Setiap antara kita pasti ada impian yang tersendiri tentang masa depan yang ingin dicapai. Begitu juga apa yang dikongsikan oleh saudara Miza Ahmad tentang impiannya untuk memiliki sesuatu dan sekali gus keluar dari kepayahan hidup.
Nyata semua itu dapat dicapai dengan adanya pendidikan. Ayuh kita baca perkongsian penuh daripadanya agar dapat juga menyuntik inspirasi kepada keluarga kita.
Ini perkongsiannya.
Dulu-dulu aku dan Impian.
Ads
Sebagaimana insan lain, aku juga mempunyai impian sejak kecil. Aku ingin memliki sebuah rumah yang cantik, basikal BMX, sebuah motorsikal, sebuah Kereta dan yang paling utama adalah membina sebuah rumah yang serba lengkap buat kedua ibubapaku.
Aku ingin semua impian Abah dan emak tercapai selagi hayat mereka masih ada. Aku impikan apa yang dimilki oleh orang lain juga dimiliki oleh abah dan emak…
Namun aku tahu, impian tak semudah merealisasikannya. Apatah lagi dengan keadaan keluarga aku yang hanya mampu memenuhi keperluan hidup semata-mata. Apa yang orang miskin boleh capai. Nak makan seharian pun banyak yang perlu dikorbankan..
Ads
Namun aku berjaya menunaikan impian hidup aku sejak kecil. Bagaimana? PENDIDIKAN.
Benarlah apa yang abah dan emak buat dahulu kepada aku. Pakaian dipakai sehingga lusuh selusuhnya dan koyak rabak, kasut sekolah yang dijahit, berjalan kaki kesekolah dengan menempuhi kebun-kebun yang lecak dan semak, tidak pernah bercuti sekeluarga, makan seadanya walaupun kangkung longkang pelbagai resepi, katil tanpa kayu, tilam tanpa span dan kekabu….
Ads
Namun KEPERLUAN SEKOLAH LENGKAP SELENGKAPNYA PERSIS ORANG KAYA. malahan lebih lengkap daripada orang kaya..
Melalui pendidikan aku berjaya memperolehi pekerjaan yang menyebabkan aku berkemampuan menunaikan segala Impian. Justeru, usahlah berkira dalam pelaburan pendidikan anak-anak kerana ia adalah pelaburan masa depan kita dan mereka dan aku pernah melaluinya.
Deco Radio, Tangga, Basikal dan tempayan serta Batok adalah deco kehidupan dan impian semasa aku kanak-kanak
Aku Seorang Lelaki
sumber : Miza Ahmad Dilar via Deco Rumah Ku Syurga Ku
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Siti Elizad Mohamad Sharifuddin, 34, baru-baru ini menjalani pembedahan membuang ketumbuhan cyst sebesar lapan sentimeter berharap dapat menimang cahaya mata selepas ini.
Pelakon yang cukup mesra disapa Ejad berkata, doktor menyarankan dirinya segera hamil berikutan keadaan kesihatannya yang baik.
“Wanita mana yang tidak mengimpikan cahaya mata? Sudah sekian lama saya menantikan tibanya saat itu. Selepas diri kembali pulih, saya memang berharap dapat melahirkan zuriat.
“Saya tiada masalah untuk hamil kerana keadaan saya yang subur. Cuma, ketumbuhan ini menghalang kehamilan saya kerana doktor risau ia akan menjejaskan keadaan anak,” Ujar Elizzad lagi.
Dua hari yang lalu, menerusi laman instgramnya Ejad ada memuat naik gambar bersama Dr Hamid Arshat yang bertanggung jawab dalam pembedahan tersebut.
suhailanorsuhailaMoga cpt sembuh..ada rezeki baby akan menyusul..Amin..paham perasaanmu..kita senasib sakit yg sama…
emyhaslizainsya’allah..ade bby…kne usaha n tawakal….sy da ade bby wlaupn da buang 1 ovari…alhamdulillah rezeki allah..sabar n kuatkn semangat ye…
rozianatalib87Semoga cepat sembuh @elizadsharifuddin …mkn pantang ya…lepas ni elakkan mkn yg berunsurkan soya ya…sbb soya mempercepat kan cyst…tngok melodi saya jgk turun sedih dgn keadaan elizad sbb nasib kita menanti zuriat dri rahim kita sndri…saya 5thn dah berkahwin mcm2 rawatan yg saya dah lakukan…semoga allah memberi kekuatan pada kita utk ujian yg dia berikan…aamin..
nre.nyna_Alhamdulilah… Semoga kak elizad cepat sembuh yaa..banyakkan berdoa.. Be strong.. Hope you can be well k.. Kami fans2 kak elizad akan doakan yg terbaik buat akk.. I love you kak elizad.. @elizadsharifuddin
Malah ada yang turut berkongsi pengalaman ketika mendapatkan rawatan dengan Dr Hamid Arshat.
fyraqisSaya buat laparoscopy dgn Prof Hamid Arshat juga January lepas & Alhamdulillah skrg dah pregnant secara normal. He is the best & humble. I have no cyst/fibroid but still not conceived after a year trying. Rupanya lepas laparoscopy Prof ckp ada lekatan sikit & dia clearkan everything ? He predict me will conceive in one year time. Alhamdulillah sgt2 betul.
chetiehassinTq to prof dato hamid arsyad… i buat laparoscopy dengan dia jgk kat hospital pantai salah satu ikhtiar utk dpt baby.. insyaaallah elizad jgn putus asa.. lps buang cyst jaga makan elak pemakanan yg bisa2 dan makanan2 yg boleh cyst cepat dtg blk contoh elak daging merah, sumber soya tauhu..tempe..susu soya taufufa and so on sementara dalam usaha nak dpt baby ni.. kalau free boleh dm saya utk tips penjagaan rahim biar rahim tu panas hangat baru baru la subur cepat lekat baby nanti.. aaminnn ?
anis9090Semoga cepat sembuh dik seperti sedia kala zahir dan batin dan dipermudahkan semua urusan ..Aaminn..In Shaa Allah bulan 12 nti sis pun nk operation with Doktor Hamid semoga Allah permudahkan semuanyer dan semoga diberikan kesembuhan seperti sedia kala zahir dan batin ..Aamiinn
Minat bercucuk tanam pasti akan menjadi-jadi dirasakan jika pokok yang ditanam hidup subur. Apatah lagi bila dapat menuai hasilnya, makin termotivasi jadinya.
Umpamanya jika melihat pokok mulberry yang ditanam oleh saudari Hariza Ab Rashid yang begitu sarat buahnya.
Nak tahu apa tipsnya, jom semak perkongsian ini.
Hasil petua dalam group ni, lihatlah hasilnya, mulberry saya berbuah lebat dan makin besar buahnya..Terima kasih yang sudi berkongsi petua yang berguna…
Mula-mula cantas pucuk dan buang
semua daun. Biar sampai togel pokok
tu.
Ini untuk memaksa pokok berbuah.
Nanti akan banyak keluar tunas-tunas baru
beserta dengan putik-putik buah. Daun pun
akan banyak keluar.
Bila buah dah hampir masak.. ada
sikit-sikit warna merah, luruhkan semua
daun sekali lagi. Ini adalah untuk
memberi peluang buah membesar.
Polis dan masyarakat tak dapat dipisahkan. Umum mengetahui akan tugas dan fungsi bidang kepolisan dalam menjaga keamanan negara.
Namun hari ini, dek penangan Covid-19, pasukan keselamatan ini menunjukkan empati dengan membantu menghulurkan sumbangan kepada mereka yang terkesan.
Apa yang lebih menyentuh hati, bantuan tersebut adalah hasil sumbangan tabungan surau di balai berkenaan. Kisah berinspirasi ini dikongsikan oleh saudara Syahril A. Kadir menerusi laman facebooknya baru-baru ini.
Keprihatinan yang ada dalam diri membuatkan OCPD balai berkenaan tidak betah duduk berpeluk tubuh sahaja tanpa menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan.
GUNA DUIT TABUNG SURAU BALAI BANTU ORANG MISKIN
Mulianya hati OCPD Dang Wangi ni.
Duit tabung surau IPD dia guna bagi bantuan barangan dan wang tunai pada masyarakat yang daif dan susah di daerahnya. Untuk rekod, setiap kali Jumaat, dia juga yang baca khutbah di surau masjid balai itu.
Dang Wangi ni betul-betul di tengah bandaraya, ibu negara tuan-tuan…daerah di mana segala harga barang dan kos sara hidup cukup tinggi.
Dia datang dari kampung, kesusahan dan kemiskinan bukan asing dalam dirinya.
Alhamdulillah sempat minum-minum dengan beliau sebelum PKP dulu.
Steady anak jati Lawas, Sarawak, Asisten Komisioner Polis Mohamad Zainal Abdullah – saya salute!
Jom sertai pertandingan Pilihan Keluarga Bulan Ini. Caraya mudah, klik sahaja link INI atau imbas QR code yang ada di poster. Hadiah menarik menanti anda!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.