Minggu depan kita semua bakal menyambut hari raya. Walaupun dalam tempoh PKPB, kita semua tetap meraikan hari raya Aidiliftri. Dalam tempoh ini tentu ada yang membuat pelbagai persiapan termasuk membuat kuih raya.
Menerusi group Masak Apa Hari Ini, melalui facebook Anie Dza telah berkongsi resipi membuat kuih raya hanya mengunakan popia sebagai bahan asas. Menariknya cara membuatnya mudah dan hanya mengunakan tiga bahan sahaja iaitu popia, coklat masakan dan kacang almond cincang. Mudah kan. Jom kita cuba buat. Confirm jadi untuk kudapan raya.
IKUTI PERKONGSIAN INI.
“Pepero Popia Almond Stick”
Ads
BAHAN-BAHAN: TIGA BAHAN AJE!
1.Kulit popia (jenama KG, pertama@spring home) kalau brand lain ade yg kulit mudah koyak. 2. Coklat masakan(saya guna yang bajet je) ade bajet lebih mak2 guna beryl’s lee 3.Almond cincang dalam 200gram
Ads
PENYEDIAAN:
Ads
Sebungkus kulit popia.. Di belah 4..kalau ade 40 keping.. Jadi 160 keping Coklat masakan Almond di panggang kejap dlm oven 150°c 10 minit.Gulung satu persatu.. Dlm mangkuk biru berisi campuran tepung gandum n air ntuk proses lekatkan gulungan akhir.. Guna straw ntuk mudahkan gulungan n bentuk yg sama setiap satu.. Selepas siap semua… Rehatkan kejap dlm esbok ntuk keraskan gulungan popiaSelepas itu… Goreng gulungan popia sampai agak kekuningan..Selepas di goreng.. Toskan di atas tisu dapo.. Tunggu sejuk kejapSementara itu… Separuh coklat masakan.. Potong kecil2.. Saya kukus je.. Maleh nk double boil bagai.. Camporkan 2 sd butter n gaul sebati.. Tujuan ntuk nampak coklat berkilat..Coklat tdi masuk dlm mug.. Sonang nk celup popia tdi.. Jangan celup sampai penuh… Agak2 yg ujung boleh pegangPastu tabur kan almond yg dah di panggang tdi.. Pastikn kne kat celupan coklat..Haaa.. Ginilah kejadiannye. . Nampak kononnye Pepero Premium.
Cc resepi by me Anie Dza Pahala buat owner resepi (saya x ingat) Saya halalkan resepi ni..selamat mencuba mak2 vogue semua.
Kuih-muih tradisional sememangnya menjadi kegilaan dan kegemaran ramai. Kuih bakar antara kuih yang boleh dikatakan popular dan sangat sedap dimakan terutama ketika panas.
Jika mengikut cara tradisional, kuih bakar dimasak dengan menggunakan arang dari sabut kelapa yang akan memberikan aroma wangi dan sedap.
Namun, kini semuanya sudah mudah dan pantas. Dengan menggunakan air fryer sahaja anda sudah boleh buat kuih bakar tanpa bertungkus-lumus. Mengikut resipi yang dikongsikan oleh Tsu Feh Sufiah ini hasil kuih bakarnya sangatlah menjadi dan yang pastinya sedap.
Kuih Bakar Super Simple
Bahan-Bahan:
1 Cawan air daun pandan
2 Cawan santan/1kotak kecil
2 Cawan tepung gandum
1 Cawan Gula
2 Biji telur
1 Sudu kecil garam
1 Sudu kecil esen vanilla
1 Sudu kecil pewarna hijau
Sedikit serbuk kulit kayu manis untuk bagi wangi (ikut citarasa)
Cara-Cara:
– Blend semua bahan tadi sampai sebati dan masukkn dlm loyang (loyang airfryer tu tak perlu guna baking paper pun takpe sebab tak melekat pun).
– Bancuhan ni dapat 2 biji kuih bakar. Kira bahagi dua la bancuhan tu.
– Masukkan je dalam Airfryer suhu 170° masa 45minit.
Tip: Tunggu betul-betul sejuk baru potong sebab nanti bahagian tengah tu akan mendap.
Mengimbau kenangan zaman kita kecil-kecil dulu semasa mak-mak kita sibuk membuat persiapan kuih Raya. Ada satu resipi kek ini mesti wajib mak kita buat, lain tak bukan Kek Oren.
Emmm…mengenangkan aroma kek tersebut yang sedang dibakar memang buat kita rasa hendak berbuka puasa jadinya. Memang tak sabar hendak makan, betultak?
Jadi apa kata Raya tahun ni, kita buatkan Kek Oren ini untuk anak-anak kita pula merasa kek yang dimasak dari air tangan ibunya dan untuk itu, ini resipinya yang telah dikongsikan oleh Puan Nieza. Jom semak.
Sekarang saya tahu kenapa orang nak buat kek oren. Sebab dia bukan sejenis kek yang muak kot. Makan tak muak, buat pun tak muak. Haha.. ada je jenis kek yang nak buat je dah rasa muak dah.
So ini kek oren resepi paling sempoi tapi misteri dalam donia. Nak kata sedap, tak pasti. Tapi yang nyatanya bila saya potong, piring untuk kek ni tak penuh-penuh. Misteri juga difikirkan.
Resepinya, sempoi macam cara mak-mak kita buat seperti di bawah :
RESEPI KEK OREN SEMPOI SEDAP RAYA
1 biji oren sunkist
1 cawan jus buah oren di atas
3 sudu teh sunquick
(Campur air jadikan 1 cawan jus oren di atas)
Nota : Resepi ni ada satu cawan jus sahaja bukan 2 cawan)
1 1/2 cawan gula
4 biji telur
1 cawan minyak
Sedikit garam
Bahan Kering :
2 cawan tepung gandum
2 sudu teh baking powder
Cara :
1. Ambil buah oren, belah ambil jusnya di dalam cawan sukatan di atas.
2. Potong kecil-kecil (hampas) buah oren tadi dan masukkan dalam blender / fruit processor.
3.Dengan sempoi, masukkan kesemua bahan basah yang di atas dan blend / putarkan fruit processor sehingga sebati.
4.Dalam bekas berasingan, sediakan tepung dan baking powder. Tuang adunan basah ke dalam adunan kering dan kacau sebati guna whisk tangan.
5.Griskan loyang dengan minyak. Tuang adunan ke dalam loyang.
6.Panaskan oven pada suhu 160C dan bakar 40 minit atau sehingga adunan tak lagi bergoyang.
Bau oren yang harum memikat menggamit nostalgia malam raya bersama keluarga di suatu masa.
Selamat berhari raya dengan kenangan lama semua!
Sumber : Nieza Nor Hamnira via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Memiliki peha yang besar merupakan antara ‘masalah’ utama bagi kebanyakan wanita. Mungkin atas faktor pemakanan yang tidak seimbang, rutin bekerja yang lebih banyak duduk, pengaruh hormon dan sebagainya.
Menerusi perkongsian oleh Norliza Mohd Salleh yang juga merupakan seorang perunding jamu, beliau berkongsi petua tradisional yang boleh diamalkan bagi menangani masalah peha besar ini hanya dengan jintan manis.
Bahan-bahan:
2 sudu besar Jintan Manis
1 liter Air
Cara membuat:
Rebus jintan manis bersama 1 liter air selama 30 minit dengan api sederhana kecil.
Info Ekstra!
1.Minum secawan pagi dan secawan malam, selepas makan setiap hari, selama sebulan.
2.Ulang langkah rebusan sehingga memenuhi keperluan.
3.Amalan petua lebih berkesan jika disusuli senaman squat dan minum air 3 liter sehari.
4.Jangan lupa catat ukuran peha anda tu sebelum dan ambil juga ukuran selepas sebulan mengamalkan.
Bukan itu sahaja, air rebusan jintan manisia juga boleh membantu:
Buang angin dalam badan
Masalah mulut berbau
Kurangkan selera makan
Tingkatkan metobolisma badan
Cuci usus
Sakit-sakit sendi
Kurangkan Kolestrol
Tambah darah
Masalah Gemuk air
Banyakkan susu badan
Selamat Mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
“Pengebumian enam beranak tragedi Sungai Korok paling penyayat Hati"- Setiausaha Masjid kongsi detik sayu. Suasana hiba menyelubungi tanah perkuburan Islam Masjid At-Taqwa apabila enam sekeluarga yang ditemukan lemas dalam kereta di Sungai Korok dikebumikan serentak dalam satu liang lahad, baru-baru ini.