Sibuk dengan urusan kerja membuatkan ibu-ibu jarang ada masa untuk ke pasar setiap hari. Jadi, cara terbaik adalah dengan membeli stok supaya tahan seminggu.
Namun, barangan seperti sayur tidak bertahan lama dan mudah layu. Jika dibiarkan lama di dalam peti sejuk akan rosak atau tidak lagi segar.
Cara ini cukup berkesan menolong anda. Tips ini boleh membantu sayur sayuran supaya lebih tahan lama serta tidak mudah layu.
Hanya dengan menggunakan botol sisa pembungkusan minuman air meneral, sayur-sayuran anda tahan lama serta tidak layu.
Cara:
1. Potong botol jadi dua sisi supaya memudahkan kita memasukkan sayur-sayuran yang akan kita simpan ke dalamnya.
Ads
2. Letakkan air sedikit sahaja pada bekas botol.
3. Pastikan air tidak melebihi akar, supaya fresh mendapat sumber air.
Menyimpan bahan masakan memerlukan cara tertentu, kalau diletakkans ahaja di dalam peti sejuk, pasti lama-kelamaan ia akan rosak dan tidak boleh digunakan lagi.
Bagi ibu-ibu yang suka membeli dalam kuantiti yang banyak, boleh ikut tip yang dikongsikan oleh Rosie Zam bagi memastikan bahan-bahan seperti kunyit, halia atau serai segar dan tahan lama.
Begini caranya:
Semalam encik suami belikan kunyit punyalah banyak .
Hari ni saya kongsikan cara nak simpan kunyit, halia atau serai supaya lebih tahan lama dan segar.
1. Isikan semua bahan tadi dalam bekas.
2. Tuangkan air sehingga menutup semua bahagian kunyit, serai atau halia. Kemudian tutup.
3. Simpanlah dalam peti sejuk. Tukarlah air setiap minggu ya.
Cuba tau. Jika anda ingin tahu lebih banyak tips menarik boleh terus follow Rosie Zam ya
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Umum mengetahui figura seni bernama Mark Adam ini merupakan seorang pelawak. Sikapnya yang bersahaja dengan kareakternya sedemikian sentiasa mengundang lucu buat peminatnya.
Dia yang berasal dari, Cebu, Filipina, juga merupakan seorang penyanyi. Namun apa yang cukup menyentuh hati adalah Mark atau nama sebenarnya Fikri Mark Adam Abdullah juga mempunyai sebuah pusat latihan vokal yang hampir setiap hari mengajar anak muridnya aspek lontaran suara untuk menyanyi dengan merdu.
Namun bukan itu yang ingin diperkatakan. Sebaliknya perkongsiannya baru-baru ini mengundang rasa sebak di hati peminatnya. Mark yang kini memasuki usia 40 tahun itu diajar untuk membaca Iqra oleh seorang pengajar sebagai permulaan bagi mempelajari kitab suci al-Quran.
Suami kesayangan Nor Azah Redzuan yang juga merupakan pengurusnya memuat naik satu video yang berdurasi 55 saat. Di dalam rakaman video tersebut kelihatan Mark Adam menyebut satu persatu huruf sambil diperbetulkan oleh pengajar tersebut.
Insyaallah Thank u Ustaz 🙏🙏🙏
Demikian kapsyen ringkas yang ditulis oleh Mark Adam menerusi rakaman video tersebut.
Daun sup antara bahan yang penting dalam masakan. Sesuai dengan itu, harganya pun boleh tahan walaupun sedikit sahaja yang digunakan.
Ada yang nak jimat dari membeli, maka mereka tanam sendiri. Ada yang hidup dan ada juga yang tidak.
Bagi yang tidak berjaya tanam asyik mati je, bolehlah cuba perkongsian dari saudara Abdul Sapawi Abdullah
<<<MUDAHNYA MENANAM DAUN SUP>>> Di sini saya kongsikan dengan tuan/puan bagaimana menanam daun sup. 2 minggu yang lalu saya cuba menanam 2 keratan/umbi isi beserta sedikit daun dari pokok daun sup dengan menggunakan baja AB lebihan hidroponik.
Baja yang telah digunapakai dalam sistem tanaman tidak di buang tetapi kita boleh guna semula/recyle untuk tanaman lain. Saya juga gunakannya untuk pokok rose jepun gantung (nanti saya kongsikan kemudian ye)
Pertama mula pastikan pokok daun sup yang dibeli daunnya segar dan berakar. Potong sedikit akar yang tua dan tinggalkan hanya 1 tunas besar sahaja bersama tunas kecil dan beberapa daun.
Semai dalam cocopeat(sabut kelapa), pastikan basahkan (1000 ppm baja ab) dulu sabut kelapa sebelum semai dan semai tanam jangan sampai terkena batang pokok. Ini adalah kerana batang daun sup sensitif air akan membusuk bila terendam air.
Letak ditempat redup dan terkena cahaya pagi hanya dari pukul 8.00 pagi hingga 11.00 sahaja. Pokok daun sup tidak memerlukan cahaya terlalu banyak kerana ianya boleh menyebabkan media tanaman kering dan seterusnya pokok akan mati.
1 dari semaian diatas gagal untuk hidup sebab masalah diatas dan alhamdulillah 1 lagi masih kekal bertahan hingga ke hari ini. Mudah-mudahan ianya membesar dengan baik dan boleh dibiakan lagi selepas ini… In sha Allah. Semoga ianya bermanfaat dan selamat mencuba ye.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Yunos Laith sekali lagi mencuri perhatian apabila penyanyi, komposer dan pengarah terkenal, Yusry Abdul Halim berkongsi momen istimewa sempena sambutan ulang tahun kelahiran mereka...