Apabila dah jadi mak-mak ni, kadang kala ketandusan idea nak masak apa untuk hidangan makan malam untuk suami dan anak-anak. Apa kata malam ni, buat hidangan simple iaitu Mee Kari yang ringkas. Nak buat pun mudah. Malah resipi ni turut memaparkan petua menggunakan ikan bilis sebagai penyedap mee. Boleh cuba rahsia masakan ini.

Berikut adalah bahan-bahannya.

Resepi Mee Kari Simple

Guna Ikan Bilis Rupanya Rahsia Nak Buat Mee Kari Jadi Lebih Sedap. Petua Daripada Peniaga Yang Jual Menu Ni. 

4 bji bawang merah bland
1 labu bawang putih bland
2 pek serbuk kari daging (yg kecil)
1 senduk cili giling
1 pek 3sekawan (yg rm1 tu)
2 kiub pati ayam maggi
fishcake
fishball
tauhu kering
isi ayam atau tulang2 ayam
1 kotak santan 200ml
gula & garam secukupnya
air
ikan bilis segenggam dan bland dengan sedikit air sampai hancur (rahsia penyedap mee kari)
bahan hiasan:-
Telur Rebus
Cili merah
Sawi
Taugeh
Limau kasturi

IKLAN

Cara-cara penyediaan:

Guna Ikan Bilis Rupanya Rahsia Nak Buat Mee Kari Jadi Lebih Sedap. Petua Daripada Peniaga Yang Jual Menu Ni. 
Tumis bahan kisar , 3sekawan ,cili kisar dan serbuk kari. Tumis sampai pecah minyak dan naik bau dan masukan ikan bilis yang dah di kisar tadi.

IKLAN

Ikan bilis tu adalah rahsia mee kari yang sedap. sayapun dapat tips ni dari mak mertua adik yang pernah berniaga mee kari satu ketika dahulu..

Kemudian masukkan batang sawi yang dah di potong. Batang sahaja ok. daun dia jangan masuk skli dalam kuah ni… Masukkan ayam , fishball ,fishcake.

IKLAN

Masukkan air dan santan secukupnya, kalau nak kuah pekat atau cair pandai2 la bajek air k….
Masukkan kiub pati ayam, garam dan gula secukupnya.. kalau suka pak aji boleh masukan sedikit… last sekali masukan tauhu kering. Tunggu 
sampai mendidih.

Siap! Boleh la dihidang bersama bahan untuk hiasan tu.

Selamat mencuba!

Kredit: are peace dan Anisza mohd Shukri

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI