Sekiranya ada yang tercari-cari petua apakah yang paling sesuai untuk diamalkan dalam penjagaan luaran untuk satu badan dengan menggunakan satu bahan, jawapannya ada lidah buaya!
Petua cantik dengan lidah buaya memang diakui berkesan dan baik untuk kulit wajah.
Namun tahukah anda, tidak dengan itu sebenarnya lidah buaya ini atau juga dikenali sebagai aloe vera adalah pilihan terbaik untuk digunakan pada keseluruhan penjagaan tubuh.
Pun begitu, ketahui cara dan bagaimana untuk menghasilkan ramuan penjagaan kecantikan berasaskan aloe vera ini. Jom semak.
SELURUH BADAN
Cara-caranya1
Ads
1. Kupas kulit
2. Ambil isi
3. Perah dlm botol
4. Sapu shj diserata tubuh
Ads
WAJAH
Boleh juga buat skrab
Cara-caranya:
1. Ambil alovera tadi
2. Tambah putih telur
3. Sapu dimuka
4. Biar kering sebelum dicuci bersih.
Bagi peminat kucing, memelihara kucing ibarat satu terapi diri. Membelai dan mengusap kucing boleh jadi perkara yang cukup menyenangkan.
Sebab itu haiwan ini sering dilayan bagaikan anak sendiri. Namun, perkara yang sering menjadi masalah buat pemilik kucing apabila kucing mulai kencing merata.
SItuasi ini selalu berlaku apabila kucing telah mencapai umur yang sesuai untuk mengawan sekitar umur 5 hingga 12 bulan.
Kecenderungan kucing pergi ke tempat yang sama berulang-ulang kali untuk kencing atau berak pada tempat yang tidak sepatutnya pasti merungsingkan pemilik haiwan kesayangan ramai ini.
Selain najis yang perlu dibersihkan, masalah ini menimbulkan bau kurang enak pada ruang kediaman. Agak sukar untuk menghilangkan bau hancing kencing kucing ini apatah lagi jika ia terkena pada sofa, permaindani, tilam mahupun dinding rumah.
Di sini kami kongsikan beberapa cara untuk menghalang kucing kencing bersepah.
1. Serai
Bau dari serai adalah sejenis bau yang benar-benar tidak disukai oleh kucing. Anda boleh membeli beberapa produk berasaskan serai atau serai wangi dan semburkan di kawasan kucing sering kencing di dalam rumah. Boleh juga diletakkan sahaja di tempat yang strategik seperti di dalam bilik atau di dapur.
2. Guna Lada Hitam
Didihkan air dan masukkan 1 atau 2 sudu lada hitam ke dalamnya. Kemudian masukkan dalam botol penyembur dan sembur di tempat kucing sering kencing.
3. Belerang
Taburkan belerang di penjuru dinding. Sifat belerang yang panas dan berbau mengelakkan kucing kencing merata.
4. Cuka
Jika anda kucing baru saja kencing di satu tempat, segera bersihkannya.Gunakan kain bersih untuk mengelap air kencing hingga kering.
Setelah bersih, bilas dengan menggunakan sedikit air dan cuka. Cuka membantu menghilangkan bau yang tidak menyenangkan dan sangat berkesan menghilangkan bau dari air kencing kucing.
5. Toilet Traning
Sediakan kawasan yang berpasir untuk kucing seperti ‘Litter box’ dan latih haiwan ini untuk menggunakannya dengan kerap. Kebanyakan kucing mempunyai kebolehan belajar dengan cepat.
6. Kasi Kucing
Kasi atau pemandulan kucing boleh dilakukan seawal kucinng berumur 6 bulan. 90 peratus kucing yang dikasi akan berhenti kencing merata jika ia dilakukan lebih awal.
Selamat Mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kalau ditanya apa ibu-ibu sedang sibuk buat sekarang, pasti jawapannya biskut raya selain menjahit baju raya bagi yang ada kemahiran tersebut.
Biskut raya memang juadah yang wajib ada setiap kali Syawal tiba. Namun bukan semua kanak-kanak menggemarinya. Ibu bernama Yatie Eimra berkongsi cara kreatif untuk menyediakan biskut buat anak-anak dengan corak Ultraman. Ibu-ibu yang lain mungkin boleh mencuba teknik ini.
Inilah yang dikatakan kisah kegigihan seorang ibu buat biskut raya comel berakhir dengan biskut marble.. ? ———————————————————————
Orang lain buat biskut raye tak sempat nak tunggu raye anak asyik makan je.. Fydh ni tak suka sangat biskut raya bagai, tapi ummi dia teringin nak buatkan jugak.. Dah buat cookies ultraman & teddy pun tetap tak layan.. Last² buat corak marble je la sebab dah frust.. Hahah ?
Bagi mengubat kekecewaan di hati.. Meh saya ajarkan cara buat biskut ultraman ni. Walaupun anak saya tak layan biskut² raye, manelah tau kot anak korang suka kan? Tak guna acuan pun, guna straw jer ?
Fancy German Potato Cookies ========================= 150°c, 15–20minit ±130 pcs (jika gunakan 1 tsp)
Optional: Choco emulco atau 1½ sb serbuk koko (untuk separuh adunan)
Cara²: 1. Pukul butter, gula aising & garam hingga separa kembang (jika whisk dengan tangan, whisk hingga gebu dalam 3-4 minit). 2. Masukkan tepung sikit demi sikit. 3. Optional – jika nak buat perisa choc, asingkan separuh adunan & tambahkan choc emulco/1½ sb serbuk koko. 3. Rehatkan adunan sekejap supaya mudah untuk dibentukkan. 4. Bentukkan adunan mengikut bentuk yang diingini. 5. Bakar pada suhu 150°c, 15-20 min bergantung pada oven masing²..
*kalau tak suka rasa susu, boleh kurangkan susu tepung 1½ sudu besar. Atau skip susu & gunakan pure butter (anchor, lurpak, scs, dsbnya) *jika buat perisa ori je (tanpa campuran coklat), boleh kurangkan gula aising (90 gram) *sebaik²nya gunakan pewarna dari gel untuk elak adunan terlalu lembik *jika susah nak bentukkan, boleh masukkan adunan dalam fridge (bahagian chiller) dalam 10 minit.
Nota kaki ?: Ramai pulak cakap sis gigih.. ? Gigihnya cuma 80% jer.. ? Memula semangat nak buat sebab nak tarik minat anak jer.. Lepas dah bakar, dia makan seketul je & dah tak layan (buat memain pulak kepale ultraman tu) ?… Ummi dia frust & menangis tak berlagu kat bucu oven.. 20% lg semuanya jadik marble.. ? Pengajarannya, tak payah terlebih rajin nak buat biskut raye untuk anak kalau anak memang jenis yang tak suke biskut raye?
Jenazah Mohd. Rizal yang bertugas di pangkalan TLDM KD Sultan Ismail, Pengerang selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Tenggara, Kulai selepas solat Asar mengikut istiadat ketenteraan
Kehilangan Mohd Rizal Buseri dalam satu kemalangan jalan raya semalam mengundang simpati orang ramai, apatah lagi arwah pergi meninggalkan isteri serta tiga orang anak yang masih kecil.
Allahyarham maut selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga buah kereta di Jalan Harimau Tarum berhampiran Plaza Pelangi, di sini pagi semalam.
Dalam kejadian pukul 8.30 pagi itu, Mohd. Rizal Buseri, 31, maut di tempat kejadian manakala Nur Fatin Nazrah, yang merupakan pemandu Myvi dan Chang Ah May, 78, mengalami cedera ringan.
Terbaru, polis telah menahan pemandu Perodua Myvi yang terbabit kemalangan dengan dua kenderaan di Kilometer 4 Jalan Johor Bahru – Kota Tinggi, di sini semalam. Kemalangan terbabit tular di media sosial selepas kereta berkenaan hilang kawalan dan melambung sebelum merempuh dua kereta lain hingga terbalik.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain berkata, ujian saringan ke atas pemandu itu mendapati dia positif dadah dan akan disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
“Dia yang sudah ditahan turut disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Mohd Padzli berkata, siasatan awal pihaknya mendapati kemalangan kira-kira 9 pagi itu berlaku apabila pemandu Perodua Myvi hilang kawalan dan melanggar tembok pembahagi jalan sebelum merempuh Honda Accord dan Proton Iswara di persimpangan lampu isyarat menghala Plaza Pelangi.
“Akibatnya, Perodua Myvi dan Honda Accord terbalik dan pemandu Honda Accord di kepala serta meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.
Sementara itu, kakak ipar mangsa dikenali sebagai Farhana Amir berkata, Mohd. Rizal baru menyambut ulang tahun kelahiran anak sulungnya yang berusia lima tahun malam kelmarin.
“Sejak semalam (kelmarin) dia kerap berdiam diri. Malam tadi, dia menyambut hari lahir anak sulungnya.
“Dia (mangsa) ada tiga anak berusia lima, dua tahun dan lapan bulan,” katanya.
Salam takziah buat seluruh ahli keluarga semoga dicucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan dikalangan yg beriman serta dikasihiNya aamiin aamiin ya rabbal alamin.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.