Walaupun anak sudah besar tapi ada juga yang tak berapa gemar makan nasi. Ada yang lebih suka makan bihun, mi dan spageti sahaja.
Selain aneka mi, ada cara lain yang boleh kita sediakan untuk anak makan lebih banyak. Ibu kenalah lebih kreatif. Tofu Tart ini juga salah satu caranya.
Kalau kita rajin dan kreatif, contohi wanita bernama Herda Johan ini yang berkongsi resipi unik, Tofu Tart di facebooknya. Sama seperti Egg Tart, cuma ia bersifat savoury dan intinya dihasilkan daripada gabungan cendawan dan hirisan sayuran-sayuran yang ternyata unik dan lain daripada yang lain.
“Sebenarnya saya main campak-campak je bahan-bahan untuk resepi ni. Senang je nak buat. Anak-anak saya suka makan ToFu Tart ni sebab SEDAP dan MENYIHATKAN…ewah hihi. Ada dua cara anda boleh guna, samada bakar atau goreng. Untuk kaedah yang saya gunakan ni, saya bakar dalam oven. Untuk kaedah goreng akan saya terangkan dalam gambar di bawah.
TOFU TART
BAHAN-BAHAN:
4 biji telur (Saiz A @ B)
Secubit garam
1 sudu makan mayonis
Sedikit serbuk lada hitam
1 sudu teh baking powder
Bahan Inti:
1 biji tomato – potong dadu
1 buku bawang besar – potong dadu
5 helai daun bawang – hiris halus
8 biji cendawan butang dalam tin – potong dadu
Sedikit cili merah/cili benggala (kalau nak pedas) – potong dadu
Caranya:
Ads
1. Sapu butter pada loyang muffin atau loyang cupcake bersaiz lebih kurang 2″-2.5″ diameter.
2. Masukkan bahan inti sedikit demi sedikit ke dalam loyang muffin.
3. Gunakan pisau tajam dan potong tofu. Kemudian masukkan setiap potongan di dalam loyang muffin. (Potong tofu dimulakan dengan bahagian tengah. Jangan potong bahagian hujung. Potong dua bahagian tadi kepada 9 potongan sama rata).
Ads
4. Pukul kesemua bahan (seperti dalam gambar).
5. Tuang telur ke dalam loyang muffin. Bakar pada suhu 120’c – 140’c atau 30 minit. (Agak-agak pantau sendiri kalau dah nampak masak bahagian atas tu bawa keluar). Bakar hingga bahagian atas keperangan.
Ads
6. Dah siap….boleh cicah dengan cili sos.
Tip:
Kalau tak suka bakar, anda boleh juga menggoreng.
Caranya, panaskan kuali dengan minyak. Letak acuan telur mata. Tabur bahan-bahan inti. Kacau sedikit bahan inti supaya garing sedikit. Letak tofu. Biarkan sekejap. Tuang telur.
Tutup kuali dan biarkan telur masak. Bila nampak dah masak. Angkat acuan dan terbalikkan telur tadi. Balik-balikkan telur dan pantau supaya tidak hangus. Siap!
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sepanjang lima hari pemergian anak-anak syurga yang mengorbankan lebih 23 nyawa dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Keramat Hujung, Kuala Lumpur, macam-macam kenyataan, luahan, komen dan pendapat netizen yang boleh kita baca di media sosial.
Namun dalam banyak-banyak luahan yang dikeluarkan, penulis amat terkesan dengan luahan hati seorang ayah yang turut menghantar anaknya ke pusat tahfiz ini. Luahan hati seorang ayah yang menyerahkan hidup dan masa depan anaknya pada jalan Allah. Sungguh hebat dan besar pengorbanan ini.
Penulis kira apa yang dikatakannya adalah benar dan semoga pengkongsian ini bermanfaat dan membuka mata semua. Insyaallah.
Assalamualaikum,
Rentetan tragedi Maahad Tahfiz baru-baru ini, izinkan saya untuk meluahkan rasa sebagai seorang ayah yang menghantar anaknya ke Mahaad Tahfiz.Ini adalah berikutan beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh ramai pihak mengenai kejadian tersebut.
TPM mengatakan jangan gadaikan keselamatan untuk akhirat, ada selebriti yang begitu lantang marah dengan mudir dan pengurusan tahfiz, ada figura ternama yang minta semua tahfiz tidak berdaftar ditutup serta merta dan ramai pula yang mempertikaikan ibubapa tidak mementingkan aspek keselamatan.
Sebenarnya saya juga tidak tahu banyak mengenai tahfiz sebelum saya menghantar anak saya ke tahfiz 3 tahun yang lalu. Naufal seawal usia 9 tahun telah menyatakan minat untuk masuk tahfiz. Tanpa melengahkan masa kami mengambil ķeputusan untuk menghentikan sekolah akademiknya (walapun dia cemerlang dalam akademik) dan mencari tahfiz yang sesuai. Ketika itulah baru kami sedar bukan senang mencari tahfiz.
1. Kalau yang berdaftar biasanya akan hanya menerima pelajar 13 tahun ke atas. 2. Kalau yang cantik dan lengkap dan dikelolakan oleh ustaz selebriti biasanya mahal dan di luar kemampuan kami dan agak jauh dari rumah.
Akhirnya kami ketemu sebuah tahfiz yang baru di buka di pinggir Ttdi Jaya. Rumah corner lot yang serba kekurangan, tapi saya berbincang dengan isteri dan mengambil keputusan untuk hantar juga Naufal ke situ.
Bukan tidak terdetik apa yang akan berlaku jika ada kebakaran kerana tidak ada pintu kecemasan, tetapi seperti ibubapa lain yang menghantar anak ke tahfiz, kami bukan menyerahkan anak kepada tahfiz tetapi mewakafkan anak ini untuk Islam dan yakin Allah mempunyai perancangan yang baik untuknya. Tapi tahukah berapa kali kami menangis bila menghantarnya pulang lepas bercuti. Dapatkah aku lihat wajah ini lagi ya Allah…
Tahun lepas kami mengambil keputusan untuk menukarkan tahfiz lain dan tidak berasrama. Ulang alik dari pukul 7.30 pagi ke 9 malam. Hari pertama menghantar Naufal ke tahfiz, kebakaran berlaku di tahfiz memusnahkan sebuah bilik, alhamdulillah semua pelajar berada di surau untuk solat maghrib ketika itu. Tapi kami tidak berputus asa dan meneruskan juga kerana menghantar anak ke tahfiz ujiannya bukan sedikit.
Kami bukanlah bercita cita untuk menjadikan dia imam masjidil haram atau pun imam masjid Shah Alam sekali pun, seperti ingatan saya pada Naufal selalu, Naufal boleh jadi apa pun yang Naufal hendak apabila besar, dari seorang doktor kepada peniaga minyak attar di sudut masjid tetapi akhlak Naufal kena akhlak Al quran.
Mungkin ramai yang tidak tahu kebanyakan tahfiz mengenakan bayaran antara RM200 ke RM400 sebulan. Ini termasuklah sewa, gaji guru, gaji warden,makan 4 kali sehari, tempat tinggal dsbnya…congak la sendiri kalau cukup.
Biasanya pusat tahfiz akan cari sendiri dana bagi menampung lebihan perbelanjaan mereka. Nak mengharapkan pusat zakat, baitulmal…. mmphh macam-macam syarat dan kelulusan. Nak mengharapkan koporat ada yang mengenakan syarat hanya yang ada aliran agama dan akademik yang dapat bantuan. Belum lagi yang meminta kertas kerja dan kelulusan dsbnya.
Tahfiz dipandang sepi, anak-anak tahfiz pula seringkali dikata sejuk mata memandang. Jemputan ke majlis kenduri tahlil, cukur jambul, rumah baru dsbnya hanya dapat RM5 atau RM10 seorang. Itulah fungsi tahfiz di tengah-tengah masyarakat kita. Tapi tahukah anda banyak mana zaman kanak-kanak dan remaja yang telah mereka korbankan untuk terus menjadi pewaris naskah mukjizat ini?
Dengan izin Allah.. mereka lah yang akan memimpin kita sebenarnya. Kami yang inginkan anak-anak menjadi tahfiz faham benar tentang keperluan keselamatan tetapi adakah kami mempunyai pilihan?
Kami bukan menghantar anak ke yamaha muzik, kumon atau montesorri berjenama untuk kami demand itu dan ini dari pihak tahfiz. Kami faham benar dengan kekangan kewangan tahfiz. Sekali lagi kami berserah pada Allah.
Apabila sesuatu berlaku pada tahfiz kena begitu mudah menyalahkan ibubapa dan ustaz tahfiz. Bukannya ustaz tu yang buat marketing supaya kami daftar, kami yang mencari dan redha menghantar, kami yang memilih jalan itu. Bagi kami ustaz tahfiz banyak berkorban untuk mendidik jiwa kecil ini. Kami terhutang budi.
Sehingga kini menghantar Naufal setiap pagi, saya akan menciumnya dan memandang dalam matanya. Hati saya siapa yang tahu.
Kalau kerajaan ikhlas menolong kenapa tidak adakan aliran tahfiz di sekolah-sekolah terpilih. Tahfiz tanpa akademik! Ada berani?
Kenapa tidak mudahkan proses perlesenan. Kenapa campur adukkan politik dengan sekolah tahfiz? Kenapa tidak ada menteri yang bangun mengatakan tahfiz akan di bantu, dibinakan bangunan dan di selaraskan di bawah kementerian pendidikan.
Kenapa tidak ada suara-suara unttk memartabatkan institusi tahfiz, berdiri gah seperti sekolah chung hwa, pin hwa, hin hwa… kwang hwa (go visit this schools in klang)
Sampai bila kita hendak melihat tahfiz menumpang disurau, rumah-rumah kedai, rumah-rumah corner yang di ubahsuai dan rumah-rumah banglo usang yang tak tahu bilakah pendawaiannya pernah diselenggara kali terakhir? Ustaz-ustaznya memandu van buruk membawa anak-anak ini ke kenduri sana sini. Sampai bila…
Berapa banyak nyawa lagi? Saya pohon sekali lagi. Jangan komen jika tidak tahu apa yang dialami oleh institusi pendidikan tahfiz. Jangan salahkan mudir atau pengurusan tahfiz kerana mereka telah banyak berkorban. Jangan kata ibubapa tidak peduli. Kami punya kekangan kewangan juga untuk memilih tahfiz yang bertilam empuk.
Bantu la anak-anak tahfiz. Kita tidak tahu siapa di antara mereka yang akan solat dan talkinkan kita nanti. Maafkan saya jika terkasar bahasa dan doakan Naufal…….
Wallahualam
Sheik Amir Hussien
*Al Fatehah untuk seluruh pelajar tahfiz di tanah air tercinta ini*
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Enaknya menikmati aiskrim lagi lagi waktu cuaca panas kan. Anak-anak yang paling teruja kan.
Kalau dulu perisa biasa seperti asam masin, milo dan sebagainya, tetapi sekarang pelbagai perisa boleh dicuba, janji kreatif kan ibu-ibu.
Nah, cuba buat sendiri. Tak payah nak beli lepas ni. Lebih jimat dan anak-anak boleh makan sebanyak yang diingini. Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh saudari Siti Masitah Awang Kechik
Kerana ais krim nih boleh jadi gaduh Nih malam sis R&D sendiri, Sis xmasuk pun mana2 kelas magnum ais krim nih Sis cuba ja teknik nih, sis suka mengkaji ? Kita tgk esok pagi jadi ker dak
Kalu jadi sis share nanti teknik nih
Senang yang amatttt aduhaiiiiii
=====================================
Hasil kajian semalam
Resepi ais krim kat dalam tu saya guna resepi ais krim susu
Saya buat sikit ja
Resepi Ais Cream ============== – half tin susu cair – half tin susu pekat – 200ml whipping cream (optional nak letak pun boleh tak letak pun boleh) – 1.5 litre air – 2 tbsp tepung jagung – 1/2 cawan gula (rasa dulu baruh boh gula banyak mana hangpa nak ok) – vanilla flavor atau essence ikut suka
*kacau semua dalam periuk tanpa api, pas dah sebati baru letak atas dapur * masak dan kacau sampai mendidih * dah didih tutup api
Resepi chocolat tu =============== – 250gm milk chocolate beryls (kalu hangpa kaya boh la cadbury) – 250gm dark chocolate beryls
* cairkan guna kaedah double boil * pastikan api tak kuat dan jgn bg air tu terperecik kat adunan chocolate ok * Dah siap sempurna cokelat dicairkan letak tepi * Masuk dalam piping bag ikat * cara nak boh boleh rujuk gambaq kat bawah
Adunan ais krim bg suam, hangpa jgn duk tuang hangat2 tu satgi tangan hangpa panas nak pegang susah, paham
Step masuk chocolate tu tgk kat bawah na
Chocolate tu pun bg suam skit Boh cokelat agak2, jangan tebal jangan nipis Kalu tebal satgi hangpa makan cokelat bukan ais krim
Kalu nipis serupa hangpa makan ais kerim coki coki tu bukan la ala2 magnum
Betik antara buah-buahan yang menjadi kegemaran semua. Memiliki banyak khasiat kerana buah yang kaya dengan kalsium, vitamin, zat besi, dan riboflavin. Betik juga mempunyai kadar lemak yang sangat rendah.
Enzim dalam betik, dapat membantu untuk melancarkan pencernaan lebih cepat dan mengurangkan sembelit.
Malah, bagi anda yang ingin menurunkan berat badan, pengambilan buah betik yang konsisten adalah salah satu cara mudah untuk mengurangkan lemak yang degil.
Anda boleh makan buah betik, yang kaya akan gizi dan juga membantu untuk menurunkan berat badan dan lemak berlebihan dari dalam tubuh.
Rendah Kalori
Sebiji betik kecil yang beratnya 1/2 kg hanya mengandungi 68 kalori atau 3 peratus daripada diet standard 2,000 kalori. Diet 3,500 hingga 7,000 kalori setiap minggu, dapat mengurangkan 1 hingga 2 kg berat badan. Hal ini sangat menyihatkan bukan?
Serat
Satu potongan kecil betik, dapat menyediakan 2.7 gram serat. Diet cukup serat akan menetapkan pencernaan lebih baik, serta menyerap karbohidrat. Di samping itu juga mencegah naiknya gula darah yang boleh mencetuskan kenaikan berat badan.
Lemak
Sepotong betik, hanya mengandungi 0.41 gram lemak. Tubuh memerlukan keperluan harian lemak untuk otak dan kesihatan jantung. Memakan betik tidak akan menyebabkan peningkatan lemak. Berat badan pun lebih mudah turun.
Air
Sepotong buah betik mengandungi 138 gram air atau 89 peratus dari berat keseluruhannya. Pengambilan cecair akan membersihkan racun dari tubuh dan melancarkan metabolisme.
Diet Betik Selama Seminggu
Mulakan untuk mengambil betik pada setiap pagi. Potong dadu dan jadikan salad untuk sarapan. Selepas makan tengah hari, anda boleh amalkan minum 1 gelas jus betik tanpa gula. Lakukannya selama seminggu.
Tempatkan betik mentah pada suhu bilik agar cepat matang. Setelah matang simpan dalam peti sejuk selama seminggu. Pengambilan segera atau dalam beberapa hari.
Amalkan pengambilan betik dalam makanan harian anda, selain itu sentiasa minum air putih, makan makanan kaya serat dan rutin bersenam. Inshaallah, anda boleh dapatkan bentuk badan ideal.
Sumber: Wanista
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Ibu sedih anak cacat kekal, mangsa kebakaran ketika bermain dengan rakan. Seorang ibu meluahkan kesedihannya di media sosial apabila anaknya mengalami kecederaan serius akibat insiden kebakaran yang dipercayai berpunca daripada perbuatan rakan sendiri.