









Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Menyebut namanya mungkin agak asing bagi sesetengah peminat bidang seni, namun lagu-lagunya cukup diminati dan menjadi siulan. Asfan Shah, 34 pemilik lagu popular Sumpah Cintaku dan terbaru Cinta Fatamorgana tidak kecewa biar diri kurang dikenali. Sebaliknya, dia yang sudah hampir 10 tahun dalam industri seni menganggap rezeki seseorang adalah ketentuan Sang pencipta.
Berpeluang mengabadikan kisah penyanyi dan komposer ini bersama keluarga tersayang untuk Majalah Keluarga memberi peluang penulis melihat sisi berbeza ayah kepada tiga cahaya mata ini.
“Saya sebenarnya seorang yang work smart, kalau dalam sebulan kerja 1-2 minggu dan selebihnya adalah bersama keluarga. Tetapi kalau kerja memang akan fokus dan suka bekerja di bawah tekanan kerana hasilnya pasti berbaloi. Isteri dan anak-anak sudah faham dengan cara kerja saya. Kalau saya sibuk dengan kerja, isteri akan bawa anak-anak untuk pulang ke rumah keluarganya supaya tidak ganggu kerja saya.
“Tetapi kalau anak-anak ada di rumah dan tidak dapat elak kalau mereka datang kepada saya. Jadi saya tinggalkan seketika kerja. Jujurnya anak-anak kurang takut dengan saya. Kalau tegur mereka tidak takut dan jenis yang sangat lasak. Walaupun ada masanya saya marah juga tetapi kalau saya tutup pintu, mereka akan terus ketuk pintu sampai saya buka.
“Berbeza dengan isteri saya, dia tidak garang tetapi tegas. Mungkin yang membuatkan anak-anak takut dengannya. Sekali isteri bersuara, anak-anak akan dengar. Kalau saya yang marah mereka boleh gelak-gelak seolah-olah saya sedang bergurau. Mungkin kerana saya jenis simple dan dengan anak-anak saya bukan jenis pemarah.
“Anak-anak juga sangat ‘behave’ di rumah ketika ketiadaan saya. Tapi kalau saya di rumah anak-anak akan bermain sehingga 1-2 pagi tak tidur. Bukan mereka bermain dengan saya tetapi mungkin kerana saya ada, jadi mereka jadi mengada-ngada sedikit,”Cerita Asfan atau nama sebenarnya Norasfan Shah Shah Rudin, mengenai gelagat dan keletah anak-anaknya.
Tiada istilah kena tinggal
Mendirikan rumah tangga ketika berumur 28 tahun bersama bekas pramugari bernama Ain Sakinah pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata Ali Haytham Shah, 5, dan Ali Wakeel Shah, 3 dan terbaru, Ali Binyameen Shah, 7 bulan.
Usai berkahwin, Ain mengambil cuti panjang sehingga disahkan mengandung, dia kemudiannya mengambil keputusan untuk berhenti kerja.
“Saya berkahwin ketika masih dalam bulan Syawal. Selepas itu, saya mengikut isteri ke Dubai kerana dia bertugas di sana. Awalnya saya mengambil keputusan untuk menetap di sana, tetapi lagu saya waktu itu tengah meletup di radio dan kebetulan isteri disahkan mengandung. Jadi kami ambil keputusan untuk pulang ke Malaysia dan isteri berhenti kerja” ujar Asfan sambil memberitahu tiada istilah bercuti dalam dirinya kerana semuanya adalah fleksibel dan mengikut jadual sendiri.
Tidak suka bekerja pada hujung minggu kerana lebih kepada masa bersama keluarga, anak kelahiran Melaka ini ada cara tersendiri dalam mendidik anak-anak.
“Jujurnya anak-anak saya memang lasak dan kadang-kadang tak terlayan. Jadi, saya dan isteri guna pendekatan tersendiri. Kami akan memberi ‘bintang’ kepada mereka jika mereka buat baik. Jadi, mereka kena kumpul bintang-bintang tersebut. cukup 10 bintang saya akan beri hadiah ikut apa yang mereka mahukan. Tetapi jika mereka buat salah, maka ‘bintang’ tersebut akan ditolak secara automatik.
“Saya ni cepat ‘lemah’ dengan anak-anak. Kalau sudah tiga kali beli tetapi mereka masih nak lagi nak tak nak terpaksa beli untuk pastikan mereka tak buat perangai. Tetapi isteri saya tegas dan tidak akan ikut apa yang anak mahukan. Isteri tegas tetapi anak-anak hormat,” seloroh Asfan lagi yang gemar membawa anak-anak dan isteri setiap kali ada kerja di luar.
Asfan suami yang manja
Biar sibuk dengan kerjaya, namun Asfan jenis yang ringan tulang. Sementelah mereka mempunyai anak kecil.
“Saya faham isteri adakalanya penat kerana terpaksa menguruskan anak dan rumah tangga. Tetapi setakat ini baby tak banyak ragam dan kalau saya ada di rumah saya akan bantu isteri di dapur.
“Ada masanya saya akan tunjukkan kepakaran memasak terutama waktu pagi. Saya rajin sediakan sarapan yang ringkas sahaja untuk keluarga seperti cekodok pisang, cucur jagung, pizza segera. Tapi jangan harapkan nasi lemak, lauk rendang dan sebagainya memang saya tidak pandai.
“Jadi isteri dan ibu bukan semudah yang disangka. Ada juga pembantu di rumah tetapi hanya menguruskan anak-anak tetapi sekarang semuanya isteri yang lakukan sendiri. Jadi suri rumah memang penat dan sebagai suami saya sangat faham part tu. Kerana itu, saya membantu jika ada masa terluang.
‘Jujurnya saya seorang suami yang manja terutama sekali apabila sakit. Saya tidak boleh jika ada berlaku perselisihan faham kerana mudah serabut dan stres. Kalau ada pergeseran, saya jenis suka meluahkan dan bercakap dan isteri pula berbeza. Dia lebih suka diam, saya jadi stres sebab tak boleh kalau tak bercakap dengannya,”kata Asfan sambil mengakui tidak romantik namun itu cara mengambil hati dan memudahkan kerja isteri termasuklah mencuci pakaian dan pinggan di dapur.
Sumber: Majalah Keluarga Jun 2018
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di
Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew berkongsi tentang keadaan terbaharu bapanya menerusi hantaran di akaun facebooknya, memaklumkan status kesihatan bapanya yang kian merosot.
Rayunya, “Pohon doakan buat ayah saya ya. Dr kata kanser perut last stage. Menanti hari. Kanser dah merebak semua. Semoga Allah mudahkan buat ayah saya. Dapat izin tengok sekali je dan sekejap tapi full ppe dan test covid negatif. Terima kasih kkm. Lama lagi kuarantin.”
Ini memandangkan Ustaz Ebit Lew kini masih lagi menjalani kuarantin wajib setelah pulang ke tanah air selepas menjalani misi Bantuan Kemanusiaan Gaza Palestin.
“Maafkan ebit ye bapak. Ebit tak dapat jaga disaat begini. Terima kasih adik beradik semua yang menjaga. Terima kasih semua yang mendoakan.
“Hari tu masa sedar ayah saya cakap. Teruskan kerja sempurnakan misi membantu. Ya Allah angkatkanlah sakit dari ayah saya. Berilah yang terbaik buatnya. Ebit sayang mak. Ebit sayang bapak sampai bila-bila.
“Mak dah pergi dulu. Rindu mak. Rindu bapak. Terima kasih bapak atas segalanya. Ya Allah jika ada pahala atas sedikit kebaikan yang kulakukan. Alu hadiahkan semuanya buat bapak. Hilangkanlah sakitnya. Janganlah bapak rasa sakit tu. Terima kasih ya Allah.”
Melihat di ruangan komen, warganet turut berasa simpati. Ramai mendoakan agar dipermudahkan urusan dan sentiasa berada di dalam lindungan Allah. Antara yang terawal menitipkan doa di ruangan komen adalah dari Fahmie Majid “Semoga dipermudahkan urusan ustaz”, “Semoga Allah permudahkan segala urusan di beri kesembuhan dan kuat and tabah” ucapan daripada Azhar Ariffin. Begitu juga komen daripada Rozel Rose mendoakan ” Semoga ayahanda ustz ebit diberikan kesembuhan yg sempurna dan dipermudahkan urusan aamiinnn” dan ramai lagi tidak putus-putus menitipkan doa buat ustaz Ebit Lew sekeluarga.
Meninjau di Instagram, Ustaz Ebit Lew turut berkongsi video saat bertemu dengan ayahnya yang terlantar sakit. Cukup sayu hingga ada yang menitiskan air mata rasa bersimpati. Bersamalah kita doakan semoga dipermudahkan segala urusan buat ustaz kesayangan ramai ini. Amin.
A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)
Sumber : Ebit Lew
Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!
Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!
Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!
Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!
Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di
Pasangan sama cantik sama padan, Mawar Rashid dan suami Raf Yaakob mengumumkan bakal menimang cahaya mata perempuan tidak lama lagi. Berita gembira tersebut dikongsikan oleh Mawar menerusi satu video di saluran Youtube.
Video yang berdurasi 4 minit itu dibuat dalam satu majlis ‘gender reveal’ oleh pasangan ini yang turut dihadiri ahli keluarga dan juga rakan terdekat.
A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid)
A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid)
Dalam video tersebut, Mawar dan suami meletupkan belon yang dipenuhi kertas dan belon kecil berwarna merah jambu sekali gus menjawab persoalan jantina bayi yang sedang dalam kandungan Mawar.
A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid)
Menjawab persoalan peminatnya yang bertanyakan mengenai nama bayi di dalam kandungan, Mawar mengakui sudah mempunyai nama tetapi belum mahu mengumumkan.
Rata-rata memberikan ucapan tahniah dan mendoakan semoga dipermudahkan urusan Mawar sehingga melahirkan bayinya kelak.
Sumber: mawarashid
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di
© Hakcipta Terpelihara Nu Ideaktiv Sdn. Bhd 👨👩👦 Dikendali Oleh Astro Group
