Bila mak-mak masak, tentu nak pastikan periuk belanga bersih dan tak berkerak kuali atau periuk.
Nak beli bahan pencuci atau sabun mahal, kena jimat cermat zaman era Covid-19 ni.
Ads
Menarik perkongsian ini. Wanita ini kongsi caranya membersihkan periuk belanganya. Malah beliau merupakan seorang pemilik kedai makan. Dan menjadikan rutin memberus periuk dua minggu.
Ads
Petua yang dikongsi ini jimat dan mudah. Ikuti perkongsiannya.
Ads
Baru selesai menggosok periuk belanga dgn 3 barang ni je.
Memang selama ni, sy guna 3 barang ni utk tonyoh periuk belanga sy.
Semoga bermanfaat utk semua.
1- gosok periuk kasar (scotch brite)
2- gosok periuk halus (steel wool)
3- sabun mandi popinjay hijau (sabun cap burung)
Dan semestinya air lah.
#UPDATE
sy guna sabun popinjay ni sbb dia cepat kembang (macam sabun kapak)bila terendam air, kebanyakan sabun mandi yg lain, dia lambat sikit. So, sy akan tekapkan kat sabun n gosok. Sabun ni sy beli dekat nsk. Tapi dekat kedai runcit or pasaraya pun ada je.
Ada yg komen cakap, kononnya sy jarang masak, sbb tu periuk belanga bersih.
Saya owner Tinie’s Kitchen . Seorang tukang masak dan keja sy memang memasak
Cumanya, setiap 2 mggu sekali sy akan kumpulkan periuk belanga dan gosok sekali harung. So, tak sempatlah nak berkerak tebal. Dan usia periuk belanga ni dah 5 tahun pun.
Mana yg berkerak tebal pulak, sis semua boleh kikis dulu dgn pisau, kemudian gosok dgn yg kasar kemudian yg halus pulak. (Nak seribu daya kan?.
Tak semua steelwool berkesan, so kena pandai cari. Yg sy guna ni jenis yg bungkus besar, pastu nak guna kena tarik2 dulu.
Ketupat pulut antara menu wajib ketika pagi raya. Pun begitu bila mana sudah ketiadaan ibu, ketupat pulut tradisi ini tidak lagi dapat dinikmati seperti biasa. Jika ada pun, rasa dan keenakkan sekian lama seperti dijamah sebelum-sebelum ini sudah tidak lagi dirasakan.
Tidak mahu belajar daripada ibu atau nenek-nenek kita pada waktu dahulu adalah kegagalan terbesar kita hari ini. Sudahnya ketupat yang sepatutnya menjadi tradisi kita tak dapat kita jamah. Sedih memang sedih namun apakan daya.
Tak mahu kejadian seperti itu berlaku pada generasi muda kini ada baiknya kita belajar buat ketupat sendiri daripada ibu atau pun ibu mentua. Tak sama hasilnya seperti ibu kita tak menjadi soal, asalnya mahu mencuba.
Sebenarnya menghasilkan ketupat sendiri tidaklah sesusah mana. Ini caranya jika anda mahu belajar. Seperti yang dikongsikan oleh blog airtanganku.blogspot.com, wajib kita cuba.
KETUPAT PULUT DAUN PALAS
Bahan-bahan:
2 kg pulut (kami guna pulut susu)
2 1/2 kg santan (nak sedap guna santan original)
Garam secukup rasa
Daun palas secukupnya
Cara-cara:
1. Basuh beras pulut sehingga bersih dan toskan.
2. Masak santan dengan api yang perlahan sambil mengacau sehingga mendidih.
3. Perasakan dengan garam. Biarkan mendidih seketika dan kecilkan api.
4. Masukkan pulut dan gaul sebati dengan santan.
5. Bila pulut dah separuh masak dan santan sudah kering, matikan api.
6. Masukkan ke dalam kelonsong apabila pulut telah sejuk atau suam-suam.
Cara Merebus:
1. Masukkan semua ketupat yang telah disiapkan ke dalam periuk.
2. Tuang air sama paras dengan ketupat.
3. Tutup periuk dan rebus ketupat sehingga air kering. Sesekali balik2 kan ketupat tersebut.
Didihkan santan.
Tos pulut yang telah dibasuh.
Masukkan santan beras pulut ke dalam santan yang telah mendidih.
Bila santan dah kering… pulut akan nampak berminyak.
Proses membalut pun bermula… isi pulut penuh-penuh ke dalam kelonsong dan tekan-tekan biar padat.
Ketupat ni selain sedap dimakan begitu saja sebab dah lemak masin, makan lah dengan rendang, serunding atau gulai yang akak nak cuba esok ni ialah makan dengan susu. Depa biasa makan gitu jugak naa… atau dengan gula.
Sesudah siap.. samada nak terus direbus, atau simpan saja di dalam freezer kalau nak makan kemudian.
Proses merebus.. air cuma setakat paras ketupat. Tutup periuk dan rebus sampai air kering.
Siap untuk di makan!
Kredit: airtanganku.blogspot.com
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Biarpun anak-anak sudah berumah tangga namun kasih seorang ayah terhadap anaknya seperti yang dikongsikan oleh satu akaun Tik Tok mendapat perhatian ramai.
Menerusi perkongsiannya seorang pengguna laman Tiktok @fyfa09 yang berkongsi tentang sikap ayahnya yang masih menjalankan tugas sebagai seorang bapa dengan membelikan barangan dapur untuk anak-anak walaupun sudah ada yang berkahwin.
“Siapa ada ayah suka beli ke kita walaupun dah jadi isteri.
“Sebaldi dua ayah i mai hantar,” tulisnya.
Akui wanita itu, setiap bulan ayahnya tidak terlepas menghantar barangan dapur tanpa gagal. Malah, bukan hanya untuk dirinya tetapi adik-beradik lain turut berikan layanan yang sama.
Antara barang basah yang dibeli adalah seperti udang, ayam, ikan, sotong, daging dan sayur-sayuran.
Tidak ketinggalan barang kering seperti sos tiram, telur, garam, minyak, beberapa tin sardin, perencah nasi goreng serta beras.
Bahkan bukan hanya barangan basah dan kering, ayah penyayang ini juga turut menyelitkan wang belanja sekitar RM50-RM100 untuk anak-anaknya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata wargamaya tersentuh melihat layanan dan kasih seorang bapa terhadap anak-anaknya.
Pelakon, Puteri Sarah Liyana berkongsi pengalaman ketika tiba di Mekah.
Dia bersyukur kerana dua orang anaknya, Syaikhul Islam dan Sumayyah berkelakuan baik sepanjang mereka menunaikan ibadah umrah.
Perkongsian tersebut dimuatnaik menerusi laman Instagramnya. Awalnya dia mengakui takut dan bimbang untuk membawa dua permata hatinya itu pergi ke tanah suci Mekah.
Bagaimanapun, menurut Puteri Sarah segala urusan mereka anak beranak berjalan lancar dan dipermudahkan.
“#bismillahimasyaallah Imma proud mama of these 2 kids. Moga jadi anak yang soleh dan solehah.
“At first, i was really scared macam2 fikir alamak nak bawak 2 active kids travel jauh. Boleh jaga ke ni ? Kids nanti behave tak?
“Alhamdulillah, i said to myself takpe pegi je Sarah. Allah akan permudahkan urusan u nanti. Takut ke, susah nak jaga ke,tolak tepi yang penting niat nak pergi beribadah sangat2.
“Syukur… Syaikhul & Sumayyah behave, anak2 yg dengar cakap tak banyak songeh. Syaikhul pun ada gang kat sini, mutawif @insafftraveltours
“Ustaz Wajdi yang bawak dia ziarah banyak tempat, pegi solat sama2. M so grateful and thankfu
“Alhamdulillah Allah mudahkan urusan Sarah dan anak2 disini.p/s : mama nak both of u jadi doctor ok Excel in Dunia also excel in Akhirah,” tulisnya dikapsyen.
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.