Lebihan roti yang dah tamat tempoh jangan dibuang, sebaliknya ada manfaatnya untuki tanaman anda.
Ads
Selain membeli di kedai, anda boleh hasilkan sendiri baja organik yang boleh membantu menyuburkan pokok agar rajin berbunga seperti pokok orkid.
Perkongsian oleh Puan Norzaiwi Ismail pastinya membantu anda menyuburkan lagi tumbuhan. Nampak mudah dan menjimatkan, jom cuba:
.
Bahan-Bahan:
4 Keping Roti
2 Liter Air
.
Cara Membuat:
1.Ambil 4 keping roti dan rendamkan didalam 2 liter *air selama seminggu.
2.Selepas seminggu tapis dan campurkan dengan sedikit air sebelum disiramkan pada pokok.
.
*Sebaiknya gunakan air hujan atau air paip yang ditadah dan biarkan semalaman untuk hilangkan klorin.
.
Selamat Mencuba!
.
Kredit Foto: Zulkifli Mamat
Ads
Ads
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Memasak bukan sesukar yang disangkakan, andai anda tahu cara, cukup bahan dan lengkap perasanya maka menjadilah resipi tersebut.
Bagi ibu-ibu yang sering mengalami masalah untuk masak sambal, boleh cuba petua yang dikongsikan oleh wanita bernama Dhila Shafie menerusi facebooknya.
Hari ni saya suka sangat sebab masak sambal menjadi. Selama ni tak pernah jadi merah dan menarik macam ni.
Rupanya beberapa tips yg saya dapat semasa memasak hari ni:- 1. Cili kering mesti direbus untuk menghasilkan sambal yg menarik 2. Tumis dengan minyak yg banyak sampai garing dan pecah minyak 3. Cili kering yg direbus tekstur dia lebih halus dan lebih creamy. 4. Blend dengan beberapa ulas bawang putih. Masa tumis tu harumnya bau dia. 5. Saya tak letak asam jawa tapi letak asam keping tetap jadi merah juga. Sama juga dengan gula putih.
Rahsianya sambal yg merah dan cantik mcm ni rupanya cili kering kena rebus dulu. Tanya org jual nasi lemak taknak nya dibagitahu. Cuma cakap tumis kena lama. Pakai asam jawa dan gula merah.
Jenuh masak seperti yg diberitahu tak juga menjadi merahnya.
Sekian. Saya newbie yg baru reti masak sambal. Happyyyyyy gilerrr?????
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Penghujung tahun lalu, tular satu kisah yang menimpa seorang rakyat Malaysia, Daniel Arif Ahmad Fuad.
Pemuda berusia 22 tahun ini terbabit dlaam kemalangan di tempat kerjanya. Akibat tragedi tersebut, separuh dari kakinya hancur ketika bekerja di sebuah kilang pengisar sampah di Samseong, Seoul Korea Selatan.
Baru-baru ini Danial Arief berkongsi kisah terbarunya selepas peristiwa tragik tersebut. Perkongsian danial arief dimuat naik olehnya melalui laman facebook.
PADA HARI KEJADIAN AKU….
Harini mood aku agak membosankan sebab tak pergi mana. Yelah cuaca sini kejap ok kejap tak kan. So aku harini rehat je dalam bilik aku. Ramai org yang baru follow aku nak tahu macam mana terjadi. Apa sebab terjadi. Ok. Ada sikit benda aku nak tulis cerita pada hari kejadian.
Isnin 19 Oktober 2018 Aku bangun pagi macam biasa pukul 6 pagi. Start keje pukul 7 pagi. Dah mandi apa semua pukul 6:40 aku turun ke bilik lepak hisap rokok. Yang anehnya, safety boot aku hilang pada hari tu. Dah mcm orang gila aku cari tak jumpa. Takpe la. Aku pinjam kasut member aku then terus pergi start mesin. Maklom la tu la keje aku. Start mesin recycle.
Pukul 9 pagi aku punya agen kesayangan aku datag. Aku panggil dia Omma sebab dia dah macam mak aku dan layan aku macam anak dia. Dia ambik aku sebab nk pegi klinik check kaki aku. Seminggu sebelum tu, kaki aku terkena pisau bahagian betis. Dalam dia punya luka beb. Settle je kt klinik dia tanya aku nak makan apa. Aku jawab je la tak kisah pun. Sekali bawak aku pegi Lotteria. Haaa makan burger bhai breakfast. Katanya pizza tak bukak lagi. Hahaa. Habis makan terus hantar aku balik kilang.
Pukul 3 petang mesin stop sebab jem tetiba. So aku as operator, technician, engineer apa semua aku pegi tolong tengok apa yang jadi. Mesin tu tak bergerak beb. Takleh jalan. Kitorang pon heran. Aku pon tanya la kat aku punya leader means orang lama, nak tak masuk dalam mesin. Dia kata ok jap nk stop mesin. Dia dah settle ok aku masuk. Tengah clearkan benda yg boleh punca sangkut tetiba aku terjunam dalam pengisar. Allahuakbar! Aku jerit! Aku mengucap! Aku fikir aku nk mati. Kaki aku kebas! Aku tengok peha aku isi terkeluar. Menitik air mata aku. Aku mengucap banyak kali. Sempat mesin tu member aku stopkan. Ya Allah member aku semua keliling aku menangis tengok aku. Sahabat aku nak pengsan. Menggigil aku tgk. Diorang bagi aku air. Time tu aku meraung sekuat hati!! Aku jerit Laillahaillallah.
Lepas 3 minit bomba dan medik datang. Dia tenangkan aku. Check tekanan aku mcm mana. Memang aku haus ya amat. Aku fikir ya Allah inikah sakaratul maut??? Aku rasa dahaga sangat-sangat. Sebelum diorang datang aku minum 2 botol air member aku bagi. Org medik tu tanya aku nama apa, duduk mana. Aku dah stress dah. Aku minta air dia kata tak boleh. Bahaya. Aku heran laa. Pastu dia bagi bantuan oksigen kat mulut aku. Boleh pulak dia ajak borak dengan aku. Ok kaki kanan aku memang hancur habis. Kaki kiri sangkut. So diorang decide untuk potong. Time dorang potong tu. Allahuakbar azab dia. Sakit yang tak pernah aku rasa. Lepas habis potong terus diorang angkat aku berjemaah masuk ambulans.
Dalam ambulans pulak aku minta air. Wehh memang aku rasa dahaga sangat2!!! Dia tetap tak nak bagi. Aku tak nak pandang langsung apa jadi kaki aku. Takut aku pengsan. Tetiba ambulans berhenti. Tudia helikopter mai. Aku naik helikopter pulak. Time tu aku dah nak pengsan dah. Ada sorang tu tah la aku tak tau dia tampar muka aku. Dia cakap wake up! Pastu dia tanya apa makanan kegemaran aku. Kenapa tak suka makanan korea? Aku time tu sabar je. Mengucap je kt hati ni. Masa sama aku nk melayang. Aku pening sangat. Lepas 5 minit aku sampai Hospital Ajoudae. Kelam kabut diorang bawak aku. Time tu aku nampak kabur dah. Pang kena tampar lagi kat muka. Masuk je dalam bilik bedah, aku tgk seramai tidak weh doktor sambil record aku ramai. Pastu dia letak anesthesia kat hidung aku terus pengsan…..
Lepas 3 hari aku pon sedar… Benda pertama aku cari air. Memang aku dahaga sgt2. Sakit betul tekak aku diorang letak apa benda tah. Esok hari pulak pukul 6 petang mak dan ayah aku masuk tengok aku. Ya Allah betapa sedihnya aku tengok diorang nangis. Sumpah aku tak kuat…
So pengajarannyaa lepas ni nak kerja safety utamakan ok. Fikir logik. Jangan jadi macam aku.
Sebut sahaja nama pasangan popular Aeril Zafrel dan Wawa Zainal, pasti ramai yang kenal. Bahkan, ada yang menjadikan pasangan sama cantik sama padan ini sebagai idola terutama pasangan muda yang berumah tangga.
Manakan tidak, dalam usia muda mereka mampu mencipta bahagia selain berjaya dalam dunia bisnes yang diceburi.
Begitu pun, kesenangan dan kebahagian yang mereka kecapi kini bukanlah semudah yang disangkakan.
Pelbagai cabaran dan dugaan terpaksa diharungi. Itu yang pasangan muda ini berkongsi kisah pernah berdepan situasi sukar, terutama ketika awal usia perkahwinan mereka.
Tidak dinafikan, pada awal perkahwinan mereka, kontroversi berkahwin secara sembunyi membuatkan pasangan ini dikecam. Apa yang paling tidak dapat dilupakan adalah apabila mereka didakwa memiliki anak luar nikah.
“Orang tahu kami sudah berkahwin selepas mempunyai seorang anak, kami rahsiakan perkahwinan kami ketika itu.
“Macam-macam tuduhan, ada yang cakap kami berkahwin selepas ada anak. Ada juga yang kata, anak yang saya lahirkan itu anak luar nikah dan sebagainya.
“Apabila fikir balik perkara itu, saya jadi sedih. Ibu bapa mana yang tak sedih, apabila anaknya dituduh macam-macam,” katanya menerusi rancangan Hard to Heart yang disiarkan semalam.
Menurut Aeril, dia mengakui segala dugaan yang datang berpunca daripada kesilapan sendiri ketika itu sehingga bergelut dengan kehidupan, terutama untuk mempertahankan maruah mereka selepas pendedahan penuh sensasi itu.
“Ketika itu, kami berdua masih baru dalam kerjaya lakonan. Wawa pula terikat dengan kontrak syarikat yang tidak membenarkan artis bercinta sesama sendiri.
“Kita hormatlah, memang itu salah kami kerana melanggar kontrak. Tapi, naluri manusia. Walaupun cakap tak boleh bercinta, tapi perasaan itu membara,” kata Aeril.
Aeril turut mengakui kesilapannya kerana menyembunyikan cerita perkahwinan mereka.
Tambah Wawa pula, konflik yang tercetus turut menyebabkan rumah tangga mereka bergolak hingga hampir berpisah.
“Ada sampai satu tahap, saya cakap tak nak teruskan hubungan ini. Tapi Aeril yang pujuk, katanya kita tak boleh mengalah nanti orang akan ketawakan kita.
“Kami tahu ada yang cakap kami bakal hidup susah, kami yang akan datang balik merayu, termasuk mengemis kerja,” katanya.
Untuk rekod, pasangan Wawa dan Aeril mendirikan rumah tangga pada 2013 dan dikurniakan tiga cahaya mata.
Menerusi rancangan Hard to Heart yang dihoskan oleh Datuk Aznil Nawawi itu, Wawa dan Aeril turut bercerita mengenai permulaan serta jatuh bangun yang mereka hadapi dalam alam perniagaan.
Program Hard to Heart disiarkan setiap hari Khamis pukul 11 malam di saluran Astro Ria dan On Demand.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.