Halba Sama Ada Buat Scrub Atau Dijadikan Minyak, Terbaik Untuk Kulit. Semua Dah Cuba, Ni Kali Ibu-Ibu Pula!

Share

Penggunaan halba untuk dijadikan minuman yang diamalkan boleh menurunkan berat badan ramai telah mencubanya dan diakui memang berkesan. Bukan sahaja badan jadi slim, malah kesihatan dalaman wanita juga turut terjaga.

Pun begitu, mungkin ada yang langsung tak terfikir untuk menjadikan lebihan halba yang direndam tersebut boleh dijadikan sebagai scrub kecantikan wajah mahu pada badan. Sekali gus tidaklah membazir penggunaan halba tersebut,mulanya diminum dan kemudiannya dibuat scrub pula.

Oleh itu, bagaimana untuk menghasilkan scrub tersebut?

Melalui perkongsian Sumaiyah Abdullah ini, diharapkan dapat memberi manfaat. Jom ketahui langkah dan cara penyediaannya.

 

Bahan-bahan dapat kat dapur je.

1- Halba
2- Putih telur

Cara-cara :

1- Kisar halba sehingga menjadi serbuk.


2- Masukkan serbuk halba ke dalam putih telur.


3- Kacau rata.


4- Sapu kat muka atau tangan.

5- Biarkan kering.

6- Bilas dengan air suam.

Amal seminggu sekali. Boleh rasa keanjalan kulit kat situ. Trust me. ?

Untuk penggunaan harian, Ciksu amal 3 kali sehari sebagai ganti facial foam. Caranya basahkan muka, pastu sapu serbuk halba kat muka. Gosok perlahan-lahan ke seluruh muka lebih kurang 3 minit. Kemudian, bilas. Terasa kulit begitu anjal sekali. Best sangat. Kalau nak campur dengan foam yang korang guna sekarang pun boleh jugak. ?

Khasiat halba untuk kulit.

Biji halba mengandungi protein, vitamin C, niasin, kalium, dan diosgenin (yang merupakan sebatian yang mempunyai ciri-ciri yang serupa dengan estrogen). Komponen-komponen aktif lain dalam halba adalah alkaloid, lisin dan L-tryptophan serta saponin.

Serbuk halba ni dapat membantu melembutkan kulit serta mengelakkan kulit menjadi kering. Untuk masalah jerawat mujarab sangat tau.

NAMUN ada juga kaedah lain yang dikongsi di media sosial iaitu dengan teknik halba  di masak dengan minyak zaitun untuk mendapatkan minyaknya yang  boleh mencantikkan dan melembutkan kulit. Nak tahu cara penyediaanya jom semak.

Bahan-bahan:

1. 50G halba (di kisar lagi bagus)
2. 100ML minyak zaitun

Cara Buat :

  1. Masak dengan api yang perlahan selama 20 minit.
  2. Kacau lawan jam sambil niat baik baik.
  3. Biarkan sejuk.
  4. Perap masuk dalam botol semalaman. Lagi lama perap lagi bagus.
  5. Kemudian tapis ambil minyaknya. Simpan dalam botol pump supaya mudah nak pump minyak tu. Simpan suhu bilik boleh tahan 5 bulan.

 

IKLAN