Ketika menunaikan umrah, ramai jemaah yang berusaha untuk melipatgandakan amal ibadat di Tanah Suci.
Tidak hanya pada orang dewasa malah anak-anak yang dibawa bersama turut dilibatkan untuk biasa melaksanakan apa sahaja kerja amal kebajikan dan kebaikan sepanjang berada di bumi barakah.
Begitu juga apa yang dilakukan oleh Puteri Sarah Liyana, baru-baru ini dilihat turut berkongsi detik melaksanakan Program Sabil di bumi Madinah dengan memberikan sedekah berbentuk makanan dan minuman kepada jemaah yang lain.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Puteri Sarah di laman Instagramnya, dia bersama anaknya serta beberapa orang individu yang lain tampil membantu dalam memberikan makanan kepada jemaah yang berada di kawasan sekitar masjid Nabawi, Madinah.
Begitu ringkas kapsyen yang ditulis olehnya, sekali gus mencuri tumpuan warganet.
Ads
“Program Sabil di Bumi Madinah. Terjumpa orang Egypt, masya-Allah sayang betul dekat Syaikhul Islam.”
Susulan daripada perkongsian video tersebut, rata-rata warganet memuji Puteri Sarah dalam usahanya mendidik anak-anaknya dengan melakukan amalan mulia dengan bersedekah.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Malah tidak kurang juga ada yang berasa sayu hati bila melihat kelibat anak lelaki Puteri Sarah iaitu Syaikhul Islam duduk begitu manja di atas ribaan seorang lelaki yang difahamkan berasal daripada Egypt.
“Sebak pulak tengok video nie.. masa Syaikhul duduk atas riba orang Egypt tu mungkin dia teringat ayah dia.. rindu kasih sayang ayah dia ❤️,” komen netizen
Kalau namanya Dato’ Seri Aliff Syukri, buat apapun pasti mengundang kelucuan pada warganet. Terbaru, pengusaha produk terkenal ini memuat naik gambar sedang menyapu cat dilaman rumahnya.
Menurut suami kesayangan datin Seri Shahida ini , dia bersama pembantunya menyiapkan kerja mengecat yang mengambil masa lebih kurang empat hari. Menurutnya, sengaja kerja-kerja mengecat tersebut dilakukan sendiri tanpa mengupah kontraktor kerana mahu berjimat.
“Lawa tak?? Dah baru siap.. Pejam celik2 dah nak masuk 3tahun rumah ni siap.. Lantai pun warna semakin pudar hari ini saya check sndiri sahaja lantai sebab nak berjimat maklumlah musim PKP ini kalau bayar Contractor mereka mahal.
“Saya buat sahaja 4 hari 3 malam saya mengecat dengan dino dAn maid sy.. alhamdulillah siap.’tulis Aliff Syukri di laman instagramnya.
Setiap manusia diuji oleh Allah SWT mengikut kemampuan masing-masing. Bukan mudah punya anak yang diuji dengan sakit kanser. Namun perlu berlapang dada dengan setiap ujian yang Allah berikan.
Ini perkongsian ibu bernama Hazamaratul Damrah, ibu kepada adik Danish Rizqin bin Rosli yang menghidap ketumbuhan (tumor) pada bahagian belakang kepala.
“Penghujung Februari 2016, (Jumaat) Rizqin muntah di tadika, cikgu menghubungi akak dan akak terus bergegas ke sekolah untuk mengambil Rizqin dan membawanya pulang. Sampai di rumah Rizqin rehat dan tidak muntah lagi.
“Pada petang yang sama, ketika Rizqin tidur, bahagian kepala terutamanya dahi berpeluh dan secara tiba-tiba Rizqin menjerit kesakitan. Tapi rasa sakit itu hilang dalam beberapa saat sahaja.
“Pada hari isnin kami membawa Rizqin berjumpa dengan pakar kanak-kanak di KPJ Tawakal. Ketika itu, Rizqin sihat Cuma ada batuk-batuk kecil, tetapi dia mula hilang imbangan badan ketika berdiri dan berjalan. Jadi doktor menasihatkan agar Rizqin dipantau selama seminggu, sekiranya tiada perubahan doktor menasihatkan Rizqin di bawa semula ke hospital untuk pemantuan susulan.
“Pada hujung minggu, Rizqin minta belikan kasut baru dan teringin nak makan ais krim Magnum. Jadi kami membawa Rizqin ke Mid Valley. Semasa di Mid Valley ketika Rizqin berlari mendapatkan papanya, dia terjatuh dan memberitahu secara tiba-tiba kakinya berasa lemah. Pada hari isnin pagi, kami menghubungi doktor dan membawanya ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.
Menurut ibunya, tiada perubahan ketara, cuma yang ketara adalah dia hilang imbangan ketika berjalan.
Setelah menjalani ujian CT Scan, Rizqin disahkan mempunyai ketumbuhan (tumor) pada bahagian belakang kepala dan perlu dilakukan pembedahan untuk memasang VP Shunt.
Kes kami kemudiannya telah dirujuk ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk rawatab selanjutnya termasuklah pembedahan untuk membuang tumornya.
“Selepas pembedahan, Rizqin perlu menjalani rawatan radioterapi sebanyak 30 kali bagi membunuh sel kanser yang berbaki 5% kerana dalam pembedahan sebelum ini, hanya 95% sahaja sel tersebut yang berjaya dikeluarkan. Kemudian diikuti dengan 8 pusingan rawatan kimoterapi.
Sebelum memulakan rawatan, Rizqin juga perlu menjalani pembedahan membuang semua gigi susunya kerana ada antara gigi tersebut yang rosak dan tidak mahu berlaku jangkitan ketika menjalani rawatan kimoterapi nanti.
“Sepanjang rawatan dijalankan, terdapat beberapa perkara yang tidak diingini berlaku, antaranya VP Shuntnya rosak dan terpaksa ditukar baru. Ekoran itu Rizqin juga perlu dipantau di PICU selama 10 hari. Boleh dikatakan sepanjang tempoh rawatan berjalan hospital sudah menjadi rumah kedua kami. Alhamdulillah Rizqin berjaya melalui tempoh yang sukar sepanjang lebih kurang setahun setengah rawatan sebagaimana yang telah dijadualkan.
Menurut Hazamaratul Damrah lagi, sepanjang tempoh rawatan bermula dari Mac 2016 sehingga akhir tahun 2017, Rizqin memang tidak meneruskan sesi persekolahan disebabkan oleh faktor-faktor kesihatan bagi anak-anak onkologi.
“Rizqin memulakan persekolahan pada awal tahun 2018. Dalam tempoh rawatan akak ambil inisiatif mengajar Rizqin di rumah sekiranya keadaan kesihatan dan emosinya mengizinkan. Akak hanya mengajar subjek teras seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik kerana tidak mahu membebankannya.
“Sekiranya ada menjalani rawatan di hospital, Rizqin akan diajar oleh guru-guru Sekolah Dalam Hospital (SDH). Sesi pembelajaran ini juga bergantung pada tahap kesihatan Rizqin. Selain itu, akak juga menggalakkan Rizqin membaca buku cerita dan bahan bacaan yang bersesuaian dengan minatnya seperti majalah Top Gear.
Bercita-cita untuk menjadi seorang arkitek, kini tahap kesihatan Rizqin semakin baik. Bagaimanapun Rizqin masih perlu menjalani ujian MRI setiap enam bulan untuk memantau keadaan kesihatannya.
Selain itu, Rizqin juga perlu menghadiri beberapa temu janji di klinik-klinik yang berkaitan seperti klinik mata, telinga, gigi dan sebagainya secara berkala. Ada yang tiga bulan, enam bulan dan setahun sekali.
“Sebagai seorang ibu, sudah pasti tiada yang lebih membahagiakan untuk melihat Rizqin sembuh sepenuhnya dan bebas daripada kanser. Akak ingin melihat Rizqin kembali sihat dan sembuh sepenuhnya supaya dia boleh menjalani kehidupan normal seperti anak-anak lain di luar sana.
“Semoga suatu hari Rizqin boleh berdikari, mempunyai keyakinan diri untuk bergerak sendiri tanpa perlu dipantau sepenuhnya oleh akak. Buat masa ini Rizqin masih belum cukup kuat dari segi fizikal dan mental untuk berada di alam persekolahan mahupun pergaulan dengan rakan seusianya.
Selain dapat membesar dalam keadaan kesihatan yang baik, ibunya juga berharap agar Rizqin mampu untuk melakukan aktiviti yang digemari setelah kesihatan dan kecerdasannya bertambah baik.
“Akak sangat bersyukur kerana Rizqin seorang anak yang mempunyai semangat juang yang begitu kental dan sikap yang begitu positif dalam berjuang melawan sakitnya. Biarpun bertubuh kecil, namun semangatnya tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Hanya yang mengenali Rizqin secara dekat, tahu bagaimana jiwa anak kecil ini.
“Bagi mereka yang diuji dengan masalah kesihatan seperti mempunyai anak yang mengidap kanser, akak nasihatkan agar dapatkan rawatan yang betul di hospital. Patuhi segala nasihat serta saranan yang doktor berikan berkaitan dengan rawatan yang dijadualkan untuk anak kita.
“Sentiasa berusaha untuk kekal positif dan memberi sokongan kepada anak yang sakit. Layan anak seperti biasa, fahami anak-anak, tunjukkan sokongan dan kasih sayang yang berterusan pada mereka.
“Jangan mudah berputus asa, banyakkah berdoa, Insyaallah, Allah akan permudahkan segala urusan rawatan. Persiapkan diri dengan info yang berkaitan dengan penyakit anak kita. Dapatkan penerangan yang sewajarnya daripada doktor serta jururawat yang merawat anak kita. Sesungguhnya bukan mudah punyai anak yang diuji dengan sakit kanser. Namun perlu berlapang dada dengan setiap ujian yang Allah berikan.
Isu bawa anak naik stroller di tempat sesak mencetuskan perdebatan hangat di media sosial apabila ada yang mengecam tindakan ibu bapa, namun ramai tampil mempertahankan mereka.