Habbatus sauda sangat berkesan membantu menurunkan berat badan. Habbatus sauda  mempunyai sifat antikeradangan, antioksidan, antibakteria, antiparasit dan antikulat. Potensi dan kelebihan habbatus sauda dalam bidang perubatan serta kesihatan bukanlah perkara baharu.

Habbatus sauda sangat baik dijadikan minuman harian bagi membantu menurunkan berat badan. Ia juga merupakan salah satu daripada herba yang banyak digunakan untuk rawatan pelbagai jenis penyakit seperti kencing manis, asma, darah tinggi, penyakit kardiovaskular (jantung) dan barah.

Habbatus Sauda kaya dengan mineral, karbohidrat dan lemak yang bagus untuk kesihatan. Kandungan zatnya adalah karbohidrat sebanyak 38%, protein (21%) dan asid lemak (35-38%) dan mineral lain (6%).

Bagi mama yang sedang dalam usaha untuk menurunkan berat badan, mama bolehlah mencuba petua yang diamalkan oleh wanita ini. Bahan asas yang digunakan ialah habbatus sauda.

Berikut perkongsian Sumaiyah Abdullah

RAHSIA TURUNKAN BERAT BADAN DALAM MASA 20 HARI DENGAN HABATUSSAUDA

Habbatus Sauda Bantu Turunkan Berat Badan, Dalam Masa 20 Hari Sudah Nampak Kesan

Ada tak kat sini yang tercari-cari resepi atau petua untuk turunkan berat badan? Resepi ni ciksu dapat dari sahabat kat seberang. Inshaallah berkesan katanya. Yang penting mudah dan selamat.

Ads

Bahan-bahan:

2 sudu besar habatussauda
1 jug air
1 sudu besar madu (sukatan untuk 1 cawan)
Sedikit perahan air limau nipis atau lemon.

Cara-cara:

1- Rendam semalam habatussauda dalam periuk yang berisi air.

2- Esok paginya, rebus rendaman tadi dengan api sederhana kecil sehingga menggelegak.

Ads

Habbatus Sauda Bantu Turunkan Berat Badan, Dalam Masa 20 Hari Sudah Nampak Kesan

3- Apabila air sudah bertukar warna, tutup api dan tudung periuk tadi sementara menunggu rebusan tadi sejuk.

Habbatus Sauda Bantu Turunkan Berat Badan, Dalam Masa 20 Hari Sudah Nampak Kesan

4- Kemudian, tuang ke dalam cawan dan masukkan madu serta sedikit perahan limau nipis atau lemon.

Ads

Habbatus Sauda Bantu Turunkan Berat Badan, Dalam Masa 20 Hari Sudah Nampak Kesan

5- Kacau rata. Sedia untuk diminum. Memang sedap rasanya. Amalkan sehari sekali sebelum sarapan.

Habbatus Sauda Bantu Turunkan Berat Badan, Dalam Masa 20 Hari Sudah Nampak Kesan

Dalam habatussauda terdapat sejenis kandungan kimia yang berfungsi untuk menghalang proses penyerapan lemak dalam badan. Sebab itulah ia berkesan untuk menurunkan berat badan.

Habbatus Sauda Bantu Turunkan Berat Badan, Dalam Masa 20 Hari Sudah Nampak Kesan

Kandungan saponin dalam habatussauda ini juga berfungsi untuk meneutralkan dan menyingkirkan toksin dalam badan. Jadi, badan akan terasa ringan. Selain untuk menurunkan berat badan, resepi ini juga bagus untuk meredakan batuk dan selesema.

Sumber kredit: Sumaiyah Abdullah

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI