Kalau sudah namanya rezeki, usaha keras bagaimana pun jika Tuhan belum mahu memberi maka takkan ada. Namun, jika sudah tertulis, maka dapatlah ia.
Demikian juga dengan Puteri Sarah yang kini sedang hamil lima minggu ketika ditemui Majalah Keluarga semalam. Akui isteri kepada pelakon dan pengarah Filem Munafik, Syamsul Yusof, dia memang berusaha untuk hamil lagi.
“Saya memang teringin nak mengandung lagi dan tidak pernah berhenti berusaha walaupun anak sulung baru berusia 11 bulan.
“Kalau diikutkan memang saya dan suami jarang berjumpa kerana dia sangat sibuk di luar, manakala saya lebih banyak masa di rumah dengan anak.
“Tapi ada masanya saya akan bawa Syaikhul bertemu bapanya di tempat penggambaran kerana ayahnya pun rindu kalau lama tak tengok anak.
“Alhamdulillah, rezeki Tuhan nak bagi apabila saya disahkan hamil kira-kira lima minggu. Walaupun anak pertama dulu dilahirkan dengan cara pembedahan, tetapi saya cakap pada suami, nak anak lagi kerana faktor umur yang kian meningkat, jadi kenalah ikhtiar.
Ads
“Kalau ikutkan, doktor minta saya untuk cuba hamil lepas anak saya setahun tapi saya cakap dengan Syamsul saya sudah berusia 33 tahun dan kalau boleh mahu anak segera. Doktor cakap tak ada masalah untuk saya mengandung lagi.
“Cuma saya tak boleh buat kerja berat termasuklah tak dibenarkan dukung anak. Tapi sebab dah biasa jadi, saya dukung juga curi-curi. Lagi pula Syaikhul memang rapat dengan saya. Ke mana sahaja saya pergi, dia pasti ada. Jadi, susah sikit kalau nak tinggalkan dia,”ujar Puteri sambil memberitahu buat masa ini dia tidak mengalami sebarang alahan teruk lagi.
Tidak hanya Syamsul yang sibuk dengan filem Munafik, Puteri Sarah juga kini bakal melancarkan produk kosmetiknya iaitu matteness tidak lama lagi.
“Sekarang ini saya tidak mengalami sebarang alahan, mungkin masih awal kerana ketika hamil anak pertama juga saya mula alahan pada bulan ketiga. Hanya sekejap sahaja alahan jadi tak ada masalah untuk saya fokus pada bisnes.
Ads
“Walaupun sibuk dengan anak, tapi saya juga teringin ada kosmetik sendiri dan produk ini bakal dilancarkan tidak lama lagi.
“Mungkin ada yang berpandangan serong konon saya bergantung kepada Syamsul untuk hasilkan produk ini. Tapi ini adalah hasil titik peluh sendiri tanpa harapkan modal dari orang lain. Alhamdulillah, jika tiada aral, produk ini bakal masuk ke setiap pasaraya Aeon seluruh Malaysia.
“Namun anak tetap keutamaan kerana saya tak suka tinggalkan atau biarkan Syaikhul dengan pembantu. Anak juga sangat rapat dengan saya, sekarang saya dah mula beritahu dia tak lama lagi bakal dapat adik. Walaupun dia belum faham tapi saya rasa wajar untuk beritahu supaya senang di kemudian hari.
“Untuk kandungan kali ini saya tak kisah jantina apa asalkan sihat cuma suami memang dari dulu cakap nak semua anak lelaki,”ulas Puteri Sarah sambil memberitahu anak sulungnya Syaikhul kini berusia 1 tahun 3 bulan.
Ads
Sibuk dengan status ibu dan juga bakal pengusaha kosmetik, jelas Puteri Sarah bidang lakonan mungkin akan dikurangkan untuk tujuan memberi fokus pada anak.
“Rindu memang rindu tapi tak sanggup nak tinggalkan dan berjauhan dengan anak lama-lama. Kalau setakat menerima jemputan ke majlis-majlis tertentu tiada masalah kerana boleh bawa anak bersama, tapi kalau berlakon pasti memakan masa.
“Bayangkan saya sibuk dengan shooting dan begitu juga Syamsul. Jadi bagaimana dengan anak pula. Sedangkan sekarang ni pun saya dan Syamsul jarang berjumpa kerana dia sibuk dengan shooting, inikan pula kalau saya terima tawaran berlakon. Jadi, biarlah saya berkorban duduk di rumah.
“Lagipun Syamsul tak kisah ke mana atau apa yang saya nak buat asalkan pandai jaga diri, ingat akan status sebagai isteri dan nama baik dia. Sebab itu, ke mana sahaja saya pergi, mak akan sentiasa di sisi menemani.
Bila ada ibu ayah yang menyuap makanan ke mulut anaknya yang sudah dewasa, itu pun ada yang bercerita. Padahal banyak kebaikan dan kelebihan bila makan bersuap di dalam keluarga. Ianya bukan saja-saja dan bila ada tanggapan orang mengatakan ia sesuatu yang menggelikan, pelakon Jasmin Hamid berasa pelik dengan mereka yang menyifatkan begitu.
Ini kerana baru-baru ini pelakon drama Cukup Derita Itu ada berkongsi video di Instagram menyuapkan anak lelakinya Ian Haziq, 20 dan menerima pelbagai komen.
Jasmin menganggap orang yang mengecam tindakannya menyuapkan makanan ke mulut anaknya sebagai orang yang kurang kasih sayang dan ada masalah penyakit hati.
“Saya suap anak saya, bukan orang lain atau suami orang. Suap anak salah, tapi bila tengok girlfriend boyfriend bersuap -suap, SWEET pulak ya?
“Walaupun anak-anak saya dah beruban pun nanti, saya tetap akan suapkan diaorang selagi saya sihat.Tetap akan peluk cium diaorang..
“Ciuman dan belaian seorang ibu…anak-anak saya sikit pun tak malu dan tak rasa kekok bila saya suap dan cium mereka, walaupun depan orang.. sebab family kami dah di ajar untuk saling sayang menyayangi antara satu sama lain mengikut batasan,” ujarnya.
Selain itu Jasmin Hamid turun menyarankan agar ibu bapa ajarkan anak-anak erti kasih sayang dalam keluarga.
“Saya sendiri dah tak dapat lagi rasa suapan dan ciuman dari ibubapa saya. Rindu yang amat. Sebab tu kita sebagai ibubapa, ajarkan anak-anak kita erti kasih sayang pada ibubapa dan adik beradik..Doa pada Allah untuk semarakkan lagi kasih sayang antara kita anak beranak.
“Sedih tengok ramai family yang pecah belah sebab dari kecik, family tak pupuk rasa kasih sayang dan hormat menghormati antara anak beranak. Bila dah besar, buat hal masing-masing. Salam mak bapak pun, ambik syarat je.. Dengan adik-beradik pun, bertegur macam kawan-kawan je.
“Saya bersyukur sebab walaupun keluarga kecil saya tak kaya harta dunia tapi kaya dengan kasih sayang hingga saat ini. Moga ia berkekalan hingga jannah.
Menyimpan baki duit belanja dapur dalam plastik disertakan dengan tarikh. Menarik bunyinya kan.
Tidak kisahlah betapa banyak kita menyimpan, yang penting kena konsisten.
Walaupun sedikit amaunnya, namun hasilnya tidak mengecewakan.
Gambar sekadar hiasan
Demikianlah cara yang dipraktikkan oleh puan Watie Resaliza. Baki membeli kuih dijadikan simpanan olehnya. Katanya cara tersebut sudah lama dipraktikkan setiap kali suaminya memberi wang untuk membeli kuih.
Menarik idea yang dikongsikan ini. Boleh cuba amalkan sendiri dan lihat hasilnya nanti.
Siapa ingat lagi cara saya saving duit hasil dari baki belanja beli lauk. Baki beli sarapan..atau beli kuih kuih.
“Husband bagi duit sy g beli dan baki saya packing mcm ni…hujung bulan buka…dapat la 300-400 tengok pada baki la kan.
Alhamdulillah..murah rezeki husband kan😁🥰🥰smoga suri2 terinspirasi ya.
Cara dipraktikkan ini bukan saja mampu elak diri membeli barangan bukan keperluan, tetapi juga dapat melihat baki mengikut yang dibelanjakan.
Packing Baki Ikut Tarikh
Caranya:
– Packing baki duit lauk yang suami bagi seperti ini. boleh elakkan membeli barangan yang bukan keperluan.
– Jika beli sarapan atau minum pagi, jika ada duit baki, suami akan hulurkan dan terus tercetus idea untuk packing dalam plastik setiap hari.
– Sebelum ini jika tidak menyimpan duit baki berkenaan, semua baki akan masuk dalam beg duit dan digunakan untuk membeli barangan disukai.
– Apabila cukup sebulan jumlah akan dikira. Tidak kisah berapa jumlahnya, yang penting ada duit simpanan setiap bulan.
Bertuah rasanya apabila dikelilingi oleh orang yang memahami situasi kita, dan berusaha menjaga hati kita sebaik yang mungkin.
Inilah yang dirasai oleh pelakon dan penyampai radio, Siti Elizad yang meluahkan rasa syukur apabila dikurniakan keluarga mentua dan bapa yang memahami keadaannya dengan sabar menanti kehadiran cahaya mata sulung.
Perkara itu dikongsikan oleh Elizad sendiri menerusi perkongsian di laman Instagram radio SINAR, berkisarkan kepayahannya yang lama disimpan dengan rapi dalam usaha untuk menimbang cahaya mata.
Pelakon berusia 39 tahun itu turut memaklumkan dengan sebak bahawa dirinya akur belum ada rezeki walaupun sudah lapan tahun melayari bahtera rumah tangga bersama suaminya Shamsul Baharin Rahman.
“Sebab orang tak tahu macam mana ‘struggle’ kita pergi berubat ikhtiar. Kalau ikutkan, tahun depan masuk sembilan tahun (usia perkahwinan).
“Tapi itulah, mungkin belum ada (rezeki),” kata Elizad.
Walaupun berasa tertekan daripada faktor sekeliling kerana adik beradiknya yang sudah mempunyai ramai cahaya mata, Siti Elizad bagaimanapun kagum dengan orang tuanya yang tidak pernah persoal tentang zuriat.
“Tapi yang paling saya kagum adalah mertua ataupun bapa saya tak pernah tanya bila nak ada anak.
“Kalau ikutkan, dalam adik beradik saya semua ada anak yang sangat ramai. Tapi bila giliran saya, diorang tak ‘push’,” tambahnya.
Rakan penyampai, Jep Sepahtu turut sempat titip pesanan dan kata-kata semangat buat Elizad supaya tidak berputus asa untuk berdoa dan ikhtiar serta menyerahkan selebihnya kepada Allah.
Kisah tersebut dikongsikan susulan daripada seorang pemanggil yang dikenali sebagai Kak Dian berkongsi kisah penantian 10 tahun menanti cahaya mata namun tidak sempat ditunjukkan kepada ibu bapa mentua yang telah meninggal dunia.
Sumber: Instagram SINAR
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di