Bergelar ibu bapa memang momen yang cukup indah dan dinantikan bagi setiap pasangan suami isteri. Lahirnya si kecil menyemarakkan kasih sayang dan menambahkan kemanisan dalam rumah tangga.
Begitu pun, dek kesibukan urusan kerja ada kalanya membataskan kita untuk meluangkan masa dengan anak-anak. Sementelah mereka sendiri sibuk dengan pelbagai aktiviti sekolah. Namun, jangan sampai anda tidak sempat mengisi momen indah melihat anak-anak membesar.
Jangan sampai tiada langsung kenangan bersama untuk diingati kelak. Anak-anak ini adakalanya bila sudah besar, enggan lagi bersama ibu bapa. Alasan sibuk dengan aktiviti sendiri.
Perkongsian dari cikgu Mohd Fadli Salleh cukup bermanfaat buat pedoman kita semua. Sebagai ibu bapa, biar sesibuk mana sekalipun anak-anak dan keluarga patut menjadi keutamaan.
Anak hanya rapat dengan kita hingga umur 12 tahun~
Suatu ketika, aku mengeteh bersama kawan-kawan hingga lewat malam.
Diantara satu sisipan kopi panas, sahabat ini mula membuka topik baru.
“Anak-anak kita ni, waktu kecil sahaja rapat dengan kita. Hingga darjah 6 sahaja. Selepas itu dia mula masuk ke sekolah asrama.
Makin jauh, dan makin renggang hubungan. Jumpa pun sebulan sekali. Itu pun kalau kita tidak sibuk.”
Ads
Kami bertiga mengangguk kepala. Seorang demi seorang mencelah memberi idea dan pandangan. Kesimpulannya, kami semua setuju dengan apa yang dia kata.
Benarlah. Walau anak itu tidak ke asrama sekali pun, dia dah meningkat remaja. Bila menginjak remaja, dia mula ada rahsia. Mula ada rasa ingin berteman. Mula rasa ingin ruang untuk diri mereka.
Biasalah, remaja. Kita pun pernah remaja kan?
Mereka mula pandai berdikari. Tidak lagi boleh didukung kita. Tidak lagi mahu main kuda-kuda. Tidak lagi berebut nak panjat atas belakang. Nak makan bersuap jauh sekali lah.
Sahabat ini, dulunya dia punya perniagaan yang berjaya. Sehingga satu saat, dia jatuh terduduk ditipu kawan sendiri. 6 bulan tanpa kerja, berfikir dan merancang untuk strategi bisnes seterusnya.
Ads
Bila tanpa kerja, sehariannya hanya di rumah. Menghantar anak ke situ sini, membantu anak membuat kerja sekolah, melayan apa jua permintaan mereka.
Penat. Tapi dia puas. Letih, tapi hubungan dia dan anak lebih berkualiti dan rapat.
“Agaknya Allah sengaja uji aku agar aku sedar dan beri peluang untuk aku lebih rapat dengan anak-anak,” ujarnya sambil menguntum senyum.
Kini dia mula melebarkan empayarnya sedikit demi sedikit. Makin kukuh dan berjaya empayar baru ini. Lebih gah dan besar berbanding bisnes dulu.
Tapi kali ini, dia sudah pandai bahagi masa untuk bersama keluarga dan anak-anak. Allah dah ‘tegur’ dia dulu, kali ni dia ingat.
Ads
Kalau kita ada anak kecil, luangkanlah masa bersama mereka walau sesibuk mana pun. Biar ada memori untuk mereka dan kita kenang dimasa akan datang.
Sekejap sahaja anak ini membesar. Jangan kita tersedar bila mereka telah pun pandai berdikari. Saat mereka telah pun meningkat remaja.
Masa itu kita akan rindukan anak kecil kita yang minta kita buatkan susu. Yang minta sapukan jem pada rotinya.
Jangan terlampau sibuk dengan dunia sehingga terlupa; harga anak itu jauh lebih bernilai dari dunia dan segala isinya.
Jangan sehingga anak itu membesar, hanya kenangannya dengan bibik yang kekal diingatan. Jangan!
Dalam berumahtangga, semestinya setiap pasangan mahukan hubungan yang sentiasa harmoni dan berkekalan. Susah senang pasangan, sama-sama hadapi demi masa depan bersama.
Sama juga bila salah seorang berhadapan dengan ujian yang berat, seperti hidap penyakit, semestinya setiap pasangan akan lakukan yang terbaik buat yang tersayang. Seperti satu perkongsian yang tular di aplikasi Tiktok bila seorang suami sanggup serahkan salah satu buah pinggangnya buat isteri tersayang.
Perkara ini dikongsikan sendiri oleh doktor mereka yang dikenali sebagai Khairul Anwar berkongsi detik mendebarkan tapi indah sewaktu mengendalikan rawatan pemindahan buah pinggang. Mana tidaknya, seorang suami sanggup mendermakan kepada isteri tercintanya yang menghadapi masalah kegagalan organ tersebut.
Sebelum operation bermula, keserasian pasangan itu bahkan terserlah apabila sama-sama memberikan semangat kepada satu sama lain. Berkat izin Illahi dan kepakaran pasukan doktor yang terlibat, prosedur pemindahan buah pinggang itu berjalan lancar dan masing-masing sihat.
Menerusi ruangan komen, rata-rata kagum dengan pengorbanan seorang suami demi isteri tercinta. Mereka juga mendoakan yang terbaik buat pasangan tersebut agar sentiasa sihat dan kekal hingga Jannah. Malah, ada juga yang sempat berkongsi cerita yang sama yang dihadapi oleh orang sekeliling mereka.
Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Masalah sinki tersumbat menyebabkan segala kerja di dapur terbantut. Jika berdepan masalah ini untuk sekian lagi, cuba kaedah yang disarankan oleh Puan Syafini Hassan.
Lepas ni tak perlu tunggu suami atau panggil orang datang repair, ibu-ibu boleh buat sendiri je. Tak caya, jom tengok caranya. Mudah je pun.
SINKI SUMBAT?? SINKI BAU SAMPAH!! BACA TIPS KAK PIN NI
Pagi ni dah setel mengemas & packing parcel, kak pin teringat yang sinki kat dapur tu dah tak berapa lancar airnya. Perasan tak kekadang kita terbau benda busuk kat sinki tu.cari- cari tak Jumpa plak puncanya.. Sampah dah clear. . Kekadang lemak & air dalam sinki tu yang berbau. Ye la macam-macam yang masuk lubang tu kan tak caya cer pi cium sekarang hihi . Dulu kak pin suruh je hero kak pin buat. Tapi bila kak pin dah full time kak rumah ni terpaksa la belajar berdiri diatas kaki sendiri kan.. ( tapi masih dipantau hihi ) . Jom kak pin share camne nak clearkan saluran sinki yang tersumbat ataupun yang lama tak cuci. Boleh klik kat gambar untuk step by step
Follow kak pin, like & share post ni kalau bermanfaat okeyyy.. 😍😘
BAHAN-BAHAN:
1. Sebotol cuka buatan
2. Sebotol soda. Bukan soda bikarbonat yang buat kek tuu.. Ni soda memang untuk clearkan sinki. Boleh beli kat kedai hardware berhampiran. Harga sebotol camni dalam rm16. Ok la tu… Daripada panggil plumber sampai beratus.
Ni rupa soda tu.. Berkeping-keping. Kalau boleh jangan pegang direct. Chemical.
CARA MEMBUAT:
1.Mula-mula, jerang seperiuk air. Tak perlu sampai mendidih. Just cukup-cukup panas je.
2.Kemudian, keringkan sinki dulu. Kurang mujarab kalau ada air bertakung.
3.Tuang soda ke lubang sinki. Agak-agak sesedap rasa.
4.Selepas itu, tuang cuka kedalam air panas tadi. Sesedap rasa juga.
5.Kemudian, tuang air panas tadi ke lubang sinki. Hati-hati sebab ada tindak balas. Tuang sikit-sikit dulu.
6.Haa.. Kan dah kabo… Ada wap air tu. Pastu tuang air sampai habis. Siap!
Bersih dah sinki kita. Kalu ada 2 sinki ulang proses yang sama. Yang terbaik tak payah tunggu sinki sumbat baru nak cuci ye.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Buat penggemar kek buah yang dikukus pastinya akan berpuas hati bila dapat menikmati kek buah kukus yang mempunyai rasa yang lemak manis, moist dan sarat dengan pelbagai jenis buah-buahan kering di dalamnya.
Pun begitu, diakui menyediakan kek buah kukus ini bukanlah mudah dan biasanya mengambil masa yang panjang ketika proses mengukusnya. Melebihi dua tiga jam barulah kek buah kukus ini masak sempurna. Tapi bila sudah suka, masa memasak yang panjang bukanlah halangannya untuk kita sediakan kek buah kukus ini. Apatah lagi, keistimewaan kek buah yang dikukus boleh bertahan hingga berbulan-bulan lamanya jika disimpan dengan baik.
Untuk itu, sesiapa yang ingin mencuba untuk menyediakan sendiri apa kata buat dengan resipi yang dikongsikan oleh Maz Abdul. Merujuk resipi yang dikongsikannya itu, masa yang diambil untuk mengukus kek buah ini adalah dua jam dan ada tips atau teknik kukusan yang dikongsikannya juga. Nak tahu lanjut, ikuti resipi dan cara membuatnya.
RESEPI KEK BUAH KUKUS
Bahan A
1 1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan air panas
250g (1buku) butter
3 cawan mix fruit
– panaskn gula dalam kuali hingga berwarna perang gelap (guna api kecil)
– masukkn air panas perlahan-lahan dan masak semula hingga gula larut.
– masukkn butter dan kacau hingga butter cair.
– masuk pula mix fruit, masak hingga mendidih
angkat dan biarkan sejuk.
Bahan B
300g tepung gandum (anggaran 2 1/2 cawan)
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh serbuk kayu manis (jika suka)
– ayak bahan2 3 kali
– masukkan ke dalam adunan A sikit-sikit sambil dikacau hingga rata.
Bahan C
3 biji telur gred A (kalau telur kecik guna 4 biji)
1 sudu teh esen vanilla
– pukul telur hingga kembang berbuih,masuk dlm adunan tadi dan kacau hingga rata.
– boleh tambah 2 sb sunquick jika suka.
– tuang adunan dalam loyang yg telah disapu minyak dan dialas baking paper. (jika guna acuan plastik,sapu minyak sahaja)
– tutup loyang dengan plastik supaya wap dari penutup kukusan tak jatuh atas kek, boleh juga balut penutup kukusan dengan kain.
– pastikan air kukusan sudah mendidih baru kukus kek.
– kukus kek selama 2 jam.
Sejam yang pertama kukus guna api sederhana dan sejam lagi guna api kecil.
– bila kek dah masak,tutup api,buka penutup dan biarkn kek atas kukusan hingga kek suam baru diangkat. (Supaya buah dalam kek tak turun ke bawah)
-tunggu sejuk baru potong.
SELAMAT MENCUBA