Ruang dapur antara tempat yang menaikkan mood seseorang wanita yang sudah berkahwin selain bilik. Nak nak lagi bagi mereka yang suka memasak. Biarpun penat seharian di luar atau sibuk menguruskan rumah tangga, waktu memasak adalah paling menyeronokkan.
Semua penat hilang kalau dapat beraksi di dapur menyediakan hidangan buat keluarga. Justeru, ruang dapur yang kemas dan cantik membuatkan mood memasak itu semakin bertambah.
Bertambah menarik lagi jika dekorasi ruang berkenaan dilakukan oleh orang tersayang. Menerusi laman Deco Rumah Ku Syurga Ku, lelaki bernama Hisham Aaz ini berkongsi idea dalam mengubahsuai dapur di kediamannya dengan hanya menggunakan kayu pallet.
Malah, perbelanjaan untuk dekorasi itu juga lebih kurang RM500. Namun hasilnya cukup mengkagumkan apabila kedudukan ruang di dapur berkenaan tampak kemas dan tersusun!
Hadiah istimewa buat isteri baru bersalin
Sebelum deko
Selepas deko
Assalamualikum..
Sedikit perkongsian dapur kecil kami..
Simple from pallet pine. Bajet deco.. hehe
Ads
Isteri baru bersalin jadi saya kerjakan dapur dia hadiah untuk dia.
Disebabkan dia jarang masak pakai dapur gas. Pakai pressure cooker jer ngn airfryer tu jadi saya manfaatkan laa ruang dapur gas dia buat penutup bole gakk letak apa-apa atas tu dari terbiar.
Kot ada yang perlu diperbaiki or ditambah minta tunjuk ajar sifu-sifu otai deco dalam nak curahkn ilmu. haha
Label-label pada bekas tu dah buat. Tapi saya agak malas nak lekatkan. Tunggu wife laa suruh dia lekat. haha
(Nota tambahan)
Atas permintaan untuk saya memberikan sedikit perincian jadi kita update post.. hehe
Bahan yang digunakan
Ok 1st Bahan asas papan pallet
Ads
Pallet saya beli di PAPAN PINE WOOD (Alam impian) Total pallet yang saya pakai dalam 125 pcs – Untuk semua pallet tak pakai kertas pasir untuk gosok sebab beli dah bersih. Boleh tengok gambar dalam kereta saya beli tu. Tu gambar kali kedua saya beli. First tak ambik sebab dah malam.
Untuk tulang kabinet tu saya beli yang lain saiz yang sedikit kecil tapi lebih tebal.
Cat saya beli satu tin besar di CSM handware tapi lebih banyak pulakk. Ingat macam tak cukup..haha
Wallpaper saya beli online di Shoppee Total saya guna dua roll
Barang-barang lain semestinya di Eco Shop lah.. hahaha.
Yang lain barang yang sedia ade di rumah
Untuk buat semua ni pastikan pakai gam kayu juga supaya lebih kukuh selain dari skru dan paku.
Saya ada update gambar yang sebelum kecik-kecik tu tambahan sebab ada yang minta nak tengok. Tapi maaf kalau gambar belum siap tu agak menyakitkan mata bila ditengok..haha..
Ads
Kos keseluruhan
Untuk cost pulak..
Pallet Sekeping RM2.30 total pallet yang pakai 125 keping 2.30×125 = RM287.5
Untuk tulang kabinet saiz yang sedikit kecil tapi lebih tebal. Saya pakai 40pcs Harga RM1 x 40pcs = RM40
Untuk rak pinggan yang tu rm1.30 sebatang. 10batang x 1.30 total RM13
Cat satu tin RM70.00
Wallpaper Dua roll RM30.40
Barang-barang kedai Eco RM70.00
Total RM 510.9
Lain-lain teh ais ikat tepi nasi goreng kampung lain-lain, paku skru barang tukang lain, sikit-sikit yang tak de letak lah RM550 hehe..
Zaman teknologi serba canggih masa kini, rata-rata pastinya sudah ada akaun di media sosial tidak kiralah Instagram, Facebook atau Tiktok. Termasuklah bagi selebriti atau pempengaruh uang menggunakan media sosial masing-masing untuk memasarkan diri dan berkongsi perihal kehidupan mereka di dalam itu.
Selain mereka, anak-anak juga tidak ketinggalan terkena tempias populariti ibu atau bapa masing-masing.
Sebagai contoh, kedua-dua anak perempuan pelakon Que Haidar antara yang sering menjadi perhatian netizen disebabkan kejelitaan rupa paras mereka yang mewarisi kecantikan isteri aktor tersebut iaitu pakar tarian dan koreografi, Linda Jasmine.
Menerusi temubual yang diadakan program MeleTOP baru-baru ini, Que atau nama sebenarnya, Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, 43, berkata buat masa ini dia masih belum membenarkan’ kedua-dua anaknya, Tengku Ratu dan Tengku Cleopatra untuk
memiliki akaun media sosial sendiri.
Ini kerana menurut Que, dia lebih mengenali anak-anaknya yang mungkin tidak akan tahan dengan komen-komen negatif yang sering ditinggalkan sebahagian netizen seperti mana yang berlaku terhadap golongan selebriti mahupun anak-anak mereka sebelum ini.
“Sebagai bapa, saya rasa saya lagi kenal anak-anak saya. Mereka (anak-anak), hati mereka lembut.
“Kan kita ada segelintir netizen yang tulis tidak elok. (Saya risau akan) kacau dia orang punya feeling. Saya rasa mereka tak bersedia lagi untuk handle benda-benda macam ini” katanya.
Sekadar info, Que mendirikan rumah tangga dengan Linda pada 14 Februari 2009 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Tengku Ratu, 13, dan Tengku Cleopatra, 10. Linda juga mempunyai seorang anak lelaki, Qalif Khan, 22, hasil perkahwinan terdahulu.
Dapatkan Telaga Biru Pakej Kenal Jawi Kenal Al Quran Set dengan kos diskaun RM5, dengan menggunakan kod KELGST5 di sini
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Biarpun pernah mengalami keguguran dua kali sebelum ini, namun rezeki pasangan sama cantik sama padan ini menimang anak akhirnya dimakbulkan.
Semalam, Sari Yanti dalam satu perkongsian memuat naik sekeping gambar bersama Jep dan anak. Sekali gus mengumumkan dirinya sedang berbadan dua.
Untuk rekod, Sari sebelum ini pernah menjalani pembedahan membuang sebelah tiub fallopiannya yang rosak.
Esok anniversary kami yang ke 3 . Ya Allah rahmatilah perkahwinan @jepsepahtu dan @sariyanti di dunia hingga akhirat. amin ❤ .
Alhamdulillah dalam perjalanan kami di usia perkahwinan yang ke 3 tahun kami sedang tunggu kehadiran ahli baru .. insyaallah. Kami bersyukur dan ucapkan terima kasih banyak banyak atas doa yang baik dari anda semua. Semoga Allah balas yang lebih baik buat anda sekeluarga 🤗
Kakak tak penah kisah @jepsepahtu rambut panjang ke pendek. Mana mana pun sayangnya sama. Hatinya sama. Tak ada beza. I love you Husband @jepsepahtu . Happy 3rd Anniversary 💋❤
Bunga butang bukan sahaja ditanam untuk mencantikkan laman kediaman, malah kalau ada yang masih ingat, bunga inilah juga yang sering kita petik semasa bermain dengan kawan-kawan ketika zaman kecil dahulu.
Tapi tahukah anda, bunga butang ini banyak keistimewaannya yang tersendiri. Malah mungkin ada yang terkejut bila mana bunga butang yang comel itu, boleh dijadikan air minuman!
“Sejak tahu bunga butang ni sejenis ‘edible flowers’, banyak saya tanam di dalam kawasan kebun pada musim yg lalu.“-Masliza
Selain mencantikkan kebun sebagai ‘garden boarders’, pokok butang ni banyak khasiat.
KELEBIHAN BUNGA BUTANG
Bunga butang selalu dibuat sebagai potpaurri kerana selepas dipetik bunga ini akan kekal warna tidak pudar.
2. Bunga butang ni pun bole di buat teh dengan cara meredam 2-3 kuntum bunga ke dalam air panas dan dicampur dengan madu.
3. Senang ditanam cuma tabur benih dan mudah dijaga kerana tidak perlu disembur dengan racun serangga seperti kebanyakan pokok bunga.
Manakala ini pula merupakan perkongsian daripada puan Nur Halifpah melalui Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri, di mana beliau berkongsi resipi menyediakan minuman dengan menggunakan bunga butang ini. Jom semak.
“Semalam saya pos pasal bunga nie boleh buat teh…pagi nie saya breakfast dengan air rebusan bunga butang…klu org tanya apa rase..bg pendapat saya rase nya lagi sedap dari teh biase…ade aroma bunga n warna nya sweet sgt…cantik…bagi pendapat saya . bagi yg baru nak cuba klu rase was2 minum la sikit dulu klu ade sebarang kesan negative xperlu la minum..sebab badan kita laen2 so penerimaan pon setiap org berlainan…”– Nur Halifpah
Bahan-bahan:
Amik 10-15kuntum bunga butang(saya amik warna purple sebab nanti air bertukar warna)
Cara Penyediaan :
Cuci bersih dan sebaiknya rendam sekejap untuk pastikan tiada semut atau sebagainya.
Rebus selama 10 minit atau sehingga bertukar warna.
Tapis di dalam cawan.
Siap untuk dihidang.
Ekstra tip : Boleh diminum dgn gula batu atau madu (Saya gna gula biase je)
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.