Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew berkongsi tentang keadaan terbaharu bapanya menerusi hantaran di akaun facebooknya, memaklumkan status kesihatan bapanya yang kian merosot.

Rayunya, “Pohon doakan buat ayah saya ya. Dr kata kanser perut last stage. Menanti hari. Kanser dah merebak semua. Semoga Allah mudahkan buat ayah saya. Dapat izin tengok sekali je dan sekejap tapi full ppe dan test covid negatif. Terima kasih kkm. Lama lagi kuarantin.”

Ini memandangkan Ustaz Ebit Lew kini masih lagi menjalani kuarantin wajib setelah pulang ke tanah air selepas menjalani misi Bantuan Kemanusiaan Gaza Palestin.“Menanti Hari. Kanser Dah Merebak Semua…”- Ustaz Ebit Lew Mohon Doakan Ayahnya, Ramai Turut Bersedih!

“Maafkan ebit ye bapak. Ebit tak dapat jaga disaat begini. Terima kasih adik beradik semua yang menjaga. Terima kasih semua yang mendoakan.

“Hari tu masa sedar ayah saya cakap. Teruskan kerja sempurnakan misi membantu. Ya Allah angkatkanlah sakit dari ayah saya. Berilah yang terbaik buatnya. Ebit sayang mak. Ebit sayang bapak sampai bila-bila.

“Mak dah pergi dulu. Rindu mak. Rindu bapak. Terima kasih bapak atas segalanya. Ya Allah jika ada pahala atas sedikit kebaikan yang kulakukan. Alu hadiahkan semuanya buat bapak. Hilangkanlah sakitnya. Janganlah bapak rasa sakit tu. Terima kasih ya Allah.”

IKLAN

Melihat di ruangan komen, warganet turut berasa simpati. Ramai mendoakan agar dipermudahkan urusan dan sentiasa berada di dalam lindungan Allah. Antara yang terawal  menitipkan doa di ruangan komen adalah dari Fahmie Majid “Semoga dipermudahkan urusan ustaz”, “Semoga Allah permudahkan segala urusan di beri kesembuhan dan kuat and tabah” ucapan daripada Azhar Ariffin. Begitu juga komen daripada Rozel Rose mendoakan ” Semoga ayahanda ustz ebit diberikan kesembuhan yg sempurna dan dipermudahkan urusan aamiinnn” dan ramai lagi tidak putus-putus menitipkan doa buat ustaz Ebit Lew sekeluarga.

Meninjau di Instagram, Ustaz Ebit Lew turut berkongsi video saat bertemu dengan ayahnya yang terlantar sakit. Cukup sayu hingga ada yang menitiskan air mata rasa bersimpati. Bersamalah kita doakan semoga dipermudahkan segala urusan buat ustaz kesayangan ramai ini. Amin.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Sumber : Ebit Lew 

IKLAN

“Menanti Hari. Kanser Dah Merebak Semua…”- Ustaz Ebit Lew Mohon Doakan Ayahnya, Ramai Turut Bersedih!

Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!

Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!

Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!

IKLAN

Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!

Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI