Boleh dikatakan, bila berada di dapur kita orang perempuan ini selalu akan ‘berperang’ dengan semut. Pantang letak makanan atau minuman terhidang dimeja, sekejap itu juga akan dihurungnya. Geram rasanya, lalu bermacam-macam cara kita lakukan agar semut ‘tewas’ dan tidak lagi mengganggu ruang dapur kita.
Antara usaha yang biasa orang lain buat dan kita sendiri lakukan adalah seperti letakkan cengkih di dalam bekas gula atau letakkan jug air yang dihidang di dalam bekas berisi air untuk elak semut masuk ke dalam bekas minuman dan pelbagai cara lagilah.
Namun melalui teknik yang dilakukan oleh seorang suami ini dan dikongsikan diakaun fb isterinya, cukup unik dan berbeza sedikit. Nak tahu apa cara yang digunakan, jom semak!
Isteri selalu komplen, semut selalu naik atas meja. Buka tudung saji, tengok semut tengah kendurikan makanan. Terus tak de mood nak makan then ajak kita makan kat luar. Selalu makan kat luar tak elok tuan-tuan, tak sihat, poket suami demam nanti.
Memang tuhan buat orang lelaki ni pantang dengar masalah, mesti otak berputar mencari penyelesaiannya. Bercampur pulak darah patent dalam diri, lagi lah laju (sebenarnya dah tak larat nak dengar hehe).
Ads
TIP ELAK SEMUT NAIK KE MEJA
1. Mula-mula cari stokin yang kau sendiri dah menyampah nak pakai. Atau kau dah jadi pengikut tegar Wak Doyok yang memang tak pakai stokin lagi senang, ambik je mana stokin kau suka.
Ads
2. Pastu potong 4. Lebar dalam dua inci macam tu. Kalau kaki meja kau 6, potong 6 lah.
Ads
3. Sarungkan kat kaki meja, pastu spray perfume. Ikutlah jenama apa yang isteri kau suka, Ridsect pun boleh, Baygon pun boleh. Jangan guna Versace sudah lah.
Spray keliling untuk kesan yang lebih efektif.
Ok sekarang bukan setakat semut, lipas, malah cicak pun dah malas nak panjat meja makan tu. Selamat mencuba. “Happy Wife, Happy Life”
sumber : Puan Zai
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Mana ada wanita yang mahukan seorang doktor lelaki untuk menyambut kelahiran anaknya. Malu! Itu perkataan yang menterjemahkan segala-galanya. Kalau boleh hendak dielakkan.
Isu doktor lelaki menyambut kelahiran anak sekaligus melihat aurat wanita lain bukanlah isu biasa yang harus diperkatakan. Namun masih ramai daripada kita yang keliru berkenaan isu ini. Tak kurang juga yang masih was-was walaupun ketika sudah berada di bilik bersalin.
Atas keprihatinan dan beberapa berkenaan kemusykilan ini, Mufti Wilayah Perseketuan, Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri terpanggil untuk berkongsi ilmu ini di twitternya. Ini yang harus wanita tahu.
Datuk, apakah hukum doktor lelaki menyambut kelahiran bayi?
Tidak dibenarkan di sisi Hukum Syarak bagi lelaki untuk melihat kepada aurat wanita ajnabi, melainkan terdapat hajah (keperluan) dan darurah (keperluan mendesak) untuknya. Antara bentuk pengecualian ialah rawatan al-fasdu (venesection, venipuncture, phlebotomy), berbekam…dan rawatan am. Ini kerana jika diharamkan akan mendatangkan haraj (kesukaran) sedangkan haraj dihilangkan oleh Syarak.
Justeru harus bagi lelaki merawat wanita dan wanita merawat lelaki, dengan syarat…
1. Jika wujud perawat yang muslim, maka tidak boleh digantikan. 2. Ditemani oleh mahram, suami atau wanita yang dipercayai. 3. Ketiadaan perawat wanita, atau perawat lelaki bagi pesakit lelaki. 4. Perawat boleh melihat kepada bahagian badan selama mana ada keperluan kepadanya.
“Bahawa Umm Salamah (isteri Nabi SAW) meminta izin darapada Rasulullah SAW untuk berbekam lalu Nabi meminta Abu Taibah untuk menjalankan rawatan bekam ke atas Umm Salamah.”
Berkata Jabir: “Aku kira bahawa Abu Taibah itu adalah saudara susuan Umm Salamah atau budak kecil yang belum baligh.” Hadis riwayat Muslim (2206)
Rujuk al-Mu`tamad fi al-Fiqh al-Syafie oleh Syeikh Muhammad al-Zuhaili (4/50); Fiqh al-Manhaji (1/126-127).
Berkata Syeikh Mulla Ali al-Qari Rahimahullah: “Telah dijelaskan oleh para ulama kita bahawa sekalipun bukan mahram, boleh untuk menjalankan rawatan bekam, fasdu, dan khitan.” Berkata al-Taibi Rahimahullah: …
“Dibenarkan bagi lelaki ajnabi untuk melihatkan pada sekalian tubuh wanita bagi tujuan darurat dan rawatan.” Rujuk Mirqah al-Mafatih ? (no. 3103)
Justeru, termasuklah dalam kategori rawatan ini ialah menyambut kelahiran kerana ia melibatkan nyawa ibu dan anak jua. Kami syorkan hendak semua dawabit atau syarat-syarat yang dinyatakan di atas hendaklah dipatuhi bagi memastikan ketenangan bagi pihak pesakit, hospital dan keluarga.
Sumber: Dr.Zulkifli Al Bakri
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Hampir dua minggu kita mengerjakan ibadah puasa, sudah tentu ada yang sedang membuat persiapan menyambut hari raya.
Sudah pastinya tidak mahu bersesak jika membuat persiapan saat akhir, ada yang telah membeli baju raya untuk keluarga.
Tular di media sosial di akaun Tiktok pemilik akaun yang dikenali Cikton775 yang memuat naik video ahli keluarganya membeli belah bersama anak-anaknya seramai 13 orang bersama 4 orang isterinya.
Dah macam trip syarikat!
Paparan video itu menunjukkan kebahagian keluarga besar. Biar pun datang dengan beramai-ramai, ia tidak menjadi masalah buat mereka. Malah paparan itu jelas mengambarkan keluarga besar itu cukup meriah.
Rasa macam dengan ‘kawan-kawan’.
Katanya, pemilik akaun bahawa tidak merasa kekok membawa anak-anaknya yang ramai. Malah menganggap mereka bagaikan kawan sendiri.
Keluarga Talk: PUASA MENDIDIK JIWA KELUARGA SAKINAH
Bintang Kecil: APA ITU NUZUL QURAN
KELUARGA TALK: Nwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridz
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Masih keliru nak ambil atau tidak moratorium? Tak ambil nanti menyesal, ambil pula banyak masalah timbul kemudian hari. Pastinya pelbagai persoalan yang bermain difikiran.
Bagi yang tidak mempunyai ilmu ekomoni tentu gusar, hanya mendengar cakap-cakap kawan sahaja sama ada ambil atau tidak tanpa memikirkan adakah pilihannya tepat.
Sebaiknya apabila kita membuat keputusan seharusnya kita tahu apa yang kita buat. Bukan seborono buat sesuatu perkara sahaja.
Jadi untuk tahu sama ada moratorium ini perlu atau tidak dengan jelas, ikuti perkongsian menarik oleh saudara Mohd Shukur yang merupakan bekas banker dan kini merupakan penasihat kewangan.
Ikuti perkongsian beliau.
NASIHAT SAYA TENTANG MORATORIUM.
Alhamdulillah, saya berjaya menahan diri dari memberi pandangan tentang Moratorium sehingga 7 Julai, iaitu tarikh mula mohon dan sekarang boleh lihat syarat-syarat yang digunapakai oleh bank. 1) Ada banyak juga kebaikan moratorium ini ( selepas ini diringkaskan..sebut mora) dan ternyata ianya tidaklah dimasukkan dalam Rescheduled & Restructure ( R&R ) dalam CCRIS.
2) Siapakah yang seeloknya kena ambik mora ni ? Jika cash flow kau tak bagus, elok ambik. 3) Jika cash flow OK dan kau handal “money make money” pun bagus ambik. Apa sangatlah interest terakru tu bagi orang yang boleh gandakan extra cashflow 6 bulan ni.
4) Jika kau ragu-ragu… nak ambik ke tak mora ni. Eloklah ambik. Orang kaya tak ragu-ragu, mereka sangat jelas tentang kedudukan kewangan mereka. 5) Jika kau beli kereta mewah disebabkan kena jolok kat kawan2 dan sekarang terasa komitmen berat, elok ambik sebelum makin berat dan tumbang. Kalau sebulan 2K, so 6 bulan kau ada 12K untuk Cash Reserve kau. 6) Jika kau baru pindah rumah, siap renovate bagai penuh stylo dan kau beli petiais baru, dapur baru dan pelbagai kelengkapan rumah guna credit card sampai maksimum dan kau pening bayar minimum sahaja, elok kau ambik mora ni. Interest Credit Card tu 18% lagi teruk kena…guna mora utk bayar baki credit card.
7) Jika kau terfikir nak ambik Mora ni sebab saving kau takde langsung, Yes…kau sesuai ambik….so mora ni macam ‘cuti bayar loan kereta & rumah’ selama 6 bulan untuk buat saving. Matlamat ialah peace of mind yang kau ada savings @ emergency fund. Kalau tak, kau dalam bahaya sebab saving yilek. Moratorium ni pun Bank tak happy, sama macam orang pinjam duit kau dah janji bayar ansur-ansur setiap bulan tapi kau terpaksa bagi 6 bulan dia tangguh bayar. Jangan kau anggap Bank nak untung jer, kau pun untung. Mengambil Mora ini tidak bermakna kau tak bagus atau teruk. Tetapi cara kau gunakan duit mora ni yang tentukan samada kau bagus atau tidak. 9) Jika kau tengah sakit cash flow, dan jika tak yah bayar ansuran kereta dan rumah selama 6 bulan ni akan Okay sket, YES kau lah golongan sasaran dan mora ni penyelesaian masalah kau. 10) Ada yang kata jangan ambik mora untuk loan kereta, begini….jika cash flow kau cantik, betullah dia kata. Tapi jika cash flow tak cantik, elok ambik. Nanti kau stress, pening, dapat darah tinggi. Bila darah tinggi, kau tak boleh hadapi tekanan. So kau tak boleh berjaya dalam karier / bisnes, ada problem sket kau akan melenting marah. Nak berjaya ni kau mesti hadapi tekanan. Dah kau tak nak pakai MyVi second….. nak pakai H atau Merc, so begitulah.
Yang tak perlu Mora
11) Siapakah orang yang tak perlu ambik Mora ? Dia tak terjejas sikit pun. Cash flow cun giler. Savings banyak. Rumah pun ada 3 bijik cash. Kereta ada 5 buah cash. Benda2 branded pun dia tak minat nak beli sebab orang tau dia terlebih dari mampu. Orang camni tak perlu ambik Mora. Buat semak. Amboiii 12) Ada orang kata, moratorium ni akan lanjutkan lagi tempoh pembayaran hutang, macamana kalau meninggal dunia, kesian anak bini tanggung hutang Ini senang sahaja. Katakanlah mora kau sebulan R.M 5000 so 6 bulan ialah R.M 30,000. Kau hanya perlu ambik takaful atau jika dah ambik, hanya tambahkan lagi Sum Covered 30,000 ribu sahaja. Alang-alang 30,000 baik kau genapkan 50,000 Perlindungan Takaful kau untuk keluarga tersayang. 50,000 tu kalau lelaki umur 30 tahun baru R.M 59 sebulan jer. Boleh pm Pakar Hibah Takaful, Asyraaf Bohari atau tekan link https://bit.ly/2TJcem8
13) Mora ini tidak ada caj ‘interest atas interest’, tidak ada penalti, tidak ada R&R dalam CCRIS tetapi ianya ada interest terakru ( accrued interest ). Oleh itu ianya memanglah ada peningkatan kos tapi itu biasalah hanya interest terakru sahaja, kau mestilah bekerja lebih sedikit dan duit penjimatan mora mestilah digunakan dengan baik bukan untuk dibazirkan seperti membeli barangan bukan keperluan …contoh tukar handphone, tukar sofa dll. Gunakan untuk survival keperluan kepada yang terjejas. Untuk yang tidak terjejas boleh simpan ditempat yang menghasilkan pulangan / dividen bertujuan sebagai emergency fund. Ini pilihan terbaik sekarang untuk mereka yang terjejas.
Juga siapa yang takde saving, sebab bahaya sekarang kalau apa-apa berlaku nanti seperti dibuang kerja dan lain-lain. Orang kaya dan yang tak terjejas apa pun, kau tak ambik pun takpe.
14) Apa pun keputusan kau buat, hanya kau yang tahu kedudukan sebenar kewangan kau. Bukan orang lain yang akan bayarkan bulan-bulan kereta dan rumah kau.
Jangan terkejut, jika dari 10 orang yang mengkritik Moratorium tu, 8 akan ambik mora kecuali dia ialah yang No. 11 di atas.
15) Mesej saya jika dipermudahkan kepada sebaris ayat sempoi ialah 👇 TAKDE DUIT KAU PENING KEPALA, ADA DUIT KAU HILANG PENING KEPALA. Beringatlah semua ✌️
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...