Keenakan rasa Nasi Ayam Hainan memang cukup menepati selera ramai antara kita. Bukan sahaja kerana nasi ayamnya berasa malah kelembutan daging ayam yang distim memberi keistimewaannya yang tersendiri.
Apatah lagi anak-anak, dengan sebab ini memang boleh makan bertambah jika dihidangkan menu nan satu ini.
Untuk mengetahui rahsia mendapatkan menu Nasi Ayam Hainan yang asli, lelaki ini berkongsi resipi selepas berjaya ‘menuntut’ dengan kawan sepejabatnya yang berbangsa Cina.
Ini perkongsiannya.
Kehadapan makcik-makcik bawang, dan adik-adik bawang. Selepas abe menuntut selama semalaman bersama office mate yang berbangsa cina, abe korek resepi hainan steam chicken rice dari beliau.
Kalau chinesse sebut stim bukan stim dalam steamer. Mereka guna method slow simmer.
Paham tak?
Kalau tak faham meh abe terangkan macam mana sediakan juadah yang kalau laki ang jenis tak suka makan nasi ayam melayu.
Ads
1. Ayam mestilah dalam room temp, bukan yang baru keluar dari icebox kedai aceh mahupun esbox korang tu.
2. Kerat halia tua, akar ketumbar, dan daun bawang. Lempar dalam air.
3. Air mestilah dapat meng-titanic-kan ayam, pastikan tiada detik-detik jack n rose di dalam periuk rebusan!!!
Ads
4. Jerang air untuk rebus ayam bagi menggelegak. Kemudian celup ayam 3 kali, tiga kali di sini untuk bagi the whole kulit tegang macam lepas cucuk botox. 3 kali di sini bermaksud 1 kali celupan angkat kejap bagi air boiled balik dan celup balik.
5. Gunakan api yang paling rendah, tiada aktiviti rebusan yang menggila-gila, tenggelamkan ayam. Dan bagi dia rilex mandi-mandi dalam 30 ke 45minit bergantung pada size ayam. (Ini teknik slow simmer). Api masih ada tapi dia tak menggelegak.
6. Lepas settle angkat terus celup dalam air sejuk!
7. Ambil minyak-minyak yang terapung di atas untuk nasi, dan guna air rebusan untuk nasi juga.
Ads
8. Kerat halia, masukan daun pandan dan sikit je serbuk kunyit. Dan garam.
9. Untuk hainan cili, kau pi gugel sendiri! Bukan susah mana pun.
10. Untuk kicap siraman ayam, kicap cair, halia dan hujung putih daun bawang sahaja cincang gila halus dan sedikit minyak bijan.
11. Cara buat kicap, kau campur bahan di atas dalam mangkuk kaca pyrex yang mahal korang tu. Ambil 3 camca minyak, kau panaskan minyak tu, kendian masuk dalam campuran kicap kau tu. (Ni yang paling best, dia masak dalam mangkuk tu). Lepas tu siram la atas ayam kau tu.
12. Sup pula, boleh sediakan macam-macam cara, nak letak lobak masin boleh, tak nak pun takpe, campak sikit stok ayam knorr ikut tahap darah tinggi korang tu. Kalau tak masin gak tapi rasa dan bau dan naik tak reti-reti nak letak garam?
13. Kau laparkan? Pi la mengketedarah!
P/s: korang jangan ketuk pintu umah abe kalau ada bau wangi.. mana-mana anak dara nak meminang tu pastikan korang pakai baju besi, takut kena tembak dengan mem besar nanti.
Sumber : Azrul Azamzi via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Program Hari Keluarga memang seronok jika diadakan, macam-macam aktiviti kita boleh buat bagi memeriahkan suasana. Bukan untuk kanak-kanak sahaja malah seluruh keluarga akan terlibat dan jangan tak percaya, opah pun boleh kalahkan cucu cicit dalam pertandingan yang dianjurkan.
Contohnya macam video yang dikongsikan di aplikasi TikTok oleh @sayazafirah97, berkongsi momen indah dan ceria saat mengadakan perjumpaan hari keluarganya baru-baru ini selepas sekian lama tidak boleh berkumpul akibat pendemik Covid-19.
Balingan Opah Ha Tepat Menangi Hadiah Utama
Opahnya berusia 83 tahun berjaya menewaskan anak,cucu dan cicitnya dalam pertandingan ‘baling nasib’ dan ternyata bukan sahaja ahli keluarga gembira malah seluruh wargamaya yang menonton video tersebut turut terhibur dengan aksi yang ditunjukkan oleh opah tersebut.
Apa yang lebih mengujakan dalam pertandingan ini opah yang dikenali sebagai Opah Ha berjaya membolot hadiah paling utama iaitu berupa hamper dengan hanya sekali balingan.
“Opah selalu main guli ke kecil-kecil dulu” komen salah seorang warganet dan tidak kurang juga ada yang menyakat dengan menulis di ruangan komen, “Opah dapat bakul hamper, isi dalam semua kasi kat cucu”
Memetik perkongsian daripada cucunya iaitu Wan Norzafirah Jamaludin, 24 di mStar, menurutnya aktiviti dan pertandingan tersebut diadakan bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan yang terpaksa berjauhan sebelum ini akibat pendemik Covid-19.
Mesra dipanggil Fira, peniaga dalam talian ini berkata, majlis hari keluarga seperti ini sebenarnya sering diadakan di rumah opah di Kampung Bekut, Sungai Siput, Perak, namun kali ini mereka memilih untuk meraikannya di Chalet Impian Teluk Batik.
“Event ini adalah sambutan hari keluarga adik beradik belah mak, sejak Covid ni susah nak berjumpa jadi bila dapat berkumpul itulah masa nak eratkan hubungan kekeluargaan.
“Jadi kami buat beberapa aktiviti, macam ‘game’ yang opah menang hamper tu kami namakan sebagai ‘baling nasib’ sebab bila baling tin tu kira nasib la dapat apa,” ujarnya.
Menurut Fira lagi, selain ‘baling nasib’, opahnya juga sporting menyertai pelbagai aktiviti lain seperti ‘balingan kasih sayang’ iaitu belon isi air, acara kepit belon, mandi tepung dan pertandingan tiub belon.
“Opah cuba juga nak tiub belon tapi belon tak kembung-kembung, dia cakap ‘gigi takde’ kesudahannya cucu dia dapat belon tu,” ceritanya lagi.
Difahamkan juga sambutan keluarga kali ini telah disertai sekitar 40 ahli keluarganya.
“Kami gerak dari kampung secara konvoi, sampai je makan tengah hari dulu sebelum check in.
“Makanan pula kami buat pot luck, satu keluarga masak satu menu. Jadi kami ada 9 keluarga semua anak-anak opah, jadi adalah sembilan menu,”jelasnya yang turut memaklumkan olahnya mempunyai 28 cucu dan sembilan cicit.
Manakala untuk juadah makan malam, difahamkan keluarga ini ada buat BBQ. Tidak hanya itu, acara malam harinya turut dimeriahkan lagi dengan mengadakan pertandingan rebut kerusi kategori lelaki dan perempuan, penyampaian hadiah adik beradik, cabutan bertuah dan pemberian cenderahati kepada opah.
Hujung minggu ni pasti ibu-ibu mempunyai masa menyediakan hidangan enak untuk makan tengah hari bersama keluarga. Jika bosan dengan gulai, kari atau sambal, boleh cuba pula hidangan yang sedikit istimewa iaitu kerapu kukus asam boi.
Ditambah dengan hirisan tomato dan mangga muda pasti anak dan suami tak sabar untuk menikmatinya.
Bahan-bahan:
1 ekor ikan kerapu (saiz sederhana atau besar) – bersihkan
3 biji asam boi (tanpa warna)
1 sudu makan sos soya cair
1 sudu teh sos ikan
Sedikit minyak bijan (jika suka)
2 inci halia muda – mayang halus
2 batang serai muda – mayang halus
4 ulas bawang putih – cencang halus
4-5 biji cili padi – diketuk
2 biji limau nipis – perah jusnya
Garam secukup rasa (jika perlu)
Daun ketumbar/ daun bawang
Cara membuat:
Bersihkan ikan. Kelar 3 di setiap bahagian.
Di dalam mangkuk, satukan sos soya cair, sos ikan dan sedikit minyak bijan. Gaul sebati dan lumurkan pada ikan.
Kukus ikan sehingga separuh masak.
Tambahkan hirisan halia, serai dan asam boi. Kukus lagi ikan hingga masak.
Tuang jus limau nipis dan sesuaikan rasanya. Jika perlu, tambah sedikit garam. Tambah cili padi.
Tabur daun ketumbar atau daun bawang yang telah dihiris.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kebanyakan orang sering mengabaikan kebersihan bilik mandi atau tandas kononnya ruang yang tidak penting. Tetapi sebenarnya, bilik mandi adalah cerminan peribadi terhadap empunya rumah sama ada pembersih atau tidak.
Bayangkan jika ada tetamu datang ke rumah dan ingin menggunakan tandas atau bilik air di rumah. Pasti anda malu bila dikatakan tidak menitikberatkan soal kebersihan dan dilabel sebagai seorang yang pengotor.
Elakkan masalah ini, jom belajar cara mudah untuk hilangkan kotoran degil dalam bilik air dan tandas. Sedikit sahaja masa yang diperlukan bagi memastikan bilik air dan tandas anda sentiasa bersih dan selesa.
Bahan yang diperlukan
160gm baking soda
60 ml jus lemon
1/2 tbsp Cuka
1tbsp Hidrogen peroksida
15-20 titik wangi-wangian
Cara-Cara
Campurkan baking soda dan jus lemon ke dalam bekas.
Dalam bekas lain campurkan hidrogen peroksida dan cuka.
Masukkan campuran hidrogen tadi ke dalam campuran baking soda sikit demi sedikit.
Tambahkan pewangi pilihan anda ke dalam campuran tadi.
Bentukkan campuran tadi secara bulat dan susun atas kertas kering.
Biarkan kering selama 4 jam sebelum digunakan.
Simpan dalam bekas kedap udara dan gunakan bila perlu.
Tip tandas sentiasa bersih dan wangi
Luangkan kira-kira 5 minit setiap hari sebelum mandi untuk mencuci bilik air dan tandas di rumah anda.
Letakkan sahaja sedikit cecair pencuci ke atas span dan gosok dinding, sinki dan lantai bilik air.
Gunakan berus untuk membersihkan mangkuk tandas.
Gunakan bahan peluntur untuk membersihkan jubin tandas yang berlumut. Tuang bahan peluntur yang telah dicampur dengan sedikit air ke atas lantai. Berus dan biarkan selama sejam sebelum bersihkan dengan air.
Gosok segala kotoran dari sinki dan mangkuk tandas sekurang-kurangnya seminggu sekali atau dua minggu sekali. Gunakan berus ketika menggosok dinding dan lantai tandas dan bilik air.
Gantungkan pewangi yang sesuai di dalam tandas untuk menyingkirkan bau yang kurang menyenangkan.
Panduan Menghias Bilik Mandi
Sediakan rak untuk meletakkan ubat gigi, berus gigi, syampu dan sabun.
Pasang cermin muka di dinding bilik air.
Sediakan penyangkut untuk menggantung tuala dan pakaian
Hias dinding dengan bunga plastik atau daun hijau untuk menyerikan lagi ruang bilik air.
Petua Membersihkan Mangkuk Tandas Yang Kotor Dan Berkerak
Tuang cuka ke dalam mangkuk tandas dan biarkan untuk beberapa jam.
Gosok mangkuk tandas menggunakan berus.
Selepas kesemua kotoran berjaya ditanggalkan, siram dengan air bersih.
Selain daripada cuka, boleh gunakan satu tin air coke. Cara pembersihan adalah sama.
Petua Bersihkan Kotoran Degil Pada Lantai
Ambil kapur sirih dan campurkan dengan air.
Tuangkan campuran itu ke lantai dan biarkan selama beberapa minit.
Selepas itu cuci menggunakan pencuci lantai.
Ulangi proses ini sehingga lantai bilik air benar-benar bersih.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di