
Masalah angin merupakan masalah yang sering kita alami. Mungkin tidak menjadi satu gangguan menjejaskan hidup tetapi tetap membuatkan kita berasa tidak selesa untuk menjalani rutin harian.
Secara umumnya masalah angin ini kebanyakannya berpunca daripada udara yang ditelan dan apabila seseorang dalam keadaan tertekan, mereka lebih kerap menelan udara tanpa disedari. Masalah ini disebabkan proses penghancuran makanan oleh bakteria di dalam usus besar yang tidak dapat dihadamkan sepenuhnya.
Selain itu, ia juga menyebabkan perut kembung, sendawa berterusan, lemah tubuh badan, loya dan muntah.
Tetapi, jika dibiarkan berterusan angin dalam badan, boleh membahayakan kesihatan. Oleh itu, ada terdapat beberapa petua boleh digunakan untuk mengeluarkan angin selain mendapatkan nasihat doktor.
Boleh cuba perkongsian Dr Zubaidi Hj Ahmad ini.
Bagi Yang Mengalami Rasa Berangin Dalam Perut. Boleh Cuba. Ini bukan rawatan. Ini Petua.
PETUA BUANG ANGIN DALAM BADAN.
Campuran susu dan halia berupaya membuang angin dalam badan anda. Angin dalam badan membuatkan kita rasa tidak selesa. Jika tidak ditangani, ia boleh menyebabkan sakit pada bahagian kepala dan perut pula rasa tidak selesa.
Selalunya petua untuk membuang angin dalam badan dikaitkan dengan halia. Ya, halia amat bagus untuk kesihatan tidak kira buat lelaki mahupun wanita. Pun begitu, jumlah halia perlu dikurangkan buat wanita yang hamil.
Bahan-bahannya:
1) Susu kotak (jenama apa pun boleh)
2) Halia (sebesar ibu jari)
Cara-caranya:
Hiris halia nipis-nipis, kemudian renehkan ia dengan susu hingga mendidih (api perlahan). Seelok-eloknya minum ketika susu masih suam, anda akan dapat rasai kesannya serta merta. Minum bila-bila masa sahaja jika perlu atau 2-3 kali seminggu.
Selamat mencuba!
“Sesak Nafas Baca Perkongsian Rakan Di Hospital Sabah.” Coretan Dr Ini Undang Sebak.

Kala ini, penularan covid-19 telah melonjak naik kepada 659 kes satu hari. Situasi yang membuatkan ramai yang semakin bimbang. Ketika ini juga ramai ibu bapa tidak membenarkan anak-anak hadir ke sekolah.
Walaupun pihak kerajaan tidak melaksanakan PKP, namun kita harus sentiasa mematuhi SOP elak jangkitan.
Bayangkan jika ramai yang dijangkiti dalam tempoh yang singkat, tentu banyak pesakit akan menjalani rawatan. Ketika ini sudah tentu para barisan hadapan seperti kakitangan perubatan bekerja dalam situasi yang mencabar.
Begitulah yang dikongsi oleh seorang Dr mengenai situasi yang dialami oleh rakan beliau di Sabah.
Ikuti perkongsiannya.
Sesak nafas bila baca perkongsian dari rakan seperjuangan di hospital Sabah tentang kepayahan mereka menangani Covid.
Saya tahu perasaannya kerana saya pernah berada di tempat yang sama beberapa bulan lepas. Penat, letih, pasrah, adakala rasa putus asa bagaikan tiada harapan.
Shif 12 jam 6 hari berturut selama hampir 3 bulan bersarungkan PPE terasa hilang perasaan sebagai manusia. Hanya fikir nak survive; nak doffing PPE supaya boleh bernafas, berfikir, makan dan tidur. Itu saja.
Cuma situasi kami waktu itu agak beruntung kerana ombak demi ombak pesakit Covid yang dijangkiti dapat diperlahankan kerana PKP dikuatkuasakan serta merta (walau terlambat 2 minggu). Tapi jumlah pesakit datang dalam keadaan tenat berkurang dalam masa sebulan.
Di Sabah dengarnya dah tenggelam dengan kedatangan ramai pesakit dalam keadaan tenat. Datang saja dah tahap 4 dan keatas.
Seorang saja pesakit Covid tahap 5 yang dimasukkan ke ICU mengambil masa 2-6 minggu untuk di rawat di ICU. Lepas itu sambung lagi sebulan dua di wad biasa.
Jadi turnover di ICU sebenarnya adalah sangat lama. Bagaimana jika ada pesakit Covid tenat lain yang memerlukan ICU? Nak hantar ke mana?
Lainlah jika mereka datang pada tahap 1 dan 2. Cepat kami boleh rawat dan halang jangkitan daripada merebak menjadi tenat. Sebab itu bila positif saja kami pantau dan rawat. Bukan biarkan saja di rumah.
Nanti bukan saja pesakit tak perasan dah semakin tenat (hanya ambil masa 12-24 jam saja untuk melarat tanpa sedar), malah boleh jangkit pada ahli keluarga lain pula.
Saya doakan rakan-rakan di Sabah kuat dan tabah. Buatlah sedaya yang mampu. Namun usah sampai gadaikan nyawa atau berkompromi dengan keselamatan tempat kerja. Nyawa anda lebih penting. Anda seorang boleh selamatkan beratus nyawa jadi jagalah diri sebaik mungkin.
Pada rakan lain, usahlah sebar berita palsu atau menormalisasikan wabak Covid ini. Saya dengar ada doktor yang tak pernah rawat Covid di hospital memandai-mandai kata Covid ini penyakit biasa. Ada pula yang kata usah risau; statistik Covid kita semuanya di penjara, takkan terkena kita.
Pedih hati bila staf perubatan sendiri memandang ringan dengan keterukan Covid. Anda tak merasa bergelumang dengan kahak Covid memanglah boleh gebang macam-macam. Cuba masuk ICU Covid dan buat aerosolised procedure selama berjam-jam tengok berani ke tidak, tahan ke tidak?
Kita perlu terus berwaspada namun tak perlu sampai panik.
Difficult times don’t last. Take one day at a time. This too, shall pass.
Stay safe everyone!
Kredit: Hana Hadzrami
Hidung Berdarah, Bau Busuk, Rupanya Bukan Masalah Resdung, Doktor Ini Beri Nasihat.

Resdubg merupakan sejenis penyakit terjadinya radangan pada rongga sinus yang disebabkan oleh jangkitan kuman.
Namun tidak semua masalah hidung disebabkan oleh resdung.
Sebagaimana perkongsian oleh Pakar Bedah Telinga, Hidung dan Tekak, Dr Ezairy M.Sallih mengenai penyakit itu dikenali sebagai ‘rhinolith’.
Siapa sangka bau busuk dan hidung berdarah adalah disebabkan objek lain berada dalam hidung terlalu lama sehingga membentuk sebatian seperti batu rhinolith.
Seterusnya ikuti perkongsian beliau.
Pesakit saya ni berumur 23 tahun. Hidung kirinya selalu berdarah. Kadang-kadang tu hidungnya berbau. Busuk.
Bermacam-macam ubat sudah dicuba, masih tak elok. Masih berdarah dan berbau. Kadang-kadang saja, tetapi peliknya tak ada pula simptom resdung lain. Tak ada bersin-bersin, tak ada gatal hidung. Leher pun tak membengkak untuk kita suspect kanser. Semua macam biasa-biasa.
Saya periksa hidung beliau. Saya gunakan nasal endoscope bersama skrin tv, hidung kirinya sudah hampir tertutup. Ada kotoran hitam berbau di situ. Perlahan-lahan saya bersihkan hidung beliau, sehingga saya menjumpai sesuatu yang tidak saya sangka.
Kawan-kawan.. jika anda ada tanda dan gejala seperti ini, anda mungkin bukan mengalami resdung, ia juga mungkin bukan disebabkan kanser. Tetapi ia mungkin sejenis penyakit dipanggil sebagai ‘rhinolith’.
Apa itu rhinolith? Rhinolith ini berlaku di dalam hidung apabila sesuatu objek atau apa-apa pun foreign body duduk lama dalam hidung akhirnya akan membentuk sebatian seperti batu rhinolith. Pesakit akan mengalami gejala hidung berbau, mengeluarkan cecair, sesetengah kes boleh mengakibatkan jangkitan!
Semoga ada manfaat daripada kisah pendek ini.
Dr Ezairy M.Sallih
Pakar Bedah Telinga, Hidung & Tekak
Surgeri Kepala & Leher
Nota gambar : ini merupakan objek yang ada dalam hidung beliau. ‘Bead’ ni mungkin dah ada lama di situ. Lama-kelamaan jangkitan boleh berlaku, pembentukan batu seperti ‘rhinolith’ juga boleh berlaku.
Sumber: FB Dr Ezairy M.Sallih
Bacaan lanjut: Salah Konsep Asas Simpanan, Punca Ramai Tak Berjaya Menabung, Prof Ini Kongsi 6 Tip Mesti Jadi Kumpul Duit!
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Batuk Berpanjangan, Segera Cuba Salah Satu Antara 7 Petua Ni!

Bila batuk, kabanyakan kita menganggap sebagai satu masalah kecil. Namun bila batuk berterusan dan teruk sehingga boleh menyebabkan ketidak selesaan barulah mula mencari penawarnya.
Sebenarnya batuk ini terbahagi kepada dua iaitu batuk kering atau yang berkahak. Batuk kering tidak menghasilkan mukus, manakala batuk berkahak kedengaran seperti berair dan menyebabkan pengeluaran kahak (mukus).
Apa yang pasti, batuk berpanjangan buat kita rasa tertekan dan mengganggu kerja-kerja kita. Selain dapatkan rawatan daripada doktor yang pakar, tak salah juga jika kita dicuba beberapa petua tradisional yang diamalkan oleh nenek moyang kita dahulu. Mana tahu salah satu petuanya serasi dan mujarab.
1. Bawang Putih
Ambil bawang putih dan buangkan kulitnya. Kemudian bakar di atas api hingga beberapa minit dan makan perlahan-lahan begitu sahaja. Pastikan bawang dibakar terlebih dahulu supaya tidak terasa ditekak. Cuba mana tahu serasi dengan batuk anda.
2. Belimbing
Belimbing juga dikatakan membantu meredakan masalah batuk. Ambil beberapa biji belimbing, perah dan minum jusnya. Jangan tambahkan gula, hanya minum jus asli sahaja. Amalkan.
3. Kicap & Limau Nipis
Ambil satu sudu kicap dan perahkan sebiji limau nipis ke dalamnya. Kacau rata dan terus sahaja diminum. Boleh juga ditambahkan sedikit garam seperti yang disyorkan. Amalkan sehingga batuk beransur pulih.
4. Halia
Hiris halia dan masukkan ke dalam air panas yang berisi lemon. Campurkan sedikit madu dan amalkan minum pada pagi dan petang.
5. Lada Hitam
Ambil satu sudu lada hitam dan masukkan ke dalam segelas air panas. Campurkan dua sudu makan madu dan kacau rata. Tutup dan biarkan direndam selama 10 minit. Amalkan minum air ini.
6. Air Asam
Masukkan sedikit asam jawa ke dalam air suam. Kacau hingga sebati dan biarkan direndam seketika. Amalkan minum air ini setiap 2 hingga 3 jam setiap hari.
Selain menggunakan 6 ramuan di atas, melalui perkongsian Farhany Ami Murad untuk menghilangkan batuk anaknya adalah dengan menggunakan buah delima. Ikuti perkongsiannya.
Baru teringat nak share ,since salsabila tetiba batuk hari tu kalut nya lah mak dia ni ,risau anak batuk lelama oi. Jgn memain ,batuk yang berpanjangan boleh menyebabkan jangkitan kuman dekat paru² tau ..Nauzubillahiminzalik
Teringat pernah baca kalau nak hilangkan batuk boleh guna MADU . so far mmg ramai kata bagus guna madu . TAPI ,bayi bawah 2 tahun tak digalakkan lagi makan madu .
So try cari alternatif lain . Cari punya cari jumpa satu blog suggest guna DELIMA sebagai pengganti madu,function dia sama macam madu ,bersifat panas and tergolong dalam kategori makanan yang boleh menghilangkan mukus .
Memang berkesan! Alhamdulillah batuk dia berkurang ,dua tiga hari baru perasan yang batuk takde langsung dah . Mak mak yang ‘over kalut’ mcm kite ni kalau anak batuk or selsema boleh lah try naaa . .
Oh lupa nak bagitau ,tindak balas jus delima ni nanti hingus akan cair keluar,sentiasa meleleh .so kena sedut selalu ye and lendir kahak keluar melalui poopoo baby . Ini kesan yg sy nampak dekat Salsabila.
Kalau makin teruk please refer doctor ye ?
Takda mak yang nak anak sakit ,semua mak nak yang terbaik utk anak memasing tapi sakit demam batuk selsema tu tetap tak boleh nak elak ,memang kena lalui jugak . Dari situ lah boleh kutip pengalaman sebagai sorang mak ,nanti lama2 jadi Pro dah . Supermom gituuu !