Mendidik anak adalah suatu cabaran buat ibu bapa agar menjadi seorang anak yang soleh dan solehah. Tidak dinafikan pendekatan Islamik amat penting untuk memastikan anak dapat didik dengan sempurna. Oleh itu, ramai para ibu bapa menggunakan pelbagai pendekatan untuk mendidik anak.
Begitu juga dengan perkongsian ini yang menjadikan surah Al-Fatihah sebagai rujukan untuk mendidik anak cara Islam.
IKUTI PERKONGSIAN INI
Allah ajar kita dalam surah Al Fatihah cara-cara mendidik anak. Sempurna. Cuma perlu ikut sahaja ‘manual’ yang Allah beri.
Ajar anak mentauhidkan Allah Ajar anak bersyukur Ajar anak bersifat Rahman dan Rahim Ajar anak hakikat apa yang ada itu tidaklah kekal milik kita Hanya Allah yang disembah dan Allah sahaja yang memberi pertolongan Ajar anak cara berdoa iaitu paling utama minta Allah tunjuki jalan yang lurus iaitu jalan orang yang Allah kasih, reda dan beri nikmat. Bukan jalan orang yang Allah murka (marah).
1. Biismillah. Orang yang merasa bertuhan tidak akan berani berbuat kesalahan.
Pertama sekali, perlu ajar anak ilmu ketauhidan. Bahawa Allah itu ada sebagai Tuhan. Segala perlakuan kita adalah dengan izin dan rahmat kasih sayang Allah. Mereka yang melakukan segala perbuatan dengan menyedari bahawa Allah Maha Melihat tidak mungkin melakukan kesalahan.
Tetapi sebelum itu kita sebagai ibu bapa perlulah menghayati terlebih dahulu rasa bertuhan. Barulah ilmu itu akan mudah mengalir kepada anak melalui perbuatan dan tauladan.
Ads
2. Alhamdulillah, kita bersyukur dengan nikmat Allah. Ajarkan anak bersyukur.
Anak-anak itu anugerah yang wajib kita syukuri. Mereka adalah hadiah yang paling sempurna Allah berikan kepada kita. Tidak ada ibu bapa yang sengaja ‘merosakkan’ akhlak anak dan pastinya kita mahu yang terbaik untuk anak.
Ajarkan juga anak untuk bersyukur, ucapkan terima kasih kepada Allah. Supaya mereka tahu, segala nikmat dan kebahagiaan yang ada semuanya adalah milik dan pemberian Allah.
3. Rahman Rahim. Ajarkan siapa Allah itu yang bersifat Rahman dan Rahim.
Penekanan Rahman dan Rahim juga adalah penting dalam kita mendidik anak. Mana mungkin kita dapat mendidik dengan baik jika kita sendiri sebagai ibu bapa tidak memiliki sifat Rahman dan Rahim.
Dengan Sifat Rahman dan Rahim Allah maka kita dapat hidup dengan baik dan gembira di dunia ini. Dengan sifat Rahman dan Rahim Allah maka kita diberi nikmat yang banyak. Anak kita jika ditanam sifat pengasih dan penyayang, maka akan membesarlah mereka menjadi manusia yang baik akhlaknya, bertoleransi, mulia hatinya dan punya empati yang tinggi.
Ads
4. Suatu hari nanti akan ada penamat kita iaitu hari kematian. “Maliki yaumiddin”. Kuasa Allah sahaja yg mampu mewujudkan “Yaumiddin” Hari Pengakhiran, Hari Pembalasan.
Fahamkan pada anak bahawa semua yang kita ada tidaklah kekal selamanya. Akan hilang dan pergi jua bila sampai masa. Jika anak faham akan hakikat itu, mereka juga perlu diajar tentang mengurus emosi bahawa setiap perkara itu juga berlaku dengan hikmah. Hikmah yang ditentukan oleh Malik (raja) bersifat Rahman dan Rahim.
Ajarkan kepada anak juga mengenai Hari Pembalasan iaitu hakikat Syurga dan Neraka.
5. Setelah kita ajarkan pada anak bahawa Allah sahaja selayaknya disembah (iyyaka na’budu) maka ajarlah anak-anak minta pertolongan dari Allah (iyyaka nastaeen).
Nescaya sekiranya kita menjadi mu’min yang beramal soleh taat pada Allah, apa sahaja permintaan (doa) kita akan Allah kabulkan.
Ads
Surah ini juga mengajar kita bahawa dalam mendidik anak kita perlu ajar anak hakikat bahawa “buatlah kebaikan, Allah akan tolong orang yang selalu buat kebaikan”.
6. Dan Allah ajar apa yg perlu kita minta utama sekali adalah (ihdinas sirat al mustaqeem). Tunjukilah kami jalan yang lurus. Jalan yang Allah rahmat, jalan yang Allah redha. Perlu ajar anak sentiasa doa pada Allah agar dipelihara hidup.
Dan mintalah segala kebaikan sebagaimana umat terdahulu yang Allah beri nikmat bukan jalan orang terdahulu yang Allah laknat.
InsyaAllah jika semua manual ini diikuti dalam kita mendidik anak, kitalah ibu bapa yang akan berbahagia bukan sahaja di bumi tetapi juga di Syurga Allah.
Kan mahu masuk Syurga sekeluarga.
Semoga Bermanfaat. Kredit: Nazifatunnisa Salim
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya. Biar macam mana sekali pun perangai dan karenah anak, namun merekalah merekalah racun, merekalah penawar.
Bagi yang mengenali Fynn Jamal, Instafemes pasti tahu dia memiliki dua orang anak angkat. Terbaru di dalam perkongsiannya menerusi laman instagramnya, Fynn Jamal memuat naik catatan sempena ulang tahun pertama anak perempuannya bernama Sakti Kencana Fitri.
“”Terima kasih الله untuk setahun peluang hidup dgn sakti kencana fitri. Semoga kau pelihara dia dari mungkar, terjaga rukun islam dan rukun imannya. ingatkan dia kau tak pernah jauh. di masa dia hanyut, rentap dia semula. . “sakti kencana fitri, letak الله mendahului dari segala di langit dan bumi. itu sahaja doa mummy. . “jaga balong. dia perlukan awak utk teman dia sampai dia pergi. mummy daddy tak tau sempat sampai bila ni.”Tulisnya dikapsyen.
Melahirkan rasa kesyukuran dengan setahun kelahiran Sakti Kencana Fitri, Fynn Jamal turut mendoakan anak perempuannya itu sentiasa dirahmati selain menyelitkan nasihat berbaur emosi yang meminta anaknya itu menjaga Balong iaitu Juna yang merupakan anak lelaki sulung bila Fynn Jamal dan suami kerana tak tahu sempat sampai bila.
Perkongsian yang cukup beremosi itu kemudiannya mendapat perhatian dari pengikutnya. Rata-rata meluahkan sebak dan terharu dengan doa yang cukup ringkas namun mendalam maksudnya.
izzatiamran89 Aku baca dlm hati..tp meremang segala bulu roma.. Love u kak fynn
cikpuanbecca sayu mommy punya doa. Aminn untuk yang bernama sakti kencana fitri
normaliasulaiman Allahu..? sedih nyer.. abis mata msuk habuk baca ni.. semoga Allah swt mempermudahkan segala urusan untk sis..dan family semua. Aamiin
aries_atikah Sanah helwah sakti sayang..aunty doakn smga sntiasa dlm lindungan dan rahmat ALLAH SWT..sebak jak baca caption kak @fynnjamal ?
nurfaranie_angah Sebak baca doa mummy tu. . ?Sanah helwah Sakti Kencana Fitri. . Semoga di sentiasa dalam rahmat dan redha Allah. . Dipelihara olehNya hingga ke syurga. . Semoga bnyak keajaiban yang engkau miliki kelak seperti nama mu SAKTI. .
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Setelah hampir dua tahun dunia dalam kemelut pandemik Covid-19. Ekoran itu, ramai tidak dapat melakukan pelbagai aktiviti sosial, keagamaan dan ekonomi. Jika ada pun dalam dalam situasi yang terhad.
Menerusi perkongsian pengacara dan pelakon, Yatt Hamzah berkongsi tentang pengalaman menunaikan ibadah umrah di tanah suci.
Lebih menarik berpeluang menaiki motor khas buat pertama kali bagi melakukan ibadah saie.
Nak tahu ikuti pengalaman pertamanya itu.
Dah 6 kali pergi Umrah tapi inilah 1st time Bonda naik motor berSaie semasa hari kedua berada di Mekah utk Umrah Wajib kedua. Itupun kerana rushing sbb dah berjanji dengan penganjur @UmmahToday @mapimofficial utk adakan sesi LIVE Khabar Dari Mekah . Tak mahu kelam kabut, tergesa2 melakukan Umrah, so Bonda ambil keputusan utk naik motor selepas dicadangkan oleh Kanda @asnimansor yg masa tu sdg sakit kaki dan agar dapat selesaikan saie lebih awal dan boleh meraikan penganjur yg menunggu ketika itu. Bonda selalunya ambil masa 25-35 min bersaie, dan biasanya orang akan ambil masa 45-60 min utk habiskan 7 pusingan dari Safa ke Marwah. . Pengalaman pertama naik motor ni oklah, seronok juga sbb mudah dan cepat, sesuai utk mereka yg ada masalah kesihatan, uzur & berumur agar memudahkan ibadah saie yg agak mengambil masa dan tenaga krn jarak utk menghabiskan 7 pusingan Safa-Marwah-Safa kurang lebih 3.15 km. Harga pula dlm SAR57 bersamaan RM64 utk single ride dan SAR150 atau RM169 utk double ride. Yang best haritu sbb Bonda dapat bersama2 alunkan zikir2 indah dgn kekandaku Ustazah @asnimansor sepanjang bersaie.
. Personally Bonda yg biasa bersaie berjalan dan masih sihat mampu berjalan ini mmg lebih selesa berjalan drp menaiki motor. Motor mmg bukan pilihan Bonda krn tak terasa feel Bersaie, sedar2 dah sampai.
Tak sempat nak habiskan pun doa2 & zikir2 yg banyak dalam kepala ni dan tak berapa fokus jika nak berzikir & berdoa menggunakan buku (pada yang suka gunakan buku panduan Umrah) kerana perlu fokus pada pemanduan.
So kalau tanya saya, tentunya berjalan semasa Saie lebih afdhal buat yg sihat dan mampu. Saya mmg takkan pilih motor kalau tak terpaksa.
Apapun terpulang pada kalian ya. Bonda berikan pilihan buat kalian pilih. Cuma kepada yg teringin nak naik walaupun mampu berjalan, boleh je try feelingnya mcm mana.
Cuma jangan berangan nak rempit pula naik motor ni ya sbb setiap motor mmg dah set kelajuan maximum beberapa km sejam je. Memang tak boleh tekan lagi dah.
Dan buat yg tak pernah naik, jangan risau amat mudah utk handle motor ni semudah ABC.Tak perlu risau jatuh atau berlanggar sbb mmg selamat motor ni, 15 min selesai saie
Berita baik buat semua ibu bapa, Bantuan Awal Persekolahan (BAP) diteruskan seperti biasa tahun ini bagi meringankan beban untuk memulakan sesi persekolahan baru tahun hadapan.
Perkara ini dimumkan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pembentangan Belanjawan 2024 di Parlimen, Kuala Lumpur yang lalu.
Anwar berkata, selain itu Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin juga ditingkatkan kepada RM180 juta berbanding RM150 juta tahun ini.
Inisiatif BAP dikatakan mampu memberi manfaat kepada 5.2 juta orang murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 dengan mengurangkan beban ibu bapa dalam persiapan sesi persekolahan baharu pada tahun hadapan.
Bagi tahun hadapan, Bantuan Awal Persekolahan 2025 akan diteruskan dan diberikan kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya tanpa mengira pendapatan ibu bapa.
Bantuan RM150
Murid yang layak akan menerima BAP akan diberi bantuan sebanyak RM150.00 bagi seorang murid secara sekaligus (one-off).
Syarat / Kriteria Kelayakan Bantuan Awal Persekolahan (BAP)
Pemberian BAP kepada murid-murid dibuat berdasarkan kriteria-kriteria berikut:
* Murid warganegara Malaysia :
* Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya bagi Sesi Persekolahan 2025/2026; dan
* Murid bersekolah di :
* Sekolah Kerajaan (SK)
* Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK)
* Sekolah Agama
* Sekolah Swasta Persendirian yang berdaftar dengan Kerajaan
* Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih
* Sekolah Integriti
* Sekolah Henry Gurney
Kaedah Penyaluran Bayaran
Mulai tahun 2025, KPM akan memperluas kaedah agihan BAP kepada kaedah kredit ke akaun ibu bapa atau penjaga yang sah. KPM juga tidak menetapkan sebarang bank tertentu bagi tujuan agihan BAP secara kredit ke akaun bank.
Pengagihan Bantuan Awal Persekolahan dibuat sama ada secara:
* Tunai
* Disalurkan terus ke akaun bank murid
Tempoh agihan bagi murid Tahun 1 hingga Tingkatan 4 sesi persekolahan 2024/2025 ialah 30 hari dari tarikh surat makluman penyaluran peruntukan dikeluarkan oleh Bahagian Kewangan, KPM.
Manakala tempoh agihan bagi murid Tahun 1 sesi perseklahan 2025/2026 ialah 30 hari dari tarikh sesi persekolahan bermula.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di