“Hampir Setahun Dalam Peti Mayat”- Netizen Luah Sayu Lihat Kebaikan Noorkhiriah Urus Jenazah Tanpa Waris!

Share

Tiada apa yang mampu kita ucapkan terhadap setiap amal jariah yang dilakukan oleh selebriti ini melainkan kata-kata pujian, syukur dan bangga terhadapnya.

 

 

Baru-baru Noorkhiriah Ahmad Shapie,l pelakon drama rantaian Nur ini berkongsi melaksanakan fakdu kifayah dengan menguruskan jenazah secara percuma diusahakan bersama suami, Azfaizul Ahtan di bawah Pertubuhan Amal Nur by Khiriah.

“MasyaAllah, seronok tengok muka cik suami. Puas dapat membantu, sayang papa,” demikian kata pujian daripada  Noorkhiriah Ahmad Shapie kepada suami tercinta, Azfaizul Ahtan selepas selesai melakukan urusan  terhadap tiga jenazah yang tidak mempunyai waris, baru-baru ini.

Bantu Urus 3 Jenazah Tanpa Waris

Meskipun pelakon kecil molek ini berkongsi di laman Instagram miliknya dengan memaklumkan pertubuhan amal diusahanya berjaya menguruskan tiga jenazah tanpa waris yang dibiarkan hampir setahun dalam peti mayat. Nyata mencuri tumpuan warganet.

Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP 

 

“Tiga jenazah tanpa waris, hampir setahun dalam peti mayat selesai diuruskan siang tadi.

“Alhamdulillah, semoga Allah membalas jasa baik kalian,”tulisnya.

“Moga dipermudahkan urusan, besar ganjaran buat kalian..”

Meninjau diruangan komen, nyata perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi di kalangan warganet. Ramai antaranya  berterima kasih dan mendoakan agar urusan pertubuhan amal diusahakan oleh Noorkhiriah dan suami dipermudahkan.

“Ya Allah besar pahala kalian @khiriah17 , anda artis yang patut di contohi . Allahu menitis air mata bangga . Moga Allah membalas segala kebaikan untuk kalian😍”

“Allahuakbar… sayu baca. Kesian yang tanpa waris kan? Mudah2an Allah kurniakan setinggi2 ganjaran untuk team mu semua. Insha allah.”

“Tak tahu kenapa bergenang air mata tengok.Tersentuh hati..semoga Allah membalas kebaikan dan ganjaran syurga firdaus buat semua yang telah membantu.Semoga Allah SWT permudahkan segala urusan akak dan team pertubuhan akak🤲”

Sumber: IG @khiriah17

 

 

 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

 

 

 

 

IKLAN