Tidak kira lah jenis kediaman anda kecil atau besar, jika bijak menyusun atur pastinya akan nampak cantik dan mewah. Sudah tentu antara kita inginkan kediaman yang indah dan selesa buat seisi keluarga.
Selain susun atur, antara yang mencantikkan ruang tamu adalah langsir. Biarpun nampak ia tidak penting tetapi, ia memberi ruang padangan yang berbeza apabila kain langsir tidak kemas susunannya.
Penting supaya pandangan mata, lihat ruang tamu kemas dan cantik.
Ikuti tip bagaimana nak memastikan pembahagi langsir ‘terletak’ atau tersusun cantik.
IKUTI PERKONGSIAN INI.
Ads
Sakit mata bila tengok susunan/gelembung langsir eyelet tak sekata kan.
Saya kongsikan cara jimat DIY curtain devider guna plastik cup.
Cara
Belah dua cup dan potong bawah cup bentuk bulat untuk muat masuk dalam rod langsir.
Kemudian letakkan cup pada rod langsir di setiap bahagian gelembung kain langsir.
*boleh lihat step pada gambar.
Ads
Ads
Wow, ‘terletak’ langsir!
Kredit: Lia Johari Via Kelab Kaki Deko
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tidak lagi diberikan secara percuma, diskaun tol sebanyak 50 peratus akan dilaksanakan sepanjang musim perayaan tahun ini.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, tahun lalu, Kabinet memang memutuskan untuk selaraskan pemberian subsidi supaya lebih tersasar kepada mereka yang memerlukan.
“Jadi, keputusan itu memang tetap dan tak ada lagi pada tahun ini (tol percuma).
“Seperti sedia maklum, minggu lepas Tahun Baru Cina bukan diberi tol percuma tetapi diskaun 50 peratus.
“Disebabkan itu, Aidilditri dan perayaan lain tahun ini kita akan buat diskaun 50 peratus,” katanya ketika lawatan ke lokasi tapak pembinaan jejantas laluan motosikal dan pejalan kaki berhadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Leman, semalam.
Sebelum ini, kerajaan memberi potongan tol 50 peratus sempena Tahun Baharu Cina, dilaksanakan di semua plaza tol kecuali plaza tol di sempadan negara.
Katanya, keputusan itu ditetapkan dalam mesyuarat Kabinet 24 Januari lalu dan membabitkan kerajaan menanggung pampasan RM20.08 juta sebagai pampasan kepada syarikat konsesi tol.
“Semua tol dibiayai oleh kerajaan dan bukan dibiayai syarikat konsesi. Saya berharap rakyat tahu akan perkara ini.
“Kalau tol percuma, kita menggunakan lebih RM 100 juta setahun. Jika diskaun 50 peratus, kira-kira RM 80 juta kerajaan akan bayar kepada syarikat konsesi dan penjimatan ini boleh digunakan untuk kerja-kerja penyelenggaraan,” katanya.
Sumber: Berita Harian
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Biarpun pernah mengalami keguguran dua kali sebelum ini, namun rezeki pasangan sama cantik sama padan ini menimang anak akhirnya dimakbulkan.
Semalam, Sari Yanti dalam satu perkongsian memuat naik sekeping gambar bersama Jep dan anak. Sekali gus mengumumkan dirinya sedang berbadan dua.
Untuk rekod, Sari sebelum ini pernah menjalani pembedahan membuang sebelah tiub fallopiannya yang rosak.
Esok anniversary kami yang ke 3 . Ya Allah rahmatilah perkahwinan @jepsepahtu dan @sariyanti di dunia hingga akhirat. amin ❤ .
Alhamdulillah dalam perjalanan kami di usia perkahwinan yang ke 3 tahun kami sedang tunggu kehadiran ahli baru .. insyaallah. Kami bersyukur dan ucapkan terima kasih banyak banyak atas doa yang baik dari anda semua. Semoga Allah balas yang lebih baik buat anda sekeluarga 🤗
Kakak tak penah kisah @jepsepahtu rambut panjang ke pendek. Mana mana pun sayangnya sama. Hatinya sama. Tak ada beza. I love you Husband @jepsepahtu . Happy 3rd Anniversary 💋❤
Benarlah kata orang, rindu yang paling sakit adalah apabila merindui mereka yang sudah tiada. Hanya doa yang mampu dititipkan buat bekal dia yang sudah tiada.
Bagi Noor Nadia Kamaludin, pilu hati sebagai seorang isteri hanya Tuhan yang tahu. Suami tersayang, Mohd Fatah Hashim kini pergi tak kembali. Pastinya kehadiran 1 Syawal ini memberi pengertian berbeza buat dia dan anak-anak.
Mohd Fattah meninggal dunia dalam satu kejadian pada 3 Oktober tahun lalu. Arwah bersama lima anggota Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) maut ketika operasi mencari dan menyelamat remaja lelaki yang lemas di lombong tinggal Taman Putra Perdana, Puchong.
“Persiapan Raya tahun ini lebih Kepada anak-anak. Disebabkan mereka masih kecil dan tidak mengerti apa yang sebenarnya berlaku pada kehidupan kami sekarang. Jadi, saya perlu menyediakan persiapan Hari Raya demi melihat mereka gembira.
“Waktu arwah ada dulu, saya masih ingat lagi, menjadi satu kemestian setiap kali berpuasa, arwah akan bawa Kami sekeluarga sekerap yang mungkin ke bazar Ramadhan jika berkesempatan.
“Yang saya tak boleh lupakan kenangan semasa berpuasa. Waktu itu, saya mengandungkan anak kedua. Setiap hari saya nak ke satu kedai di bazar semata-mata untuk dapatkan juadah yang saya idamkan.
“Arwah tidak pernah merungut malah melayan permintaan saya. Dia memang seorang suami yang baik dan penyayang,”ungkap ibu kepada dua cahaya mata, Nur Media Aisya, 3 tahun 10 bulan dan Muhammad Meqa Al Asyraf, 2 tahun 6 bulan.
Lebihkan isteri dan anak-anak
Menurut Nadia lagi, selain bertugas sebagai Anggota bomba, di bulan puasa juga arwah akan membantu menyediakan kelengkapan dan bahan untuk membuat kuih.
“Setiap kali ramadhan saya membuat kuih muih untuk dijual di bazar. Dia seorang suami yang ringan tulang membantu saya. Lebih-lebih lagi sejak saya disahkan menghidap penyakit Hypertiroad. Setiap kali nak mjelang Syawal dia akan pastikan kami ada baju raya baru. Apa kehendak yang saya nak dan dia mampu akan dia penuhi.
“Sehingga kan dia selalu lebihkan kami berbanding membeli kehendak atau barang dia sndiri. Arwah selalu cakap ‘Abah takpe tak beli pun, abah selalu kerja.. Isteri dan anak-anak abah dah ada pun dah cukup.
Sahur dan berbuka sendirian
“Tapi tahun ni sangat berbeza puasa dan hari raya kami. Bila puasa sedih buat saya kerana bersahur sendirian. Berbuka puasa sendirian disebabkan saya hanya tinggal bersama anak-anak sahaja. Tiada lagi salam maaf seorang isteri kepada suaminya. Itu yang paling terkesan dihati. Saya hanya mampu berdoa yang terbaik untuk arwah dan anak-anak. Itulah kekuatan saya.
“Walaupun gembira diluar. Di dalam hati hanya Allah yang tahu. Anak-anak setiap hari sehingga ke hari ni masih tak pernah lupa menyebut tentang abah mereka. Adik baru-baru ni tak sihat menangis nak kan abah nya sampai tertidur.. Nak susu yang abah dia buat.. Hati ibu mana tak sayu bila anak-anak perlukan abah nya.
Setiap kali nangis teringat arwah, anak peluk & pujuk
“Kakak pula sering sebut apa sahaja berkaitan dengan abahnya. Macam abah selalu beli.. Macam abah selalu buat..kakak sayang abah. Tapi Allah Maha Adil walaupun dia ambil suami, Allah berikan anak-anak yang penyayang dan memahami.
“Setiap kali saya menangis anak lelaki saya akan datang peluk dan cakap, ”Ibu nak abah eh, adik kan ada”.. Kakak pula akan peluk saya dan ikut menangis seakan mengerti apa saya rasa. Harap bila satu masa nanti mereka akan tahu siapa abah mereka, baru mereka akan mengerti.
“Setiap kali hujung ramadhan arwah juga selalu bantu buat kuih raya. Arwah kurang pada biskut raya tapi kesukaan dia Popia Cheese. Dia akan bantu saya buat sampai siap. Dan juadah kesukaan dia pada hari raya adalah rendang daging. Malam raya dia selalu tunggu lauk rendang kesukaan dia siap..Dia akan makan sambil cakap ‘sedap isteri abang masak’ Saya rindu sangat dengan kata-kata tu,” ujar Nadia sayu yang bakal beraya di Kulai Johor sebelum pulang ke Kuantan.
“Disebabkan saya tak berapa sihat kebelakangan ini, saya tak mampu nak tempuh jem sendirian. Perjalanan biasanya yang memakan masa 6 jam dari Johor ke Kuantan jika tidak ada musim perayaan. Tetapi akan jadi berganda bila musim raya. Raya ketiga baru saya akan pulang ke Kuantan” ujar Nadia lagi.
Merancang cari kerja
Disebabkan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan, Nadia kini tidak mampu meneruskan kerjanya membuat kuih seperti dulu.
“Macam orang semua tahu saya menjual kuih untuk membantu arwah mencari sumber pendapatan sebelum ini. Tapi sejak arwah tidak ada saya telah berpindah ke Johor, sehingga kini masih belum bekerja. Hanya mengharapkan pencen arwah untuk meneruskan kehidupan.
“Lagipun keadaan kesihatan saya tidak mengizinkan lagi untuk bekerja. Tapi saya merancang akan cari kerja yang sesuai dan mampu saya lakukan untuk menambah pendapatan yang sedia ada. Kerana saya tidak boleh harapkan pencen smata-mata, memang tidak cukup kerana anak-anak akan mula bersekolah pada tahun hadapan.
Rapat dengan anak-anak
Kerinduan pada arwah sehingga kini masih menebal. Akui Nadia, apa yang paling dia rindukan mengenai arwah adalah kasih sayangnya pada mereka.
“Waktu masak paling saya rindukan kerana arwah akan bantu saya didapur. setiap kali dia makan dia mesti akan cakap sedap Ibu masak. Setiap kali saya tak sihat dia akan risau dan akan selalu hubungi saya untuk pastikan saya dan anak-anak ok. Terlalu banyak sangat kebaikan arwah yang tak terungkap dengan kata-kata.
“Yang paling utama, arwah seorang abah dan suami yang terlalu baik untuk kami. Dia terlalu sayang dan utamakan anak-anak. Susah sangat nak tengok dia marahkan anak-anak. Sebab itulah Allah bagi dia rapat dengan anak-anak. Sebab masa dia dengan anak-anak tidak lama.
“Semasa saya mengandung dia jaga saya seperti seorang kanak-kanak yang perlu dibawa ke mana sahaja. Momen paling indah. Itulah yang dia selalu lakukan setiap hari dan setiap kali dia susah nak tidur malam,” jelas Nadia lagi.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.