Siapa sangka dari niat suka-suka tanam pokok cili di rumah, seorang guru ini mampu menjana pendapatan kepada sekolahnya. Bermula dengan beberapa pokok cili yang ditanam secara konvensional di halaman rumah ibu bapanya, Mohd Izranuddin Jelani atau lebih dikenali Cikgu Izra, kini gigih menjalankan projek tanaman cili padi fertigasi di sekolahnya.

Walaupun mengajar subjek Pendidikan Seni Visual, berbekal minat,  beliau mengikuti kursus, pameran  dan karnival bagi menambah pengetahuan setelah menyedari tanpa ilmu mengenai tanaman tentu apa yang diusahakan kelak mudah diserang penyakit. Ikuti temubual Majalah Keluarga bersama guru yang bersemangat wajar dalam pertanian ini.

Guru Ini Tanam Cili Cara Fertigasi Di Sekolah. Jana Pendapatan Lumayan Hingga Cecah RM20 Ribu! Sungguh Inspirasi

“Minat tanam cili timbul selepas keluarga dan ibu saya kerap membeli cili. Saya cuba tanam sendiri dan tak sangka menjadi. Pada  tahun 2010, ilmu bertani diturunkan kepada saya daripada Tuan Syeikh Noh, individu yang pakar dan cukup dikenali dengan ilmu pertaniannya di Johor. Beliau merupakan sifu yang banyak memberi tunjuk ajar kepada saya,” jelasnya sebelum ini merupakan bekas Penolong Editor Sinar Harian Kelantan.

Melihat hasil tanaman bertambah justeru dapat menjimatkan belanjawan keluarga, Cikgu Izra mula berfikir secara serius untuk mengusahakan cili secara komersial di sekolahnya.

Setelah hasratnya dipersetujui pengetua, Puan Mahidah Kosnan, berbekalkan pengetahuan yang ditimba dan bantuan sifu, Cikgu Izra membeli anak pokok dari rumah semai untuk ditanam di tapak yang disediakan di sekolahnya sehingga mampu menjana pendapatan mencecah lebih RM20,000 setelah dua musim di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Fatimah Hashim, Taman Daya, Johor Bahru, Johor.

Terdahulu, beliau juga telah berjaya menjana pendapatan di sekolah lamanya, SMK Taman Johor Jaya 2 sebelum berpindah dengan keuntungan yang cukup lumayan.

Guru Ini Tanam Cili Cara Fertigasi Di Sekolah. Jana Pendapatan Lumayan Hingga Cecah RM20 Ribu! Sungguh Inspirasi

Mempertaruhkan 500 pokok cili, beliau menyelia setiap pokok agar bebas daripada pelbagai jenis penyakit dan serangga perosak serta memastikan baja yang sesuai, kaedah meracun dan lain-lain perkara berkaitan supaya pokok dapat tumbuh dengan subur.

Menurutnya, pengeluaran modal permulaan sebanyak RM14,700 untuk membina sistem fertigasi yang lengkap. Projek tanaman ini bermula 16 Mei 2017 dengan 500 polibeg yang meriah pendapatan lumayan bagi musim pertama dan kedua.

“Hasil pendapatan bagi musim pertama iaitu 15 Mei hingga 31 Disember 2017 dengan pendapatan RM11,000 dan musim kedua bermula 31 Jan hingga 31 Disember 2018 dengan pendapatan RM10,170.

“Hasil pertama dan kedua yang diraih cukup lumayan dengan pendapatan keselurahan RM21,170. Kebiasaannya, akan balik modal setelah dua musim. Saya bersyukur projek ini dapat menjana pendapatan sekolah di sini,” jelasnya yang juga mengusahakan tanaman cendawan 1 ribu polibeg, 3 lot madu kelulut, 400 polibeg halia, 50 pokok durian belanda yang kini sedang berbuah,” jelasnya yang dikenali di seluruh Johor dan Malaysia dengan kejayaan projek pertanian sistem fertigasi. Kini Cikgu izra turut diundang oleh beberapa buah sekolah di Malaysia untuk perkongsian atas pencapaiannya.

 

Ahli kelab

IKLAN

Guru Ini Tanam Cili Cara Fertigasi Di Sekolah. Jana Pendapatan Lumayan Hingga Cecah RM20 Ribu! Sungguh Inspirasi Guru Ini Tanam Cili Cara Fertigasi Di Sekolah. Jana Pendapatan Lumayan Hingga Cecah RM20 Ribu! Sungguh Inspirasi

Bagi menjayakan projek ini, sudah pastinya memerlukan kerjasama ahli kelab untuk memastikan pokok-pokok dijaga dengan baik supaya dapat tumbuh subur. Dengan pengalaman yang ada, beliau menugaskan ahli Kelab Lestari yang dianggota pelajar tingkatan satu hingga lima mengikut bidang kerja secara berjadual.

“Pelajar-pelajar dalam Kelab Lestari ditugaskan sebagai pemetik buah mengikut tugasan yang diberi. Contohnya untuk tanam 400 halia polibeg dengan ahli 50 orang, setiap seorang diberi komitmen untuk menjaga 5 hingga 10 polibeg.

“Untuk menjana pendapatan, saya akan mengajar murid bagaimana untuk menjual dengan membawa mereka ke pasar. Buah cili dipetik tiga hari sekali atau jika hasilnya banyak, hari-hari kami akan petik dan murid berbeza dipilih untuk ke pasar tanpa mengganggu waktu pembelajaran mereka.

“Keberkesanan projek ini kepada pelajar telah membuatkan saya ditegur oleh seorang ibu yang inginkan anak perempuannya menyertai kelab berkenaan sedangkan pemilihan ahli dilakukan oleh pihak sekolah tanpa melibatkan saya. Nyata, ada ibu bapa inginkan anaknya mendapat pendedahan mengenai aktiviti pertanian ini untuk kemahiran hidup anaknya, ”ujarnya yang turut memberi kebenaran murid yang terlibat untuk membawa pulang ke rumah hasil tanaman sebagai tanda penghargaan komited dengan tanggungjawab yang diberi.

Harapan

Mengulas perancangan masa hadapan, Cikgu Izra berharap akan dapat mempelbagai tanaman dengan menggunakan tapak dan kelengkapan sedia ada. Malah tahun ini bercadang untuk menanam terung pula dengan menggunakan sistem yang sama.

“Untuk projek seterusnya ini, modal permulaan agak sedikit berbanding musim pertama dan kedua setelah kos-kos untuk kelengkapan telah diserap semasa projek tanam cili terdahulu. Kos tanaman terung hanya melibatkan baja dan benih sahaja yang hanya memerlukan kos lebih kurang satu ribu lebih sahaja,” ujarnya.

Menjawab persoalan mengenai tanggapan negatif sesetengah pihak mengenai aktiviti pertanian di sekolah tidak bermanfaat untuk pelajar dan dikatakan membuang masa, beliau cukup kecewa tapi sudah lali dengan persepsi demikian.

IKLAN

“Ada segelintir kata aktiviti ini tidak boleh pergi jauh. Hakikatnya, ia nilai tambah ilmu kepada pelajar selain melihat akademik sebagai pencapaian utama. Aktiviti ini setidak-tidaknya menjadi ruang rekreasi kepada pelajar.

“Selain tambah pendapatan sekolah, saya berharap setiap sekolah ambil inisiatif ini sebagai salah satu cara menjana pedapatan dan sekaligus melatih dan menambah kemahiran pelajar. Bagi saya, jika tidak cemerlang akademik sekalipun masih boleh berjaya dalam bidang pertanian jika tahu mengambil peluang dan bijak mencari pasaran.”

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan jutaan terima kasih kepada semua guru-guru, ahli PIBG dan seluruh warga sekolah yang memberikan sokongan menjayakan projek pertanian serta Tuan Syeikh Noh yang banyak memberi tunjuk ajar kepadanya.

“Semuanya tidak hadir semudah yang disangka. Tanpa pengorbanan berterusan, ia hanya sekadar mimpi. Malah, tanpa ilmu pertanian yang betul, semua azam hanya jadi angan-angan kosong,” katanya yang cukup ramah dalam sesi perkongsian ilmu dan diskusi bersama Keluarga.

Guru Ini Tanam Cili Cara Fertigasi Di Sekolah. Jana Pendapatan Lumayan Hingga Cecah RM20 Ribu! Sungguh Inspirasi Guru Ini Tanam Cili Cara Fertigasi Di Sekolah. Jana Pendapatan Lumayan Hingga Cecah RM20 Ribu! Sungguh Inspirasi Guru Ini Tanam Cili Cara Fertigasi Di Sekolah. Jana Pendapatan Lumayan Hingga Cecah RM20 Ribu! Sungguh Inspirasi Guru Ini Tanam Cili Cara Fertigasi Di Sekolah. Jana Pendapatan Lumayan Hingga Cecah RM20 Ribu! Sungguh Inspirasi

Pendekatan yang digunapakai oleh guru ini sungguh inspirasi dan membantu kemahiran diri pelajar untuk jangka masa panjang.

Sumber: Majalah Keluarga Mac-April 2019

 

IKLAN

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI