Menyebut namanya mungkin agak asing bagi sesetengah peminat bidang seni, namun lagu-lagunya cukup diminati dan menjadi siulan. Asfan Shah, 34 pemilik lagu popular Sumpah Cintaku dan terbaru Cinta Fatamorgana tidak kecewa biar diri kurang dikenali. Sebaliknya, dia yang sudah hampir 10 tahun dalam industri seni menganggap rezeki seseorang adalah ketentuan Sang pencipta.
Berpeluang mengabadikan kisah penyanyi dan komposer ini bersama keluarga tersayang untuk Majalah Keluarga memberi peluang penulis melihat sisi berbeza ayah kepada tiga cahaya mata ini.
“Saya sebenarnya seorang yang work smart, kalau dalam sebulan kerja 1-2 minggu dan selebihnya adalah bersama keluarga. Tetapi kalau kerja memang akan fokus dan suka bekerja di bawah tekanan kerana hasilnya pasti berbaloi. Isteri dan anak-anak sudah faham dengan cara kerja saya. Kalau saya sibuk dengan kerja, isteri akan bawa anak-anak untuk pulang ke rumah keluarganya supaya tidak ganggu kerja saya.
“Tetapi kalau anak-anak ada di rumah dan tidak dapat elak kalau mereka datang kepada saya. Jadi saya tinggalkan seketika kerja. Jujurnya anak-anak kurang takut dengan saya. Kalau tegur mereka tidak takut dan jenis yang sangat lasak. Walaupun ada masanya saya marah juga tetapi kalau saya tutup pintu, mereka akan terus ketuk pintu sampai saya buka.
“Berbeza dengan isteri saya, dia tidak garang tetapi tegas. Mungkin yang membuatkan anak-anak takut dengannya. Sekali isteri bersuara, anak-anak akan dengar. Kalau saya yang marah mereka boleh gelak-gelak seolah-olah saya sedang bergurau. Mungkin kerana saya jenis simple dan dengan anak-anak saya bukan jenis pemarah.
“Anak-anak juga sangat ‘behave’ di rumah ketika ketiadaan saya. Tapi kalau saya di rumah anak-anak akan bermain sehingga 1-2 pagi tak tidur. Bukan mereka bermain dengan saya tetapi mungkin kerana saya ada, jadi mereka jadi mengada-ngada sedikit,”Cerita Asfan atau nama sebenarnya Norasfan Shah Shah Rudin, mengenai gelagat dan keletah anak-anaknya.
Tiada istilah kena tinggal
Mendirikan rumah tangga ketika berumur 28 tahun bersama bekas pramugari bernama Ain Sakinah pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata Ali Haytham Shah, 5, dan Ali Wakeel Shah, 3 dan terbaru, Ali Binyameen Shah, 7 bulan.
Usai berkahwin, Ain mengambil cuti panjang sehingga disahkan mengandung, dia kemudiannya mengambil keputusan untuk berhenti kerja.
Ads
“Saya berkahwin ketika masih dalam bulan Syawal. Selepas itu, saya mengikut isteri ke Dubai kerana dia bertugas di sana. Awalnya saya mengambil keputusan untuk menetap di sana, tetapi lagu saya waktu itu tengah meletup di radio dan kebetulan isteri disahkan mengandung. Jadi kami ambil keputusan untuk pulang ke Malaysia dan isteri berhenti kerja” ujar Asfan sambil memberitahu tiada istilah bercuti dalam dirinya kerana semuanya adalah fleksibel dan mengikut jadual sendiri.
Tidak suka bekerja pada hujung minggu kerana lebih kepada masa bersama keluarga, anak kelahiran Melaka ini ada cara tersendiri dalam mendidik anak-anak.
“Jujurnya anak-anak saya memang lasak dan kadang-kadang tak terlayan. Jadi, saya dan isteri guna pendekatan tersendiri. Kami akan memberi ‘bintang’ kepada mereka jika mereka buat baik. Jadi, mereka kena kumpul bintang-bintang tersebut. cukup 10 bintang saya akan beri hadiah ikut apa yang mereka mahukan. Tetapi jika mereka buat salah, maka ‘bintang’ tersebut akan ditolak secara automatik.
“Saya ni cepat ‘lemah’ dengan anak-anak. Kalau sudah tiga kali beli tetapi mereka masih nak lagi nak tak nak terpaksa beli untuk pastikan mereka tak buat perangai. Tetapi isteri saya tegas dan tidak akan ikut apa yang anak mahukan. Isteri tegas tetapi anak-anak hormat,” seloroh Asfan lagi yang gemar membawa anak-anak dan isteri setiap kali ada kerja di luar.
Asfan suami yang manja
Ads
Biar sibuk dengan kerjaya, namun Asfan jenis yang ringan tulang. Sementelah mereka mempunyai anak kecil.
“Saya faham isteri adakalanya penat kerana terpaksa menguruskan anak dan rumah tangga. Tetapi setakat ini baby tak banyak ragam dan kalau saya ada di rumah saya akan bantu isteri di dapur.
“Ada masanya saya akan tunjukkan kepakaran memasak terutama waktu pagi. Saya rajin sediakan sarapan yang ringkas sahaja untuk keluarga seperti cekodok pisang, cucur jagung, pizza segera. Tapi jangan harapkan nasi lemak, lauk rendang dan sebagainya memang saya tidak pandai.
“Jadi isteri dan ibu bukan semudah yang disangka. Ada juga pembantu di rumah tetapi hanya menguruskan anak-anak tetapi sekarang semuanya isteri yang lakukan sendiri. Jadi suri rumah memang penat dan sebagai suami saya sangat faham part tu. Kerana itu, saya membantu jika ada masa terluang.
‘Jujurnya saya seorang suami yang manja terutama sekali apabila sakit. Saya tidak boleh jika ada berlaku perselisihan faham kerana mudah serabut dan stres. Kalau ada pergeseran, saya jenis suka meluahkan dan bercakap dan isteri pula berbeza. Dia lebih suka diam, saya jadi stres sebab tak boleh kalau tak bercakap dengannya,”kata Asfan sambil mengakui tidak romantik namun itu cara mengambil hati dan memudahkan kerja isteri termasuklah mencuci pakaian dan pinggan di dapur.
Ads
Sumber: Majalah Keluarga Jun 2018
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Membina rumah idaman di atas lot tanah sendiri tentu sahaja kita mahukan yang terbaik agar rumah yang dimiliki kelak berkualiti hasil kerjanya. Maklumlah bukan murah modal untuk membuat rumah.
Tentu kita tidak mahu, disebabkan tersalah membuat pemilihan bahan-bahan binaan menjadi penyebab rumah yang siap dibina tidak kekal lama atau timbul pula rasa tidak rasa puas hati di kemudian hari.
Umpamanya dalam pemilihan batu bata. Lazimnya batu bata ini digunakan sebagai salah satu bahan utama dalam membina kerangka dan struktur bangunan rumah, tembok, pagar dan sebagainya.
Sebagaimana umum mengetahui, terdapat 2 pilihan batu bata yang boleh digunakan, sama ada dari jenis batu bata merah atau batu bata putih.
Membuat pemilihan yang mana satu terbaik antara keduan bahan ini juga boleh membuatkan ada yang keliru.
Jadi apa kata anda dengar penjelasan daripada arketik yang bernama Huda Mahmud, dia ada berkongsi info di akaun twitternya.
Ini perkongsiannya.
Bata merah (clay bricks) atau bata pasir/putih (cement sand brick?
Harga bata pasir paling murah tapi mempunyai “thermal mass” yg rendah yakni dinding cepat panas waktu siang sebab dia serap haba & cepat sejuk waktu malam. Boleh rasa perbezaan antara rumah yg guna 2 bata ni.
Bata merah (clay bricks) di Malaysia kebanyakannya ada sijil SIRIM & Bomba. Bata merah mempunyai had rintangan api selama 2 jam.
Contoh sijil Bomba untuk bata merah dari Ho Brother Bricks Supply Sdn Bhd.
Ada satu lagi jenis bata yg sudah berada lebih dari 10 tahun dipasaran Malaysia, iaitu “Autoclaved Aerated Concrete” atau singkatan popularnya adalah AAC. Bata AAC diperbuat dari simen, pasir, kapur & “aerating agent”.
Secara asas bata AAC ‘dibakar’ dan “aerating agent” mengembangkan bata AAC sama seperti cara buat roti. Jenama popular adalah Starken. Bata AAC sangat besar saiznya. 1 bata/blok = 6 bata merah. Cara pasang sama macam dinding bata lain.
Kelebihannya adalah ia mengurangkan beban pada struktur dan permukaan sedia ada sudah licin berbanding bata merah & bata pasir. Ia setara dengan bata merah malahan lebih baik dari aspek tertentu.
Dah buat dinding mesti ada paip air, kabel & konduit elektrik nak ditanam dalam dinding mengikut keperluan sesuatu ruang/bilik. Dinding bata akan dikikis. Aktiviti ini dipanggil “wall chasing”. Kadar dinding boleh dikikis ni adalah tidak lebih dari 1/3 ketebalan bata.
Kalau nak bucu dinding cantik lurus je bila plaster boleh letak “corner beading”. Ada pelbagai profile. Nak bucu bulat atau tajam semua ada. Jangan risau, tak bahaya pun sebab ia dibuat dari uPVC. Yg biasa saya spesifikasi dalam projek adalah dari keluaran Ho Shen Lee
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Setiap bahagian pada kenderaan mempunyai fungsi masing-masing. Cuma mungkin kita yang tidak tahu. Sebagai contohnya sesetengah kereta mempunyai jalur pada bahagian cermin belakang. Jalur ini dipanggil sebagai ‘defoggers’, ia dikatakan mempunyai fungsi yang penting untuk memudahkan pemandu kereta.
Bagi yang masih tidak tahu, ‘defoggers’ merupakan jalur filamen elektrik yang boleh menghasilkan haba sekiranya cermin belakang kereta anda mula kelihatan kabur kerana kelembapan.
Menurut Top Gear Philippines, jalur tersebut kebiasaannya sangat berfungsi bagi kenderaan yang berada di iklim sejuk berbanding kawasan tropika.
Satu butang khas perlu ditekan bagi mengaktifkan dan mematikan elemen pemanasan tersebut iaitu dengan ikon segi empat tepat dan tiga anak panah yang beralun.
Menariknya, cermin depan kereta juga sebenarnya dilengkapi dengan ‘defoggers’ namun ia ditukar dalam bentuk lubang pada bahagian bawah cermin kerana jalur tersebut akan menghalang pandangan semasa memandu.
Mempelajari muzik membawa seseorang ke arah kepekaan minda yang unik. Tidak kiralah sama ada mereka menyanyi, mendengar atau bermain instrumen. Seorang guru akan mengarahkan kanak-kanak mendengar melalui kaedah yang berbeza untuk melatih kepekaan. Bermain alat muzik dan menambah gerak dalam latihan akan mendidik anak-anak mengenai pembelajaran berterusan dan membantu kefahaman membaca.
Muzik juga mempunyai peranan pendidikan yang cukup meluas termasuklah cakupannya dalam mengawal fungsi kedua-dua bahagian otak.
Fungsi otak kiri yang memainkan peranan dalam penguasaan bahasa mampu diaplikasikan dengan lebih jitu jika seorang kanak-kanak menguasai kemahiran muzik.
Mengikut kajian yang pernah dibuat, kanak-kanak yang telah mendalami bentuk lagu dan menghafal beberapa lirik lagu dengan mudah menyediakan keseragaman dalam sesuatu maklumat baru yang dibacanya. Dia akan menjadi pembaca yang lebih pantas!
Jika diamati, seorang kanak-kanak yang mempunyai bakat seni boleh berfikir dengan lebih kreatif dan mampu menyelesaikan pelbagai jenis masalah.
Seni itu luas dan seseorang boleh mempamer kreativiti diri dengan lebih terbuka. Kanak-kanak yang diperkenalkan pada jenis-jenis muzik berbeza pada awal usia dapat mendalami budaya luar dengan lebih pantas.
Muzik juga menggalakkan penglibatan ramai orang. Jadi, seorang kanak-kanak yang disuntik dengan kemahiran muzik kebanyakannya memiliki keyakinan yang lebih tinggi berbanding kanak-kanak biasa.
Mereka akan sentiasa cuba melakukan yang terbaik. Contohnya, jika seseorang kanak-kanak itu bermain di pentas orkestra, sudah tentu dia ingin menghasilkan muzik yang menyokong kepaduan bunyi bagi instrumen-instrumen yang lain. Ini satu kepuasan bagi seorang pemuzik.
Satu kajian di University of California mendapati bahawa muzik melatih perkembangan minda dengan lebih cepat.
Pelajar darjah dua di sekolah yang mendapat pendidikan muzik yang baik mendapat keputusan cemerlang dalam ujian Matematik. Jumlahnya adalah 27 peratus lebih tinggi berbanding kanak-kanak yang tidak mendapat latihan seni yang khusus. Ini membuktikan muzik bertindak sebagai wadah pantas ke arah pendidikan yang lebih berkesan.
Malah, muzik bukanlah sesuatu bebanan. Muzik melahirkan keseronokan dan rasa gembira bagi penggemarnya. Bukan itu sahaja, apa yang mustahak dalam pendidikan awal muzik adalah dapat melahirkan seorang kanak-kanak yang menghormati, sabar, dan tekun dalam menerima pendidikan muzik yang baik. Setiap ibu bapa perlu mengetahui banyak lagi faedah yang diterima oleh seorang yang mempunyai kemahiran dalam muzik.
Digilis lori simen ketika berhenti di lampu isyarat, warden penjara maut. Seorang warden penjara maut dalam tragedi menyayat hati apabila motosikal ditunggangnya digilis sebuah lori simen ketika berhenti di lampu isyarat di Lebuh SPA berhampiran persimpangan pusat pelupusan sampah Sungai Udang petang semalam.