekur, tepung beras, asam dan gula merah secukupnya, gula pasir dan garam. Semua bahan itu ditumbuk halus. Kemudian masukkan air sebanyak ½ gelas. Air tersebut ditapis dan diminum. Amalkan ia selama 4 hari berturut-turut.
Buah Delima
Ambil beberapa biji buah delima. Kupas kulitnya dan jemur sehingga kering. Setelah kering, rebuskan ia dengan sedikit garam. Air rebusan kulit buah delima ini hendaklah diminum selalu bagi mengempiskan perut.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Daun sup merupakan sejenis sayur yang berbatang lembut yang kaya dengan zat besi, fosforus, natrium, kalium, karotena, vitamin A, B-Kompleks dan C dan magnesium.
Daun saderi merupakan penawar bagi menurunkan tekanan darah tinggi. Terdapat belbagai cara untuk menggunakan seleri sebagai ubat untuk mengubati tekanan darah tinggi dan cara yang paling berkesan adalah dengan memasukan sedikit daun seleri yang dipotong kecil-kecil dan ditumbuk halus bersama-sama dengan sedikit air dan gula. Untuk keberkesanan yang lebih baik ia hendaklah diminum 3 kali sekali.
Selain itu, seleri juga dapat mengubati keracunan yang berpunca daripada jangkitan bakteria. Antaranya adalah seperti terpijak paku berkarat, jangkitan kuman di bahagian luka atau dalam saluran kencing dan kes melecur teruk menyebabkan keracuanan darah dikenali sebagai sepsis atau septicemia.Kandungan garam galian dalam seleri memulihkan sifat alkalin dalam darah dan membantu menghentikan pembiakan kuman.
Cara tanam
Beli Daun Sup dari pasar yang mempunyai akar. Rendamkan pokok daun sup itu di dalam bekas yang berisi air paip selama lebih kurang 1 hari. Semasa hendak tanam, potong daunnya (untuk dibuat masakan) dan tinggalkan akar dan pangkal pokok lebih kurang 1 – 2 inci. Tanam dalam pasu dan pastikan tanahnya sentiasa dijirus air dan sentiasa lembab. Letak ditempat teduh. Jangan jirus air terlalu banyak kerana ia akan reput.
Untuk menggunakan daun sup untuk masakan, jangan cabut keseluruhan pokok tersebut. Setakat ambil sahaja daunnya sahaja sebanyak mana yang diperlukan dan yang selebihnya boleh diambil apabila diperlukan supaya anda sentiasa mendapati daun yang segar. Lebih elok ambil daun yang lama dan biarkan pokoknya tumbuhkan daun baru.
TIGA BAJA SUBURKAN POKOK SUP
Dalam pada itu, menerusi perkongsian puan Malmisa Swak Lis Lis di group pokok sup/ketumbar/pokok bawang-jom tanam sendiri, beliau mengunakan tiga baja bagi menyuburkan daun sup iaitu ajinomoto,ccucian air beras dan air basuhan ikan.
Katanya lagi, dalam cucian air beras tu simpan 1sudu teh ajinomoto dan disiram sebelah petang.
Air basuhan beras dan ikan memang baja terbaik.
MERIMBUNYA!
Tip tambahan:
1.Tanam daun sup, akar saja tanam dalam tanah. Batang sup, jika boleh jangan kena tanah. Siram air jangan kena batang. Dah stabil, baru letak hujan panas. Boleh potong botol utk sokongan batang supaya tegak, tak tumbang
2.Penggunaan ajinomoto: seminggu, 1 kali guna baja ajinomoto
3. Untuk elak daun sup mudah mati, masa mula tanam letak pokok di tempat terbuka. Jika musim hujan, tak perlu siram. Dalam 1minggu/2minggu akan ada akar.
Bagi mereka yang mempunyai penyakit serius, mungkin ada antaranya pernah melalui pelbagai pemeriksaan dan ujian kesihatan termasuklah imbasan MRI (magnetic resonance imaging) bagi memastikan keputusan yang lebih detail berkenaan penyakit yang ditanggung.
Berkongsi tentang pengalaman itu, seorang pegawai perubatan ini berkongsi pengalamannya sendiri melakukan MRI di media sosial.
Ujar Dr Hj Muhammad bin Hj Zolkifli, bagi sesiapa yang pernah alami sekali dalam hidup, pasti pengalaman itu cukup menginsafkan diri. Malah turut mengakui berasa takut untuk menjalani MRI di masa akan datang.
Ini perkongsiannya.
*Kisah terowong MRI dan Claustrophobic (Klaustrofobik)*
Sebagai pengawai perubatan, agak biasa memohon, menghantar dan melihat pesakit melakukan MRI tanpa atau dengan ubat tidur untuk mencari punca atau pengesahan penyakit.
Sekarang giliran aku sendiri merasa pengalaman MRI tanpa ubat tidur…
Sebelum masuk, aku diberi penerangan oleh juru Mr mengenai proses MRI.
Sebagaimana yang dah diketahui, Akan ada banyak bunyi tembakan semasa imbasan MRI.
Tidak boleh banyak bergerak dan tidak boleh menelan air liur terlalu kerap terutama ketika mesin sedang melakukan tembakan/imbasan.
Sebelum aku ditolak masuk ke dalam terowong MRI,
Satu penutup yang berlubang diletak menutupi muka. Mungkin bagi menghalang pergerakan kepala atau melindungi kepala daripada tercedera.
Kemudian juru MRI meletakkan satu bola kecil di tangan kanan dan badan aku diselimutkan sehingga paras leher.
Kalau ada apa-apa masalah ketika di dalam terowong mri nanti, genggam sahaja bola tersebut sekuatnya. Pesannya.
Semua petugas dan juru MRI keluar daripada bilik tersebut ke ruangan mereka. Tinggal aku sendirian dalam bilik tersebut. Sunyi sesunyinya.
Selepas 2 minit, aku disorong ke dalam terowong mri secara perlahan-lahan…
Kepala masuk, rasa okey walaupun sempit, jarak antara mata hidung dengan bumbung mesin MRI sekitar 5-10cm.
Kemudian masuk pula bahgian bahu, terasa bahu, lengan hingga ke siku bergesel dengan dinding mesin MRI.
Sempitnya!
Bunyi tembakan mula kedengaran.
Macam-macam bunyi, ada bunyi panjang, ada bunyi pendek. Ada bunyi macam pukulan tin, ada bunyi macam pukulan kayu.
Daripada perlahan menjadi semakin bingit dan menyakitkan.
5minit pertama, aku okey.
10minit, aku mula rasa nak menelan air liur dan tangan mulai kebas.
15 minit, aku mula sesak nafas, sakit dada dan tangan semakin kebas.
Nak bergerak tidak boleh kerana ruang yang agak sempit.
20minit, bunyi tembakan imbasan semakin laju dan semakin kuat, dada aku semakin ketat, aku semakin gelisah, aku lemas dan semakin sesak nafas.
Aku mula mengalami hiperventilasi.
Berkali-kali aku meramas bola yang diletakkan ditangan tadi. Ingin meronta tapi tidak boleh sebab ruang mesin MRI terlalu sempit untuk aku berbuat demikian. Dada semakin ketat.
Ya Allah, aku tidak tahan…
Adakah seperti ini himpitan kubur mu nanti?
Aku tidak tahan.
Ingin menjerit, tapi suara ibarat tersekat dikerongkong.
Lemas. Sesak nafas. Sakit dada.
Bagai mahu diserang panik (panic attack)
Makin kuat aku meramas bola yang dipegang.
MRI dihentikan, aku ditarik keluar.
Aku sesak nafas, hampir tercungap-cungap aku mengalami hiperventilasi.
Setelah ditenangkan oleh juru MRI,
Sekali lagi aku cuba untuk disorongkn ke dalam terowong MRI. Masuk je kepala, aku tidak lagi setenang seperti kali pertama tadi.
Aku terus sesak nafas, rasa ketat dada, berkeringat dan bagai hendak pitam ibarat pesakit yang terkena serangan jantung.
Aku Klaustrofobik… Sessi dihentikan.
Aku tidak mahu teruskan MRI ini. Tapi disebabkan physician perlu mengesahkan sesuatu menerusi MRI, maka MRI diteruskan pada petangnya dengan mengunakan ubat tidur (sedation).
Hasil daripada MRI tersebut, aku dirujuk kepada pakar orthopaedic spine dan juga pakar neurosurgery.
6 bulan lagi, aku perlu laluinya sekali lagi. Serius aku tak nak ulang MRI tanpa sedation.Ya Allah, aku takut himpitan kuburMu…
Di kubur nanti, Mana bola untuk aku ramas? Siapa yang akan tarik aku keluar semula ke dunia? Siapa yang akan tenangkan kegelisahan aku?
MRI prosedur yang menginsafkan. MRI adalah Kubur bagi klaustrofobik…
Sumber : Dr Hj Muhammad bin Hj Zolkifli
Jom tonton video menarik adik-adik Bintang Kecil di Scream Park Sunway Lagoon.
Lagi video menarik berkenaan pilihan peralatan dapur yang memudahkan kerja kita di dapur. Sila tonton.
Tentu ramai yang gemar makan buah naga merah atau putih. Namu tahukah anda bahawa ini sebenarnya ada perbezaanya khasiat.Nak tahu lebih lanjut ikuti perkongsian...