Macam-macam cara kita orang perempuan lakukan untuk menjadikan kulit wajah berseri dan terlihat awet muda. Penggunaan masker umpamanya perlu dijadikan rutin mingguan untuk mendapatkan kesan yang diingini.

Selain dengan membeli pelbagai produk yang ada di pasaran, apa kata amalkan cara yang lebih selamat dan jimat dengan hasilkannya sendiri menggunakan coklat. Walau pun ketika dipakai terlihat comot, namun hasilnya memang luar biasa!

Hal ini telah dikongsikan oleh dua wanita ini di akaun fb mereka. Jom semak apa reaksi mereka setelah amalkan masker coklat yang dibuat menggunakan bahan-bahan yang tersendiri.


“Bangun pagi tadi, terajin pulak cikJujue. Buat masker. Masker Coklat + kopi. Memang rasa mulus lah muka. Lembut dan licin. Best juga. Ala-ala berspa muka di rumah. Nanti uolls carilah dark ceklat dan kopi. Boleh buat sendiri. Guna sikit je. Ada lebih, simpan di dalam bekas letak di fridge.”-Siti Juhaiza Jere

Masker coklat + kopi

Guna Masker Coklat Walau Nampak Comot, Tapi Bila Amal Awet Muda. 2 Wanita Ni Kongsi Ramuannya!

  1. Siapkan terlebih dahulu 2 sudu makan serbuk kopi hitam dan coklat gelap (dark) secukupnya.
  2. Lumatkan coklat dan campur dengan serbuk kopi. Tambah sedikit air untuk biar mesra.
  3. Bersihkan wajah sebelum menggunakan masker.
  4. Rata secara perlahan-lahan masker coklat tersebut ke area wajah kecuali mata.
  5. Untuk hasil maksimum, buat urutan secara perlahan selama 15 minit.
  6. Langkah terakhir, bilas masker dengan menggunakan air suam sehingga bersih. Penggunaan air suam bertujuan untuk melarutkan sel kulit mati dari wajah.

Ini pula perkongsian daripada Syima yang turut menyediakan sendiri bahan face mask yang dihasilkan daripada coklat untuk diamalkan bagi tujuan menghilangkan garis-garis penuaan yang ada diwajah. Jom semak apa perlu buat!

Haaaai korang, hari ni Syima nak share Masker Awet Muda. Khusus untuk pudarkan garis garis penuaan pada wajah.

IKLAN

Syima selalu amalkan 2 kali seminggu COKLAT FACE MASK ni. Mudah je. Jom syima share cara nak buat.

Cara- cara buat masker coklat ni mdah sangat .

1)Campurkan 1 sudu serbuk coklat bersama 2 sudu plain yogurt.

Guna Masker Coklat Walau Nampak Comot, Tapi Bila Amal Awet Muda. 2 Wanita Ni Kongsi Ramuannya!

2) kemudian masukkan serbuk mutiara (1 kapsul)

IKLAN

3) Gaul sehingga sebati dan sapukan ke wajah.Biarkan 15-20 minit.

4)Kemudian bilas dengan air suam.

Serius. Masker ni memang best sesangat. Lepas bilas kulit jadi lembut licin. Korang memang kena try tau.

Kebaikan Bahan:

  1. Coklat sangat baik untuk kulit sebab mengandung antioksidan yang tinggi sehingga dapat mencegah radikal bebas yang menyebabkan penuaan.

2. Yogurt sangat baik untuk melembapkan kulit dan juga dapat mencerahkan kulit.

IKLAN

3. Serbuk mutiara mampu menghilangkan bintik hitam, jerawat, jeragat dan sangat baik untuk haluskan dan cerahkan kulit.

Posted by Esyima Zamri on Sunday, 11 February 2018

Korang boleh la share kepada kengkawan yang ada masalah garis halus , kulit kusam dan jerawat yang teruk.

Guna Masker Coklat Walau Nampak Comot, Tapi Bila Amal Awet Muda. 2 Wanita Ni Kongsi Ramuannya!

Ekstra info : Boleh pakai 2-3 kali seminggu, pakai selama 10-20 minit kemudian bilas.

Kalau rajin lakukan masker ni, confirm wajah nampak 10 tahun lebih muda !

sumber : Esyima Zamri

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI